Goodreads Malaysia discussion

57 views
Makan Buku, Minum Buku... > Baca buku secara haram?

Comments Showing 1-5 of 5 (5 new)    post a comment »
dateDown arrow    newest »

message 1: by Clerk Can (new)

Clerk Can | 146 comments Sekarang ini sudah ada banyak ebook reader. Jadi access kepada buku juga semakin mudah. Jadi apakah pandangan saudara tentang memuatturun buku secara tidak sah dan membacanya untuk kepuasan peribadi tanpa menyumbangkan satu sen pun kepada penulisnya.

Bunyinya memang kedengaran sudah terang lagi bersuluh. Tetapi yang menjadi kemusykilan saya ialah, apa pula bezanya membaca buku yang dimuaturun secara haram dengan

1) Memimjam buku di perpustakaan?
2) Menyewa buku?
3) Meminjam buku daripada kawan?
4) Membeli buku terpakai?
5) Memfotostate buku?

Bukankah itu juga tidak memberi pulangan kepada penulisnya?

Terima kasih atas maklumbalas.


message 2: by [deleted user] (new)

Salam,

Empat cara paling awal masih memberikan royalti kepada penulis dan penerbit. Yang kelima sahaja sama taraf dengan download buku. Banyak pro dan kontra tabiat ini.

Namun alasan paling mudah ialah harga buku di negara dunia ketiga yang mahal, dan perasaan marah sebab bila buku tak sehebat yang disangka.

Paulo Coelho misalnya 'mencetak rompak' bukunya sendiri, dengan peraturan tertentu. Lihat sini.

http://paulocoelhoblog.com/category/p...

Saya menyokong cetak rompak ini dengan bersyarat. Misalnya beberapa bab awal, atau untuk usaha kebajikan yang tidak ada modal banyak. Untuk kegunaan peribadi tanpa ada alasan moral yang baik, itu ialah kesalahan.

Saya fikir. ;-)


message 3: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2415 comments Mod
encik_kerani wrote: "Sekarang ini sudah ada banyak ebook reader. Jadi access kepada buku juga semakin mudah. Jadi apakah pandangan saudara tentang memuatturun buku secara tidak sah dan membacanya untuk kepuasan peribad..."

menarik tajuk ni. saya pinjam utk jadikan sorotan dlm ruangan sastera di berita harian!

anggap saja saya 'muat turun' idea encik kerani ni ya! hehehe


message 4: by Clerk Can (new)

Clerk Can | 146 comments silakan tuan nazmi.

mungkin kenyataan saya ini seolah-olah menuntut letter of indulgence dari goodread, tapi seriously, memang saya pernah download, baca dan nikmati buku secara haram!


message 5: by Afa (new)

Afa (afanil) | 17 comments Pada pandangan saya "sah" saja begitu. Saya pun gemar baca ebook dari telefon nokia saya yang kuno. Setakat ini memang buku-buku gratis.


back to top