Goodreads Malaysia discussion

126 views

Comments Showing 1-45 of 45 (45 new)    post a comment »
dateDown arrow    newest »

message 1: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2430 comments Mod
Untuk beberapa ketika ini, Goodreads Malaysia juga dikenali sebagai Kumpulan 999. Macam kumpulan 'gedebey'. Gedebey buku pun jadilah.

Ahli Goodreads Malaysia sudah 999. Isunya bagaimana kita dapat aktifkan kalaupun tidak lebih daripada Goodreads Indonesia, sekurang-kurangnya menyamai pun sudah cukup.


message 2: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (last edited Nov 15, 2011 04:29PM) (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Semua forum di internet begini. Ramai ahli tapi 10%-20% yg aktif. Yg lain mungkin letak nama saja atau hanya sekadar menjenguk.

Bagaimana nak mengaktifkan? Saya buntu. Forum ni sudah mengamalkan sistem terbuka. Sesiapa boleh 'buat bising' tetapi balik-balik orang yg sama saja. Adakah kerana forum ini didominasi bangsa Melayu sehingga bangsa2 lain berasa 'rimas' nak masuk? Adakah kerana topik yg dibincangkan tidak menarik? (Ganding Baca dah keluar surat mati ke belum?) Atau adakah kerana kita terlalu sibuk membaca dan bekerja sehingga tak sempat nak berbincang lanjut di forum? Saya perasan topik yg popular hanyalah Senarai 50 Buku, itupun kerana ahli-ahli GR-MY nak update senarai masing-masing.

Nak forum jadi aktif, kita kena buat bising.


message 3: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2430 comments Mod
Khairul H. wrote: "Semua forum di internet begini. Ramai ahli tapi 10%-20% yg aktif. Yg lain mungkin letak nama saja atau hanya sekadar menjenguk.

Bagaimana nak mengaktifkan? Saya buntu. Forum ni sudah mengamalkan s..."


khairul, aktif di forum ya. tapi aktif di luar, ya juga. mcm mana goodreads indonesia boleh buat acara bual buku secara bulanan dan setahun sekali festival pembaca.

saya tak ikut sangat perkembangan mereka, mungkin ada yg aktif di forum seberang, boleh bercerita


message 4: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Moderator-moderator juga harus menjadi proaktif?

Aktiviti GR-MY di luar setakat ni hanyalah berjumpa setahun sekali (tu pun beberapa kerat je). Bual buku, saya tak tahu macam mana nak atur sebab (1) saya sendiri tak minat dan (2) Ganding Baca kita ni pun tak begitu aktif.

Mungkin harus join-venture dgn acara Borak Buku dan Baca di LRT kut?


message 5: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2430 comments Mod
Khairul H. wrote: "Moderator-moderator juga harus menjadi proaktif?

Aktiviti GR-MY di luar setakat ni hanyalah berjumpa setahun sekali (tu pun beberapa kerat je). Bual buku, saya tak tahu macam mana nak atur sebab ..."


bagus juga idea tu, khairul. kalau buat kerjasama lagu tu, boleh belajar dr awal. cuma saya masa tu kena pakai baju tempah khas, baju pena dan baju grmy. kalau kena cover, saya kena tambah dgn vest media :)


Faizah Roslaini | 825 comments Mod
Ahli GR MY banyak yang masih malu-malu kot kalau mahu jumpa secara 'live', termasuklah saya... ngeeeee

Sebut fasal join venture, Sabtu lepas saya menjengok Buku Jalanan di Taman Tasik Shah Alam. Mungkin boleh tengok FB page dan hashtag twitter #bukujalanan.

Sesiapa yang mahu dermakan buku (dan pinjam juga) sambil borak-borak santai dan sembang buku dengan mereka(anak-anak muda yang membaca), di taman, al-fresco, boleh la join. Tarikh seterusnya 26 November kalau tak silap.


message 7: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2430 comments Mod
Faizah Roslaini wrote: "Ahli GR MY banyak yang masih malu-malu kot kalau mahu jumpa secara 'live', termasuklah saya... ngeeeee

Sebut fasal join venture, Sabtu lepas saya menjengok Buku Jalanan di Taman Tasik Shah Alam. M..."


ya faizah, sudah tengok. menarik juga. isnya-Allah, boleh singgah dua minggu lagi.


message 8: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2843 comments Mod
(Ganding Baca dah keluar surat mati ke belum?)

Haha, dush rasa terkena diri.

Nantilah saya pergi balai polis, minta isu surat matinya T__T

Saya memang tak cukup tangan sejak ada bayi, membaca pun jarang-jarang T__T


message 9: by Mu'az (new)

Mu'az | 75 comments kadang-kadang muka buku ade magnet yang lebih besar
jadi jarang-jarang bukak goodreads


message 10: by Sharah (new)

Sharah (sharahaha) | 1 comments buka goodreads hanya untuk update kawan kawan punya update. okay sambung baca buku.


message 11: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2430 comments Mod
Mu'az wrote: "kadang-kadang muka buku ade magnet yang lebih besar
jadi jarang-jarang bukak goodreads"


kalau ikut linguistiknya, buku muka :)


message 12: by Siti Zafira (new)

Siti Zafira (sitizafira) | 2 comments Saya sendiri, walaupun menyertai Goodreads sekitar awal 2010, tidak aktif selama masa itu, sehinggalah sekitar akhir 2011. Akhir 2011 yang lalu, saya cuba untuk set semula penglibatan saya dalam Goodreads dengan lebih baik. Tidak mahu lagi jadi 'pasif'. Tambahan, saya fikir, dengan kehidupan saya sekarang sebagai seorang pelajar, saya memerlukan kepelbagaian ilmu. Bahkan, seakan tak bermakna jika tidak memaknakan hidup sebaik mungkin, hehe.

Pada saya, Goodreads antara ruang terbaik saya bisa beroleh pengalaman menjalani bedah buku secara mini. Cuma, kadang-kadang, saya agak segan untuk memberi komen kepada ahli-ahli Goodreads yang aktif, mungkin atas dasar baru sahaja mengenali rakan-rakan Goodreads . Nampaknya saya memang kena betul-betul memanfaatkan penglibatan diri dalam Goodreads. :)


message 13: by Juliana Es (last edited Jan 14, 2012 08:00AM) (new)

Juliana Es (julianaes) | 857 comments Mod
Buat masa ni, saya masih selesa dengan status dan keadaan Goodreads Malaysia.

I'm a homely person, so once-in-a-while gathering is fine. Too many outings will only make me shy away - not because I'm a shy person, but simply because my home is my sanctuary.

We may not be as active as Goodreads Indonesia, but we are not doing so bad.

About the number of members, I'm a strong a believer of quality versus quantity.


message 14: by Natasha (last edited Jan 16, 2012 08:50PM) (new)

Natasha (mamahaikal) | 79 comments Betul betul betul..saya susah nk pergi aktiviti hujung minggu sebab tiada siapa nk babysit anak dan suami bkn kerja pejabat hanya sempat jumpa Kak Azzah semasa sumbang buku pd USIM


message 15: by Nor, dari khutubkhanah USIM (new)

Nor (norazzahmomin) | 1546 comments Mod
Natasha wrote: "Betul betul betul..saya susah nk pergi aktiviti hujung minggu sebab tiada siapa nk babysit anak dan suami bkn kerja pejabat hanya sempat jumpa Kak Azzah semasa sumbang buku pd USIM"

Betul2..gembira jumpa Natasha..rakan GRMY kedua yang melawati Perpustakaan kami selepas Pn. Nisah Haji Haron.

Nampaknya boleh buat sesi perjumpaan GRMY di sini.


message 16: by Anna (new)

Anna (annaredz) | 16 comments Apakata kita pergi lepak di Kafe GRMY every weekend. Sambil berkenalan berbual boleh minum hot choc dan pancake. Sandwich dan wifi pun ada. Once in a while buat book donation. Boleh bawa anak2- ada playground di depan kafe malah ada babysitter pay by hour.

Nanti la.
Bila ada orang nak buka Kafe ni.


message 17: by Buzzlair (new)

Buzzlair Voufincci | 6 comments Satu idea yang saya boleh kongsi ialah:
1) Join satu group yang memfokuskan kepada book reading di meetup.com (saya adalah ahli) dan 'adapt' dengan mereka dan cuba untuk 'use each other's strength'.
2) Mekanisma untuk membawa kepada rasa 'excitement' mungkin dapat dijana dengan mengamal book exchange policy pada setiap perjumpaan.
3) Perjumpaan tiap tiap bulan pada hujung minggu di cafe up-class yang selesa (gloria jeans coffee and starbucks). Tempat perjumpaan haruslah konsisten untuk 3 ke 6 bulan pertama.
4) Catat kehadiran dan ambil phone number setiap yang hadir dan sehari sebelum perjumpaan, fetch text message to all previous ahli. Follow up yang diligent akan membawa kepada 'effectiveness of the whole program'. Follow up tak akan menjadi beban selagi ahli aktif tidak mencapai lebey 30 orang. And trust me, untuk mencapai 30 orang ahli aktif mungkin mengambil masa setahun.
5) Kebayakan ahli dalam kelab ini saya assumekan adalah dari kalangan intelektual tinggi dan dari nuggets yang sedikit yang saya kongsikan ini (which is more practical and ready to be applied) dapat menjana percambahan idea lain.

(kebanyakan mekanisma dipinjam dari program perjumpaan weekly business networking yang saya hadiri yang mana saya mampu melihat keberkesanan konsistensi sistem ini).

Sekadar berkongsi ~


message 18: by Norain (new)

Norain | 687 comments Khairul H. wrote: "Saya perasan topik yg popular hanyalah Senarai 50 Buku, itupun kerana ahli-ahli GR-MY nak update senarai masing-masing."

Yalah. Tahun ni tak sertai 50 Buku, bila jenguk GRMY jarang ada forum yang cukup menarik untuk saya tumpang sekaki. Biasanya cuma menjadi ahli pasif.


message 19: by Emily Iliani (new)

Emily Iliani (emilyiliani) Buzzlair wrote: "Satu idea yang saya boleh kongsi ialah:
1) Join satu group yang memfokuskan kepada book reading di meetup.com (saya adalah ahli) dan 'adapt' dengan mereka dan cuba untuk 'use each other's strength'..."


Idea sangat munasabah!

En Khairul, SURAT MATI? Nooooo. ok sekarang juga cadang agar bulan depan dihidupkan semula.

Moderator, Kakak Senior, meh ganding baca?


message 20: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2430 comments Mod
Buzzlair wrote: "Satu idea yang saya boleh kongsi ialah:
1) Join satu group yang memfokuskan kepada book reading di meetup.com (saya adalah ahli) dan 'adapt' dengan mereka dan cuba untuk 'use each other's strength'..."


masalahnya ada ahli yg pemalu macam ai! ai ai lariiiiii


message 21: by Lau King Hua (new)

Lau King Hua (goldflower86) | 35 comments kenapa tk buat book to read this month gitu... then boleh discuss the book in the forum.. ;) i am new here.. join yesterday .hehe


message 22: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Goldflower86 wrote: "kenapa tk buat book to read this month gitu... then boleh discuss the book in the forum.. ;) i am new here.. join yesterday .hehe"

Kami ada ruangan Ganding Baca. Cuba scoll ke bawah sikit. Tapi kurang sambutan. Sukar untuk memilih buku yg diminati oleh kebanyakan ahli GR-MY.


message 23: by Adriana (new)

Adriana (2candles1wish) | 34 comments Kalau di Shah Alam ada Pekan Frinjan yang diadakan sebulan sekali. Boleh juga rasanya tumpang acara ini jika mahukan aktiviti luar. Pada masa yang sama juga 'Kumpulan 999' boleh shopping buku disini. Hehe. Tapi suasana agak bising sedikit kerana ada persembahan muzik pada masa yang sama.


message 24: by Faizah Roslaini (new)

Faizah Roslaini | 825 comments Mod
Adriana wrote: "Kalau di Shah Alam ada Pekan Frinjan yang diadakan sebulan sekali. Boleh juga rasanya tumpang acara ini jika mahukan aktiviti luar. Pada masa yang sama juga 'Kumpulan 999' boleh shopping buku disin..."

Pernah bertweet dengan organiser Frinjan sebelum ini tapi tentang booth dan Frinjan nampaknya tak ada masalah. Tapi buntu juga acara apa yang boleh dicadangkan untuk Frinjan.

Mungkin boleh bookreading (macam Seksan) mengikut tema Frinjan ataupun Gandingbaca. Masalah, saya stage fright dan memang tak ada bakat bookreading ni dan apa-apa yang melibatkan pentas.

Moderator lain ataupun ahli-ahli lain ada sesiapa nak volunteer? Saya teringin nak dengar Tok Mudin baca puisi, atau Najibah membaca cerpen, atau mungkin En Thamrong boleh buat book review yang kreatif (seperti ada dalam perbincangan sebelum2 ini rasanya).

Cadangan je. Saya, wayang cina memang pandai.


message 25: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2843 comments Mod
Adriana wrote: "Kalau di Shah Alam ada Pekan Frinjan yang diadakan sebulan sekali. Boleh juga rasanya tumpang acara ini jika mahukan aktiviti luar. Pada masa yang sama juga 'Kumpulan 999' boleh shopping buku disin..."

Persembahan muzik tu tak berlangsung sepanjang Frinjan, kan?

@Faizah,

Itulah, teringin juga mahu GRMY ikut Frinjan, tapi duk fikir acara apa yang betul2 kreatif dan belum dibuat?


message 26: by Adriana (new)

Adriana (2candles1wish) | 34 comments Najibah wrote: "Adriana wrote: "Kalau di Shah Alam ada Pekan Frinjan yang diadakan sebulan sekali. Boleh juga rasanya tumpang acara ini jika mahukan aktiviti luar. Pada masa yang sama juga 'Kumpulan 999' boleh sho..."

Malang sekali persembahan muzik tu berlangsung sepanjang Frinjan. Cuma buku agak sinonim dengan Frinjan, kerana ada gerai-gerai yang menjual buku-buku Indonesia dan independent.


message 27: by Najmuddin, Tok Mudin (new)

Najmuddin (mudin001) | 998 comments Mod
Faizah Roslaini wrote: "Moderator lain ataupun ahli-ahli lain ada sesiapa nak volunteer? Saya teringin nak dengar Tok Mudin baca puisi, atau Najibah membaca cerpen, atau mungkin En Thamrong boleh buat book review yang kreatif (seperti ada dalam perbincangan sebelum2 ini rasanya)."

Saya tak sanggup baca puisi depan Faizah, hahaha!


message 28: by Faizah Roslaini (new)

Faizah Roslaini | 825 comments Mod
Najmuddin wrote: "Faizah Roslaini wrote: "Moderator lain ataupun ahli-ahli lain ada sesiapa nak volunteer? Saya teringin nak dengar Tok Mudin baca puisi, atau Najibah membaca cerpen, atau mungkin En Thamrong boleh b..."

Tak sanggup bakpe pulok? Sebab saya buta puisi kah keh keh

Dengarnya sedang rancak mengumpul puisi keluarga untuk diterbitkan. Betul ke?


message 29: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (last edited Apr 24, 2012 08:56PM) (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2843 comments Mod
@Mudin,

Eh, Tok? What happened to your blog? Couldn't find it any longer...


message 30: by Najmuddin, Tok Mudin (new)

Najmuddin (mudin001) | 998 comments Mod
@Faizah, Tak sanggup sebab Faizal over-citical.

@Kak Najibah, ya - sudah stop since akhir tahun lepas. Don't feel like blogging anymore.


message 31: by Faizah Roslaini (new)

Faizah Roslaini | 825 comments Mod
Najmuddin wrote: "@Faizah, Tak sanggup sebab Faizal over-citical.

@Kak Najibah, ya - sudah stop since akhir tahun lepas. Don't feel like blogging anymore."


Well Tok Mudin. Those WERE the days. Sedangkan pasir di pantai berubah kah kah...I am different now. Tak caya tanya Noor


message 32: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2430 comments Mod
Najmuddin wrote: "Faizah Roslaini wrote: "Moderator lain ataupun ahli-ahli lain ada sesiapa nak volunteer? Saya teringin nak dengar Tok Mudin baca puisi, atau Najibah membaca cerpen, atau mungkin En Thamrong boleh b..."

boleh baca puisi di rumah pena!

* antara khayalan liar saya, geng2 goodreads, datang ke rumah pena dan buat havoc... errr.. maksud saya baca puisi ttg keghairahan terhadap buku


message 33: by Najmuddin, Tok Mudin (new)

Najmuddin (mudin001) | 998 comments Mod
Mohd Nazmi wrote: "Najmuddin wrote: "Faizah Roslaini wrote: "Moderator lain ataupun ahli-ahli lain ada sesiapa nak volunteer? Saya teringin nak dengar Tok Mudin baca puisi, atau Najibah membaca cerpen, atau mungkin E..."

Like!


message 34: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2430 comments Mod
Najmuddin wrote: "Mohd Nazmi wrote: "Najmuddin wrote: "Faizah Roslaini wrote: "Moderator lain ataupun ahli-ahli lain ada sesiapa nak volunteer? Saya teringin nak dengar Tok Mudin baca puisi, atau Najibah membaca cer..."

kalau betul mahu, saya boleh uruskan. baca puisi atas nama group.


message 35: by Fath (last edited Jul 08, 2012 05:13AM) (new)

Fath A | 51 comments Bismillah.
aikk. perbincangan berhenti di sini ke?
Sesungguhnya saya mengaku sentiasa jadi ahli pasif, paling2 pun menjadi ahli aktif selama 2 bulan cuti sekolah sahaja.

Itu pun bak kat en. MOhd Nazmi "masalahnya ada ahli yg pemalu macam ai! ai ai lariiiiii "

=D


message 36: by ninotaziz (new)

ninotaziz ninotaziz | 46 comments Josh wrote: "Anna wrote: "Apakata kita pergi lepak di Kafe GRMY every weekend. Sambil berkenalan berbual boleh minum hot choc dan pancake. Sandwich dan wifi pun ada. Once in a while buat book donation. Boleh ba..."

Josh wrote: "Anna wrote: "Apakata kita pergi lepak di Kafe GRMY every weekend. Sambil berkenalan berbual boleh minum hot choc dan pancake. Sandwich dan wifi pun ada. Once in a while buat book donation. Boleh ba..."

Oohhh, I absolutely adore this idea.

Bookshelves
Malaysiana
Asiana
Francophone
Classics
Tin Tin Comics ?

Menu
Teas of the World
Kueh nyonya
Malay desserts like Sago Gula Melaka
Pancake and scones
Pralines

A combination of Flora Terrace and Levain


message 37: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Steady on girl! Most of us are probably content with just 'teh ais'.


message 38: by Azimah (new)

Azimah  Othman | 113 comments Hi all! Hi Khairul, Mudin, Najibah, Faizah....dll.I am finally back after a long sojourn elsewhere. Am supposed to be resting today by doctor's order you see, but here I am :)So sorry for not being that active since our last outing!Guys, may I suggest esp to those near Shah Alam or PJ potluck at my place this 29/9/12 12.00 onwards. My h/p 012-315 7359 for "booking" :)If we can get around 10 of you pun I'd be delighted. Pak Thamrong shall be at your service. Be ready for a long history lesson!! Drinks on the house...OK lah! What do you say?


message 39: by Najmuddin, Tok Mudin (new)

Najmuddin (mudin001) | 998 comments Mod
Can't wait for that. Consider I'm in!


message 40: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2430 comments Mod
insya-allah


message 41: by Ummu Auni (new)

Ummu Auni (ummuauni) | 539 comments 29 september, interesting!


message 42: by Azimah (new)

Azimah  Othman | 113 comments Ummu>Does that mean you'd like to be counted in.
Nazmi>I'll take that as a count, thank you,
Mudin>The Mrs counted in OK? Thanks.


message 43: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2430 comments Mod
Hamizao wrote: "Ummu>Does that mean you'd like to be counted in.
Nazmi>I'll take that as a count, thank you,
Mudin>The Mrs counted in OK? Thanks."


elok buat thread baru. judulnya nanti boleh bikin org cepat klik! :)


message 44: by ninotaziz (new)

ninotaziz ninotaziz | 46 comments I have never attended this before but it sounds very inviting. I shall send a text message for more info. Thank you.


message 45: by Azimah (new)

Azimah  Othman | 113 comments Thanks Nazmi. It has been done :)


back to top