Goodreads Malaysia discussion

209 views
Arkib (Kopitiam POP!) > POP Jun: Pasar karat buku yang tak berkarat!

Comments Showing 1-37 of 37 (37 new)    post a comment »
dateDown arrow    newest »

message 1: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2430 comments Mod
Polemik Otak Pembaca: Pasar karat buku yang tak berkarat!

Sedikit sebanyak Car Boot Sale buku di Perpustakaan Kuala Lumpur, bersebelahan Dataran Merdeka, cuba menyalin resipi Chowrasta, Pulau Pinang - syurga buku untuk buku lama dan buku nadir.

Namun, apa yang berlaku di Chowrasta adalah satu perniagaan tradisi yang dibina dalam sejarah yang panjang dan lama - suatu yang bukan mudah untuk diulang kembali dalam bentuk yang lebih baru di perkarangan Perpustakaan Kuala Lumpur. Dan itu pun, tradisi itu pun terpaksa menempuh perjalanan yang sukar selepas kini dipindahkan ke ruangan yang paling jorok.

Penganjuran Car Boot Sale oleh Perbadanan Kota Buku (PKB) buat julung kali pada bulan lepas berlaku dalam keadaan sangat-sangat sederhana. Sebahagian besar buku yang dijual adalah buku baru dengan dua penerbit besar dilihat turut membantu.

Namun, dengan sebahagian besar buku yang dijual sebenarnya boleh dibeli di kedai buku yang lebih selesa, apakah projek sulung PKB itu mempunyai stamina untuk terus bernafas dengan kekerapan dua minggu sekali?

Apakah usaha PKB itu adalah bersifat try and error yang natijahnya adalah hampir menempah kegagalan? Atau apakah bahan mentah, rempah-ratus dan bumbu perasa yang terlepas pandang oleh penganjur, tetapi sangat penting dalam memastikan Car Boot Sale PKB itu menjadi betul-betul pasar karat buku!


message 2: by Anuar (new)

Anuar | 1 comments Insya-Allah kita boleh bantu...


message 3: by Najmuddin, Tok Mudin (new)

Najmuddin (mudin001) | 998 comments Mod
Lokasi mungkin?


message 4: by Syahira (new)

Syahira  | 752 comments Pasar karat?


message 5: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2430 comments Mod
Anuar wrote: "Insya-Allah kita boleh bantu..."

anuar, soalnya sampai bila bantuan diperlukan utk sesebuah 'pasar karat' boleh hidup dengan sendirinya - kaki buku, penjual buku lama, nadir yg lebih banyak memenuhi ruang yg ada tanpa perlu penerbit besar membuat suntikan?


message 6: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2430 comments Mod
Najmuddin wrote: "Lokasi mungkin?"

tokmudin, rasanya pasar buku lama di chowrasta pun beberapa kali dijentik2, ditolak2, tapi boleh hidup walaupun dengan cara tersendiri


message 7: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2430 comments Mod
Syahira wrote: "Pasar karat?"

pasar utk jualan barang lama sebenarnya.


message 8: by Haryati (new)

Haryati Abd. Halim | 765 comments Mungkin pihak penerbit boleh menjemput para penjual buku-buku lama yang kini beroperasi di "flea market" Amcorp Mall untuk sama-sama memeriahkan pasar karat ni.


message 9: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (last edited Jun 06, 2012 12:00AM) (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2843 comments Mod
Sikap menjual semula buku masih lagi bukan budaya yang meluas di kalangan pembaca kita. Jadi pasar karat buku, walaupun boleh hidup, tapi akan ambil masa untuk meresap jadi budaya. Antara sebab yang saya fikirkan:

Pertama, harga buku baru mahal - kalau jual semula tidak berapa berbaloi untuk dapatkan modal beli buku baru. Kebanyakan peminat buku kita tidaklah begitu berada sebenarnya, tetapi sanggup berkorban wang membeli buku kerana minat dan cinta ilmu.

Kedua, kebanyakan buku Melayu (terutama yang bukan pop) masih bersifat collector's item, sebab susah untuk dapatkan semula dari pasaran setelah dijual, kerana tak ada usaha ulang cetak yang serius atau kalau mahu ulang cetak pun sudah tidak ada nilai pasaran. Kalau sudah lepas ke tangan orang satu judul itu, kemungkinan tak akan bertemu lagi dengan judul sama sangatlah tinggi.

Ketiga, memang buku lama belum begitu banyak beredar di kalangan orang ramai. Mungkin patut ada kajian rambang dibuat, biasanya buku-buku yang berapa tahun ke belakang yang dijual semula oleh pembaca? Dan corak belian pembaca kita dulu, bagaimana? Di mana buku-buku yang dibeli 5 atau 10 atau 20 atau 30 tahun dulu itu sekarang? Profil pembeli 5,10,20,30 tahun dulu itu, siapa mereka, apakah mereka dalam kalangan orang yang cenderung menjual semula buku? Sebanyak mana buku-buku pembeli individu itu yang sudah didermakan ke tempat lain, ke masjid (ada perpustakaan masjid juga di seluruh negara), ke perpustakaan2, ke sekolah2, ke penjual kertas lama, ke peraih buku lama yang berkedai tetap?


message 10: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2843 comments Mod
Haryati wrote: "Mungkin pihak penerbit boleh menjemput para penjual buku-buku lama yang kini beroperasi di "flea market" Amcorp Mall untuk sama-sama memeriahkan pasar karat ni."

Cadangan yang baik!


message 11: by Jargon (new)

Jargon Books (jargonbooks) | 6 comments Najibah wrote: "Haryati wrote: "Mungkin pihak penerbit boleh menjemput para penjual buku-buku lama yang kini beroperasi di "flea market" Amcorp Mall untuk sama-sama memeriahkan pasar karat ni."

Cadangan yang baik!"


Bukan cadangan yang terbaik sebenarnya. Banyak faktor yang perlu diambil kira untuk membaiki Pasar Buku atau acara-acara seperti ini. Jika begitu mudah, hanya dengan cara menjemput para penjual buku-buku lama di flea market Amcorp untuk turut serta, mengapa perlu bersusah payah untuk membuat acara (atas nama pasar buku) yang berjenis-jenis? Mengapa tidak disatukan saja kesemua penjual buku (besar atau kecil, baru atau lama) di satu acara saja?

Flea market di Amcorp, menurut pendapat saya, lebih meriah, bukan semata-mata atas dasar sejarah yang panjang (long established), dan kalau diperhatikan pun, peratusan penjual buku (hanya buku sahaja) di flea market Amcorp bukannya besar. Mungkin hanya 10% sahaja. Yang selebihnya, cuma menjual buku sebagai barang koleksi, barang nadir yang dinilai dari segi usia dan keantikan buku; bukannya untuk mencambahkan bahan baca. Tapi faktor lain yang boleh diambil kira adalah bagaimana untuk flea market Amcorp menggabungkan khalayak (crowd) bukan-pencari-buku dengan khalayak pencari-buku dan bagaimana Amcorp menyediakan ruang yang selesa (dari segi keperluan asas: makan, minum, tempat berlindung (shelter), ruang solat, tempat buang air). Ya, kedua-duanya mahu atau tidak berkait dengan lokasi yang dipilih.

Dan Pasar Buku, dari pengalaman di acara kali kedua tempohari, diadakan di bawah bakaran matahari tengahari, di kota batu, tanpa apa-apa tempat berlindung darinya selain beberapa pokok di luar kawasan Pasar Buku. Tak pasti samada penganjur mahu menarik hawa dingin dari Perpustakaan Kuala Lumpur yang pintunya tertutup rapat (semacam langsung tidak menyambut atau meraikan), atau penganjur menyangka yang kita tinggal di Seattle (atau mana-mana kota yang beriklim tak-panas di siang hari). Lagipula, kerana saya tak pasti apa tujuan asal Pasar Buku ini, adakah ia cuma diwujudkan untuk menjadi sebuah pasar saja, sebuah tempat berdagang di mana penjual dan pembeli buku melakukan proses transaksi dan tamat di situ? Jika itu tujuannya, apa yang berbeza dengan kedai buku besar (seperti Kinokuniya, MPH, Popular dan lain-lain)? Mengapa tidak digabungkan, disewa beberapa tapak di Amcorp dan dijual di sana saja (kerana hari yang dipilih juga boleh dipersoalkan, iaitu pada hari ahad, hari kemuncak flea market Amcorp)?

Tapi jika tujuan Pasar Buku adalah lebih dari itu, akan datang persoalan yang kemudian: adakah wujud ruang untuk itu? Dan ruang bukan hanya boleh diwujudkan dengan sebuah tempat letak kereta di hadapan perpustakaan kota. Dibandingkan dengan flea market Amcorp, di mana ruang untuk berdiskusi atau melepak berborak-borak berkongsi tentang buku-buku yang sudah dibaca atau baru diberi?

Kalau Chow Rasta dengan pilihan buku-bukunya, Flea Market dengan ruangnya, Pasar Buku dengan konkrit megah Perpustakaan Kuala Lumpur?


message 12: by Jargon (new)

Jargon Books (jargonbooks) | 6 comments Jargon wrote: "Najibah wrote: "Haryati wrote: "Mungkin pihak penerbit boleh menjemput para penjual buku-buku lama yang kini beroperasi di "flea market" Amcorp Mall untuk sama-sama memeriahkan pasar karat ni."

Ca..."


Dengan "Pasar Buku", saya sebenarnya merujuk kepada Car Boot Sale PKB.


message 13: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (last edited Jun 06, 2012 12:54AM) (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2843 comments Mod
@Jargon, pandangan yang bernas. Saya sendiri belum sampai ke lokasi Pasar Karat Buku ni, pencerahan yang berguna dari En. Jargon.

Cuma, jika dikatakan Flea Market Amcorp ada tempat duduk-duduk untuk baca, bukankah di Pasar Karat kita ada perpustakaan yang jauh lebih selesa.

Dan jika perteduhan yang jadi soalnya, bukankah kita boleh lebih kreatif, sediakan payung ala pasar tani dan kalau lebih murah hati, sediakan meja dan bangku2 kecil juga (penganjur ada masalahkah kalau begini?)

Lebih baik lagi, kalau di Pustaka KL tak ada kafe, izinkan juga penggerai kecil berniaga minuman sekurang-kurangnya, serta makanan ringan yang sesuai.

Tapi saya lebih suka kalau tempat pasar karat ini adalah satu 'lorong buku' atau 'jalan buku', yang bukan sekadar tempat letak kereta; yang rupanya seperti Pasar Buku Palasari, atau Jalan Mutanabi di Baghdad, atau Charing Cross Road. Biar ada pekedai tetap, tapi ada juga gerai2 buku.


message 14: by Fariza (new)

Fariza | 736 comments kedua-dua pasar buku saya pergi..

Yang pertama: agak meriah dengan kehadiran syed munawar yang mereka-reka aktiviti seperti bacaan petikan buku, lelong buku dan duduk baca.

Yang kedua: Tiada apa-apa, hanya penjual buku. Sangat sedikit orang.

Masalah: Car book sale ni kebanyakan jual buku baru. Kalau jual buku baru lebih baik saya pergi kedai belek-belek dalam keadaan sejuk dan boleh duduk lama-lama. Saya memang datang nak tengok buku-buku lama

Cuma saya suka sekurang-kurangnya ada seorang dua yang jual buku lama dan ada penulis yang datang jual buku sendiri macam Prof Zainon.


message 15: by Jargon (new)

Jargon Books (jargonbooks) | 6 comments Najibah wrote: "@Jargon, pandangan yang bernas. Saya sendiri belum sampai ke lokasi Pasar Karat Buku ni, pencerahan yang berguna dari En. Jargon.

Cuma, jika dikatakan Flea Market Amcorp ada tempat duduk-duduk unt..."


Macam yang saya tulis sebelum ini, dari pemerhatian saya (maafkan jika mata saya yang buta), Perpustakaan Kuala Lumpur sendiri seperti tidak ada usaha-sama untuk meraikan Pasar Buku itu, kecuali meminjamkan ruang parkirnya.

Tapi semua yang saya persoalkan sebelum ini, adalah kembali kepada bagaimana penganjur boleh terlepas/melepas pandang soal-soal yang utama sebegini. Ya, usaha untuk mewujudkan sebuah pasar buku memang adalah sebuah usaha yang baik. Tapi masih belum cukup baik jika usahanya hanya setakat itu saja, atau dilakukan lebih kurang saja tanpa meletakkan apa-apa titik banding yang lebih baik. Agak menyedihkan kalau Pasar Buku cuma bertujuan untuk menjadi flea market Amcorp atau Pasar Chow Rasta yang kedua, dan bukan sebagai boleh yang menawarkan sesuatu yang lebih baik.


message 16: by Sophia (new)

Sophia Qistina | 3 comments Jika boleh saya menyuarakan pendapat, sebagai peserta Car Book Sale yang pertama, saya dapati pengunjung menghadapi masalah untuk memakir kendenderaan mereka. Jika tidak biasa dengan kawasan sekitar PKL mereka berpusing keliling kerana tiada petunjuk arah untuk ke tempat pakir kenderaan.

Benarlah, penjual berjemur jika tiada dapat erlindung di bawah pohon. Adakalanya pengunjung perlu mengalas perut sambil memilih buku, jadi sebaiknya ada juga yang menjual makanan. Selain buku-buku, beberapa item lain juga mungkin jadi daya penarik kepada pengunjung.


message 17: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (last edited Jun 06, 2012 10:41PM) (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2843 comments Mod
Sophia wrote: "Jika boleh saya menyuarakan pendapat, sebagai peserta Car Book Sale yang pertama, saya dapati pengunjung menghadapi masalah untuk memakir kendenderaan mereka. Jika tidak biasa dengan kawasan sekita..."

Yes, miniature books for example, or bookends, handmade especially. Would be hot stuffs I believe. Those kinds which are available on Etsy. Be creative young fellas! (I'm old & aging fast, hehe).

And BTW, I really believe we need a street, not a parking area, like Jalan TAR, or Petaling Street. And even if the stores there aren't all bookstores, who knows when a cloth store can attract booklovers when the owner is: refer to the story here, http://bukuria-malaysia.com/2012/06/h...

Heard that originally Kota Buku aimed for area near Colosseum, but unfortunately Majlis Bandaraya KL turned down the application? Is this true? If it is, why don't we help Kota Buku by signing a Petition of Book Lovers, that is, if the place (at Colosseum) is the best for the Pasar Karat. :D, overexcited, am I not?


message 18: by Faizah Roslaini (new)

Faizah Roslaini | 825 comments Mod
Najibah wrote: "Sophia wrote: "Jika boleh saya menyuarakan pendapat, sebagai peserta Car Book Sale yang pertama, saya dapati pengunjung menghadapi masalah untuk memakir kendenderaan mereka. Jika tidak biasa dengan..."

What a lovely location for books that. I would go. Instead of useless walk of this in that yang dah banyak tu surprisingly Malaysia tak ada satu 'walk' pun untuk buku-buku.

Kemajuan tanpa substance is BEBAL


message 19: by Sophia (new)

Sophia Qistina | 3 comments "And BTW, I really believe we need a street, not a parking area, like Jalan TAR, or Petaling Street. And even if the stores there aren't all bookstores, who knows when a cloth store can attract booklovers when the owner is: refer to the story here, http://bukuria-malaysia.com/2012/06/h..."

You're right! We need a walk way specially for book lovers.

"Heard that originally Kota Buku aimed for area near Colosseum, but unfortunately Majlis Bandaraya KL turned down the application? Is this true? If it is, why don't we help Kota Buku by signing a Petition of Book Lovers, that is, if the place (at Colosseum) is the best for the Pasar Karat. :D, overexcited, am I not?"

Need someone to initiate please...


message 20: by Fariza (new)

Fariza | 736 comments DBKL ni memang rasa macam bandaraya ni dia yang punya. That's why we need a city council election! We can choose who become the mayor. (Maaf keluar topik. But, seriously we need to think about this)

@K. Najibah:
I agree with the proposal to make a petition of book lovers. Let our voice being heard.


message 21: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (last edited Jun 07, 2012 08:32PM) (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2843 comments Mod
Rupanya ejaan tepat bukan Colosseum, tapi Coliseum :)

Saya dapatkan pencerahan dari Wikipedia tadi; dan terfikir daripada memohon DBKL untuk kawasan sekitar Coliseum, kenapa tak cuba memohon dari keluarga pengasas teaternya, untuk tukar/ubahsuai teater itu lebih dulu untuk jadi semacam gedung jualan buku dan aktiviti buku.

Kata Wikipedia, pemiliknya sekarang berkelulusan Cambridge, mungkin lebih bersedia berkorban untuk membina budaya buku?


message 22: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2430 comments Mod
Ini komen kota buku yg diletakkan di fb saya:-

Kota Buku Salam, terima kasih atas komen dan pandangan yang diberikan pihak tuan. Sebagai makluman kami ingin memaklumkan bahawa konsep Car Book Sale yang dianjurkan oleh pihak kami merupakan satu pendekatan baru selaras dengan konsep Kota Buku dimana penulis, penerbit dan pembaca bertemu, bercorak santai tetapi meriah.

Car Book Sale di perkarangan Perpustakaan Kuala Lumpur sudah masuk ke siri kedua dan sambutan yang diberikan amat menggalakkan. Ramai penulis dan penerbit yang memberikan sokongan kepada acara ini dan secara tidak lansung menggambarkan usaha Kota Buku yang berperanan sebagai pusat pertemuan penulis, penerbit dan pembaca dan tidak tertakluk kepada protokol dan acara resmi.

Usaha Kota Buku membawa konsep Car Book Sale kepada masyarakat tidak boleh disamakan dengan Chow Rasta Pulau Pinang dan Amcorp Mall yang telah bertapak lama. Car Book Sale anjuran kami ini mempunyai pengisiannya yang tersendiri seperti mengadakan aktiviti deklamasi sajak, bacaan puisi, lelongan buku dan pelbagai aktiviti spontan penggiat buku.

Meskipun peserta terpaksa berpanas dan tidak mendapat kemudahan seperti payung dan sebagainya tetapi kami cuba untuk memperbaiki kelemahan tersebut dari semasa ke semasa dan mencari waktu yang sesuai untuk diadakana aktiviti ini sama ada pada sebelah petang atau mungkin juga pada sebelah malam.

Sebagai makluman juga, pemilihan kawasan parkir Perpustakaan Kuala Lumpur bukanlah kekal sebaliknya kami akan meneruskan acara ini ke mana-mana lokasi yang difikirkan perlu serta mendapat sambutan sama ada di dalam atau di luar Kuala Lumpur sekalipun.

Akhir sekali, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas keperihatinan tuan dan memberikan cadangan penambahbaikan yang perlu terhadap kekurangan dalam penganjuran kami dan pihak kami akan sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada penggiat buku sekalian. Salam hormat, Unit Komunikasi Korporat, Perbadanan Kota Buku.
10 hours ago · Like


message 23: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2843 comments Mod
Menarik :) - bagaimana konsep Buku Jalanan, nampaknya mereka pun ada jual buku-buku bekas. Lebih santai di taman-taman dan tasik.

Dan benar, baru kali ke-2, masih banyak waktu untuk melihat Pasar Karat buku berkembang.

Saya harap saya dapat pergi pada kali ke-3 nanti. 16hb.


message 24: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2430 comments Mod
untuk yang berkira2 mahu ke sana, 'pasar karat' buku sudah tukar jam. ini info dr fb mereka:-

Jangan lupa untuk berkunjung ke Car Book Sale kami pada 16 Jun 2012 bermula jam 2.30 tgh hari hingga 6 petang! Pembeli bertuah yang berbelanja RM100 keatas akan menerima hadiah misteri daripada penganjur.


message 25: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2843 comments Mod
Bukankah lebih panas lagi waktu tu?


message 26: by Nor, dari khutubkhanah USIM (new)

Nor (norazzahmomin) | 1546 comments Mod
Saya masih tak berpeluang nak menjengah lokasi ni.


message 27: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2430 comments Mod
Najibah wrote: "Bukankah lebih panas lagi waktu tu?"

kalau tengok cuaca kebelakangan ini, memang panaslah


message 28: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Lokasi bukan waktu operasi yg patut ditukar.


message 29: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2843 comments Mod
Macam mana nak atur waktu ni, supaya dapat ke DOM dan ke Car Book Sale juga. Siapa di Shah Alam sanggup jadi babysitter? :D


message 30: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (last edited Jun 12, 2012 01:49AM) (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2843 comments Mod
Khairul H. wrote: "Lokasi bukan waktu operasi yg patut ditukar."

Saya ada telefon penganjur tadi, yang jadi perkiraan adalah arah cahaya matahari pagi dan tengahari yang jatuh tepat di kawasan parkir. Sebelah petang kawasan itu lebih lindung cahaya.

Bagi yang tak berkereta, boleh juga datang berniaga, isi borang sahaja. Tapi seeloknya ada meja lipat atau rak kecil yang boleh diletakkan buku atasnya, kalau tidak buku harus bentang atas tar.

Saya bercadang nak pergi nanti, baru nak belajar jual buku :) - ada sesiapa nak kirim buku2 ISTAC? Tak perlu bayar dulu, di sana nanti baru berurusan.


message 31: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2430 comments Mod
baru perasan, harinya bukan lagi setiap ahad, sebaliknya sabtu. najibah kena ambil perhatian.


message 32: by Rebecca (new)

Rebecca (beckyilham) | 113 comments Najibah wrote: "ada sesiapa nak kirim buku2 ISTAC? "


Kak Ji,
buku Prof Wan "The Beacon On The Crest Of The Hill" ada lagi?


message 33: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2843 comments Mod
Becky, buku ni pun dah habis - malangnya belum diulang cetak.


message 34: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2430 comments Mod
Najibah wrote: "Becky, buku ni pun dah habis - malangnya belum diulang cetak."

pst... pst.... dekat blackmarket ada tak? hahaha


message 35: by Haryati (new)

Haryati Abd. Halim | 765 comments Saya pun macam kak Azah, belum berpeluang nak menjengah pasar karat kali ni.


message 36: by Najmuddin, Tok Mudin (new)

Najmuddin (mudin001) | 998 comments Mod
hidup lagi ke pasar karat ni?


back to top