Goodreads Malaysia discussion

66 views
Makan Buku, Minum Buku... > Ketagih Beli Buku

Comments Showing 1-19 of 19 (19 new)    post a comment »
dateDown arrow    newest »

message 1: by Nisa (new)

Nisa (niesaa) | 86 comments Salam....
Adakah, anda juga seperti saya..

"I always buy another book when i still have ten to read"

Masih ada di rak, 14 buah buku yang belum dibaca...(ada di antaranya di beli pada tahun 2010)..saya masih juga membuat lawatan, lawatan bukan dengan tangan kosong... ke kedai buku setiap bulan.

Jumaat lepas, beli lagi 4 buah buku...dan sekarang sudah memasang cita-cita, esok mahu membuat lawatan ke kedai buku lagi...Malah, senarai buku-buku yang mahu dibeli PBAKL 2012 pun..sedang giat di usahakan.

Adakah itu di kategorikan sebagai membazir?


message 2: by miaomiao (new)

miaomiao (ajeep) | 155 comments nanti awak akan baca juga, kan? so tak membazir lah. saya ada 44 buku untuk dibaca. most of the books were bought in 2010


message 3: by Aziz (new)

Aziz (azizzabidi) | 75 comments Saya ada 80++ buku yang dah dibeli tapi belum dibaca...membazir ke? mungkin...(kalau saya mati tak sempat baca dan lepas tu tak ada sapa berminat nak ambik jadi harta pusaka)...haha


message 4: by Syahira (new)

Syahira  | 752 comments I only cave in to the madness on the first day of BBW...


message 5: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Niesaa wrote: "Adakah itu di kategorikan sebagai membazir?"

Saya pernah tanya soalan yg sama: Obses Membeli Buku. Apa Pandangan Islam?


message 6: by Nisa (new)

Nisa (niesaa) | 86 comments miaomiao wrote: "nanti awak akan baca juga, kan? so tak membazir lah. saya ada 44 buku untuk dibaca. most of the books were bought in 2010"

ya, sedang berusaha untuk baca.. tapi, saban bulan makin bertambah...tambah pula dengan kekangan masa...huhuhu


message 7: by Nisa (new)

Nisa (niesaa) | 86 comments Aziz wrote: "Saya ada 80++ buku yang dah dibeli tapi belum dibaca...membazir ke? mungkin...(kalau saya mati tak sempat baca dan lepas tu tak ada sapa berminat nak ambik jadi harta pusaka)...haha"

Saya juga fikir yang sama...tentu ada yang jual sbg buku 2ndhand :(


message 8: by Nisa (last edited Feb 22, 2012 12:17AM) (new)

Nisa (niesaa) | 86 comments Khairul H. wrote: "Niesaa wrote: "Adakah itu di kategorikan sebagai membazir?"

Saya pernah tanya soalan yg sama: Obses Membeli Buku. Apa Pandangan Islam?"


Oh, sudah dibincangkan... maaf tak perasan..


message 9: by Emily Iliani (new)

Emily Iliani (emilyiliani) Online book shopping addiction, http://www.bookfinder.com/?ref=bf_s3_...

everyday order books and credit card debt last month = RM580.

God have mercy.


message 10: by Nadhiah Aida (new)

Nadhiah Aida (healogix) | 15 comments saya takde la cam tu sesangat .. agak2 ler kalau ada 2-3 buah buku as stok buku, kepala dah fikir nak beli buku apa. normally jenguk2 kat forum cari atau website MPH. website POPULAR nie kurang menarik sebb byk buku yg diorg takde .. KINOKUNIYA cuma english - japan - chinese books, malay book takde. kene gi sane n menjelajah. normally beli buku bila ada bajet .. mebe leh beli 4-6 buku n kene pastikan ada diskaun terutama kat POPULAR.


message 11: by Faizah Roslaini (new)

Faizah Roslaini | 825 comments Mod
Emily Iliani wrote: "Online book shopping addiction, http://www.bookfinder.com/?ref=bf_s3_...

everyday order books and credit card debt last month = RM580.

God have mercy."


Ini sudah bagus.. !! Terima kasih.
* HAIL duit plastik!!


message 12: by Faizah Roslaini (new)

Faizah Roslaini | 825 comments Mod
BTW Emily,

Pernah try the beli used books on international sites? Dia layan ke kredit kad Malaysian?


message 13: by Nur Afidah (new)

Nur Afidah  Mat Isa  (epitjack) | 8 comments Penyakit ketagihan saya membeli buku semakin bertambah parah bila saya mula bekerja 3 tahun lalu. Saya memang selalu 'melawat' kedai buku dan seringnya 'tergoda' dengan setiap lawatan tersebut. Untuk mengawal pembelian, saya selalu ke kedai buku terpakai atau pinjam di perpustakaan awam. Tapi setiap kali ada pesta buku, memang tak dapat kawal la..hmmm sebenarnya saya ada lebih 100 buku yang masih belum dibaca. adoii macam mana ni...too many books but not enough time.huhu


message 14: by Lolliepop (new)

Lolliepop (snhz) | 246 comments yang banyak2 buku tu bagi dekat saya la..saya tak mampu nak beli buku banyak2 macam tu..hahaa


message 15: by Nisa (new)

Nisa (niesaa) | 86 comments Nur Afidah wrote: "Penyakit ketagihan saya membeli buku semakin bertambah parah bila saya mula bekerja 3 tahun lalu. Saya memang selalu 'melawat' kedai buku dan seringnya 'tergoda' dengan setiap lawatan tersebut. Unt..."

Banyak tu... saya yang tak sampai 20 buah ni pun rasa termengah-mengah nak habiskan.


message 16: by Nur Afidah (new)

Nur Afidah  Mat Isa  (epitjack) | 8 comments Lolliepop wrote: "yang banyak2 buku tu bagi dekat saya la..saya tak mampu nak beli buku banyak2 macam tu..hahaa"

bagi tak boleh tapi kalau nak pinjam boleh saja..=))


message 17: by Clerk Can (new)

Clerk Can | 146 comments Sebenarnya bukan masa yang tak cukup, tetapi kita sekarang sudah ada banyak perkara lain yang boleh dibuat.

Berbanding orang dulu-dulu yang hanya ada buku-buku-buku, kita sekarang ada facebook-youtube-buku.

Jadi mengikut teori relatif masa, masa kita memang dirasakan semakin pendek.

Jadi bagi mengimbangi teori kerelatifan masa ini, kita patut mengurangkan membeli buku kerana faktor masa ini sebagaimana orang dahulu kurang membeli buku kerana faktor kewangan dan accessibility.

Sekian terima kasih :)


message 18: by cheryna27 (new)

cheryna27 | 18 comments siapa kata membazir? taklah. ada satu masa dulu buku terlalu banyak sebab pesta buku tak putus-putus. tapi akhirnya buku-buku tu surut juga. baca buku kena ada mood juga. ada masa kita ketagih membeli, tapi banyak juga masa kita ketagih membaca.

kita seimbangkanlah ketagihan-ketagihan yang dua tu:)


message 19: by Nadhiah Aida (new)

Nadhiah Aida (healogix) | 15 comments encik_kerani wrote: "Sebenarnya bukan masa yang tak cukup, tetapi kita sekarang sudah ada banyak perkara lain yang boleh dibuat.

Berbanding orang dulu-dulu yang hanya ada buku-buku-buku, kita sekarang ada facebook-you..."


setuju dgn pendapat ni ... :-)


back to top