Goodreads Malaysia discussion

93 views
Arkib II > DBP di ambang bankrap? Betul ke?

Comments Showing 1-20 of 20 (20 new)    post a comment »
dateDown arrow    newest »

message 1: by Fariza (last edited Mar 03, 2011 11:06PM) (new)

Fariza | 736 comments Saya baca berita ni daripada blog hanief,

http://hanief.blogspot.com/2011/03/de...

Hanief ni pun merujuk kepada akhbar siasah. Saya tak suka terima berita bulat-bulat. Sekiranya ada orang DBP di sini, alangkah moleknya menyatakan pendapat mengenai berita ini.


message 2: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Dengar cerita sikap kurang profesional mereka menyebabkan mereka tidak tahu bagaimana hendak menyahut cabaran sektor swasta.

Saya dengar cerita je. Nisah Haron mungkin lebih tahu.


message 3: by Nisah (new)

Nisah Haron | 145 comments Saya malas hendak memanjangkan gosip. Jika tidak benar, tak pasal-pasal dapat dosa mengumpat. Saya juga tidak gemar merungut tentang kegelapan, saya akan cuba nyalakan lilin. :-)


Muhammad Fakhruddin (faka91) | 17 comments Ini sekadar andaian. Kerugian disebabkan kelemahan pengedaran buku-buku terbitan DBP oleh DAWAMA


message 5: by Norain (new)

Norain | 687 comments Tapi memang publisiti dan nilai tarikan tiada. Buku bermutu, tapi gagal menarik pembeli. Sangat sayang.


message 6: by Nor, dari khutubkhanah USIM (new)

Nor (norazzahmomin) | 1540 comments Mod
Norain MT wrote: "Tapi memang publisiti dan nilai tarikan tiada. Buku bermutu, tapi gagal menarik pembeli. Sangat sayang."

Kenapa agaknya DBP tak lantik syarikat lain untuk jadi pengedar?


message 7: by Shah (new)

Shah Abdullah | 384 comments Norain MT wrote: "Tapi memang publisiti dan nilai tarikan tiada. Buku bermutu, tapi gagal menarik pembeli. Sangat sayang."

Setuju sangat. Sebenarnya DBP memiliki buku-buku yang menarik untuk dibaca. Tetapi masalahnya adalah dari segi pemasaran. Kalau ke kedai buku, memang pilihan amat sedikit untuk buku-buku DBP.


message 8: by Norain (new)

Norain | 687 comments Terpaksa bersusah payah untuk cari kedai khas untuk beli buku DBP. Kedainya pula kalau nak dibanding dengan MPH atau Popular bagai langiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiit dengan bumiiiiiiiiiiiiiiiii (menunjukkan betapa jauhnya jarak antara dua darjat).

Sedih.


message 9: by Jack (new)

Jack (echoicglory) | 295 comments Sebenarnya, kalau DBP work with book dealers macam MPH, Kino, Borders, they could sell the books just fine. Online shop works as well... Tapi... Oh well...


message 10: by Norain (last edited Mar 18, 2011 02:51AM) (new)

Norain | 687 comments Tapi bukan tu saja. Rekaan bukunya pun tidak menarik perhatian. Saya tidak sukakan buku Alaf 21 tapi saya tidak menafikan kulit bukunya sangat menarik perhatian. Cantik.

(But no matter how desperate DBP may be to sell their books, I hope they don't resort to putting 'cinta' as the title. Ya Allah, I will jump out of my window if that ever happen!)


message 11: by Jack (new)

Jack (echoicglory) | 295 comments Well, they just need a better artist... I'm sure they can find one ^6


message 12: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Jack wrote: "Well, they just need a better artist... I'm sure they can find one ^6"

That would mean spending money and since they're facing bankruptcy.....


message 13: by ilham.mukhtar (new)

ilham.mukhtar (ilhammukhtar) | 22 comments Saya pun sakit perut jika perkataan 'cinta' digunakan sewenang-wenangnya.,


message 14: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2842 comments Mod
Ini salah satunya berpunca dari krisis DBP-Dawama. Sementelah sekarang krisis itu semakin parah, rakan-rakan yang ingin faham lebih lanjut Google sahaja "DBP Dawama", akan lebih jelas puncanya.


message 15: by Shah (new)

Shah Abdullah | 384 comments Baru-baru ini ada menjenguk jendela dawama.com. Kelihatan laman webnya kelihatan baharu dan mesra pengguna. Koleksi-koleksi buku pun menarik.

Teringin untuk membeli secara online buku-buku DBP ini. Tetapi saya ingin bertanya, siapakah pernah membuat pembelian melalui perkhidmatan tersebut? Sudilah berkongsi sedikit pengalaman. Berasa risau juga lebih-lebih lagi sekarang DBP-Dawama dalam krisis..


message 16: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2842 comments Mod
Saya pernah beli sebelum mereka revamp laman mereka dulu - memang agak lambat sedikit (kerana sistem dan prosedur respons pada waktu itu rasanya), tetapi yang terbaru ini nampak lebih mesra pengguna.

Tetapi pekerja Dawama (yang kebanyakannya berpindah dari DBP ke Dawama waktu penswastaan), sangat mesra dan membantu. Malah sempat bertanyakan pendapat mengenai belian online dari kedai buku talian lain.

Ini pengalaman saya, mungkin ada berbeza.

(Mudah-mudahan krisis cepat selesai, para pekerja hanyalah pelanduk, gajah sama gajah tak apalah tak terpijak di bawah)


message 17: by Shah (new)

Shah Abdullah | 384 comments Terima kasih, Najibah atas perkongsian. Saya sudah lama teringin untuk mendapatkan karya-karya klasik khususnya tulisan daripada S.othman kelantan, arena wati, shahnon ahmad dan beberapa lagi penulis mapan yang lain.

Kalau hendak cari di kedai-kedai buku, memang sukar untuk melihat buku dan novel DBP.


message 18: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2842 comments Mod
Mungkin sementara Dawama telah memberhentikan pekerjanya tanpa tarikh akhir ni, lebih baik jangan membeli dulu dari mereka. Sebab siapa akan menguruskan belian tersebut kalau semua sedang bercuti. Atau lebih baik telefon dulu tanyakan khabar, mereka urus belian atau tak.


message 19: by Norain (new)

Norain | 687 comments Apa khabarnya DBP sekarang? Kak Nisah kata Dawama ada ura-ura gulung tikar.


message 20: by Nisah (new)

Nisah Haron | 145 comments DBP masih ok, macam biasa. Yang gulung tikarnya, Dawama. Simpati pada staf Dawama yang hendak menghadapi keluarga dan hendak buat persiapan raya untuk anak-anak. Pihak yang sepatutnya bertanggungjawab itu, entah di mana pula.

May there be a silver lining, in every cloud...


back to top