Dunia diselimuti kegelapan. Selepas Sang Asura dan Lima Jeneral menguasai dunia sepuluh tahun yang lalu, ramai yang menyangka cahaya Ilahi telah terpadam. Kerajaan Tanah Haram diasak hebat. Kota ‘Hijau’ Chinmayi juga begitu. Waktu seakan terhenti. Manusia yang percaya kepada-Nya dibadai derita. Ada yang percaya Dia telah meninggalkan mereka. Malah, tidak kurang yang menyatakan bahawa Allah itu tiada. Apatah lagi sejarah menjadi saksi tewasnya Kiai Songo ditangan Sang Asura dua belas tahun sebelumnya. Namun bukan bagi Kerajaan Tanah Haram dan kota ‘Hijau’ Chinmayi. Mereka kekal percaya dan terus berjuang menegakkan agama-Nya. Lantas seorang pemuda dihantar Bapa memulakan kembara. Memerangi kegelapan bahawaan Sang Asura. Angkasa Sakti. Dia adalah saksi. Cahaya Ilahi tidak akan terpadam walaupun kegelapan menyelubungi dunia.
MUHAMMAD HILAL ASYRAF atau lebih dikenali sebagai Hilal Asyraf, merupakan graduan Yarmouk University(2012), Jordan dalam bidang Usuluddin.
Beliau telah memulakan karier sebagai seorang penulis semenjak April 2009 dengan karya sulung, Novel VT dan Buku Motivasi Langit Ilahi: Tuhan Tidak Lupakan Kita.
Semenjak itu, beliau aktif mengarang karya-karya fiksyen dan non-fiksyen. Kini telah menghasilkan lebih 40 judul karya.
Beliau juga merupakan pengasas kepada web LangitIlahi.Com, dan semenjak penghujung 2016, beliau telah menubuhkan perniagaan penerbitan beliau sendiri - Hilal Asyraf Resources, dan mula menerbitkan sendiri karya-karya beliau.
Ini kisah jauh ke hadapan. Kisah yang tidak mustahil akan berlaku.
Panji-panji Islam telah berjaya menyinarkan cahayanya ke seluruh alam. Bumi kini dikuasai oleh Kesatuan Lima Wilayah yang mengibarkan panji-panji Islam. Tapi sayang. Akibat kealpaan dan sifat manusia yang tidak pernah puas, bumi bergolak lagi. Masing-masing ingin membuktikan bahawa dialah yang terbaik dan cuba untuk menguasai yang lain. Perang berlaku lagi.
Kemunculan Sang Asura dan Lima Jeneralnya menggamatkan suasana. Dengan hanya lima orang jeneral, Sang Asura berjaya menumbangkan satu persatu kerajaan dalam Kesatuan Lima Wilayah.
Akhirnya Sang Asura dan Kerajaan Utopianya berjaya menguasai 2/3 daripada bumi ini. Bumi dilanda kegelapan. Sang Asura mengisytiharkan dirinya sebagai tuhan dan terang-terangan melancarkan 'perang' terhadap Allah, Tuhan Semesta Alam.
Manusia mula hilang keyakinan terhadap agama dan tunduk kepada Sang Asura.
Hanya tinggal dua kuasa yang terus menentang Sang Asura. Yang terus mempertahankan agama suci ini. Yang berjuang bermati-matian demi Allah. Kota 'Hijau' Chinmayi dan Kerajaan Tanah Haram. Bumi Barakah pula tiba-tiba ghaib apabila Sang Asura bersama tenteranya datang menyerang.
Kemunculan seorang pemuda bernama Angkasa Sakti seakan membawa cahaya dalam perjalanan menuju kemenangan menentang kegelapan. Mungkin dialah insan terpilih seperti yang selalu diberitahu oleh Bapa. Untuk membawa kemenangan dan menyebarkan semula Cahaya Ilahi yang hampir dipadamkan oleh Sang Asura.
Angkasa Sakti dihantar oleh Bapa untuk ke Tanah Haram. Untuk membantu perjuangan di sana. Sepanjang perjalannya banyak pengalaman dan pengetahuan yang diperolehi. Yang akan menguatkan lagi dirinya untuk menghadapai musuh utama, Sang Asura.
Ini buku pertama Hilal Asyaf yang saya baca. Tertarik kerana ia memaparkan epik fantasi berunsurkan Islami yang mana jarang dapat ditemui (atau mungkin tiada?) dalam bahasa Melayu.
Penulis menyatakan bahawa beliau mendapat idea kerana menonton Lord of the Rings. Tetapi apabila membacanya saya lebih terasa ia seakan-akan siri anime Jepun terutamanya kepolosan heronya dan sifat-sifat lima jeneral Sang Asura.
Tetapi yang pasti, tarbiyyah yang cuba disampaikan penulis memang dapat dirasakan. Plot yang disusun kemas menjelaskan peristiwa yang berlaku tanpa mencacatkan penceritaan. Apabila kita yakin bahawa Allah akan membantu hamba-hambaNya yang dalam kesusahan terutama yang berjuang untuk menegakkannya. Dan juga setiap apa yang berlaku ada hikmahnya yang tersendiri. Semua dalam pengetahuanNya. Hanya Dia yang Maha Mengetahui.
Terasa keindahan diperolehi apabila kita tetap yakin denganNya walaupun merasakan yang kita hampir kalah, akhirnya kejayaan datang dengan manis sekali.
P/S - Agak seriau sikit bila bab perang atau pertarungan. Darah bersembur-sembur. Pancung kepala macam tu jer. Adoiii... Dan...agak keliru sikit dengan latarbelakang tahun kisah ini berlaku. Sepatutnya jauh ke hadapan dan teknologi semakin maju sehinggakan membawa bencana. Tetapi ia adalah kisah epik. Kenderaan (?) yang digunakan adalah kuda dan senjata lebih kepada pedang, panah dan lembing. Kemajuannya cuma ditumpukan kepada penghasilan aura dan penggunaan orihalcon.
Selepas Hero, aku memang tercari-cari buah tangan penulis ni. Bukan apa, kerana encik penulis berjaya buat turning point untuk aku melihat dan menghayati karya islamik. Dan ternyata penulis masih berjaya mengekalkan rasa teruja aku dengan novel ini.
Ini bukan sebarang pengembaraan. Ia kisah pengembaraan seorang pemuda bernama Angkasa Sakti dalam membebaskan dunia yang ketika itu berada dalam kegelapan dikuasai oleh Kerajaan Utopia. Diketuai oleh Sang Asura dan Lima Jeneralnya; masing-masing kejam dan zalim. Menghimpit dan menindas. Taksub dengan kekuasaan dan kemenangan. Meninggalkan mereka yang berpandukan Al Quran ke ruang yang kelam dan tandus. Mereka tak mahu sesiapa pun kembali pada Islam. Dan jika ada, semuanya harus dibunuh. MasyaAllah!
Kerajaan Tanah Haram dan Kota Hijau Chinmayi adalah dua kerajaan yang masih lagi mampu bertahan. Kedua-duanya masih kuat menentang kuasa Sang Asura kerana percaya;
Walaupun kegelapan menyelimuti dunia, cahaya Ilahi tetap akan terus menyala [blurb novel]
Dalam pengembaraannya, Angkasa bertemu dengan ramai pahlawan hebat. Antaranya; Izrayel Junjaki atau dikenali dengan Pendekar Berdosa. Yang berlawan dengan pedangnya yang tumpul tetapi berjaya membunuh ke semua mangsanya. Aku memang suka watak si Pendekar Berdosa ni *wink* Begitu juga dengan watak anak kecil bernama Ezakiel yang dianugerahkan kelebihan mencairkan Orihalcoln, logam terkeras di bumi. Kedua-dua watak ini yang pada mulanya menolak agama Langit namun akhirnya tunduk jua pada Ilahi. Benar, kuasa Allah tiada tolok bandingnya.
Menilik semangat Angkasa, aku rasa macam tengah tengok cerita Naruto pula. Yalah, kedua-duanya bagai tak tahu kekuatan sebenar yang disimpan. Apatah lagi bila Angkasa belajar mempraktikkan seni yang menggunakan tenaga di sekeliling. Ala... kalau korang tengok si Naruto tu... kan ada form chakra terdiri daripada pelbagai jenis chakra - angin, api, tanah, kilat dan air. Ha, sama lah tu ;))
Sebenarnya banyak lagi watak-watak hebat Islamik yang penulis tonjolkan. Ada Ruh Faizan, Aizan Fahmi, Arnav, Ashoka, Khalid Al-Walid dan lain-lain lagi. Dan kalau aku huraikan satu per satu mungkin panjang berjela resensi ni. Jadi aku cadangkan cari saja novel ini. Lihat sama ada kau akan terkesan atau tidak *wink*
Walaupun fiksyen, tetapi penulis berjaya meyakinkan aku yang ianya seperti benar-benar terjadi. Mungkin kerana ianya umpama karya epik Islamik yang disulami dengan konsep tarbiahnya. Lancar dan menarik dengan aksi dan drama juga sedikit cinta di hujung-hujungnya. Aku juga suka pengakhirannya dan difahamkan akan ada sambungannya lagi. Well, just awesome!
Percayalah hidup ini tidak akan lepas daripada ujian. Jika bukan ujian yang zahir seperti hari ini, pasti akan datang ujian yang tersembunyi. Jika bukan ujian yang sukar seperti hari ini, mungkin akan ada ujian yang lebih sukar menanti [page 305]
Senyum. Dan itu mengingatkan aku pada ini:-
Percaya. Tuhan selalu punya rahsia – Faisal Tehrani
Dunia dilanda kegelapan selepas dikuasai Sang Asura. Hanya Kota Chinmayi dan Tanah Haram sahaja masih mempertahankan agama Allah. Kehadiran Angkasa yang diamanatkan oleh bapanya untuk satu kembara ternyata satu takdir. Sesungguhnya cahaya Ilahi tidak akan tertutup walau segelap manapun dunia ini.
Pace penceritaan agak laju namun setiap watak dibina dengan baik tanpa ada rasa gelojoh atau tangkap muat. Satu per satu diceritakan mengikut alur cerita. Tidak secara sekaligus. Membuatkan rasa ingin tahu berterusan ke akhir cerita.
Sebuah plot yang menarik. Berkisarkan zaman di mana umat Islam hanya tinggal cebisan kecil namun mampu memberi impak yang besar. Ketaatan dan penyerahan diri yang sepenuhnya kepada Allah amat mengagumkan.
Banyak cuplikan ayat al quran digunakan di dalam naskah ini yang boleh kita jadikan panduan untuk kehidupan sehari-hari.
Bukan sebuah novel yang sedih namun beberapa babak dalam naskah ini mampu mengundang rasa sebak dan terharu. Terharu dengan kelembutan dan kehambaan seseorang raja. Terharu dengan keinginan seorang perajurit yang benar-benar inginkan syahid. Terharu dengan keyakinan dan ketakwaan hamba kepada penciptaNya.
Sebuah naskah yang penuh dengan aksi. Aksi di dalam naskah ini digambarkan dengan sangat baik dalam bentuk penulisan. Hingga SH terasa turut berada dalam pertempuran tersebut.
Sebuah naskah yang wajar dibaca dan difahami serta dijadikan iktibar. Bagaimana rosaknya dunia angkara tangan manusia sendiri.
Cubaan untuk baca buku topik di luar dari kebiasaan. Mampukah seorg ahjumma menghadamnya.
Takdir
Kisah epik Islamik yang buat pertama kali Cik Pah baca. Ternyata kisah ini mampu dihadam oleh sesiapa jua.
Bila masuk bab lawan-lawan pedang, kuasa aura dan situasi perang ni, Cik Pah terpaksa mengimbas kembali kotak memori yang berkubu lamanya. Watak2 dalam komik Pedang Setiawan zaman belajar dulu, tontonan cerita kartun Dragon Ball, filem LOTR dan kdrama Hong Gil Dong terlayar kembali. Bila ada gergasi yang liat nyawanya tapi mati juga dengan darah hijau tersembur, terus teringat filem Evolution. Hehe
Ceritanya adalah cerita Perjuangan minoriti penganut yang masih berpegang teguh kepada AlQuran dan sunnah Utusan Langit terakhir menentang makhluk kuasa jahat hasil daripada kemusnahan, keangkuhan dan kealpaan manusia sendiri. Pengembaraan Angkasa Sakti menemukan dia dengan para pejuang dari Tanah Haram dan Kota Chinmayi, Pendekar Berdosa, Ezraiel dan kiai-kiai Songo yang masih hidup.
Alkisahnya, Aizan Fahmi bersama Ashoka dan Arnav menjejak O Zero, yang menculik adiknya Puteri Maisarah semasa peperangan berlangsung.
O Zero adalah orang kuat Sang Asura, raja Kerajaan Utopia yang mengaku dirinya tuhan dan menguasai 2/3 bumi. Sejak 10 tahun Sang Asura mengasak Tanah Haram dan dlm pengetahuannya, benteng Tanah Haram makin menipis. Oleh itu dia merancang untuk menyerang Tanah Haram secara besar besaran.
Peperangan besar terjadi. 5 jeneral terkuat dihantar untuk memusnahkan Tanah Haram. Tapi nyata iman tentera dan panglima dari Tanah Haram dan Chinmayi tidak goyah. Mereka bergantung harap kepada-Nya walaupun bilangan mereka yg sedikit berbanding tentera Sang Asura. Ketika saat genting tentera Tanah Haram hampir tewas, tanpa disangka-sangka, bantuan tiba dari Kerajaan Jin dan ribuan haiwan dari pelbagai jenis menyerbu ke medan perang.
Dalam meneroka alam fantasi ada kalanya Cik Pah menyeka air mata yang bertakung pabila gugurnya pahlawan yg berjihad fisabilillah.
Perang menguji iman dan akal. Kebergantungan kepada bantuan Allah adalah mesej yang perlu kita hayati. Andai kita disogok pilihan diwaktu terdesak, ampuhkah iman kita?
Takdir : Cahaya Yang Tidak Terpadam Mulanya member aku suggest kan novel nih. Aku mulanya tak minat sebab aku tak pernah baca karya Hilal Asyraf nih. Aku anggap buku dia yang berunsur islamik ni biasa2 je. Tapi sebab masa tu aku kebosanan yang amat aku baca jelah. Hasilnya, aku habiskan buku ni dalam masa dua hari je. Sebab cerita dia gempak+seronok rasa macam tgok kartun Bleach tapi berunsurkan islam. Pengajaran pun banyak dari buku nih. Watak Pendekar Berdosa jadi idola aku. Cara Hilal gambarkan babak fighting pon memang baik. Lepas baca buku nih terus aku minat hasil2 Hilal.
Sejujurnya,apabila pertama kali membeli novel yang bertajuk Takdir: Cahaya Yang Tidak Terpadam ini,saya menjangkakan sesuatu yang tipikal. Maksudnya,saya menyangkakan latar belakang atau setting jalan ceritanya berpusat di dunia fantasi ciptaan penulis sendiri. Namun demikian,sangkaan saya ini ternyata meleset sama sekali. Berdasarkan pembacaan saya,rupa-rupanya,latar belakang cerita mengambil tempat di bumi,bukannya sebuah alam fantasi rekaan. Walaupun demikian,penulis buku ini,Hilal Asyraf,membawa pembaca ke sebuah zaman di masa hadapan yang gelap dan dicengkam oleh kejahatan Sang Asura dan konco-konconya. Uniknya,suasana masa hadapan tersebut digambarkan seolah-olah di masa silam. Hal ini dapat dibuktikan melalui penggunaan senjata tajam (bukan senjata api) yang digunakan di dalam senario-senario pertempuran seperti yang digambarkan di dalam novel ini. Namun,pada masa yang sama, terdapat juga beberapa babak yang menunjukkan terdapat teknologi moden seperti yang ada pada hari ini. Sebagai contoh,Sang Asura menggunakan skrin (yang memaparkan wajah) untuk berhubung dengan orang-orang bawahannya. Ini adalah sesuatu yang unik. Inilah keadaan bumi yang digambarkan oleh penulis. Sebuah bumi di sebuah garis masa yang dipanggil post-apocalyptic. Saya juga tidak dapat mengklasifikasikan genre atau tema novel Takdir ini dengan tepat. Epik Islamik? Ya. Novel Tarbiah? Ya. Fantasi? Boleh dikatakan begitu. Sains-fiksyen? Boleh juga dikategorikan sedemikian rupa. Saya berpandangan bahawa novel ini mengandungi beberapa genre/tema/elemen yang bersepadu,yang memberikan kelainannya yang tersendiri. Namun demikian,apa yang membuatkan novel ini lain daripada yang lain (terutamanya jika dibandingkan dengan novel-novel fantasi yang lain) adalah unsur-unsur Islam yang terdapat di dalamnya. Banyak references atau rujukan,yang dapat dikesan di dalam watak-watak dan plot-plot,adalah berdasarkan sumber-sumber Islam seperti Al-Quran,Al-Hadis dan sejarah-sejarah Islam yang berkaitan. Watak Sang Asura sendiri dimodelkan seperti Dajjal (atau Antichrist, mengikut kepercayaan penganut Kristian)! Ini dapat dibuktikan melalui sifat Sang Asura yang mendakwa dirinya sebagai tuhan dan menentang orang yang masih percaya kepada agama Islam. Perkara ini adalah sesuatu yang amat menarik sekali. Rujukan agama yang sebegini di dalam penulisan novel bukanlah sesuatu yang baharu atau asing. Novel-novel epik fantasi Barat yang terkenal seperti Lord of the Rings (LOTR) dan Narnia umpamanya,memang diketahui mengandungi pengaruh Bible di dalamnya. Selain itu, pengaruh filem LOTR memang ketara di dalam novel ini. Ini diakui sendiri oleh penulisnya. Tetapi, saya berpandangan, plagiat tidaklah berlaku. Cuma,filem tersebut dijadikan contoh dan panduan untuk memantapkan jalan cerita secara keseluruhannya. Pengaruh komik-komik Hong Kong juga sangat ketara. Kepada mereka yang pernah membaca komik-komik sedemikian,pasti akan bersetuju dengan pandangan saya ini. Ini dapat dibuktikan dengan watak-watak yang bertempur dengan mewujudkan tenaga sebagai senjata (dikenali sebagai aura). Watak-watak di dalam komik Hong Kong memang terkenal menggunakan aura ketika bertempur. Seolah-olah menjadi suatu trademark. Jika di dalam novel genre cinta (terutamanya di Malaysia), kahwin paksa sudah menjadi sesuatu yang klise dan banyak dipaparkan sebagai tema utama,novel epik fantasi juga mempunyai klisenya yang tersendiri. Seorang watak protagonis yang ditakdirkan menjadi pemacu penting menyelamatkan dunia sudah banyak kali dijadikan tema utama. Dan,di dalam novel ini,watak yang bernama Angkasa Sakti merupakan watak utama yang ditakdirkan untuk memimpin manusia-manusia beriman menentang kemungkaran Sang Asura. Namun demikian,seperti yang saya nyatakan di atas,walaupun konsep cerita novel ini klise sifatnya,gaya pengolahan penulisnya berjaya membuatkan isi cerita novel ini unik dan mengandungi unsur-unsur dakwah dan tarbiahnya yang baik untuk dibaca dan dijadikan panduan hidup oleh para pembaca. Satu kekurangan yang saya dapati di dalam novel Takdir ini adalah tiadanya peta khusus yang menunjukkan kedudukan kerajaan-kerajaan yang terdapat di dalamnya seperti Kerajaan Tanah Haram, Kerajaan Hijau Chinmayi, Kerajaan Ethan dan lain-lain kerajaan yang wujud. Terdapat juga beberapa persoalan yang tergantung. Namun,boleh jadi,akan diperjelaskan dengan lebih lanjut di dalam novel sambungannya. Secara keseluruhannya,saya amat berpuas hati dengan mutu keseluruhan persembahan novel ini. Jika anda mencari sebuah novel tarbiah Islamik yang agak mirip dengan Saga Laksamana Sunan,yang disulami dengan babak-babak pertempuran menentang kuasa kejahatan yang mengagumkan dan mengasyikkan,anda boleh mencuba mendapatkan novel ini dan membacanya sendiri.
Kalau ada 10 bintang pun saya akan bagi 10. Huhu...
Sebenarnya, trilogi Takdir ni dah lama saya senaraikan dalam To Be Read List saya di Goodreads. Tapi waktu tu trilogi versi lama. Lama juga dalam list. Sehinggalah pada Big Bad Wolf tahun bila tah, terjumpalah novel versi lama kat situ. Tapi saya tak beli sebab tak cukup satu. Malas lah beli tak lengkap. Makanya, dipendamkan lah hasrat nak membaca trilogi takdir ni.
Kemudian, Hilal Aysraf keluarkan versi yang baru. Maka, tanpa berlengah saya pun membuat pra pesan dan selepas beberapa lama, akhirnya sampailah ke tangan set trilogi Takdir versi baharu bersekali dengan novel lain penulis. Tapi tak terus baca pun. Baca novel Tetamu Tuhan 50 Hari dulu. Agak lama selepas tu, baru lah ada kesempatan membaca Takdir yang pertama.
Alhamdulillah, selepas sangat berpuas hati membaca Tetamu Tuhan 50 Hari, saya memang menjangkakan yang trilogi Takdir ini pastinya hebat juga. Ye lah, berdasarkan review pembaca dan rating di Goodreads, sudah boleh agak tahap penulisan Hilal Asyraf ni bagaimana. Maka selesailah membaca novel pertama dalam trilogi ni.
Fuhhh... Memang bukan kaleng-kaleng. Dari aspek penulisan dakwah, itu memang tak dinafikan dan sememangnya itulah modus penulis dalam setiap karyanya. Gaya penulisan yang menjadi kekuatan penulis pun kebanyakan peminat atau pengikut dah sedia maklum mengenainya. Untuk Takdir 1 ni, saya amat kagum dari segi garapan idea dan imaginasi yang diterjemahkan. Epik! Setiap watak dalam novel ini terasa hidup. Sepanjang penceritaan, saya membayangkan seperti menonton babak-babak cerita dan aksi setiap watak di layar perak. Sajian aksi pertarungan yang betul-betul rinci dan tidak sekadar ala kadar membuatkan saya merasai debarannya sekali. Memang terbaik jalan ceritanya. Diserikan dengan lukisan komik watak membantu pembaca menggambarkan setiap babak yang berlaku.
Sekali lagi, 10 bintang. Tak sabar hendak baca Takdir 2. Tak sabar nak mengetahui kisah pengembaraan Angkasa Sakti dan lain-lain watak dalam novel ni. Tak kiralah baik ke jahat. Semua best. Huhu...
Aku sudah baca novel ini lama dahulu, tapi membaca semula gara2 mahu ambil MOOD untuk membaca TAKDIR 2...Novel ini merupakan TRILOGY
Antara novel terbaik drpd penulis...(aku cuma baru je baca beberapa buah karya beliau)...mungkin aku katakan terbaik sbb ia dalam genre kegemaran dgn gaya bahasa & ceritanya agak menarik...idea penulis mmg mantap..nama2 watak yg menarik...alatan senjata yg di guna pakai...mmg bernas idea penulis...
Menurut penulis, novel ini tertulis di sbbkan pengaruh LOTR, jadi aku akui novel ini ada unsur LOTR tp dalam konteks Islamik..terdapat tafsir2 Al-Quran yg di kaitkan dengan jalan cerita..itulah Saudara Hilal Asyraf!!!
Novel yg mengangkat kisah anak yatim piatu, Angkasa Sakti merantau ke Tanah Haram atas perintah Bapanya (bapa angkat), Fathi Auni...Pelbagai halangan terpaksa di tempuh oleh Angkasa...pertemuan dgn Pendekar Berdosa...bertemu rakan kpd Bapa..iaitu Fathan Adi, Pertapa Arjuna, Panglima Terasing...serta Panglima2 dr Tanah Haram & Chinmayi...
Pada zaman ini, hanya ada 2 buah kota yg masih di bawah pengaruh Islam iaitu Chinmayi & Tanah Haram...gara2 serangan yg di lakukan oleh Sang Asura bersama2 5 jeneralnya...Kemunculan Sang Asura yg mengakui dirinya sbg TUHAN, berusaha untuk memerangi Tanah Haram sepanjang pemerintahannya...
Malangnya, novel ini sepertimana novel2 fiksyen yg lain, aku mengharapkan peta muka bumi pada zaman itu tp tiada...aku nak juga tahu kedudukan Chinmayi, Tanah Haram & tempat tinggal Sang Asura..malahan kisah silam Pendekar Berdosa (Izrayel Junjaki) masih samar2 lg...sedangkan beliau merupakan bekas Ketua Jeneral sebelum Jeneral Long Berks...begitu juga dgn Jeneral Ends yg diam seribu bahasa...Kematian Fathan Adi pun masih menjadi misteri...Mungkin segala2nya akan terjawab dalm novel seterusnya...
Novel ini di akhiri dgn Angkasa & kwn2nya untuk memujuk pihak Gergasi menyebelahi Tanah Haram...sedikit persamaan dengan kisah Harry Porter di mana Hagrid di tugaskan untuk memujuk pihak Gergasi menyebelahi Hogwart...
Cubaan pertama penulis dalam menulis genre sebegini mmg aku puji...elemen persahabatan & kepercayaan kpd Yang Maha Esa di terapkan dengan cukup berkesan...cuma 10 bab terakhir dengan kisah peperangan & berlawan membuatkan aku sedikit penat...alangkah baiknya jika ada sedikit kejutan...masih menunggu 5 lagi Kiai Songo yg belum di dedahkan...
Sebenarnya buku ini sudah lama telah habis ditelaah. Cuma menunggu waktu yang sesuai untuk menulis ulasan sahaja. Ini pun sudah memaksa diri. Nampaknya diri sudah semakin malas untuk menaip ya.
Jadi, boleh dikatakan ini buku pertama buku fiksyen-islamik yang aku pernah baca. Begitu menarik dan bertepatan dengan cita rasa aku. Kisah di Tanah Haram di mana kerajaan itu dan kota Chinmayi sahaja belum dijajah oleh Sang Asura dan 5 Jeneral. Aku kira Sang Asura itu perempuan, ternyata lelaki. Tergelak aku seketika setelah mengetahui perkara tu.
Angkasa ni seorang pahlawan yang kuat agamanya dan disuruh oleh Bapa untuk ke Tanah Haram. Sepanjang dia ke sana, banyak halangannya. Antaranya bertemu dengan Pendekar Berdosa, Ezakiel, bertarung dengan Tuk Fathan Adi dan lain-lain lagi. Tapi setiap perkara itu terjadi ada sebabnya.
Apa yang aku sangat suka pasal buku ni, senang sahaja aku ingat firman Allah di sini. Mungkin sebab dalam buku fiksyen, jenis buku aku minati. Banyak perkara aku pelajari di sini. Mohon muslim di luar sana bacalah buku ni. Terjamin kualitinya!
"Jangan hanya takdirNya yg baik untuk kita sahaja kita raikan, manakala takdirNya yg buruk, kita anggap sebagai suatu kecelaan. Sesungguhnya kita tahu jalan ini akan penuh onak dan duri serta penuh dengan pengorbanan."
▫️▫️▫️
Sedekad berlalu semenjak Sang Ashura menumbangkan Kesatuan Lima Kerajaan dgn hanya 5 orang jeneralnya. Dgn meletakkan Lima Wilayah di bawah kekuasaan jeneral²nya, Sang Ashura mengangkat dirinya sebagai Tuhan Yang Agung dan memerintah 2/3 dunia. Sang Ashura dan kerajaannya — Kerajaan Utopia — melancarkan peperangan terhadap Allah dan memusnahkan seluruh umat Islam.
Ramai manusia yg hilang keyakinan dan tunduk kepada Sang Ashura. Rata-rata menganggap bahawa cahaya telah pun padam. Apatah lagi setelah Kiai Bersembilan pun gagal menewaskan Sang Ashura. Yg terus memepertahankan agama Islam hanyalah Kerajaan Tanah Haram dan Janggel. Namun, Tanah Haram Madinah tiba-tiba ghaib selepas diserang Kerajaan Utopia.
Jauh dari Ujong Medini, muncul seorang pemuda bernama Angkasa Sakti. Dia dihantar oleh bapanya untuk ke Tanah Haram Makkah — membawa obor bagi mengubah keadaan dunia.
Apakah Angkasa Sakti merupakan cahayanya?
▫️▫️▫️
Ini siri kedua daripada Hilal Ashraf yg saya baca selepas HSSS. Tidak dinafikan, naskhah beliau, MasyaAllah, benar² memaku saya untuk terus membaca dgn laju. Kerana tdk sabar ingin tahu penghujung cerita, saya sendiri tak sedar dah habis buku 1 ini.
Plot yg disusun cantik. Cerita dan peristiwa jelas, walaupun banyak imbas kembali. Ceritanya juga sarat dgn nasihat dan semangat perjuangan. Begitu juga dgn aksi pertempuran yg menakjubkan.
Seperti biasa, karya Hilal Asyraf menjanjikan sesuatu yang hebat.Kedua kali saya membaca sebuah novel berbentuk epik Islami selepas novelnya sebelum ini,Hero. Takdir membawa kita kepada suatu kehidupan manusia yang telah dtakdirkan oleh Allah,Yang Maha berkuasa atas segala sesuatu.Sejauh mana kita cuba mengelak,sepandai mana kita cuba menafikan diri daripada pergantungan Allah,selari mana kita mempercayai kepadaNya,hati ini tetap milik Allah.Allah yang membolak-balikkan hati kita dan Allah jualah yang menentukan Takdir kita.
"Bulan itu sebenarnya memantulkan cahaya mentari.Indahnya bulan pada malam hari kerana dia memantulkan cahaya matahari.Kita juga akan menjadi indah,jika kita meantulkan perihal urusan Langit Terakhir dalam kehidupan kita."(ms 259)
"Percayalah hidup ini tidak akan lepas daripada ujian.Jika bukan ujian yang zahir seperti hari ini,pasti akan datang ujian yang tersembunyi.Jika bukan ujian yang sukar seperti hari ini,mungkin akan ada ujian yang lebih sukar menanti."(ms 305)
Serendah-rendah ukhuwah adalah berlapang dada(ms 306)
"Pujian hanya memakan keihklasan hati.sedangkan dalam perjuangan,kebersihan hati itu perlu untuk mendapat pertolongan daripada Allah swt.(ms 425)
Heh, ini buku kelima karya Hilal Asyraf yang saya dah 'kunyah'..Dan melalui semua buku ni, nak kenal penulis dia senang sahaja, -pertama angkat kening sebelah dua kali, -kedua, tepuk dada dua kali, -ketiga, pasti ada kalimah hikmat 'Uhibbukafillah'
tapi, baguslah kan..senang saya nak agak siapa penulisnya, entah2 nanti bila dah besar panjang jumpak balik buku ni dengan cover depan dan beberapa helai permulaan terkoyak..mana tahu kan..
overall buku ini agak lain daripada karya2 penulis ni yang lain..dan pada satu detik, saya rasa buku ini ada sedikit persamaan dengan novel 1511H KOMBAT ..sapa yang pernah baca dua buku ni mungkin nampak la kot persamaannya.
Saya mulakan adventure Takdir semalam. Selepas ini Takdir 2 dan Takdir 3. Anda dah baca buku Takdir Cahaya Yang Tidak Terpadam? Boleh bantu saya... - O Zero dah bunuh Tuk Fathan? - Angkasa pernah bertemu Maisarah dalam mimpi di taman indah? Yang ini akan ada ceritanya?
Banyak mutiara kata, sulaman ayat suci dari Kitab Langit dan bualan watak-watak yang teguh beriman, penganut agama langit. Yang ini mungkin sesuai untuk renungan lebih teliti umat Islam berdasarkan situasi terkini - Virus Covid-19. Makkah lengang kerana diharamkan kepada jemaah. Masjid-masjid di minta hentikaan solat jemaah termasuk solat Jumaat. Adakah ini masanya ummah akan tewas kepada "ujian tersembunyi?"
Wow. Last few chapters were just perfect. Sumpah suka sangat.
Pengalaman pertama membaca karya Hilal Asyraf adalah tika sy membaca Amru Rebellion tapi kecewa kerana ia tidak mencapai ekspektasi. Tika membaca karya ni pula, berharap sangat tidak akan menjadi seperti pengalam pertama itu and I was not dissapointed.
Cerita ni bermula sedikit slow utk perkenalkan watak-watak dahulu, lepas tu memang fast-paced dan action packed, jadi pembaca takkan rasa bosan. Lagi-lagi bahagian akhir buku ni. Terserlah lah juga keminatan HA terhadap anime dengan beberapa aksi lawan terasa seperti aksi lawan yg terbiasa dilihat dalam anime shounen. HA pun pandai buat pembaca tertanya-tanya, ada beberapa misteri yg dilemparkan HA dalam cerita ni: Siapa sebenarnya Angkasa Sakti (siapa yg baca tahu lah Angkasa Sakti yg mana), apa yang dah terjsdi dengan bumi? Siapa sebenarnya Jeneral2 Utopia tu? Dan beberapa lagi. HA bagi hints dan tidak membongkarnya secara menyeluruh. Beberapa misteri-misteri tersebut dibongkar sedikit demi sedikit and I love that.
World-building dia pun agak mengejutkan sy sedikit sbb dia bukan tipikal fantasi seperti yg disangka sy (tapi skrg make sense lah kenapa HA guna setting di Makkah utk cerita ini) dia lebih kepada post-apocalyptic, sci-fi type of story dengan beberapa 'fantasy elements' dilempar sana sini. Cerita ini lebih kepada memberi gambaran kepada apa yg mungkin berlaku pada masa hadapan nanti. Dunia takdir tu sendiri sangat unik menerbitkan rasa ingin tahu sy tentang dunia ini lebih lagi.
Cuma beberapa je yg sy kurang skit dengan takdir. Kebanyakan watak dalam buku ni tidak menyerlah sangat atau takde sangat 'character development' tu. Kalau ade sesetengah watak2 ni bertukar nama, mungkin sy langusng tak tahu beza. Kebanyakn personaliti diorg tidak begitu menonjol hanya sedkit sahaja yg sy boleh namakan yg ada beza personaliti dengan yg lain contohnya , Izrayel. Tapi itu mungkin kerana plot yg sangat 'packed' atau kerana bilangan watak yg sangat ramai membuatkan HA tidak ada peluang utk berbuat demikian. Harapnya perkara ni xde lah dalam buku2 seterusnya dalam siri ini.
Satu lagi, penulisan dia. Tak pasti sama ada kerana buku yg sy baca ni edisi baru (jadi mungkin ada masalah skit di situ) atau kerana HA tidak berapa ok dengan penulisannya tika ini (memandangkan ini karyanya yg terawal) tapi ada terasa kadang ayatnya sedikit kekok. Kadang tatabahasa terasa tunggang langgang dan terlalu formal utk naratif sebuah cerita. Penulisannya kadang terasa berulang dan lebih kepada 'tell don't show'.
Tapi overall, apa yg nak disampaikan HA dalam cerita ni amat jelas; memang cahaya yg tidak terpadam! Kepercayaan kepada Tuhan tidak akan sesekali boleh digoyahkan!
“Jangan hanya takdirnya yang baik sahaja kita raikan, manakala takdirNya yang buruk, kita anggap sebagai satu kecelaan. “
Anak angkat kepada Fathi Auni, Angkasa Sakti telah diberi pelepasan oleh bapanya untuk pergi mengembara. Katanya, dia bakal mengubah dunia dengan kelebihan yang dimilikinya. Lebih-lebih lagi apabila pedang yang dibawanya itu hanya boleh ditarik oleh Angkasa Sakti sahaja. Benar kata bapanya, perjalanan akan persiapkan dirinya. Terlalu banyak hal-hal baharu yang dipelajari sepanjang perjalanan ke Tanah Haram Makkah yang mana merupakan satu-satunya tanah suci yang penduduknya masih beragama Islam. Jelas, matlamatnya ketika memulakan perjalanan adalah untuk menumbangkan Sang Ashura yang mengaku Tuhan tapi takdir Tuhan melebihi yang dijangkakannya.
Ini merupakan siri pertama Trilogi Takdir. Buku yang setebal lebih 500 muka surat ini berjaya memuatkan beberapa elemen seperti keagamaan, pertarungan, persahabatan, kepimpinan dan sebagainya. Pembinaan watak yang konsisten ditambah lagi dengan plot-plot yang menarik berjaya membuatkan aku meneruskan pembacaan hingga ke akhir cerita.
Siri pertama ini mengajar aku tentang penggantungan yang jitu kepada Tuhan. Bagaimana setiap watak yang masih percaya kepada Tuhan Yang Maha Esa menggantungkan segala harapan kepadaNya meskipun hal itu adalah suatu yang mustahil. Hanya penggantungan sahaja semestinya tidak cukup, perlulah disertai dengan usaha yang juga jitu untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Hanya tawakkal maka telah pun menyalahi konsep tawakkal itu sendiri.
Kesimpulan, aku sarankan kepada anda yang suka membaca buku bertemakan aksi untuk mencuba membaca buku ini. Buku ini juga sesuai dibaca oleh remaja yang sukakan membaca komik.
Aku amat teruja kerana berjaya habiskan juga buku ni. Langsung tak menyesal beli dan tak sabar nak baca buku kedua DAN beli lagi karya Hilal Asyraf.
Penulisan Hilal Asyraf mudah dibaca, ditemani dengan bait-bait indah yang muncul sekali-sekala. Kisah ni menggabungkan unsur-unsur fantasi dan epik secukup rasa. Cara penulis olah adegan aksi memang terperinci, dari segi suasana sehinggalah pergerakan setiap watak mengendalikan senjata. Jelasnya umpama menonton wayang gambar!
Keindahan kisah ini diserlahkan lagi melalui unsur-unsur ketuhanan yang diulit dengan rapi - keimanan watak, petikan surah dan pengorbanan pahlawan setia Makkah. Hati aku tersentuh dengan betapa dalamnya keimanan Ruh Faizan (pemerintah Makkah) dan Angkasa Sakti (watak utama). Emosi aku terlimpah saat watak syahid di medan perang. Dan semuanya dipersembahkan secukup rasa. Organik. Jitu.
Dialog yang digunakan menjadi lakaran jelas watak-watak. Kemas tetapi tidak kaku.
Di suku terakhir novel ni, aku amat nak tau apa yang bakal berlaku. Terlalu banyak dipertaruhkan. Penulis bijak mengatur adegan, membuatkan plot tidak pernah lentur dengan kebosanan.
Aku sukar pilih watak kegemaran sebab terlalu ramai yang dinamik. Ruh Faizan. Angkasa Sakti. Izrayel. Endless.
Ulas panjang mana pun, susah untuk aku betul-betul gambarkan. Karya ini bukan untuk dibaca, tetapi untuk dialami!
Kalau mahukan novel berintipati penuh makna tetapi tidak sarat dengan dakwah, inilah dia! Membuatkan hati bertanya pada diri sejauh mana keimanan kita, dan sedalam mana mahu kita selami.
It was a good read. I actually stopped after reading the fourth chapter cause I felt like I got bored but then I picked it up again and wow! I finished reading it. Overall, the plot is great I like that there's a plot twist about the characters (especially about Izrayel). But, if we're talking about characters, I don't really like how Maisarah's character is related to love line with Angkasa Sakti. I mean, yeah her character is amazing how she's awesome at martial arts, fighting as she used to look over her brother practising and all but Idk I just don't like how she's there for a love line. I just think that it would be better if she didn't catch feelings for Angkasa Sakti cause I don't feel the chemistry. It was so sudden and awkward. Aside from that, I hope the author could focus more on the depth of the characters' emotions. Describe about the emotions more so that readers can relate to it more. However, Jaafar's death got me. His dialogue when he said he wished that Aizat's wish will be granted made me stuck. THAT was amazing. I was actually hoping that there's a twist with Sang Ashura. It's a bit upsetting that there's only black and white but no grey. I was hoping that maybe Sang Ashura is not that bad at all or maybe there's someone else who's the mastermind but yeah.. it didn't happen. Well, this is only the first book I'm hopping on the second book next and let's see how the story will continue!
This entire review has been hidden because of spoilers.
Jantung aku dipam laju macam aku betul betul berada di keliling panglima panglima perang yang sedang berperang mempertahankan Kerajaan Tanah Haram.
Part neh paling terkesan.
"KAU TERUS MEMANGGIL, aku terus berlari. Tetapi tetap kau memanggil. Memanggil dan memanggil. "
. . . "Aku rasa tidak layak untuk berada di bawahMu. Aku berdosa banyak"
. . ."Kenapa kau terus memanggilku? ". . .
Sepanjang membaca kau akan tenggelam dengan banyak emosi. Tiba tiba kau akan sedih. Kau akan marah. Kau akan bersemangat. Part yang buat bulu roma aku tiba tiba meremang bila salah satu Jeneral Utopia memilih untuk berpihak kepada Agama Langit dihujung hujung peperangan Allahuakhbar.
Walaupun aku tau trilogi ini akan di tulis semula, aku tetap berusaha nak cari buku asalnya. Ternyata pencarian aku memang tak sia sia.. Nak komen panjang tak tau macam mana. Yang pasti jantung aku masih laju lagi sekarang neh.. Tak ada part yang aku tak suka dalam cerita neh. Aku sarankan bila membaca wajib bayangkan sekali setiap senjata, setiap pakaian, aksi dan suasananya ya, Awesome!!! Okay last last, aku suka nama nama watak dalam TAKDIR neh. Lebih lebih lagi Izrayel Junjaki. Wakakkakakaka! Pedang sumbing mu mengingatkan aku tentang Zaraki Kenpachi!!
PEACE!
This entire review has been hidden because of spoilers.
Jalan cerita yang menarik - ibarat menaiki 'emotional roller-coaster' waktu baca buku ni. Padat dengan kata-kata hikmah yang bagi saya, sangat bermakna. Setiap ayat yang disampaikan, memang terkesan, meresap ke dalam jiwa gitew. Serius.
Ramai yang menyatakan kekeliruan tentang setting dalam cerita ni. Kenapa setting zaman moden, tapi teknologi macam jauh terkebelakang? Asalnya saya pun tertanya-tanya juga. Tapi bila dah baca novel yang kedua, dan bila belajar tentang jatuh bangun sesebuah tamadun, sudah terjawab persoalan saya. Jadi bagi sesiapa yang keliru, saya sarankan sambung dulu baca buku kedua.
Satu je bagi saya mengelirukan saya sedikit waktu baca. 'Character introduction' pada awal-awal tu bagi saya agak 'jumpy'. Ramai sangat watak2 penting dalam cerita diperkenalkan serentak. So jadi keliru sikit nak hadam nama sekian-sekian buat apa, datang dari mana, etc. Ni personal experience saya je lah. Tapi bila dah progress through the book, boleh hadam dah la. Dan rasa Takdir edisi kedua mungkin lebih senang nak hadam karakter2 sebab ada ilustrasi (tak sabar nak baca yang tu pula! hehe).
Tak nak buat 𝘳𝘦𝘷𝘪𝘦𝘸 karangan, 𝘫𝘶𝘴𝘵 nak cakap yang karya penulisan Tuan Hilal Asyraf ni sungguh 𝙊𝙐𝙏𝙎𝙏𝘼𝙉𝘿𝙄𝙉𝙂!!!.
Lompatan satu 𝘴𝘤𝘦𝘯𝘦 ke 𝘴𝘤𝘦𝘯𝘦 yang lain memang cantik tersusun, tak meleret dan penuh terperinci penulis bagi penerangan.
Di pertengahan penceritaan, ada satu kejadian yang akan memberi impak besar kepada keseluruhan jalan cerita. Dari sini, 𝘱𝘭𝘰𝘵 𝘵𝘸𝘪𝘴𝘵 yang berselang-seli akan dihidangkan kepada para pembaca.
Cuma nya 𝘤𝘭𝘪𝘮𝘢𝘹 agak kurang 𝘬𝘪𝘤𝘬 sedikit bagi aku. Apapun, ni hanyalah pendapat peribadi aku sebagai pembaca.
Pada pengakhiran nya, semua yang berlaku dalam buku Takdir 1 merupakan satu permulaan kepada sesuatu yang lebih besar dalam menentang penguasaan Sang Ashura dan Jeneral-Jeneral kelak.
Tak nak buat 𝘳𝘦𝘷𝘪𝘦𝘸 karangan, 𝘫𝘶𝘴𝘵 nak cakap yang karya penulisan Tuan Hilal Asyraf ni 𝙊𝙐𝙏𝙎𝙏𝘼𝙉𝘿𝙄𝙉𝙂!!!.
Lompatan satu 𝘴𝘤𝘦𝘯𝘦 ke 𝘴𝘤𝘦𝘯𝘦 yang lain memang cantik tersusun, tak meleret dan penuh 𝘥𝘦𝘵𝘢𝘪𝘭 penulis bagi penerangan.
Di pertengahan penceritaan, ada satu kejadian yang akan memberi impak besar kepada keseluruhan jalan cerita. Dari sini, 𝘱𝘭𝘰𝘵 𝘵𝘸𝘪𝘴𝘵 yang berselang-seli akan dihidangkan kepada para pembaca.
Cuma nya 𝘤𝘭𝘪𝘮𝘢𝘹 agak kurang 𝘬𝘪𝘤𝘬 sedikit bagi aku. Apapun, ni hanyalah pendapat peribadi aku sebagai pembaca.
𝘐𝘯 𝘵𝘩𝘦 𝘦𝘯𝘥, semua yang berlaku dalam buku Takdir 1 merupakan satu permulaan kepada sesuatu yang lebih besar dalam menentang penguasaan Sang Ashura dan Jeneral-Jeneral kelak.
Weh ni baru first novel dah full pack action!!😭🔥. Lagi 2 novel untuk habiskan trilogy ni😬.
-Konsep: Dystopian epic fantasy. -Latar masa: Future post apocalypse. -Power systems: Aura manipulation more likely mcm haki dlm one piece.
Cerita dia agak heavy sikit hampir seminggu lebih nk habiskan tapi berbaloi dgn penceritaannya yg menarik dan intense. Map dia xde dlm novel so kena search google kalau nk tgk tempat² dia dlm novel ni.
Best giler novel ni lagi² dlm 3 bab last non stop dia punya curiosity dan plot twist nya. Izrayel Junjaki pun tak hairan ramai minat this character🔥🔥.
Lepas baca first Takdir terasa bnyk misteri: -Apa kaitan Angkasa Sakti dan Pedangnya? -Apa rancangan Sang Ashura seterusnya? -Apa konflik yg berlaku antara Kiai Bersembilan setelah bertarung dgn Ashura? -Misteri kuasa Ashura -Misteri jeneral Endless Ok nk sambung Takdir 2 dan 3.
Sebelum beli buku ni, memang yakin buku karya tuan Hilal takkan mengecewakan saya. Tu pun selepas habiskan siri saga Hero yang punya 5 buah novel. Apa yang menarik perhatian saya, saga Hero berlatarbelakangkan zaman moden, zaman sekarang, dengan teknologi yang pelbagai.
Manakala Trilogi Takdir... Well, sebenarnya zaman sekarang juga. Beza dia novel ni berperang dengan kuda, sut perang, manjanik, busur dan sebagainya. Beza dengan novel hero yang mengenakan sut sakan Iron Man, Pemburu yang seakan vampire (twilight moden), Surihati Encik Pembunuh (James Bond), Samurai Melayu dan Membunuh Muhammad. Ianya seakan tapi 1000x lebih baik la sudah tentu. Saga Hero memang terbaik laa. Dan Trilogi Takdir bakal menjadi yang terbaik juga. lebih2 lagi dengan sedikit pembaharuan dan ada lukisan komik.
Dan bakal menyusul pembacaan Trilogi Takdir pula. Hihi
Buku ni sangat tebal dan saya belum pernah membaca buku aksi. Ia sedikit membuatkan saya ralat sebab adegan-adegan aksi yang ditulis perlukan imaginasi. Sungguh, ia membuatkan saya agak pening sikit untuk mengikuti jalan cerita. Tapi sebagai pemula, buku ni sungguh mengasyikkan dan tidak mengecewakan.
Apa yang saya belajar sepanjang pembacaan ni ialah pertolongan dari Tuhan. Kebelakangan ni, banyak hal yang berlaku pada diri saya dan alhamdulillah buku ni seperti ubat penenang. Tuhan tidak pernah hilang tapi selalu ada dan setia. Setiap kesusahan pasti akan munculnya kesenangan. Jangan sesekali berputus-asa.
Dan tak sabar, menanti Sabtu depan untuk menikmati yang kedua.
Ruh Faizan mengingatkan : Agak kelakar apabila kau menghantar kan burung untuk menghancurkan Kaabah . sebelum utusan langit terakhir diutuskan , Kaabah pernah mahu dirobohkan oleh tentera bergajah . Long Berk melayani sambil ketawa : lepas tu ? adakah engkau rasa Tuhan yang kau percayai itu akan menghantar burung yang sama untuk hapuskan garuda kami? Ruh Faizan berbicara : tempat ini ada penjaganya , kalau kami tewas sekali pun kau akan ditewaskan penjaga tempat ini .
Pertama kali baca buku HA. Macam biasa kalau tinggal 100 ms aku berkobar2 nak habiskan dan2 tu jugak. Pukul 3 pagi deh.
Mengisahkan tanah haram diserang tentera sang asura yang dibarisi dengan 5 jeneral. Angkasa diberi tanggungjawab besar menyelamatkan tanah haram bersama2 dengan figura yang lain, ezekiel, izrayel, aizan, mughirah, arnav, ashok dan beberapa kiai dari kiai songo.
Di endingnya mereka ditugaskan untuk menyerang makhluk gergasi. Itu termasuk dalam takdir 2 ke?
Walau buku ini boleh dikatakan epik fantasi tapi ia seolah cerita yang akan berlaku. Boleh dikatakan ada kaitlah sikit2 tentang peristiwa akhir zaman ,perang dunia ketiga dna sebagainya.
Sangat2 best. Pada pembaca yang suka cerita penuh aksi, inilah buku yang terbaik.
Paling penting, saya suka kerana ia cerita yang penuh islami dan ketuhanan.
best sangat! jalan cerita tak bosan dan laju (in a good way.) seronok baca buku ni. jumpa buku ni dekat tiktok, tak menyesal beli!
bukan setakat jalan cerita je best, nilai islam yang diterapkan bagus dan banyak pengajaran dalam ni. you all that haven't read yet, y'all missing something. y'all should read this masterpiece!!