Goodreads Malaysia discussion

140 views
Arkib II > Apabila penerbit membakar buku

Comments Showing 1-6 of 6 (6 new)    post a comment »
dateDown arrow    newest »

message 1: by Norziati (new)

Norziati | 378 comments Penerbit Gramedia Pustaka Utama yang telah menterjemahkan, menerbitkan dan mengedarkan buku '5 Kota Paling Berpengaruh di Dunia' mengambil keputusan menarik balik pengedaran buku ini di toko bukunya di sekitar Indonesia setelah menerima kecaman akan penghinaan terhadap Nabi Muhammad S.A.W menerusi sepotong ayat dalam buku ini.

Inilah ayat yang mengundang kontroversi itu:

“Selanjutnya ia (Muhammad) memperistri beberapa wanita lain. Ia menjadi seorang perampok dan perompak, memerintahkan penyerangan terhadap karavan-karavan Mekkah. Muhammad memerintahkan serangkaian pembunuhan demi meraih kendali atas Madinah, dan di tahun 630 M, ia menaklukkan Mekkah”. (hal 24).

Tindakan Gramedia Pustaka Utama bagaimana pun di puji kerana memberikan reaksi yang cepat terhaap tuntutan yang dikeluarkan oleh MUI iaitu; pertama untuk menarik buku-buku tersebut; kedua untuk meminta maaf kepada masyarakat; ketiga untuk pemusnahan buku.

Hasil pembakaran inilah yang menyebarkan jerebu ke Malaysia (agaknya).

Pautan yang berkenaan adalah seperti berikut:

http://indonesia.ucanews.com/2012/06/...

http://ciricara.com/2012/06/14/gramed...

http://www.suara-islam.com/detail.php...

http://regional.kompasiana.com/2012/0...


message 2: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Mengapa bakar buku dan mencemarkan udara bila teknik mengitar semula bahan kertas adalah lebih baik dan menolong alam sekitar?


message 3: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2843 comments Mod
Sidang redaksi terlepas pandangkah sejak dari mula, atau bagaimana sampai terbit perenggan itu?

Bukankah boleh dimansuhkan satu perenggan yang katanya tak berkait pun isu utama judulnya. Mungkin ada sesuatu manfaat dari buku itu pada bahagian lainnya.


message 4: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2415 comments Mod
Khairul H. wrote: "Mengapa bakar buku dan mencemarkan udara bila teknik mengitar semula bahan kertas adalah lebih baik dan menolong alam sekitar?"

teknologi tak sepenuhnya diguna pakai, barangkali.


message 5: by Ummu Auni (new)

Ummu Auni (ummuauni) | 538 comments Barangkali itu cara paling cepat untuk mereka membuang buku tersebut, dengan cara membakar. Seperti membakar hutan untuk dibersihkan. Mudah dan cepat tapi...impak terhadap persekitaran ialah jerebu hingga Malaysia


message 6: by Erniefaizal (new)

Erniefaizal | 35 comments Mungkin akibat dari "memberikan reaksi yang cepat terhaap tuntutan yang dikeluarkan oleh MUI". Tak sempat nak fikir. Karang lambat orang kata tak bersungguh, barangkali....


back to top