Jump to ratings and reviews
Rate this book

A Critical Survey of Islamization of Knowledge

Rate this book
“A useful guide for those interested on Islamization of Knowledge.”
Emeritus Prof. Dr. Osman Bakar, Deputy Chief Executive Office, International Institute of Islamic Advanced Studies.


“Professor Aslam has come up with a greatly-needed review of the “Islamization of Knowledge” endeavour in his book. It is a very thoughtful survey, analysis and assessment of the much-misunderstood Islamic intellectual project.”
Prof. Dr. Mohd. Kamal Hassan, former Rector of the International Islamic University Malaysia.


This book surveys Islamization of Knowledge (IOK), a project representing a Muslim intellectual response to modernity. The IOK agenda is now about 40 years old and has left a permanent imprint in modern Muslim discourse: there are institutions dedicated to its cause in the Muslim world, intellectual journals promoting its agenda and scholarly attempts to build contemporary bodies of knowledge based on its agenda. Proponents of IOK see the root cause and solution to problems facing the ummah today as one of knowledge and education. This study attempts a comprehensive review of IOK, discussing the views of its main proponents as well as of its critics. It covers issues of definitions, rationale and tries to tease out differences of opinions in the IOK process itself. This 2nd, expanded edition also includes a section that presents a brief case study of the IOK agenda as applied to economics, one of the earliest disciplines to receive the attention of contemporary Muslim scholars. The book is primarily targeted to young researchers and scholars wanting to understand the IOK agenda, with the intention to develop contemporary bodies of knowledge from Islamic perspectives. However, it is also accessible to professionals interested to get a general introduction to one very important attempt by Muslim scholars to face the challenges of the Muslim ummah.

Mohamed Aslam Haneef is currently Professor at the Department of Economics, International Islamic University Malaysia. He has authored books and scholarly articles in the area of Islamic economics, Islam and Development and the economies of the Muslim world. He has also held Visiting Fellowships at the Centre for Muslim Christian Understanding, Georgetown University, USA and the Oxford Centre for Islamic Studies, UK.

First published January 1, 2009

2 people want to read

About the author

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
0 (0%)
4 stars
1 (100%)
3 stars
0 (0%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 of 1 review
Profile Image for Zulkifli Khair.
Author 21 books30 followers
October 23, 2024
Buku ini wajar dianggap sebagai antara buku sorotan terbaik tentang Islamisation of Knowledge (IOK). Penulis merupakan Profesor dalam bidang ekonomi di UIAM. Beliau pernah menjadi pensyarah pelawat di Georgetown University, USA dan Oxford Centre for Islamic Studies, UK.

IOK boleh dianggap bermula sekitar tahun 60-an. Namun sebelum itu gesaan tentang kebangkitan Islam menerusi akademia sudahpun wujud dalam 'konten' bicara tokoh pejuang seperti Jamaluddin al-Afghani, Muhammad Abduh, Muhammad Ridha dan Mohamad Iqbal.

Era pertama IOK ialah pertengahan 1970-an hingga awal 1980-an, era pengenalan dan perkembangan awal IOK. Seterusnya, akhir 1980-an hingga awal 1990-an merupakan era 'keghairahan' yang menyaksikan penerbitan buku-buku teks hasil IOK.

Dua nama besar yang dikaitkan dengan IOK ialah Muhammad Naquib al-Attas dan Ismail al-Faruqi yang masing-masing bergerak menerusi wadah ISTAC dan IIIT. Kedua-duanya mempunyai perbezaan daripada segi konsep dan metodologi IOK.

Mereka berdua merujuk kepada kerangka ilmu kontemporari yang perlu ditafsir semula dan dipersembahkan. Kalau al-Faruqi lebih melihat kepada isu dualisme dalam pendidikan, al-Attas lebih melihat kepada soal korupsi ilmu, yang bukan sekadar akibat sekularisme bahkan akibat persepsi umat sendiri seperti pengaruh khurafat dan tradisi yang bertentangan dengan Islam.

Wan Daud Wan Mohd. antara yang pernah memurnikan aliran IOK al-Attas, malah telah membuat perbandingan kritis aliran al-Attas dengan aliran Rahman menerusi artikel 'Islamization of Contemporary Knowledge: A Brief Comparison Between al-Attas and Fazlur Rahman'.

Tokoh-tokoh lain yang kemukakan aliran IOK masing-masing ialah Louay Safi, Taha Jabir al-Alwani, dan Ibrahim A. Ragab yang masing-masing digambarkan dalam peta minda dalam buku terbitan UIAM ini, di samping gagasan aliran IOK al-Faruqi dan al-Attas.

Tema-tema literatur IOK boleh saya dirumuskan seperti berikut:
a) Justifikasi IOK.
b) Definisi dan konsep IOK.
c) Metodologi perlaksanaan IOK.
d) Kritikan terhadap IOK.
e) IOK terhadap domain ilmu.

Artikel-artikel IOK banyak termuat dalam The American Journal of Islamic Social Science (pernah mendapat jolokan jurnal IOK) yang kini dikenali sebagai The American Journal of Islam and Society.

Tokoh-tokoh yang pernah berikan kritikan terhadap IOK termasuklah Fazlur Rahman, Ziauddin Sardar, Yasien Mohamed, Seyyed Vali Nasr, dan Hadi Sharifi.

Para pendokong IOK umumnya akur bahawa IOK perlukan penguasaan ilmu wahyu (al-Quran dan Sunnah) serta penguasaan ilmu moden. Justeru saya berpandangan bahawa menempel ayat al-Quran terhadap ilmu yang rata-rata dibangunkan oleh Barat moden bukanlah IOK namanya.

Ini disokong oleh tulisan al-Alwani yang mengatakan, "Islamisation is not simply grafting exercise of relevant Quranic verses onto the sciences or disciplines intended for Islamisation."

Selain itu, saya juga percaya bahawa hasil dapatan empirikal dalam sains tabii dan sains sosial tidak wajar dianggap sebagai 'kebenaran mutlak'. Hanya ilmu wahyu yang mencapai tahap 'kebenaran mutlak'.

Domain ilmu yang pernah mengalami cubaan IOK dapat diwakili oleh senarai bibliografi. Ini termasuklah domain ekonomi, pendidikan, psikologi, politik, hubungan antarabangsa, linguistik, perbankan, kewangan, seni suara, hartanah, undang-undang dan antropologi.

Hampir semua literatur yang dimuatkan di sini terbitan abad ke-20 melainkan sekitar 10 literatur terbitan abad ke-21 termasuk tulisan Rosnani Hashim dan Imran Rossidy (2000) berkaitan analisis perbandingan IOK al-Attas dengan IOK al-Faruqi serta tulisan Addas (2008) berkenaan metodologi ekonomi sekular dan Islam.

Wajar dibuat kajian atau sorotan literatur IOK abad ke-21 demi menilai perkembangan dan arah tujunya. Mahu juga tahu berapa banyak buku teks ilmu moden yang telah diislahkan juga penjelasan tentang teori-teori baharu yang berasaskan sumber wahyu.
Displaying 1 of 1 review