Kisah yang diadaptasi daripada sebuah jurnal kehidupan milik Rano Indrapura Collins. Ceritanya bermula apabila remaja berusia 17 tahun itu menyaksikan papanya mencurangi kesetiaan mamanya. Dia bertindak membunuh Vivek, pembantu rumah yang dianggap parasit dalam keluarganya. Rano melarikan diri ke Palembang dan bertemu Tuan Christ Goldthope. Dengan bantuan lelaki itu, dia berjaya menjadi pemain bola sepak profesional di Sumatera Selatan. Namun kejayaannya digalang ganti dengan maruah diri. Rano terjebak dalam dunia lelaki dengan lelaki. Dia jatuh cinta pada Isabelle. Namun hubungan itu terlerai kerana keadaan. Rano tidak disenangi oleh Therry kerana cemburukan personalitinya. Dia juga sering digoda oleh Tony Blake yang mahu budinya dibayar dengan 'hanya satu malam.' Teuku Herman, tokoh paling berpengaruh di kota Palembang pula menggunakan kemewahan untuk memerangkap Rano. Akhirnya, Rano rebah di tangan playboy tua itu. Hubungan terlarang ini mengundang dendam isteri Teuku Herman. Dia berkomplot dengan Toni Blake. Rano ditangkap atas tuduhan mengedar dadah. Dengan kelicikan Teuku Herman, Rano berjaya melarikan diri ke Phuket dan menukar identiti dirinya menjadi Georgie Collin. Kemudian dengan bantuan Hazel yang mencintainya, mereka mencuba bidang komersial di Kuala Lumpur. Nama Georgie menjadi terkenal.
Bagaimanakah kesudahan jurnal kehidupan pemuda ini? Cinta dan dendam telah membawa Rano@Georgie jauh merantau. Sedangkan dia ingin kembali menjadi seorang lelaki sejati.
Tak habis baca. Tapi dah nak sampai ke penghujung jugalah. Kisah LGBT. Pemuda berusia belasan tahun yang lari dari rumah kerana terlibat dengan jenayah pembunuhan pembantu rumahnya yang ada skandal dengan si ayah.
Kerana sayangkan ibunya, seorang wanita yang setia dia mengorbankan masa mudanya. Dalam pelarian, dia yang berwajah kacak, ditemui oleh seorang hartawan bernafsu songsang. Dibawa tinggal di rumahnya. Diberi pelajaran dan dinaikkan nama pemuda itu sebagai seorang pemain bola sepak dalam kelab terkemuka milik kawannya.
Dan, pengurus kelab juga, sama. Bernafsu songsang.
Walaupun tiada babak ranjang watak-watak bernafsu songsang ini, sekadar dinyatakan begitu sahaja yang mereka 'bersama' atau 'memenuhi kehendak si polan-si polan', tetaplah tak mampu nak teruskan pembacaan. Sebab rasa buang masa. Rasa macam setiap watak semuanya dengan perangai kaum Nabi Luth.
Satu-satunya yang bagus tentang buku ini hanyalah bahasanya yang tak bosan. Dan susunan plotnya yang kemas.
Mungkin akan cuba habiskan baca bagi melihat sisi lain kot ada yang elok. Tapi, tengok masa dan mood.
Sebab, memang biasanya baca sesebuah buku tu sampai habis. Walau ambil masa sampai setengah tahun.