Goodreads Malaysia discussion

88 views
Seputar Bahasa Kita > Bosan. Jom layan pantun.

Comments Showing 1-34 of 34 (34 new)    post a comment »
dateDown arrow    newest »

message 1: by Aidura (new)

Aidura (sofira) | 1472 comments @Amrul, takde pantun mengenai buku dan ilmu ke? :)


message 2: by Haryati (new)

Haryati Abd. Halim | 765 comments Pantun klasik yang senantiasa dekat di hati

timang tinggi-tinggi
sampai cucur atap
belum tumbuh gigi
pandai baca kitab


Faizah Roslaini | 825 comments Mod
Saya sebagai moderator GILA KUASA dengan ini mengisytiharkan bahawa thread pantun ini harus BERTEMAKAN BUKU DAN MEMBACA. Sekian.

Faham? Bagus. Teruskan.

Buai laju laju
Sampai negeri China
Apa dalam baju
Buku tiga lima.

Ok. Lari sekarang.


message 4: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2430 comments Mod
Faizah Roslaini wrote: "Saya sebagai moderator GILA KUASA dengan ini mengisytiharkan bahawa thread pantun ini harus BERTEMAKAN BUKU DAN MEMBACA. Sekian.

Faham? Bagus. Teruskan.

Buai laju laju
Sampai negeri China
Apa dal..."


berbekalkan semangat revolusi jasmin dan thaurah mesir, saya mahu lancarkan pergulingan kuasa pantun :))


Faizah Roslaini | 825 comments Mod
Silakan. Saya tak hairan dengan lipas-lipas yang memberani dengan bantuan hallucinogen!


message 6: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2430 comments Mod
Faizah Roslaini wrote: "Silakan. Saya tak hairan dengan lipas-lipas yang memberani dengan bantuan hallucinogen!"

wah, semangat ghadaffi nampak


Faizah Roslaini | 825 comments Mod
gadaffi memang banyak dalih,
di sini pun ramai mabuk kuasa,
nak tahu kenapa buku dipilih,
baunya harum dari muka pertama.

Ewah!

Mubarak memang mabuk kuasa
PM kita apa kurangnya
kalau asyik nak pantun saja
bila masanya nak membaca pula?

Ha.. Cer jawab cer jawab *dialek pahang/perak


message 8: by Aidura (new)

Aidura (sofira) | 1472 comments Faizah Roslaini wrote: "gadaffi memang banyak dalih,
di sini pun ramai mabuk kuasa,
nak tahu kenapa buku dipilih,
baunya harum dari muka pertama.

Ewah!

Mubarak memang mabuk kuasa
PM kita apa kurangnya
kalau asyik nak pa..."


@Peija, simply the best! ;)


message 9: by Xara_fatima (new)

Xara_fatima | 255 comments pergi ke kedai membeli buku
buku dibeli banyak jumlahnya
namun sayang semua dibaca suku-suku
kerna cabaran daripada facebook dan permainannya

Bulan Januari laju bertambah senarai buku
Kenapa bulan Februari tidak ada walau satu?

huhuhu


message 10: by Fariza (new)

Fariza | 736 comments Dear Puan Faizah Roslaini;

Dulu datuk Sri kini tun
memegang kuasa bertahun-tahun
Sambil membaca sambil berpantun
Demi mengejar 50 setahun

ewah..ewah..

K.mah is the first lady
Our PM is her baby
Reading is my priority
My book is my property

hoho..


message 11: by Faizah Roslaini (new)

Faizah Roslaini | 825 comments Mod
wah. Mana amrul azmi. Dapat sambutan bunga bunga (termasuklah bunga raflesia, shut up you!) nampaknya thread pantun ni.

Boleh jadi lelaki idaman Malaya dah kamu


message 12: by Nisah (new)

Nisah Haron | 145 comments Aduhai warga GR yang dihormati,
Bersuka-suka tu bersuka-suka juga, tapi dalam berpantun ada banyak peraturan yang perlu dipatuhi. Usahlah pakai hentam. Pantun itu bukan sekadar menyamakan rima akhir atau rima tengah.

Kalau menulis haiku kita ikut peraturan suku kata 5-7-5, dalam menulis pantun juga harus jaga bilangan suku kata.

Pembayang mestilah mengambil unsur-unsur alam dan pantun yang baik mestilah mengambil rima a-b-a-b.

Kalau masih tak faham lagi, silakan baca Lentera Mustika. :-)
Lentera Mustika by Nisah Haji Haron


message 13: by azie (new)

azie | 120 comments Best pula baca kakak-kakak semua ni berpantun.
Saya tak pandai, tak pernah berpantun pun (X-x)


message 14: by Faizah Roslaini (new)

Faizah Roslaini | 825 comments Mod
Ah, such a killjoy! :)

Baik PUAN NISAH. Terima kasih atas pencerahan.

Saya memang tak ingat langsung 'undang-undang' lain tentang pantun selain menyamakan rima.

I suppose I did not pay much attention during those BM lessons.


message 15: by Leyla (new)

Leyla Shuri (leyla-shuri) | 46 comments Nisah wrote: "Aduhai warga GR yang dihormati,
Bersuka-suka tu bersuka-suka juga, tapi dalam berpantun ada banyak peraturan yang perlu dipatuhi. Usahlah pakai hentam. Pantun itu bukan sekadar menyamakan rima akh..."


Sedang saya memperbaiki sebuah pantun sambil mengira suku katanya, seorang teman dgn tegas menyatakan pantun tidak memerlukan kiraan suku kata.

"K lela sudah terbiasa dengan haiku yang harus mematuhi kiraan suku kata" katanya.

Desakan saya yang menyatakan pantun juga memerlukan suku kata tidak diendahkan.

Sekarang teman itu telah hilang dari alam siber. Mana entah dia hilang?


message 16: by fahmee (new)

fahmee (gorgom22) | 39 comments "K.mah is the first lady
Our PM is her baby
Reading is my priority
My book is my property"

Pantun dalam bahasa Inggeris. Rojak budaya dah ni...


message 17: by Fariza (last edited Mar 04, 2011 12:25AM) (new)

Fariza | 736 comments Budaya Malaysia memang rojak.. ini belum lagi menggunakan bahasa Tamil, bahasa Iban dan sebagainya..

Ngee..(^_^)

p/s: Maaf, pantun berikutnya akan mengikut spesifikasi Pn Nisah..


message 18: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Reading books
Under the mango tree
Refrigerator


Nah, sekali keluar haiku.


message 19: by Faizah Roslaini (new)

Faizah Roslaini | 825 comments Mod
maaf en k saya tak pandai haiku (buta). Boleh saya tahu apa fungsi peti ais tersebut? Simpan mangga kah?


message 20: by Leyla (new)

Leyla Shuri (leyla-shuri) | 46 comments Reading books
Under the mango tree
Refrigerator

Sebenarnya penulis haiku yang pelik adalah penulis berbakat. Kalau haiku senang ditafsirkan itu bukan haiku berkualiti. Saya suka haiku ini walaupun suku katanya tidak sempurna. Haiku ini ganjil, cuma penulisnya saja tahu apa yang tersirat. Mungkin seperti anggapan faizah roslaini haiku ini menggambarkan seorang pembaca yang berteduh di bawah pohon mangga dan merasa udara yang nyaman seperti suhu di dalam peti sejuk.
Tambah lagi ada kata musim ia itu mangga. Your are good as a beginner :]


message 21: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (last edited Mar 04, 2011 03:15AM) (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Aiseyman, kena puji pulak. Padahal saya main hantam saja.

Di mana kekurangan suku kata haiku ni, Pn Leyla? Peraturan 5-7-5 untuk haiku hanya sesuai di dalam bahasa Jepun. English tak boleh pakai 5-7-5 ni. Boleh ke?


message 22: by Leyla (new)

Leyla Shuri (leyla-shuri) | 46 comments Seelok-eloknya kita ikutlah peraturan yang telah ditetapkan dalam undang2 haiku. Kalau nak buat cincai pun boleh tapi itu tak berbakat dan tak berkualiti, sama juga seperti pantun. ada pantun baik dan ada yang hentam saja. dari situ kita boleh tahu yang mana elok dan tidak.
Berbalik kepada haiku, sama jugalah. Kalau nak hentam, puisi 3 baris pun ada orang kata haiku. Itu salah.
Kalau haiku ikutlah skema yang telah ditetapkan ia itu 5-7-5, walaupun bukan bahasa Jepun.

Reading books
Under the mango tree
Refrigerator

Cuba yang ini, hanya untuk contoh mencukupkan suku kata.

Reading cooking book (5)
Under juicy mango tree (7)
Refrigerator (5)

Here the image is while he is reading a cooking book, he looks up at all those ripening mangoes and suddenly feels hungry...you can narrate the rest of the story :]

Maybe if you want do make haiku, put up on your blog here in Goodreads. There we are free to discuss :]


message 23: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (last edited Mar 04, 2011 04:44AM) (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Learn something new everyday :)

Thanks.


message 24: by Fariza (new)

Fariza | 736 comments Standing alone here
looking up to tiny star
unappreciated


message 25: by Nisah (new)

Nisah Haron | 145 comments Leyla wrote: Sedang saya memperbaiki sebuah pantun sambil mengira suku katanya, seorang teman dgn tegas menyatakan pantun tidak memerlukan kiraan suku kata."

Kak Leyla,
Siapa pula yang beri 'fatwa' bahawa pantun tak perlu kiraan suku kata? Ini sudah kira ajaran sesat!

Saya jadi seronok pula thread pantun ini menjadi mempelajari sesuatu tentang Haiku. Mungkin Kak Leyla boleh mula thread baru tentang Haiku mereka yang mahu mencuba, boleh mendapat tunjuk ajar dari Kak Leyla. :-)


message 26: by Leyla (new)

Leyla Shuri (leyla-shuri) | 46 comments Sdr Khairul H dan sdr Faizah Roslaini adalah di antara moderator di sini. Memohon izin untuk memulakan thread (talian?) haiku di sini.
Thread baru akan dimulakan dengan haiku dari sdr Fariza.

Standing alone here
looking up to tiny star
unappreciated


message 27: by Fath (new)

Fath A | 51 comments ''Learn something new everyday :) Thanks.''

Yup! Betul tu, Terima kasih~


Muhammad Fakhruddin (faka91) | 17 comments Bintang tujuh sinar berseri,
Bulan purnama datang menerpa;
Ajaran guru hendak dicari,
Mana yang dapat janganlah lupa.

Saya sekadar memetik pantun dari buku Sekalung Budi, Seuntai Bahasa.


message 29: by Bsplayer (new)

Bsplayer | 121 comments Main gasing tepi perigi,
jika jatuh tiada lagi,
kalau kucing tidak bergigi,
tikus berani melompat tinggi.

:)


message 30: by Mohamed (last edited Jun 10, 2014 05:55AM) (new)

Mohamed Yosri (yosri) | 36 comments Gatal digaru mengguna kuku
Perut berangin minum Eno
Kalau berguru rujukkan buku
Nanti sesat jalan semborono

Air batu gelas kaca
Hidangan menyegar santapan raja
Buku itu untuk dibaca
Bukan sekadar hiasan sahaja

Promo sikit
* http://www.homeolibrary.com/ALTERNATI...
* http://www.dbp.gov.my/lamandbp/main.p...
* http://pmr.penerangan.gov.my/index.ph...


message 31: by Nor, dari khutubkhanah USIM (new)

Nor (norazzahmomin) | 1546 comments Mod
Saya tak sedar ada thread ini 3 tahun lalu. Menarik perbincangannya. Eloklah diteruskan memandangkan ramai generasi baharu di GRMY sekarang.


message 32: by Mohamed (new)

Mohamed Yosri (yosri) | 36 comments Pagi-pagi memasang pacang
Pacang dipasak mengail ikan
Buku baru kita berbincang
Tradisi lama kita teruskan

(Sebab kena ada perkataan buku :)


message 33: by Nor, dari khutubkhanah USIM (new)

Nor (norazzahmomin) | 1546 comments Mod
Saya petik semula pantun yang pernah saya post dalam status FB saya.

Tak ada tentang buku tetapi tentang ilmu

"Membaca itu bukannya hobi
Tapi perintah dari Ilahi
Hukum wajibnya usah dinafi
Manfaatnya amat besar sekali."

"Dari membaca beroleh ilmu
Mahukan dunia perlukan ilmu
Mahukan akhirat perlukan ilmu
Mahu keduanya perlukan ilmu."


message 34: by Mohamed (new)

Mohamed Yosri (yosri) | 36 comments Hebat laksamana menunjuk laku
Sayang sedikit kerisnya karat
Kalau rajin membaca buku
Peroleh kebaikan dunia akhirat


back to top