Jump to ratings and reviews
Rate this book

Hikayat Merong Mahawangsa

Rate this book
Hasil penulisan sejarah tradisional, terkarang pada sekitar tahun 1800-an, yang menyumbang keterangan tentang asal usul keturunan raja-raja Kedah dari mitos & legenda. Penulisan ini menyatukan mitos & realiti sejarah, antaranya: pemberontakan rakyat menentang Raja bersiung, kisah Raja Buluh Betung, perhubungan kerajaan Kedah dan Siam, proses pengislaman raja Kedah dan lain-lain.

# Pengkaji: Siti Hawa Hj Salleh, Ph.D
# Sumber: Versi R.J. Wilkinson, Muzium Negeri Kedah

482 pages, Leather Bound

First published November 16, 1898

22 people are currently reading
194 people want to read

About the author

Siti Hawa Haji Salleh

8 books4 followers
Siti Hawa Haji Salleh Ph. D., mantan Profesor di Jabatan Persuratan Melayu dan Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia (1971-2003). Kini beliau masih lagi aktif meneliti karya-karya kesusasteraan Melayu tradisional.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
16 (45%)
4 stars
6 (17%)
3 stars
4 (11%)
2 stars
3 (8%)
1 star
6 (17%)
Displaying 1 - 3 of 3 reviews
Profile Image for Aradweb Aradweb Adil.
76 reviews1 follower
March 11, 2011
Hikayat ini dikarang atas permintaan Sultan Muazzam Syah (1179 - 1201) oleh seorang pujangga istana dengan satu maksud utama 'Sebagai Rekod Salasilah Keturunan Kedah Raja-Raja Negeri Kedah Zamin Turan atau Langkasuka pada awal pembukaannya oleh Raja Merong Mahawangsa.

Dengan maklumat yang barangkali amat terbatas pada ketika itu, pujangga istana ini berjaya dalam mengkisahkan secara dramatik akan peristiwa pembukaan negeri Kedah. Bayangkan seawal zaman Nabi Allah Sulaiman. Dalam satu laman forum China History Forum/ forumernya ada menjelaskan bahawa anak Raja Rom itu mungkin juga dimaksudkan sebagai Empayar Parsi atau Iran. Malah ada juga yang mengatakan bahawa Raja Merong Mahawangsa itu seorang muslim berdasarkan kepada kisah serangan garuda yang mana sebenarnya merupakan angkatan perang Hindu. Dalam kurun ke 11 & 12 masihi, serangan angkatan Hindu ke atas angkatan Islam di laut Hindi adalah fenomena biasa.

Satu fakta yang mungkin boleh jadi dijadikan penanda bahawa Raja Merong Mahawangsa itu bukan beragama Hindu pada ketika itu ialah mengenai kisah di mana beliau dikatakan berkahwin dengan seorang gadis Orang Laut dan menggalakkan rakyatnya bercampur darah antara kaum. "INTERLOK" sudah pasti tidak mengamalkan konsep perkahwinan semacam ini.

Jika benar Filem Hikayat Merong Mahawangsa ini akan ada sekuelnya nanti, sudah pasti ia akan berkisar mengenai Raja Bersiung, Raja Buluh Betung dan kisah pengembaraan Syeikh Abdullah Yamani dengan penghulu iblis kerana kisah-kisah selepas Raja Merong Mahawangsa juga penuh dengan aksi peperangan. Dengan watak-watak seperti Raja Kelana Hitam, Raja Kamisytur dan Datuk Sangkai Empat Bersaudara.

Sudah ada rekod terbaru mengenai asal-usul kerajaan Kedah iaitu Undang-undang Kedah hasil transliterasi manuskrip lama bertulisan tangan yang merupakan teks undang-undang negeri Kedah. Mengenai keislaman Merong Mahawangsa juga boleh dikaji secara lebih lanjut dari
Ship of Sulaiman
Profile Image for Izzat Isa.
417 reviews50 followers
April 20, 2019
Sebelum ini saya pernah membaca hikayat ini yang diselenggara oleh Siti Hawa Salleh terbitan Yayasan Karyawan. Terkini, saya membaca Hikayat Merong Mahawangsa (HMM) terbitan Geroda Merah Press. Edisi ini merupakan edisi terjemahan dari Inggeris ke Bahasa Melayu yang ditulis oleh James Low. Jadi saya memfokuskan kepada komentar, analisis dan nota kaki yang disediakan oleh James Low. Saya mendapati, selain daripada menyalin terjemahan yang diperoleh daripada Sultan Kedah, beliau juga secara sedar turut melakukan penyelidikan, tinjauan, kajian lapangan terhadap lokasi, tinggalan, warisan, bahasa, geografi, sosio politik, hubungan antarabangsa dan sejarah.
Profile Image for Naliza Fahro-Rozi.
298 reviews13 followers
December 19, 2018
Epic literature masterpiece. I first read this book when I was 12, I borrowed my aunt's book when I stayed with her over the school holidays. It was a literature study for Form 6 actually. But I enjoyed the book so much, I read it over and over again.
Displaying 1 - 3 of 3 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.