Goodreads Malaysia discussion

43 views
Arkib III > Iklan Samsung SII vs rak buku

Comments Showing 1-6 of 6 (6 new)    post a comment »
dateDown arrow    newest »

message 1: by Norziati (new)

Norziati | 378 comments Sedang rehat menantikan masuk Maghrib, saya 'tertonton' iklan baru telefon bimbit Samsung III. Iklannya tentang seekor ayam (ayam jantan..hahaha!!) yang mengeram atas telefon bimbit milik seorang pemuda yang memaparkan gambar tiga biji telur ayam.

Saya tak tertarik dengan telefon dan ayam tetapi pandangan saya telah digam pada rak buku yang memenuhi dinding kamar si pemuda. Wah, macam tak percaya ada ruang seluas itu untuk buku-buku. Geramnya!

Dan yang tak menariknya, si pemuda ulat buku yang mempunyai rak buku yang penuh itu digambarkan seorang yang skema - rambut, tali leher, pakaian. Adeh, mencemarkan identiti pembaca buku sahaja!

Mengapakah identiti ulat buku sebagai skema masih wujud?? Apakah pembaca buku sahaja mengatakan mereka bukan skema sedangkan orang luar masih berpandangan sedemikian?

P/s: Boleh rujuk thread pembaca buku skema :-)


message 2: by Juliana Es (new)

Juliana Es (julianaes) | 857 comments Mod
Norziati wrote: "Sedang rehat menantikan masuk Maghrib, saya 'tertonton' iklan baru telefon bimbit Samsung III. Iklannya tentang seekor ayam (ayam jantan..hahaha!!) yang mengeram atas telefon bimbit milik seorang p..."

Lebih baik kita digambarkan skema berbanding imej kusut masai ala mat rempit.


message 3: by Norziati (new)

Norziati | 378 comments Bunnybaby wrote: "Norziati wrote: "Sedang rehat menantikan masuk Maghrib, saya 'tertonton' iklan baru telefon bimbit Samsung III. Iklannya tentang seekor ayam (ayam jantan..hahaha!!) yang mengeram atas telefon bimbi..."

Hehe, betul tu. Tapi saya suka dengan rak bukunya.


message 4: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Sila rujuk Hot Guys Reading Books

Amaran: Ramai yg tak hot pun. But then again, I'm a guy.


message 5: by Nurul (last edited Dec 14, 2011 09:27AM) (new)

Nurul (nurulhidayahyahya) | 242 comments yang membuatkan mereka nampak hot bukan rupa, tapi lagaknya tu. Seperti kata seorang penyumbang gambar di lawan web berkenaan " he got those pensive expression, looking so deep in thought".

Ni lah beza lelaki dan perempuan. Lelaki pentingkan rupa, tetapi perempuan pentingkan personaliti. hehe.


message 6: by Juliana Es (new)

Juliana Es (julianaes) | 857 comments Mod
Setuju 10 kali dgn Nurul!


back to top