Jump to ratings and reviews
Rate this book

Travelog: Rindu Eropah Tawan Damascus

Rate this book
Sebuah travelog seorang pemuda berusia 21 tahun dengan menaiki kereta api, kapal laut, kapal terbang dan adakalanya terpaksa berjalan kaki. Kisah benar yang dilalui penulis dipaparkan secara telus ini boleh menjadi panduan kepada bakal pengembara.

Munir berhasrat menuju Eropah, tetapi akhirnya menetap dua tahun di Syria. Sebelum itu, Munir sempat menjejak Thailand, Singapura, India, Pakistan, Turki dan akhirnya berpeluang menunaikan fardu haji pada usia 22 tahun.

Seorang yang bersemangat waja dan bermotivasi tinggi. Ketika memulakan perjalanan hanya fasih berbahasa Inggeris, tetapi akhirnya berjaya menguasai bahasa Arab dan mendalami bacaan al-Quran. Munir yang mempunyai CHRS - Certificate in Hotel and Restaurant services dari ITM pernah bekerja sebagai peon dan wartawan. Dalam kembaranya, Munir pernah menjadi buruh kontrak dan menjadi chef di Hotel Meridien, Syria.

Karya ini mampu membuka minda pelajar-pelajar jurusan perhotelan, bahawa mereka boleh memohon pekerjaan di hotel-hotel bertaraf lima bintang di seluruh dunia.

353 pages, Paperback

First published January 1, 2011

Loading...
Loading...

About the author

Munir Ramli

2 books

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
5 (12%)
4 stars
24 (60%)
3 stars
10 (25%)
2 stars
1 (2%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 7 of 7 reviews
Profile Image for Iskandar Syah Ismail.
13 reviews5 followers
May 28, 2014
Penceritaan yang mendatar. Mungkin kerana penulisnya terpaksa mengingati memori silam yang berlaku hampir dua dekad yang lalu. Ibarat minum teh ais. Sedap tetapi mungkin lebih sedap lagi jika tehnya pekat lagi. :-)

Namun saya amat terkesan dengan kisah beliau di Mekah berbanding di tempat-tempat lain yang diceritakan penulis. Saya dapat membayangkan dengan jelas pengalaman beliau menunaikan haji kerana saya pernah ke sana baru-baru ini.
Profile Image for Iza Ramos.
2 reviews16 followers
August 18, 2015
Cerita yang agak mendatar tetapi seronok memandangkan ia merupakan sebuah travelog - kisah benar - menyebabkan kita ternanti-nanti apa yang berlaku kepada penulis akhirnya.

Dengan baca buku ni, terinspirasi juga dengan kisahnya terutamanya dengan kebolehannya menguasai bahasa arab kurang daripada setahun, sangat memberi inspirasi! Buku ni sesuai untuk sesiapa yang suka mengembara! :)
Profile Image for Hannanur.
13 reviews5 followers
January 12, 2011
tidak sabar-sabar nak 'mengembara' bersama penulis hingga ke damascus!membaca helaian-helaian awal sudah membuatkan hati tertarik!
Profile Image for Ruqaiyahq.
30 reviews
May 3, 2015
lepaih baca buku baru perasan it was pak sedara kak mirah hatta lol . and she said munir ramli pernah cite face to face pasal travelog dia . can i be like him ?
Displaying 1 - 7 of 7 reviews