Goodreads Malaysia discussion

46 views
Makan Buku, Minum Buku... > Insiden buku terburuk (bagi pembaca-sambil-makan-minum)

Comments Showing 1-15 of 15 (15 new)    post a comment »
dateDown arrow    newest »

message 1: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2843 comments Mod
Ini topik ringan ya, saja nak tahu cerita rakan-rakan yang membaca sambil makan/minum. Agak berguna juga untuk perpustakaan.

Pernah ada insiden buku-makanan? Sejauh mana teruknya?
Betul ke makan sambil membaca / minum sambil membaca akibatnya merosakkan buku?


message 2: by Norziati (new)

Norziati | 378 comments Biasanya, buku dipanjat semut :-(

Terkini, bekalan air saya yang diletakkan sekali dengan buku - entah macamana kerana tidak tutup rapat atau memang begitu stail tutupnya - telah menyabkan Hikayat Patani saya bermandi air. Tak pasal-pasal kena iron mukasurat yang basah. Cacat dah. Mujurlah air masak. Kalau air manis, dah berpeta-peta halamannya


message 3: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (last edited Jul 07, 2011 01:45AM) (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Insiden yg paling berat, rakan tertumpah nescafe dan terpercik ke buku saya. Tanda nescafe yg menyerupai sungai Nil tak boleh hilang hinggalah sekarang.

Ketika saya sendiri makan sambil membaca, saya teliti. Tak pernah ada insiden berat. Kalau ada pun terkena kuah setitik dua. Saya membaca ketika makan masa kecik2 dulu, sekarang tak buat dah.


message 4: by Aina (new)

Aina Dayana | 965 comments Masa kecil-kecil dahulu adalah membaca sambil makan. Memang terkenalah serpihan makanan, kuah atau nasi terjatuh atas muka surat buku :( Selepas kejadian itu saya tak buat lagi. Sayang buku :D

Tapi ada satu peristiwa yang buat saya bengang dan berhati-hati meminjamkan buku kepada orang lain. Ada kawan saya pulangkan buku dalam keadaan lembap dan seluruh buku itu basah. Bila saya tanya kenapa, jawabnya terkena hujan! Warghh..dia membaca dalam hujankah?sejak itu saya tak pinjamkan buku kepada kawan-kawan. Ini cerita di sekolah rendah...Sekarang tidaklah. Siapa nak pinjam boleh sahaja :)


message 5: by Norazita (new)

Norazita | 39 comments saya ada masalah kalau masuk ke perpustakaan.... saya akan mengalami sakit perut kronik.... ingatkan sekali dua, tapi setiap kali masuk perpustakaan.... masuk kedai buku tak pulak sakit perut...hehehehe....


message 6: by Syahira (last edited Jul 07, 2011 08:48AM) (new)

Syahira  | 752 comments dulu masa SPM, duduk kat Terengganu, suka baca sambil baring kat katil, buku2 pun banyak kat lantai.. suddenly, because the neighbour next door moved away, their place is renovated and the termites starts attacking my house. The second floor was parqueted floor. A lot of my books are not spared....

selalu je makan minum dengan buku.. (sebab tidur dengan buku, makan dengan buku, jalan2 dengan buku) yang paling bahaya kalau jari berminyak.. hehe... tapi sekarang ni baca dengan laptop je. Tak ada masalah kena air tu, sebab dah habit tak letak air tepi keyboard (mati ler) and guna mouse.


message 7: by Aidura (last edited Jul 10, 2011 06:03PM) (new)

Aidura (sofira) | 1472 comments Norazita wrote: "saya ada masalah kalau masuk ke perpustakaan.... saya akan mengalami sakit perut kronik.... ingatkan sekali dua, tapi setiap kali masuk perpustakaan.... masuk kedai buku tak pulak sakit perut...heh..."

ehemmm sorry nak tanya. agak terkeliru.

cerita ni ada kena mengena dengan insiden buku sambil makan/minum ke? :O


message 8: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2843 comments Mod
Norziati wrote: "Biasanya, buku dipanjat semut :-(

Terkini, bekalan air saya yang diletakkan sekali dengan buku - entah macamana kerana tidak tutup rapat atau memang begitu stail tutupnya - telah menyabkan Hikaya..."


Ingat Nazmi saja yang iron buku :) - tak pernah pulak terfikir nak iron, tak jadi kuning halamannya?


message 9: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2843 comments Mod
Aina Dayana wrote: "Masa kecil-kecil dahulu adalah membaca sambil makan. Memang terkenalah serpihan makanan, kuah atau nasi terjatuh atas muka surat buku :( Selepas kejadian itu saya tak buat lagi. Sayang buku :D

Tap..."


Ini pun pernah berlaku pada saya juga - buku tu dah kembang semangkuk bila dipulangkan. Memang dia disenarai hitam daripada meminjam buku2 saya lagi.

Pernah di perpustakaan tempat saya bertugas dulu, sebuah buku ini terkena minyak angin! Masalahnya bukan nak dipulangkan dengan sempurna, dikoyak pula bahagian yang paling terjejas oleh minyak angin tu, kononnya menghilangkan bukti. Dia ingat penolong pustakawan (waktu itu saya) tak menyemak agaknya.


message 10: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2843 comments Mod
Khairul H. wrote: "Insiden yg paling berat, rakan tertumpah nescafe dan terpercik ke buku saya. Tanda nescafe yg menyerupai sungai Nil tak boleh hilang hinggalah sekarang.

Ketika saya sendiri makan sambil membaca, s..."


Saya masih buat lagi (membaca sambil makan bila sendirian) - selalunya tak ada sangat apa2 pencemaran, melainkan terkena sikit2 tempias saja.


message 11: by Norziati (new)

Norziati | 378 comments Najibah wrote: "Norziati wrote: "Biasanya, buku dipanjat semut :-(

Terkini, bekalan air saya yang diletakkan sekali dengan buku - entah macamana kerana tidak tutup rapat atau memang begitu stail tutupnya - telah..."


Memang kuning, tak bersih pun :p

Tapi eloklah daripada kembang dan tak hensem


message 12: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2415 comments Mod
Najibah wrote: "Norziati wrote: "Biasanya, buku dipanjat semut :-(

Terkini, bekalan air saya yang diletakkan sekali dengan buku - entah macamana kerana tidak tutup rapat atau memang begitu stail tutupnya - telah..."


haha.. iron buku kena ada tekniknya. jgn yg panas2, nanti terbakar!


message 13: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2415 comments Mod
insiden buku-makanan, biasa saja. selalu kalau makan sendirian (bukan dgn wife/anak2) atau temankan anak makan lepas makan (anak makan lambat2, jadi kena tunggu sambil baca buku), terletak buku kat atas meja yg ada sos (ni kerja anak kedua pula, tumpahkan sos!).

tapi kulit buku, boleh lap2 saja!

saya masih lagi membaca sambil makan. tapi selallunya pilih buku yg kita nak baca sekali saja atau buku paperback yg boleh diganti2.


message 14: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Mohd Nazmi wrote: "saya masih lagi membaca sambil makan. tapi selallunya pilih buku yg kita nak baca sekali saja atau buku paperback yg boleh diganti2"

Saya sudah tidak membaca ketika makan sejak saya mula membaca novel paperback. Sebelum tu ketika zaman kanak-kanak dan remaja, sering membaca komik yg mudah dibuka dan diletak di tepi pinggan. Tapi novel tak boleh. Terpaksa pegang dengan tangan kiri sambil tangan kanan menyuap makanan. Leceh. Tu la sebab saya tak membaca lagi ketika makan.


message 15: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2415 comments Mod
Khairul H. wrote: "Mohd Nazmi wrote: "saya masih lagi membaca sambil makan. tapi selallunya pilih buku yg kita nak baca sekali saja atau buku paperback yg boleh diganti2"

Saya sudah tidak membaca ketika makan sejak ..."


setakat ini boleh belek pakai jari :) mungkin kena cari buku format flipback


back to top