Buku ini dibeli di Taman Tasik Chempaka, Bandar Baru Bangi sempena Hari Lanskap Negara 2006, bertarikh 4 Mac 2006. Harus dimilik oleh peminat orkid, terdapat lebih 1100 gambar orkid pelbagai spesis dan tips penjagaannya. Rujukan utama saya apabila mengalami masalah dengan orkid di laman saya, terutama apabila terkena serangan serangga dan cara menghindarinya daripada penyakit.