Goodreads Malaysia discussion

89 views
Budaya Membaca > Apa Yang Kita Dapat?

Comments Showing 1-28 of 28 (28 new)    post a comment »
dateDown arrow    newest »

message 1: by [deleted user] (new)

Apa yang selalu buat selepas selesai membaca?

Mengenang diri? Refleksi? Atau tiada apa-apa?

Mungkinkah tabiat membaca sepantas boleh sehingga ada target tertentu menyebabkan yang kita dapat cumalah fragmen-fragmen dalam buku? Tiada kesan besar kepada perubahan hidup atau fikiran?

Atau bagaimana?

Random babbling. ;-)


message 2: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Bergantung kpd buku yg habis dibaca. Pernah rasa puas, kecewa, marah dan macam2 emosi. Saya ambil masa untuk habis satu buku oleh kerana masa lapang yg semakin sedikit. Oleh itu bacaan saya taklah tergopoh-gapah.

Saya hanya menerima 'kesan besar' bila baca buku bukan fiksyen khususnya buku agama dan biografi.


message 3: by [deleted user] (new)

Bacaan saya bergantung pada buku yang dibaca, kalau menarik minat kadang-kadang tak tidur malam baca. Esoknya mula kepala pening berat. 'Kesan besar' hanya pada buku-buku sastera besar dan pengalaman peribadi penulis terutamanya pemerhatian sekeliling.

Fiksi atau bukan fiksi, yang mana satu lebih jadi pilihan?


message 4: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Masa remaja fiksi, sekarang dah tua bangka lebih kepada bukan fiksi. Saya dapati dunia ni mempunyai kisah-kisah yg lebih menakjubkan dari apa yg boleh direka oleh imaginasi manusia. Sebab tu saya lebih kpd bukan fiksi sekarang.


message 5: by [deleted user] (new)

bukan fiksi yang bukan biografi saya suka- terutama buku-buku tentang sains, mitos dan tentera/spy. Mencabar imaginasi. fiksi yang meletakkan realiti sebenar dalam cerita lebih saya gemar, bukan kosong semata.

mungkin dengan bertambah umur, kita jadi lebih selektif. Tidak ada lagi Alaf 21 sekarang. haha.


message 6: by Juliana Es (new)

Juliana Es (julianaes) | 857 comments Mod
Ya, citarasa terhadap bahan bacaan memang turut berubah dengan umur yang meningkat. Tapi masa lebih muda pun memang tak baca buku Alaf21 dan ala Alaf21. BTW, Alaf 21 pun dah berubah. Mereka tak lagi sekadar menghidangkan novel cinta. Sudah banyak genre dan imprint yang diperkenalkan.

Sekarang saya lebih berat kepada bukan fiksyen, yang ilmiah dan Islami, terutama yang menyentuh bab kematian. Buku-buku begini lebih membuatkan masa saya rasa terisi.

Masa nak tukar aliran tu, ambil masa juga. Tapi bila dah beralih arah ni, nak patah balik baca fiksyen macam dah susah sikit. Susahnya sebab jadi ultra selektif.


message 7: by [deleted user] (new)

Berubah dengan usia itu agak betul, saya bermula dengan baca komik hong kong kung fu yang diterjemahkan. Tahun 94, komik tu harganya 80sen, sekarang berapa dah agaknya. Sampai sekarang curi-curi baca di kedai buku.

Sekarang lebih kepada novel-novel, mungkin masa depan buku agama pula. siapa tahu.


message 8: by fahmee (new)

fahmee (gorgom22) | 39 comments Antara buku2 yang betul2 memberi impak setakat ini kepada saya ada 2 (mungkin kerana saya kurang membaca). 1. Imam 2. Ayat2 Cinta. Buku2 ini betul2 lekat di dalam ingatan saya sampai berhari2, sehingga susah nak dihilangkan dr ingatan. Biasanya buku2 ini akan saya habiskan secepat mungkin sehingga tidak tidur bg mengetahui kisah seterusnya dan endingnya. Ini bg memenuhi nafsu membaca yg sedang membuak2 ketika itu. Ini mungkin antara sebab saya kurang membaca buku bg memberikan ruang tidur yg cukup kpd saya.


message 9: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (last edited Jul 18, 2011 11:09PM) (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2843 comments Mod
@Tramizi, saya percaya ada buku yang berbaloi dibaca cepat-cepat, dan ada pula yang wajib dibaca lambat-lambat.

Dan soal hanya mendapat fragmen atau mendapat pencerahan agung dari buku, turut bergantung kepada banyak faktor lain. Sebab itu sebuah buku yang dibaca oleh seribu orang, dapat memberi seribu kesan berbeza kepada setiap pembacanya.

Apa yang saya dapat dari buku?

Sesekali mengubah cara memandang dan menilai sesuatu. Sesekali mengejutkan dari kealpaan. Sesekali menghiburkan hati yang bosan. Sesekali memberi bahan perbualan baru dengan keluarga.

@Sdr Fahmee, semalam saya cuba berjaga malam membaca - selepas bertahun-tahun tidak buat begini (gara-gara bersemangat dengan cerita Sdr yang tidak tidur untuk habiskan buku) - hari ini saya dapat mengantuk, sambil teringat-ingat Sulaiman dan Mina dengan gulat hidupnya di Jakarta: Gulat Di Jakarta (saya habiskan semalam juga! puas tak terkata!)


message 10: by Ariffah (new)

Ariffah 9 (Ariffah9) | 26 comments Saya?

Selalu baca cepat, tapi tetap beri 'efek' juga. :)


message 11: by fahmee (new)

fahmee (gorgom22) | 39 comments @ Pn Najibah..itulah antara sebab saya tak baca buku banyak sangat. hehehe


message 12: by Clerk Can (new)

Clerk Can | 146 comments Semua buku memberi kesan kepada saya. Jadi saya tidak bersetuju dengan opsyen ketiga iaitu, 'Atau tiada ada-apa'.

Ketika membaca fiksyen saya berasa terhibur, ketika membaca memoir saya berasa bersemangat, ketika membaca buku agama saya berasa insaf dan ketika membaca bacaan erotis saya merasa teransang.

Saya tidak suka membaca sejarah atau biografi atau memoir sebenarnya. Tetapi setelah membaca Memoir Perjuangan Politik Syed Husin Ali, saya bertekad untuk mengurangkan bacaan fiksyen (yang sudah sememangnya kurang pun) dan bertukar kepada non-fiksyen.

Jadi nyatalah yang saya juga sudah menuju ke alam tua bangka.


message 13: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Semakin tua, semakin gemar buku bukan fiksyen. Saya mula suka membaca bukan fiksyen khususnya biografi bila masuk tahun ke-27 di dunia ni (kira baru akil baligh le tu). Saya dapati sejarah dunia dan tingkah laku manusia yg pernah hidup lebih mengujakan daripada cerita dongeng fiksyen.

Hari ni, saya campur aduk fiksyen dgn bukan fiksyen. Nisbah mungkin 1:3


message 14: by ❀ Hana (new)

❀ Hana (hanakirana) | 38 comments Khairul H. wrote: "Semakin tua, semakin gemar buku bukan fiksyen..."

Itu boleh dikira sebagai salah satu tanda-tanda penuaankah? Alamak! :P


message 15: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2843 comments Mod
Khairul H. wrote: "Semakin tua, semakin gemar buku bukan fiksyen. Saya mula suka membaca bukan fiksyen khususnya biografi bila masuk tahun ke-27 di dunia ni (kira baru akil baligh le tu). Saya dapati sejarah dunia da..."

Saya rasa sangat betul, sekarang jarang betul saya jumpa fiksyen yang menepati citarasa saya yang makin tua. Bila mahu angkat fiksyen2, selalu terfikir, umur panjang mana lagikah untuk baca buku2 yang lebih penting :( - cukupkah hidup dengan membaca fiksyen?


message 16: by Norain (last edited Mar 27, 2012 08:23AM) (new)

Norain | 687 comments Perbincangan orang tua-tua. Budak-budak susah nak campur. :)

Saya gemar bukan fiksyen tapi fiksyen juga menarik minat. Masalahnya, walaupun saya sejak kanak-kanak lagi minat membaca, disebabkan latar belakang keluarga yang ___ saya kurang dapat pendedahan. Jadi dalam dua, tiga tahun lalu apabila saya keluar dari dunia sempit saya (sambung belajar di bandar, kemudian di negara orang) saya rasa BUKK!!! macam kena tumbuk di muka. Buat kali pertama saya ada akses kepada begitu banyak buku. Buat kali pertama saya rasa masa tak pernah cukup, tak akan cukup.

Ada banyak buku yang orang dah baca saya belum. Ada banyak buku yang orang belum baca dan saya nak baca. Pilihan hampir kepada infiniti. Tapi jujur fiksyen lebih menggoda daripada bukan fiksyen, walaupun bukan fiksyen sebenarnya lebih berisi. Otak tak pernah kenyang sekadar makan fiksyen, tapi bukan fiksyen jarang nampak lebih menyelerakan daripada fiksyen.


message 17: by Hilman (new)

Hilman | 492 comments Untuk mengelakkan diri jadi tua, saya memaksakan diri membaca buku buku fiksyen...

Norain MT wrote: "Buat kali pertama saya rasa masa tak pernah cukup, tak akan cukup..."
saya pun sama...


message 18: by Saniah (new)

Saniah Mat | 163 comments Hilman wrote: "Untuk mengelakkan diri jadi tua, saya memaksakan diri membaca buku buku fiksyen...

Norain MT wrote: "Buat kali pertama saya rasa masa tak pernah cukup, tak akan cukup..."
saya pun sama..."

Saya pun sama,walaupun lebih banyak fiksyen.Sedang cuba mengimbanginya.Buku fiksyen pun banyak kesannya.Saya pun suka baca buku Imam.Baru nampak sikap realiti bangsa.


message 19: by Kamalia (new)

Kamalia Ramlan (kamaliaramlan) | 35 comments ada satu novel yang betul-betul beri kesan kepada saya sebabnya ceritanya hampir sama dengan cerita hidup saya. mungkin penulis tu sebenarnya intai saya dalam diam :p


message 20: by Faizah Roslaini (new)

Faizah Roslaini | 825 comments Mod
Kamalia wrote: "ada satu novel yang betul-betul beri kesan kepada saya sebabnya ceritanya hampir sama dengan cerita hidup saya. mungkin penulis tu sebenarnya intai saya dalam diam :p"

HAHAHA..penulis stalker. Good one this!


message 21: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2430 comments Mod
saya fikir karya fiksyen lebih kpd mencetuskan sesuatu perasaan baru atau membuka tingkap pemikiran - utk kita menjenguk kepada keadaan yg lebih luas.

tapi selepas membaca buku bukan fiksyen - terutama ttg agama dan pemikiran, sejarah dan pelbagai bidang ilmu - yg akhirnya mengakui kekerdilan dan kekurangan kita.

memang tak banyak buku sebegini daripada senarai buku yg dibaca. sebahagian buku saya baca adalah kerana mmg tuntutan kerja, atau tiba2 tertarik dengan kehebohan seputar buku tu. buku2 begini seperti tramizi sebutkan - akan diingati fragmen2nya dan tak mustahil tak diingati langsung.


message 22: by Jiwa (new)

Jiwa Rasa (jiwarasa) | 51 comments Selesai baca Rihlah Ilmiah tulisan Prof Wan Mohd Nor, saya tersentak dengan komen Prof Naquib tentang membaca. Beliau tidak menyuruh anak muridnya membaca banyak buku, tetapi membaca buku yang penting.

Membaca untuk ilmu, tetapi ilmu yang bagaimana? Ilmu fardu ain menurut Prof Naquib yang perlu diutamakan. Ilmu Tauhid, Ibadah dan Akhlak.

Saya melihat senarai buku milik saya dan terpaksa mengakui... betapa miskinnya ilmu saya!


message 23: by syafiqah (new)

syafiqah | 22 comments Saya setuju pemilihan buku berubah mengikut umur.Semakin meningkat umur kita akan lebih menghargai ilmu.Bila saya tengok orang baca lebih banyak buku non fiksyen rasa tercabar dengan ilmu mereka dan malu.


p/s : sedang berusaha mengimbangi kedua-duanya:)


message 24: by Faizah Roslaini (new)

Faizah Roslaini | 825 comments Mod
Sesuatu ilmu tu selalunya akan datang bila kita bersedia...chee

Look who's talkin'!


message 25: by Syahira (new)

Syahira  | 752 comments Saya tak letak buku rujukan dalam target saya. Kalau saya letak non-fiction dalam target, ia bermakna saya menganggap ia light reading. Untuk dibaca sekadar mengisi waktu. Lagipun saya selalu baca fiction sebab saya ada masalah tidur, bahan terlampau berat akan membuat otak saya segar walaupun 4 pagi. Jarang fiction buat saya insomnia so saya alternate genre ikut mood. Dulu saya suka membaca sejarah dan falsafah, tapi saya perasan banyak yang bercanggah dan fakta menjadi fiksyen, new studies, outdated sources etc, so saya mostly baca news article from various international sources more than books atau saya cari newer edition. Saya ni picky sangat kalau bab non-fiction, lagipun saya ni dilatih menjadi medical researcher (tp tak minat), jadi kalau references 10 tapi ayat beribu2, masalah dah tu.


message 26: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2430 comments Mod
setuju dengan jiwa. bila kita sudah melangkah suku abad - tentu kita wajar menjadi pemilih kpd bahan bacaan. kita semakin sedar usia bukan sesuatu yg harus disia-siakan.


message 27: by Nor, dari khutubkhanah USIM (new)

Nor (norazzahmomin) | 1547 comments Mod
Saya baca fiksyen tulisan penulis tertentu yang saya fikir ia ditulis dengan membawa kritikan sosial bersamanya.
Semakin minat dengan autobiografi & biografi. Saya jadi kagum dengan kejayaan orang lain. Juga buku motivasi. Buat saya bersemangat untuk lebih baik & lebih memanfaatkan sisa umur.
Buku ilmiah juga saya baca terutama untuk meningkatkan ilmu dalam kerjaya.


message 28: by Rozy (new)

Rozy Latip | 234 comments Bagi saya buku berbentuk fiksi mahu pun bukan fiksi mempunyai peranan masing-masing. Pembacaan berbentuk fiksi membuatkan saya lebih kreatif dalam berimaginasi dan juga kadang-kadang menceriakan hari yang penuh tekanan serta ada fiksi yang begitu dekat dengan kita dan membuatkan kira merasakan ada orang lain juga yang merasakan apa yang kita rasa.

manakala non fiksi membuatkan semakin banyak ilmu yang diperolehi dari pembacaan makin banyak pulak yang kita tidak tahu....dan semakin banyak lagi yag perlu kita baca ha ha ha....


back to top