Goodreads Malaysia discussion

32 views
Arkib II > Perang Buku

Comments Showing 1-3 of 3 (3 new)    post a comment »
dateDown arrow    newest »

message 1: by Norziati (new)

Norziati | 378 comments Saya terbaca pautan tentang perang buku yang nampaknya menarik.

http://melayuonline.com/ind/opinion/r...

Kalau tidak silap, pada zaman dahulu, para ilmuan Islam khususnya turut mempraktikkan perkara yang sama. Mereka akan menulis dan mengeluarkan buku bagi menentang / melawan buku lain yang ada dipasaran. Perang buku ini dilihat mencambahkan tradisi keilmuan dan menyemarakkan semangat ingin tahu dikalangan masyarakat.

Apa pendapat teman GR?


message 2: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2843 comments Mod
Kalau di perpustakaan universiti, kami aplikasikan arahan JAKIM untuk mengasingkan buku-buku yang dianggap berbahaya bagi pemikiran awam ke dalam suatu bilik / tempat berasingan.

Hanya pelajar yang dianggap dan dinilai layak oleh ahli akademik sahaja yang akan diizinkan mengguna dan membacanya, apabila mereka telah menulis surat khusus memohon kepada pensyarah, untuk tujuan akademik, dan diluluskan pensyarah.

Melihat kepada senario ini, perang buku akan agak kurang kemungkinan berlaku di kalangan kita hari ini.


message 3: by fahmee (new)

fahmee (gorgom22) | 39 comments Perkara yang sama juga ada diperkatakan oleh Ustaz saya. Antara dialognya yang saya ingat-ingat-lupa "Kalau tidak berpuas hati mengenai sesebuah buku, maka tulislah buku mengenainya". Mungkin cara inilah golongan akademik/ilmiah 'bertempur'. Dengan 'senjata pena' masing2. Luckily no one dies


back to top