Goodreads Malaysia discussion

57 views
Arkib > malaysian culture?

Comments Showing 1-15 of 15 (15 new)    post a comment »
dateDown arrow    newest »

message 1: by Arif (last edited Aug 25, 2016 12:52PM) (new)

Arif | 1 comments Adakah sifat kurang membaca merupakan salah satu daripada sifat-sifat rakyat Malaysia? Apakah alternatif yang perlu dilakukan untuk membuang tabiat ini?


message 2: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (last edited Aug 25, 2016 01:16PM) (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Tanamkan sifat suka membaca pada anak-anak. Tapi syaratnya, si ibubapa pun kenalah suka membaca. Kalau tak, takde le si anak nak ikut membaca.

Kerajaan patut lebih aktif dalam hal ini seperti menggalakan perpustakaan dibina di semua kawasan perumahan. Dan pastikan perpustakaan itu penuh dgn segala macam buku...bukannya suratkhabar dan majalah Mastika je. Tu kat kedai mamak pun boleh.

Kerajaan juga patut kurangkan cukai dan naikkan taraf hidup rakyat. Kerana alasan utama org M'sia kurang membaca ialah, "Buku mahal sangat lah!" Apabila kita hidup dgn tol sana, tol sini, harga barang harian semakin naik, gaji macam tu jugak...benda-benda macam buku ini dianggap tidak penting dan diketepikan.

Erm...tu je le yg boleh dipikirkan sekarang.


message 3: by Arrica (last edited Aug 25, 2016 01:17PM) (new)

Arrica Lee (arricalee) | 1 comments memang memalukan apabila statistik menunjukkan bahawa rakyat M'sia membaca satu atau dua buku shaja setahun. Mana cukup?


message 4: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2842 comments Mod
Mungkin peranan pemimpin kita nun di atas sana sangat penting.

Saya ambil satu senario yang pernah dua tiga kali berlaku di perpustakaan awam di kalangan kanak-kanak dan remaja.

Satu pelajar, menyebut Edward D. Bono dan bukunya saja sudah sukar bagi lidah mereka, tetapi kerana ada guru yang mereka suka menyebutnya di kelas, mereka akan datang bertanya bersungguh-sungguh pada pustakawan, bukunya ada atau tidak di perpustakaan ini?

Bayangkan kalau setiap pemimpin menyebut satu / dua buah buku saja yang menginspirasikan mereka secara sambil lalu dalam ucapan. Nah, pasti kesannya lebih besar.


message 5: by Kataklicik (new)

Kataklicik | 714 comments Masalah kurang mambaca ni berbalik pada 'content' lah pada saya. Kalau saya tak fasih berbahasa inggeris (yang 'content' atau jumlah buku yang sedia-ada amatlah berbagai) dan saya mencari buku bahasa melayu kontemporari, yang ada di pasaran kebanyakannya buku bukan-fiksyen (self-help, memoir, keagamaan dsb).

Buku fiksyen kontemporari melayu majoritinya buku bertemakan cinta. Balik-balik cinta! Alang pembaca wanita (yg kemungkinan akan tertarik pada 'chick-lit') pun akan lama-kelamaan merasa bosan, lagi pulak nak tarik perhatian pembaca lelaki.

'Kat mana nak cari buku klasik melayu? A Samad Said, Usman Awang, penulis-penulis dari seberang? Dah takde dalam cetakan ke?

Buku bahasa inggeris pula memanglah banyak, tapi mahal!!




message 6: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2842 comments Mod
Kataklicik, pernah cuba beli online tak, misalnya di Ujana Ilmu? Fokusnya kepada buku-buku sastera.


message 7: by Kataklicik (new)

Kataklicik | 714 comments Thnx Najibah! Nanti saya uja!


message 8: by Juliana Es (new)

Juliana Es (julianaes) | 857 comments Mod
Eh! Mai la ke Pesta Buku Selangor, Kataklicik! Kalau nak cari buku A. Samad Said, cari di gerai Farana Books Resources - berkembar dengan lot gerai buku Al-Hidayah. Tapi buku-buku Melayu sasterawan lain, I tak jumpa lagilah di sini. Dah penat I round (jadi urus setia ni bebas sikit nak buat rondaan tanpa gangguan). Kalau you minat atau ingin mencuba barisan penulis tempatan yang terkenal, seperti Faisal Tehrani, Nisah Haron, buku-buku mereka ada di Al-Ameen Serve Holdings - tapi buku-buku yang diterbitkan oleh syarikat ini sahajalah.

Sayangnya, dah takde gerai Utusan kali ini :-( kalau tak, boleh I recommend buku-buku yang memenangi Hadiah Satera Kumpulan Utusan. Sedih....

Ujana Ilmu memang kedai buku yang tepat untuk membeli-belah karya-karya Melayu yang hebat. Pemiliknya juga pencinta buku sejati seperti kita (cey wah! perasan pulak). Maka dia amat pemilih orangnya, sama seperti di memilih buku untuk dirinya (dan suaminya juga) sendiri.


message 9: by Juliana Es (new)

Juliana Es (julianaes) | 857 comments Mod
Alamak, maaf ya terus menyampuk tak beri salam. Dahlah terkeluar topik pula tu! Assalamualaikum.


message 10: by Kataklicik (new)

Kataklicik | 714 comments Thnx Bunnybaby, tapi saya sedikit gusar pasal Pesta Buku Selangor ni. Tahun lepas saya berpeluang pergi, dan amatlah mengecewakan bila kebanyakan gerai menghidangkan buku kerja sekolah dan sepertinya. Dah lah gerai-gerai ditempatkan di kaki lima PKNS! (Masa tu lah). Kalau saya tak bertanya di kaunter pertanyaan kemungkinan besar saya dah balik terus hahahaha

Tahun ni di kaki lima lagi ke?


message 11: by Juliana Es (new)

Juliana Es (julianaes) | 857 comments Mod
Haa! Kaki lima PKNS yang kat mana pulak ni? Did you mean kaki lima as the concourse level, or kaki lima yang really kaki lima tepi jalan ke? If you meant the latter, mana ada sayang. Semua gerai di dalam bangunan kompleks PKNS sendiri. You ni mesti tersilap besar.

Tapi tentang buku-buku sekolah tu, taklah 100% sepesen je pilihan bukunya. Memang beberapa gerai menjual buku kerja sekolah, tapi berlainan penerbitnya.

Sejujurnya, dari perspektif saya sebagai seorang pembaca/pengguna, apabila saya bandingkan tahun ini dengan tahun lalu, gerai tahun lalu lebih menarik, dan buku-buku yang ditawarkan lebih bervariasi, walaupun hakikatnya jumlah gerai tahun lalu lebih kecil berbanding tahun ini.

Tahun ini agak buku-buku yang ada agak 'redundant'. Beberapa gerai menawarkan pilihan yang lebih kurang sama. Buku Inggeris (yang diimpot) memang amat kurang, kecuali di Payless sahaja. Itupun tak berapa banyak juga, kerana Payless ambil 1 lot gerai sahaja kali ini :-(


message 12: by Juliana Es (new)

Juliana Es (julianaes) | 857 comments Mod
(bersambung) 3-4 kali saya ke gerai yang sama aje, iaitu Farana Books Resources, dan Al-Ameen. Sayangnya, kebanyakan buku di Al-Ameen telah saya miliki/baca. Di Farana, ada buku A. Samad Said yang saya dah target nak beli nanti.

Mungkin citarasa saya yang agak spesifik telah menyempitkan pandangan, maka tak ternampak pula buku-buku yang berharga.


message 13: by Kataklicik (new)

Kataklicik | 714 comments Aiya, kaki lima kat luar PKNS la, memang dalam bangunan, bukan tepi jalan! ;p

Sebab masa tu saya parkir kereta di SACC Mall kemudian baru melintas ke PKNS, jadi arah jalan masuk dari belakang PKNS lah. Puas saya round dua, tiga kali dalam PKNS, masa tu rasanya bebudak entrepeneur sekolah set up gerai berniaga. Macam-macam jenis niaga, tapi takde pulak yang berniaga buku...

Itu yang saya kata nasib baik bertanya, kalau tidak memang dah balik...

Insya'allah nanti saya ke sana lagi, tapi bila dengan Utusan tak turut sama, isy, macam tak best je...


message 14: by Juliana Es (new)

Juliana Es (julianaes) | 857 comments Mod
Aaah! I know that as secretariat, I should say all the sugar-coated things about this book fest, heehee. Memang rasa kureng sket tahun ini sebab takde Utusan.

Tahun lepas memang ada kekurangan besar dari segi yang Kataklicik sebutkan itulah. Ada kumpulan pelajar yang berniaga, tapi takde kena mengena dengan buku. Sebabnya, kami terlambat sikiiiit aje nak buat booking seluruh PKNS tu. Terpaksalah pula berkembar pula dengan event mereka sekali.

Tahun ini keseluruhan (kecuali spot tertentu yang kekal menjual tudung dll) PKNS memang Pesta Buku Selangor belaka.


message 15: by Azimah (last edited Oct 05, 2008 02:06AM) (new)

Azimah  Othman | 113 comments Salam pada semua.

Topik yang baik! Adat suka membaca berpunca pada diri sendiri......huhuhu, jangan disalahkan orang lain seperti ibu bapa atau kerajaan misalnya. Nenek kita dahulupun tak tahu membaca. Habis macam mana ibu bapa kita boleh lulus sekolah?

Kita harus ada perasaan ingin tahu dan kemudian fokus terhadap konten. Tentang konten atau subjeknya terpulang pada pembaca. Saya sendiri pada suatu ketika, selalu membaca fiction dan klasik....tetapi dewasa ini lebih menggemari non-fiction seperti sejarah, biography dll.

Benar, buku2 di sini harganya agak tinggi akan tetapi ada outlet seperti kedai2 buku second hsnd atau pay less dimana saya dan hubby suka juga melepak! Saya diberi tahu, di India, mereka publish buku murah2 dengan mengguna kualiti kertas yang agak kurang sedikit supaya harga dapat dikurangkan. Fikirkan di situ lebih ramai lagi massa yang memerlukan ekses pada buku2.

Membeli buku ni perlu sacrifice juga. Hehehe bila dah habis budget terpaksalah lupakan beg tangan Guess tu ke apa. How many of us are willing to do that? Kemungkinan besar keinginan membeli buku menjadi sacrifice utama.


back to top