Goodreads Malaysia discussion

50 views

Comments Showing 1-9 of 9 (9 new)    post a comment »
dateDown arrow    newest »

message 1: by Fayezalle (new)

Fayezalle | 1 comments Dahulu, zaman krisis dilema orang malaysia kurang membaca seperti tahun 90'an, purata masa itu seorang rakyat Malaysia membaca tidak sampai 1ms/tahun.. buku2 nya masa itu amatlah murah, dikala dahulu, buku yg skrg ini Rm16.00, mungkin RM4 sahaja semasa itu.. tetapi kini, corak sudah berubah, orang2 kita rajin sudah pegang buku, buku pula mahal.

Kekadang, buku2 yang topik sama seperti buku akademik universiti, buku tempatan yang kurang kualitinya menjual dengan harga yang tidak munasabah, sedangkan buku international dengan kualiti & kuantiti yang amat bagus dan memuaskan hati menjual dengan kadar yang sama..


message 2: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2843 comments Mod
Masalah harga tidak dapat dielakkan. Ini cabaran untuk kita buktikan sama ada diri kita betul2 ingin membaca atau tidak. Cabaran juga bagi para aktivis buku untuk buktikan bahawa mereka mahu membantu orang ramai untuk terus membaca atau tidak. Cabaran bagi kita semua. Lagipun, kalau buku mahal, perpustakaan ada banyak pilihan buku, dan kawan-kawan buku di sini pasti ada yang sudi bertukar2 buku/pinjam meminjam.


message 3: by Juliana Es (last edited Jul 05, 2011 06:45PM) (new)

Juliana Es (julianaes) | 857 comments Mod
Betul betul betul.

Sekarang ni para penerbit tempatan pun berusaha mencari jalan kurangkan kos supaya mereka dapat jual buku berkualiti pada harga yang munasabah rendah.

Kalau tak dapat beli, kita sewa. Tak dapat sewa, kita pinjam. Kalau beruntung, boleh dapat percuma!

Semasa Pesta Buku Selangor baru-baru ni, saya beli banyak buku dari suatu gerai, Almas Kitab. Saya terkial-kial juga mengira, sebab nafsu memiliki buku memang kuat, tapi bajetnya semput sikit. Pemilik gerai tersebut dengan murah hati berikan diskaun hebat (yang saya tak minta pun), dan juga ada satu buku yang dia berikan percuma saja.

Minat yang tinggi terhadap buku memang tak boleh disorok mahupun 'dilakonkan'. Orang akan cepat nampak dan adakala jatuh hati pula dengan kecenderungan kita yang satu ini, malah akan membantu kita serta menjadi kawan pula selepas itu.


message 4: by Aidura (new)

Aidura (sofira) | 1472 comments Bunnybaby wrote: "Betul betul betul.

Sekarang ni para penerbit tempatan pun berusaha mencari jalan kurangkan kos supaya mereka dapat jual buku berkualiti pada harga yang munasabah rendah.

Kalau tak dapat beli, kit..."


@BunnyBB,

Betul tu. Aura pencinta buku memang kuat. Sedikit-sebanyak tempias akan terkena pada orang di persekitarannya.

Baru-baru ini saya menghadiahkan 4 buah novel kepada adik saya sempena ulangtahun kelahirannya. Saya tahu dia seorang pencinta novel yang tegar! Ternyata dia amat bergembira dengan pemberian tersebut. ;)


message 5: by Syahira (new)

Syahira  | 752 comments Big Bad Wolf Sale


message 6: by Fairul (new)

Fairul (abdfairul) byk buku murah = byk membeli
byk membeli ≠ byk membaca

sad but true. at least for me


message 7: by Juliana Es (new)

Juliana Es (julianaes) | 857 comments Mod
Fairul menulis: "byk buku murah = byk membeli
byk membeli ≠ byk membaca

sad but true. at least for me"


Bagi saya pula, persamaannya begini:

banyak membeli = baca lompat-lompat


message 8: by Juliana Es (new)

Juliana Es (julianaes) | 857 comments Mod
On a separate note, Fairul, using non-standard short forms are not encouraged here at GRMy forum.


message 9: by Nor, dari khutubkhanah USIM (last edited Sep 05, 2011 02:30AM) (new)

Nor (norazzahmomin) | 1546 comments Mod
Memang ada buku yang sangat ingin kita baca tetapi harganya mahal. Saya sendiri terpaksa letak semula beberapa buah buku yang telah dipegang, bila dimaklumkan yang harganya mencapai RM200++. Terpaksa pilih hanya 1. Tapi itu bukan alasan untuk tidak membaca.

Macam yang telah disebutkan oleh rakan2 di atas tadi, banyak cara boleh digunakan, jadi ahli banyak Perpustakaan dan membacalah sepuasnya. Atau pinjam dari rakan2 di sini. Kedai2 yang sewakan buku juga banyak, walaupun kebanyakan hanya sewakan buku2 cerita. Masih banyak penerbit yang jual buku dengan harga yang murah, tetapi kalau masih mahu mebeli juga yang harganya mahal, apa salahnya menabung untuk mendapatkannya. Sementara itu, tentu masih ada buku2 lain yang boleh dibaca.


back to top