Goodreads Malaysia discussion

52 views
Arkib (Ganding Baca @ GRMY) > GANDING BACA(yang terakhir) FEB 2011-- Under The Hawthorn Tree ( Di Bawah Pohon Hawthorn)

Comments Showing 1-21 of 21 (21 new)    post a comment »
dateDown arrow    newest »

message 1: by Isma (new)

Isma | 682 comments Dengan sedih hati, saya mengumumkan ini adalah Ganding Baca yang terakhir.Ya, saya memandai-mandai.

Anda boleh pilih edisi asal
Under the Hawthorn Tree (Children of the Famine) by Marita Conlon-McKenna

atau terjemahan DBP--Di Bawah Pohon Hawthorn(harga RM 14.OO)Apalah, terjemahan DBP tak ada dalam data goodreads.


message 2: by Kataklicik (new)

Kataklicik | 714 comments Haa? Apasal ni Ganding Baca terakhir? (says the one yang memang tak pernah join *lariiiii!)


message 3: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (last edited Feb 11, 2011 06:21PM) (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Isma tu saja saja je.

Pengasasnya (Najibah) ke mana? Belum bersalin lagi kan?


message 4: by Isma (last edited Feb 12, 2011 08:07PM) (new)

Isma | 682 comments Khairul H. wrote: "Isma tu saja saja je.

Pengasasnya (Najibah) ke mana? Belum bersalin lagi kan?"


Ini serius, lepas ni saya mahu buat GERAKAN TUTUP GANDING BACA(GILABACA)! Saya percaya ada medarator akan sokong saya! :D


Faizah Roslaini | 825 comments Mod
buku tentang potato famine ini ada satu lagi kan, Potato People. Saya ingat adik saya kena baca tetapi tak ingat sewaktu TESL atau sekolah menengah.


Faizah Roslaini | 825 comments Mod
Isma wrote: "Dengan sedih hati, saya mengumumkan ini adalah Ganding Baca yang terakhir.Ya, saya memandai-mandai.

Anda boleh pilih edisi asal
Under the Hawthorn Tree (Children of the Famine) by Marita Conlon-McKenna

atau terjemahan DBP..."


saya tak ada terjemahan tersebut. Kalau isma ada suba Isma masukkan. Hehe


message 7: by Aidura (new)

Aidura (sofira) | 1472 comments Isma wrote: "Khairul H. wrote: "Isma tu saja saja je.

Pengasasnya (Najibah) ke mana? Belum bersalin lagi kan?"

Ini serius, lepas ni saya mahu buat GERAKAN TUTUP GANDING BACA(GILABACA)! Saya percaya ada medara..."


Kontroversi sungguh... huhuhu


Faizah Roslaini | 825 comments Mod
alamak. Saya ingatkan buku glamour macam ini akan dijual di MPH dan Times. Tak ada rupanya. Borders dgn Kino belum check lagi. Bookxcess tak ada. Aishhh...


message 9: by Zura (new)

Zura | 19 comments Saya beli online terjemahannya di kedai e sastera. RM18.


message 10: by Faizah Roslaini (new)

Faizah Roslaini | 825 comments Mod
Ya. Di esastera memang ada. Edisi kulit tebal utk rm18 pd saya berbaloi. Di kino versi ini juga ada.

Dukacita dimaklumkan versi Inggerisnya tidak dapat dikesan di mana-mana.

Jadi saya akan membaca terjemahan sahaja nampaknya.


message 11: by Fath (last edited Mar 03, 2011 10:34PM) (new)

Fath A | 51 comments ''Haa? Apasal ni Ganding Baca terakhir? (says the one yang memang tak pernah join *lariiiii!)'


Soalan yang sama saya nak tanya, walhal saya tak pernah turut serta pun dengan aktiviti Ganding Baca. Hehe. Kenapa??


Tak sabar nak tahu komentar dan pandangan semua tentang buku ni. Judul dan illustrasi kulit buku nampak menarik.. (oh, here comes the one who judges the book by its cover :p)


message 12: by Faizah Roslaini (new)

Faizah Roslaini | 825 comments Mod
oh tukar tukar. Saya order beberapa buku dari BD dan versi inggerisnya saya pesan sekali.

Kawan2 kalau mahu versi asal order di bookdepository.com. Harganya dalam rm16. Postage free.


message 13: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2843 comments Mod
Amboi Isma, sudah labelkan sebagai Ganding Baca yang terakhir ke? Janganlah dulu. Beri masa sedikit lagi sebelum bayi saya melihat dunia, kalau umur panjang, insyaAllah tamatlah pertapaan saya. Lepas itu, nantikan Ganding Baca seperti biasa. Apapun terima kasih pada Isma kerana dah membantu menghidupkannya dengan pilihan buku sastera kanak-kanak.

Dan sebenarnya kalau ada rakan-rakan GRMY kita mahu membantu menghidupkan GB ni dalam tempoh 2-3 bulan ini (hingga Jun) memang sangat dialu-alukan, sementara saya menguruskan kehamilan yang seperti roller-coaster ini :(.

Bagaimanapun minta maaf kepada semua sebab aktiviti GB selalu tertunda-tunda dan tergendala - hidup segan mati tak mahu. Tapi janganlah tamatkan dulu 'aktiviti emas' ni :(


message 14: by Emily Iliani (new)

Emily Iliani (emilyiliani) Najibah wrote: "Amboi Isma, sudah labelkan sebagai Ganding Baca yang terakhir ke? Janganlah dulu. Beri masa sedikit lagi sebelum bayi saya melihat dunia, kalau umur panjang, insyaAllah tamatlah pertapaan saya. Lep..."

ALAMAK! Saya baru baca diskusi! Dah memandai-mandai mencalonkan buku dan harap dapat mula berdiskusi tentang Misteri Firaun: Musuh Para Nabi untuk Mei 2011.

Ampun Kakak-kakak, Abang-abang GRMY. Oklah. Kalau dah berniat untuk tutupkan diskusi buku melalui Ganding Baca, saya bincangkan saja buku itu di page buku itu. Sorry semua.

(Saya budak baru belajar?...)


message 15: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Siapa kata tutup? Tu Isma je yg nak tutup.


message 16: by Hilmi (new)

Hilmi Isa (hilmiisa) | 63 comments Najibah wrote: "Amboi Isma, sudah labelkan sebagai Ganding Baca yang terakhir ke? Janganlah dulu. Beri masa sedikit lagi sebelum bayi saya melihat dunia, kalau umur panjang, insyaAllah tamatlah pertapaan saya. Lep..."

Saya setuju. Sebenarnya program Ganding Baca ini sangat bagus sebenarnya. Cuma,kita harus faham. Kekurangan orang untuk menyertai GB adalah disebabkan oleh kesibukan ahli-ahli GRMY di dalam kehidupan seharian mereka. Tapi,apapun,saya amat menyukai dan menyokong GB. Janganlah kita tamatkannya begitu sahaja.


message 17: by Emily Iliani (new)

Emily Iliani (emilyiliani) Sedang nak baca FAQ Ganding Baca. Kita ikut timeline okay.

Teruja kerana saya dah lama tak mengikuti kelab buku dan berbicang tentang penulisan yang saya minati. Bersemangat!


message 18: by Kataklicik (new)

Kataklicik | 714 comments Ke mana Isma ye? Lama dia tak mencelah ni.

Rindu pulak *cough*cough*


message 19: by Norziati (new)

Norziati | 378 comments Isma balik kampung. Nak makan nasi kerabu katanya...hehehee...


message 20: by Norain (new)

Norain | 687 comments Bukan tak ingin menyertai tapi semua buku dibincangkan, mana nak dapat di tempat saya ni? (Sila jangan cadangkan saya membeli lalu talian atau pos sebab saya akan terus fikir macam mana aku nak balik Malaysia, buku di sini pun dah berlambak, beli pos pula.)


message 21: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2843 comments Mod
Emily, no problem ;), it's great to have another GRMY who is passionate about GB (also Hilmi).

Norain, mungkin nanti Norain boleh cadangkan buku-buku bahasa Inggeris sekali-sekala. Ramai juga peminat buku Inggeris di sini, dan kita pun tidak hadkan kepada BM.


back to top