' Aku merempuh hujan peluru di padang yang berlopak darah '
GOLD. GLORY. GOSPEL. Slogan penjajahan barat ini masih menjadi anutan konglomerat imperialis dan neo-kolonialis pada hari ini. Untuk menjajah kembali ke dunia sebelah sini, mereka mula menghantar ejen-ejen untuk menyusup ke dalam syarikat-syarikat utama Malaysia.
Kedatangan ejen-ejen ini disedari BISIK, atau Biro Risikan Negara, sebuah badan yang bertanggungjawab melakukan penyiasatan keselamatan. BISIK segera memaklumkan perkara ini kepada Perdana Menteri. Namun, PM tidak percaya melainkan jika memperoleh bukti kukuh.
Untuk itu, BISIK perlu pantas bertindak untuk memerangkap Bruce McCallum, ejen musuh yang telah dikenal pasti. Fariz Zafar, seorang petugas muda BISIK diarahkan untuk melaksanakan operasi yang mencabar ini.
Bukan mudah untuk mengheret Bruce McCallum yang licik ini. Dan, Fariz Zafar bukan sahaja mempertaruh nyawanya, malah dia kehilangan mereka yang tersayang! Meniti Maut ~ sebuah novel aksi yang penuh intrigue.
Tipografi & Rekabentuk Kulit : Baharin Abd Hamid Model : Faizol Salleh Editor : Norlizawati Yaakob Editor Inggeris : Ruzita Awaluddin ~
EYMAN HYKAL atau nama sebenar Norden Mohamed, dilahirkan di Mersing, Johor pada tahun 1957. Setelah menamatkan pelajaran sekolah di Sekolah Menengah Sri Mersing, beliau melanjutkan pelajaran di ITM (kini UiTM) dalam bidang Senireka Perusahaan.
Mempunyai latar belakang kerjaya yang berwarna-warni, Eyman pernah bertugas dalam NGO, Jabatan Kerajaan, swasta dan juga pernah berniaga sendiri. Kerjaya awalnya bermula di Gabungan Pelajar-pelajar Melayu Semenanjung sebagai Setiausaha Kerja. Kemudiannya beliau bertugas di dalam jabatan kerajaan sebagai Jurulatih dan Pegawai Latihan di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Kementerian Tanah dan Kemajuan Wilayah dan Biro Tatanegara, Jabatan Perdana Menteri.
Dalam sektor swasta, Eyman Hykal pernah menjawat jawatan sebagai Eksekutif Pembangunan Perniagaan, Penolong Pengarah Hal Ehwal Pelajar, Pengurus Projek, Pengurus Latihan, Pengurus Pemasaran dan juga Pengurus Sumber Manusia. Tugas-tugas tersebut dijawatnya dalam pelbagai syarikat seperti IPTS, Syarikat Perunding, Periklanan dan Penerbitan. Beliau juga pernah menceburi bidang perniagaan sutera saring.
Sebagai Norden Mohamed, kariernya di Kumpulan Media Karangkraf adalah paling lama. Beliau menyertai syarikat ini sebagai Editor majalah humor Gelihati pada tahun 1991. Kemudian beliau ditugaskan sebagai Pengurus Pemasaran Kumpulan, Pengurus Latihan, Pengurus Sumber Manusia, Pengurus Besar syarikat buku Alaf 21 dan sejak 2010 menjadi Ketua Pengarang akhbar Sinar Harian. Kini, beliau menulis kolum mingguan Maaf Cakap di akhbar itu.
Hobi utama beliau ialah membaca. Eyman mengamalkan tabiat membaca sebuah buku sebulan. Beliau membaca apa jua bahan terutamanya psikologi, agama, perniagaan, falsafah, pengiklanan, pemasaran, komik dan tentunya novel. Hampir kesemua buku yang dibacanya pula diulangbaca sekurang-kurangnya sekali.
Kata-kata hikmatnya ialah, “Don’t be Jack of all trades and a master of none, BUT BE, Jack of all trades and a master of one!”
Baca buku kedua -Detik Debar terlebih dahulu berbanding ini dan ternyata jauh sungguh beza di antara buku ini dan buku yang kedua. Aku lebih suka Detik Debar dan berharap ada buku yang ketiga. Tapi penantian, sepertinya hanya terus jadi penantian walaupun pernah khabar angin mengatakan tuan penulis sedang mengusahakan kisah Fariz yang seterusnya. Mana? Mana? Mana?
Buku ini jalan ceritanya agak lembab. Aksi juga agak kurang. Lebih banyak drama masyarakat dan watak itu sendiri. Lelah. Mungkin ini buku pertama buat kisah ini. Jadi memang jalan ceritanya belum panas.
Apa-apa pun, ia masih boleh dilayan. Tapi untuk diulang baca, mungkin tunggu hati ini terbuka. Andai ada buku ketiga, akan segera aku dapatkan. Mungkin lagi menarik dan terbaik dari Detik Debar.
Fariz Zafar merupakan seorang ejen BISIK (Biro Risikan Negara) yang baharu direkrut oleh badan perisikan Malaysia tersebut selepas dia menamatkan pengajiannya di universiti. Prestasi akademiknya yang cemerlang,ditambah pula dengan keupayaan atau bakatnya di dalam sukan 'parkour' telah melayakkan Fariz diterima bertugas di dalam BISIK. Malangnya,di dalam sebuah tugasan risikan,akibat kementahannya,dia telah menyebabkan subjek sasaran risikannya berjaya melepaskan diri dan menyebabkan kematian rakan setugasnya. Namun demikian,dia tidak disalahkan oleh Pengarah Bisik,Tuan Aziz Tuan Ghani. Sebaliknya,Fariz diberikan tugasan baharu. Dia dikehendaki untuk menjadi pemandu kepada Tan Seri Daud,Pengerusi Eksekutif Globest Corporation. Tercabar juga maruah Fariz kerana diberikan tugasan yang nampak remeh. Tetapi,sebenarnya,tugasannya itu penting dilaksanakan untuk memastikan kedaulatan politik dan ekonomi Malaysia tidak diganggu-gugat oleh 'Economic Hitman' yang berniat mahu menguasai Malaysia! Meniti Maut merupakan novel pertama tulisan Eyman Hykal yang saya baca. Pada saya,novel ini tidak mengecewakan. Saya sukakan tema utama yang cuba disampaikan oleh penulis,iaitu mengenai bahaya 'Economic Hitman' kepada ekonomi sesebuah negara. Tambahan pula,mereka bergerak secara sembunyi-sembunyi, di sebalik organisasi bukan kerajaan atau 'Non-Governmental Organization' (NGO) yang bertaraf antarabangsa. Lantas,novel ini bukanlah sebuah novel yang bergenrekan 'thriller' biasa sahaja semata-mata. Malah,unsur-unsur lain seperti cinta juga mewarnai isi cerita novel Meniti Maut ini. Novel ini juga padat dengan aksi-aksi pertempuran tanpa senjata yang mengasyikkan! Gaya bahasa yang digunakan adalah campuran antara Bahasa Melayu Tinggi (di dalam penceritaan atau naratif) dan Bahasa Melayu Rendah (di dalam dialog,yang menyaksikan penggunaan bahasa pasar dan campuran bahasa Melayu dan Inggeris). Pembangunan watak,terutamanya watak utama saya dapati sangat menarik. Watak utama,atau hero novel ini,Fariz Zafar,berjaya dibentuk dengan baik. Saya sukakan bagaimana watak ini dibentuk. Terdapat sifat-sifat kekuatan dan kelemahan yang wujud (tidak sempurna dan nampak realistik) pada watak tersebut. Plot jalan cerita novel ini juga berjaya ditulis dengan baik,pada pendapat saya. Cuma,pada permulaan cerita,agak sedikit membosankan. Cuma,pada bahagian pertengahan dan klimaks,perjalanan cerita novel ini menjadi semakin menarik. Namun demikian,saya mendapati terdapat beberapa perkara yang agak tidak realistik. Sebagai contoh,di dalam dunia sebenar,pasti ketua sesebuah badan perisikan akan memberikan taklimat terlebih dahulu kepada ejennya. Namun,di dalam novel ini,Fariz dibiarkan di dalam keadaan yang tidak bersedia,yakni,tidak mengetahui objektif sebenar dia ditugaskan sebagai pemandu kepada Tan Sri Daud. Walaupun demikian,faktor di atas tidaklah mencacatkan secara keseluruhan jalan cerita novel ini. Saya sarankan novel ini untuk dibaca kepada mereka yang sukakan novel 'thriller' berbahasa Melayu. Seterusnya,sekuel atau sambungan novel ini,Detik Debar,akan saya baca!
Buku yang penuh debaran... Pembaca akan dibawa bersama dalam mengalami peristiwa yang mendebarkan... Sebuah hasil karya yang cuba menggarap fiksyen dan realti... Boleh dianggap setaraf dengan penulis luar negara..cuma berunsurkan budaya tempatan..
Novel aksi Melayu pertama aku baca dan aku masih ingat lagi yang aku membaca novel ini dua kali. Susunan plot kronologi sangat tersusun dan sangat difahami. Setiap penjelasan aksi yang ditulis oleh penulis berjaya membantu aku membayangkan apa yang telah terjadi.
Cerita aksi yang sangat menarik.. Bagaimana Fariz seorang anggota BISIK menyamar sebagai pemandu seorang Dato dan menyekat usaha seorang economic hitman.. Memang teruja lah membacanya.. Walau ada kekurangan di sana sini.. Kesilapan ejaan tapi masih enjoy untuk dibaca..
Novel aksi yang baik. Jalan cerita ada naik-turun, watak ada kekuatan-kelemahan, dan penceritaan aksi yang digambarkan jelas, menurut saya sekurang-kurangnya.
Sudah lama tidak baca buku seperti ini. Waktu zaman sekolah genre seperti ini menjadi pilihan sehingga bercita-cita hendak jadi polis. Bila sedar diri berkaca mata, matilah impian tersebut. Mungkin suatu hari nanti boleh direalisasikan dalam bentuk buku. Tahniah penulis, novel aksi lain dari yang lain. Memang berani. Tercari-cari sebenarnya jalan cerita seperti ini yang melibatkan PM dan Negara. Memang tidak rugi membelinya. Tidak sia-sia teracun dan termakan racunnya. MENITI MAUT karya thriller aksi, penyiasatan. Penuh aksi, penuh debaran. Mengisahkan tentang Fariz Zahar yang telah terpilih menjadi ahli BISIK sebuah unit rahsia yang bertanggungjawab melakukan penyiasatan keselamatan. Membantu PM mencari, meredah dan menghancurkan mereka yang berniat untuk menghancurkan dan memburukkan negara. Plot yang baik dan mudah difahami begitu juga dengan gaya bahasanya. Mudah dan tidak sukar memahaminya. Fariz Zahar seorang anggota BISIK masih baru dan mentah, belum pernah membunuh, akibat kelalaiannya dan ketidakberaniannya telah menyebabkan rakan setugasnya terbunuh. Bagaimana Fariz Zahar menghadapinya. Mampukah dia bangun semula setelah gagal menyelamatkan nyawa rakan setugasnya itu. Tugas seterusnya adalah menjadi pemandu peribadi kepada Tan Sri Daud. Kenapa tiba-tiba seorang anggota BISIK menjadi pemandu peribadi? Memang tidak masuk akal. Apa misi BISIK dan tujuan BISIK masuk ke dalam Syarikat Tan Sri Daud. Apa agenda tersembunyi Bruce seorang pemuda dari luar negara berminat untuk melabur dalam syarikat Tan Sri Daud. Siapa pula Faryna dalam hidup Fariz Zahar. Kenapa Fariz Zahaar kurang senang dengan gadis tersebut. Berjayakah misi BISIK dan Fariz Zahar untuk menyelamatkan negara dan syarikat Tan Sri Daud dari menjadi mangsa kejahatan yahudi. Bagaimana mereka menjalankannya dan menyelamatkan kedudukan Tan Sri Daud dan menghalang kemasukan musuh-musuh negara , kenalah baca sendiri ya.
At a glance, Fariz is an ordinary guy; a university graduate who could probably get a decent job at any private sector. He is however, anything but. In fact, he was not only a skilled guy but he happened to be an agent for a fictional (I’m pretty sure it’s fictional, but with Malaysia you can never tell and I rather not over-think it) agency called BISIK. There was just only one thing, he was new and in comparison to any other agents, he was not only green but also high inexperienced given the fact that he wasn’t part of the Army, Fire Brigade, Police Department or any of such. Desperate to prove himself after losing a teammate at his own expense on his first mission, Fariz at first find it hard to carry out the next mission he had to carry out, the driver to one of the most successful business man in Malaysia. He had no idea what he got himself into; he didn’t even know what was coming ahead.
Except, well, he had to deal with the daughter of his new boss on a daily basis, that and gather some information on Bruce McCallum, a foreigner of a non-government agency; JustWorld from the USA who supposedly had come to Malaysia to assist Tan Sri Daud and his interest to help a third world country flourished. Faced with unknown challenge and confusing tasks, Fariz continued to follow his orders.
It was strange reading about espionage stories written in Malay. I’ve read wars and autobiographical work about it. Never espionage. It was a decent read. It kept me on the edge wanting to know what happened next. The story was well written, but there were plot holes that I had wished would be solved. Still, it wouldn’t be a bad thing if the author decided to write a follow up. It’s just that I wonder how he’d tackle the subtle love story...
Sebuah cerita aksi karya penulis yang saya suka. berlatarkan negara Malaysia yang gambarannya sudah tentu ada didlama kepala pembaca seperti saya. :) Cerita yang menuntut penhayatan untuk memahami jalan cerita yang disampaikan penulis seperti ini. cerita yang genrenya tak ramai lagi penulis negara kita yang cuba menerokanya.Pergolakan disebalik tabir sesebuah negara yang aman. Peranan anggota2 keselamatan sesebuah negara yang memainkan peranan penting memastikan ancaman dari luar tidak mengganggu gugat keamanan dan kesetabilan sesebuah negara,. ia ditampilkan sebagai hero oleh penulis ini, yang sudah tentu ramai yang tidak tahu kewujudannya disebalik cerita cerita polis yang kita tahu berada dihadapan dalam kes kes jenayah dinegara kita ini. Cerita sebegini menuntut penyelidikan da nolahan terperinci penulis untuk menjadikannya sebuah cerita aksi yang dapat diterima pembaca. Gaya bahasa yang tak terlalu rumit juga membuat kan pembacaan saya tak terganggu dengan jalan ceritanya. Tahniah buat Tuan Eyman Hykal atas kelahiran novel aksi ini.
karya eyman hykal yg kedua aku beli pas aku baca detik debar..
keseluruhan aksi dlm ni kureng skt dr detik debar..yela ni karya aksi die yg pertama...
dlm meniti maut ceritakn bgaimana fariz boleh terlibat dlm BISIK dan tugas pertama yg dilakukannya...aksi fariz mlwn ejen2 barat n yahudi yg leh thn gk la...
Oh no! I'm quite a hard fan of action thriller stories but this book cant really impressed me. I'm so sorry to the author. Been trying so hard to finish my reading but each time I read ~ I'd fall asleep. The action was explained so well in this book but unfortunately ~ I dont get the reading excitement.
27 Antara naskhah yang wajib dimiliki bagi peminat thriller/aksi. Penulis berjaya wujudkan babak saspens. Dan setiap helaian yang dibaca bagai digarap dengan teliti.