Goodreads Malaysia discussion

340 views
Budaya Membaca > Bagaimana Anda Membaca Buku :)

Comments Showing 1-50 of 55 (55 new)    post a comment »
« previous 1

Muhammad Syahmi (syahmitoaster) | 12 comments assalamu'alaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca buku sekalian

di sini saya ingin mengajak saudara saudari semua untuk berkongsi bagaimana kalian semua membaca buku

dalam erti kata lain, bagaimana anda menggunakan/memperuntukkan masa DAN cara untuk anda membaca dan menghabiskan sesuatu buku

mungkin ada di antara kita tahu beberapa metode bagaimana hendak membaca buku dengan lebih efficient

begini, biar saya mulakan dengan contoh mudah

cara saya membaca buku ialah, pada waktu pagi saya akan membaca buku2 yg mempunyai kandungan maklumat yg berat,facts,study books yang perlu dicerna,dihafal dan difahami
manakala pada waktu malam sebelum tidur saya akan membaca bahan2 ringan seperti buku fiksyen
tetapi saya tidak tetap dengan cara ini dan mungkin berubah-ubah dan saya juga percaya metode saya ini bukanlah yang terbaik

anda pula bagaimana? membaca buku sekali harung? one book at a time? baca buku setiap kali lepas makan? free time? dan bagaimanakah metode yg anda gunakan itu membantu?

penambahan: mungkin juga boleh berkongsi sama ada buku hanya dibaca sekali, ataupun jikalau buku tersebut menarik maka ia akan dibaca buat kali ke dua, adakah nota dicatit pada diari peribadi, highlight pada buku dsb..?

ini cuma lah satu usaha saya dalam meningkatkan produktiviti dalam membaca, semoga sahabat sekalian boleh berkongsi :)

maaf jikalau entry saya ini redundant,(moderator boleh saja deletekan)


message 2: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
bagaimana kalian semua membaca buku

Jawapan loyar buruk: Baca atas kerusi, atas katil.

Jawapan serius: Baca ikut mood. Kalau rasa nak baca non-fiction hari itu, saya baca non-fiction. Kalau mood nak baca graphic novel, saya baca Watchmen.

Pernah baca ketika makan, sekarang jarang. Kebanyakkan buku saya baca sekali saja sebab buku yg menunggu untuk dibaca bertimbun atas rak dan lantai. Jarang highlight.

Saya tak minat mencari cara untuk meningkatkan produktiviti membaca. Saya membaca untuk pengetahuan dan hiburan diri sendiri. Orang lain baca lebih banyak dari saya, kurang dari saya, saya tarak kisah.


message 3: by Kataklicik (new)

Kataklicik | 714 comments I think we had a thread on this dah :) But anyway...

I read one book at a time, and I FINISH the book. Macamana rasa nak baling, carik atau bakar buku tu, I'll try my darned-est best to finish it. I read while waiting. Dalam kereta selalunya.

Buku serius, saya baca berbekalkan dictionary dan pensel. Saya catatkan dalam buku tu makna perkataan saya tak faham, atau catat nota pasal watak, plot dsb (I have no hang-ups writing in books, tapi mesti kemas). Genealogy (family trees) are a favourite of mine sbb kalau tak catat then saya tak ingat who's who hahaha

I HATE fluorescent highlighters. And I don't re-read, except kalau buku tu dah berdekad lama dah bacanya and I need a refresher sebab the movie's coming. Too many books, too little time!

And yes, to remind everyone yet again, I am a book slut. I read all sorts. Mcam KhairulH kata, saya tarak kisah :) engkome nak ganding baca kaaa, engkome nak baca 300 buku setahun kaa, engkome nak baca buku Melayu saja kaa buku omputih saja kaaa, saya tarak kisah. To each his own! Sebab I read for me :-D

(How very the selfish that sounds, kan? Tapi bukan reading is a solitary activity?)


Muhammad Syahmi (syahmitoaster) | 12 comments alhamdulillah, terima kasih atas respons2 semua


Muhammad Syahmi (syahmitoaster) | 12 comments Khairul H. wrote: "bagaimana kalian semua membaca buku

Jawapan loyar buruk: Baca atas kerusi, atas katil.

Jawapan serius: Baca ikut mood. Kalau rasa nak baca non-fiction hari itu, saya baca non-fiction. Kalau m..."


oh, hehe
macam tu ke
bukan ape, terlalu banyak sangat buku nak bace kat dunie ni
so many books..so little time...


Muhammad Syahmi (syahmitoaster) | 12 comments Kataklicik wrote: "I think we had a thread on this dah :) But anyway...

I read one book at a time, and I FINISH the book. Macamana rasa nak baling, carik atau bakar buku tu, I'll try my darned-est best to finish ..."


:D


message 7: by Nisah (new)

Nisah Haron | 145 comments Saya selalu membaca banyak buku pada satu masa. Saya rasa sangat rugi kalau buku yang dibeli tak disentuh langsung. Saya akan baca A setakat mana yang mampu. Kemudian baca buku B, dalam masa yang sama akan baca buku C dan seterusnya. Nanti akan saya kembali semula ke buku A atau B. Mana-mana buku yang sangat menarik perhatian akan saya baca sekaligus. Tetapi, saya suka berlama-lama ketika membaca buku kerana saya mahu terus 'berada' di dalam dunia buku itu selama yang mungkin.

Yes, so many books, yet so little time. But I believe that life is too short. So why waste it on reading books that you don't like. Reading should be an enjoyable act, a pleasure never a task!


Muhammad Syahmi (syahmitoaster) | 12 comments Nisah wrote: "Saya selalu membaca banyak buku pada satu masa..."

aha, saya pun macam tu jugak kadang2
dalam rak tu banyak pulak buku yang tengah 'pending'
daripada terbiar je baik kita baca setakat mana yang mampu kan

saya rasa ada juga kebaikan baca lebih dari satu buku pada satu masa ni..
mungkin dengan cara ni kita boleh habiskan lebih banyak buku yang ada dengan cepat


message 9: by Kamalia (new)

Kamalia Ramlan (kamaliaramlan) | 35 comments dulu masa zaman sekolah, saya baca akan habiskan satu buku, baru bertukar ke buku lain. sebabnya, pertama saya fokus cerita/isi buku tersebut betul2. kedua, zaman sekolah, tak cukup duit nak beli banyak2 buku. jadi, baca buku yang ada sampai habis.

sekarang, kadang-kadang saya baca 2-3 buku sekaligus. kalau ada di antara buku2 tersebut yang seronok, saya akan habiskan buku itu dulu. bagi saya baca banyak2 buku sekaligus tak elok utk saya. sebabnya, saya jadi kurang peka dengan buku-buku yang saya baca. baca banyak buku sebenarnya beri petanda bahawa skill membaca saya dah tak tajam macam dulu. tak boleh nak fokus betul-betul.

tapi, saya akan pastikan sebelum tidur saya akan baca buku dulu w/pun setengah muka surat dan w/pun saya dah mengantuk gila. :)


message 10: by Muhammad Syahmi (new)

Muhammad Syahmi (syahmitoaster) | 12 comments Kamalia wrote: "dulu masa zaman sekolah, saya baca akan habiskan satu buku, baru bertukar ke buku lainb..."

ahaha, sye pun kadang2 berusaha jugak untuk baca buku sebelum tidur
kadang2 tu sampai tertido pulak, sedar2 je dah esok pagi lepas pastu kelam kabut sebab terlupe baca sampai mana

tapi, pendapat saye membaca sebelum tidur ni bagus jugak, boleh terbawak-bawak sampai ke mimpi


message 11: by Juliana Es (new)

Juliana Es (julianaes) | 857 comments Mod
Saya pula, buat masa ni memang hanya boleh membaca sebelum tidur (selain hujung minggu). Cuma adakalanya cara ni boleh menjerat diri, kerana mata jadi segar dan susah nak tidur pula.

Berapa banyak buku dibaca dan apa jenis buku, bergantung pada mood. Tapi memang kebiasaan saya membaca beberapa buku dalam satu-satu masa.

Saya tak macam Kataklicik. If I find it a daunting task to finish the first 10 pages, then the book is not for me.


message 12: by CrystalGrey (new)

CrystalGrey | 6 comments Khairul H. wrote: "bagaimana kalian semua membaca buku

Jawapan loyar buruk: Baca atas kerusi, atas katil.

Jawapan serius: Baca ikut mood. Kalau rasa nak baca non-fiction hari itu, saya baca non-fiction. Kalau m..."


cam sama jer...lebih senang..membaca secara relex


message 13: by Juliana Es (new)

Juliana Es (julianaes) | 857 comments Mod
Kataklicik wrote: "(How very the selfish that sounds, kan? Tapi bukan reading is a solitary activity?) "

OH YES! (Does it make us selfish people, then?) *shrug*


message 14: by Rozy (new)

Rozy Latip | 234 comments Saya ni kalau baca buku mesti ada pen/pensil dan kertas. Suka bariskan mana-mana ayat yang berkenan di hati. Kalau buku tak ada bergaris / bernota kecil bersih aje macam tak kena je. Dan lagi satu mesti baca habiskan satu buku tu walau pun tak best.


message 15: by Kataklicik (new)

Kataklicik | 714 comments Hi Rozy (wave wave!) - ada geng la saya ni (menghabiskan buku yang kengkadang tu terasa teramatlah periiiitnya) hahaha ingat saya sorang je OCD terlebih :D


message 16: by Muhammad Syahmi (new)

Muhammad Syahmi (syahmitoaster) | 12 comments Rozy wrote: "Saya ni kalau baca buku mesti ada pen/pensil dan kertas ..."

baru2 ni, saya juga baru nak memulakan budaya highlight-menghighlight dan salin-menyalin ni,
terutama sekali buku2 agama yang mempunyai banyak point2 berguna


message 17: by Rozy (new)

Rozy Latip | 234 comments ialah tu kataklicik kadang-kadang tengok cover menarik tapi dalamnya hampas dah terbeli kena le baca menghabiskannya tu satu penyeksaan.


message 18: by Rara (new)

Rara (raramokhtar15) | 34 comments Nisah wrote: "Saya selalu membaca banyak buku pada satu masa. Saya rasa sangat rugi kalau buku yang dibeli tak disentuh langsung. Saya akan baca A setakat mana yang mampu. Kemudian baca buku B, dalam masa yang s..."

Saya setuju dengan Puan Nisah. Saya akan hold sesebuah buku yg tak menarik perhatian saya. Bila baca lepas tu buku itu membosankan saya akan letak balik kat rak. Nanti bila rasa nak cuba baca lagi saya akan baca. Saya pun suka baca every single words dlm buku yg menarik perhatian saya. Sbb saya suka menenggelamkan diri saya dalam plot tu. Walaupun selalunya lepas habis baca orang minta review saya memang akan gagal sbb lupa. Kesimpulannya membaca adalah cara saya melepaskan diri ke dunia lain. Dan bila saya berada di dunia realiti saya fokus pada kehidupan. Sbb tu selalu lupa pasal cerita tu. Hehehe.. saya selalu baca sebelum tidur. Masa lain tidak mengizinkan.


message 19: by Juliana Es (new)

Juliana Es (julianaes) | 857 comments Mod
EiyraSyraLola wrote: "saya selalu baca sebelum tidur."

Saya pula, semasa dalam tidur pun membaca juga :-D
*lari...*


message 20: by Hilman (new)

Hilman | 492 comments rupanya saya tidak kesorangan membaca dalam tidur...


message 21: by Rara (new)

Rara (raramokhtar15) | 34 comments ohh.. uniknya anda. Saya kekaguman. :)


message 22: by Siti (new)

Siti Rahmah | 174 comments saya akan baca satu buku sampai habis kecuali buku tu membosankan atau susah sgt nk faham saya tukar la buku lain.

masa baca buku tak tentu, dlm train, masa nak tidur,masa bosan study, masa makan (ni kalau buku tu best sgt sampai tak sabar2 nak habiskan)

kalau ada ayat2 yang best tu saya akan lipat sikit hujung buku tu (kdg2 sayang gak nk lipat).


message 23: by Juliana Es (new)

Juliana Es (julianaes) | 857 comments Mod
Siti wrote: "kalau ada ayat2 yang best tu saya akan lipat sikit hujung buku tu (kdg2 sayang gak nk lipat). "

Daripada dilipat, lebih baik highlight. Kalau tak suka warna fluorescent, highlighter biru pun ada, taklah galak sangat warnanya.


message 24: by Rara (new)

Rara (raramokhtar15) | 34 comments Bunnybaby wrote: Daripada dilipat, lebih baik highlight. Kalau tak suka warna fluorescent, highlighter..."

Saya pulak pantang buku saya di lipat atau di conteng. Mahu sentiasa kelihatan baru. Hehe.. cadangan lain mungkin boleh selit kertas sebagai penanda kot kan. :-D


message 25: by Siti (new)

Siti Rahmah | 174 comments Bunnybaby wrote: "Siti wrote: "kalau ada ayat2 yang best tu saya akan lipat sikit hujung buku tu (kdg2 sayang gak nk lipat). "

Daripada dilipat, lebih baik highlight. Kalau tak suka warna fluorescent, highlighter..."


huaaaaaa...sayangnya nk highlight buku...saya lipat sikit je kt hujung tu..

kalau buku pelajaran x apa...nk kasi brp byk color highlight pun boleh


message 26: by Siti (new)

Siti Rahmah | 174 comments EiyraSyraLola wrote: "Bunnybaby wrote: Daripada dilipat, lebih baik highlight. Kalau tak suka warna fluorescent, highlighter..."

Saya pulak pantang buku saya di lipat atau di conteng. Mahu sentiasa kelihatan baru. Hehe..."


betul3...kalau boleh mmg nk nampak baru aja.


message 27: by Just_minz (new)

Just_minz | 3 comments Terasa macam buku-buku tu sakit je kalau dilipat..sob sob


message 28: by Siti (new)

Siti Rahmah | 174 comments Just_minz wrote: "Terasa macam buku-buku tu sakit je kalau dilipat..sob sob"

huahuahua...jgn la buat saya rasa bersalah melipat buku tu. lipat sikit jelah. lg pun bkn semua buku pun kena lipat...huahuahua...x nak la lipat buku lg


message 29: by Rara (new)

Rara (raramokhtar15) | 34 comments Siti wrote: "Just_minz wrote: "Terasa macam buku-buku tu sakit je kalau dilipat..sob sob"

huahuahua...jgn la buat saya rasa bersalah melipat buku tu. lipat sikit jelah. lg pun bkn semua buku pun kena lipat...h..."


Jgn lipat ya. Selit kertas. Hihihihi.. kesian buku kan. (Lari topik dah ni) :p


message 30: by Rozy (new)

Rozy Latip | 234 comments saya kalau baca novel tak kiralah BI / BM mesti nak tahu ending dulu maksudnya baca page yang akhir-akhir dulu dah tahu ending tak kiralah sad ke happy ending ke baru start baca page yang awal.kah kah kha....


message 31: by Juliana Es (new)

Juliana Es (julianaes) | 857 comments Mod
@ Siti / EiraSyraLola/ Just_minz

Setiap pencinta buku ada cara menyayangi dan memanjakan buku masing-masing :-D

Sekadar nak kongsi cerita, masa remaja dulu saya seorang yg ekstrem dalam penjagaan buku, pantang betul kalau kawan 'kemekkan' buku saya, atau selak buku dengan cara yang kasar. Dalam pada masa yang sama, saya juga perasan perubahan air muka mereka apabila saya marah berkenaan buku-buku saya. Oleh kerana saya sebenarnya suka nak berkongsi buku, maka saya pun ubahlah sikap sikit-sikit supaya tak terlalu keras dan tegas.

Darihal highlight buku ni, saya meniru cara Datuk A. Samad Said membaca buku. Seorang sasterawan negara mestilah cintakan buku, maka saya berpendapat tak salah menanda dengan pen highlighter selagi helaian halaman tetap tidak 'kemek', dan kulit buku dibalut kemas.


message 32: by Rara (new)

Rara (raramokhtar15) | 34 comments yup bunnybaby..saya setuju tu. Sbb dulu saya memang obses sgt sampai tahap nak buka baca pun berhati-hati. Sekarang sudah ubah sikit-sikit sbb kalau di ikutkan sgt obsesi tu sampai bila pun buku tu dok terpamer cantik je atas rak. Bab highlight kalau buku penting tak salah juga supaya senang rujuk. Ikut cara masing-masing. Kalau saya suka buat penanda buku sendiri dan selit.

:-D


message 33: by Siti (new)

Siti Rahmah | 174 comments EiyraSyraLola wrote: "yup bunnybaby..saya setuju tu. Sbb dulu saya memang obses sgt sampai tahap nak buka baca pun berhati-hati. Sekarang sudah ubah sikit-sikit sbb kalau di ikutkan sgt obsesi tu sampai bila pun buku tu..."

kalau buku pelajaran saya x kisah kalu lunyai pun buku tu...mcm color pun bleh letak, sbb lg cpt ingat ...tp kalau buku lain2 huhuhu...mmg x pernah guna highlight....


message 34: by Siti (new)

Siti Rahmah | 174 comments Rozy wrote: "saya kalau baca novel tak kiralah BI / BM mesti nak tahu ending dulu maksudnya baca page yang akhir-akhir dulu dah tahu ending tak kiralah sad ke happy ending ke baru start baca page yang awal.kah ..."

saya baca ending bila rasa mcm buku tu x best je. kalu x saya baca dr awal hingga akhir la


message 35: by Nisah (new)

Nisah Haron | 145 comments Ada banyak cara untuk menunjukkan cara seseorang menghayati pembacaannya. Saya tiada halangan jika pembaca itu menconteng, mewarna dengan highlighter, melipat atau sebagainya ASALKAN buku itu ialah buku peribadinya.

Saya cukup anti dengan sesiapa sahaja yang berbuat begitu kepada buku orang lain, khususnya kepada buku perpustakaan. Pengalaman menggunakan perkhidmatan perpustakaan di universiti tempat memperlihatkan sikap para mahasiswa yang tidak pandai menghargai perkhidmatan yang telah diberikan.

Mereka sesuka hati menggarisbawahi, dan menconteng nota di jidar sisi seolah-olah mereka ialah pemilik sah buku berkenaan.

Apabila suruh membeli buku, kebanyakan mahasiswa adalah kumpulan yang lebih awal melarikan diri dan mengutamakan wangnya untuk hal-hal lain selain buku. Buku yang boleh dibeli dengan harga berpatutan juga sanggup dibuat fotokopi. Sungguh kurang bertamadun!

Fotokopi ialah suatu perlanggaran hak cipta. Pengecualian hanya apabila buku tersebut tidak lagi dicetak ulang atau dijual dengan harga yang luar biasa mahal.

Saya masih lagi tidak faham mentaliti kebanyakan daripada mereka ini.


message 36: by Kataklicik (new)

Kataklicik | 714 comments Nisah, the worst of the lot are the ones yang 'sorok' buku - deme letak buku tu kat rak lain, supaya orang lain tak jumpa, and boleh la deme guna buku tu esok harinya... Isy, geram sungguh!


message 37: by Juliana Es (new)

Juliana Es (julianaes) | 857 comments Mod
Nisah wrote: "Saya tiada halangan jika pembaca itu menconteng, mewarna dengan highlighter, melipat atau sebagainya ASALKAN buku itu ialah buku peribadinya."

Oh, itu sudah tentu!

Berkenaan buku perpustakaan, Khairul H. pernah komen kepada saya berkenaan betapa lusuhnya buku-buku kanak-kanak di Perpustakaan Raja Tun Uda. Tidak dinafikan buku yang kerapkali bertukar tangan akan cepat lusuh. Tapi saya percaya, kalau semua orang berjaya dididik menghargai dan menyayangi buku dan ilmu, pasti buku-buku perpustakaan lambat lusuh dan rosak.


message 38: by Nisah (new)

Nisah Haron | 145 comments Kataklicik wrote: "Nisah, the worst of the lot are the ones yang 'sorok' buku - deme letak buku tu kat rak lain, supaya orang lain tak jumpa, and boleh la deme guna buku tu esok harinya... Isy, geram sungguh!"

Kelompok ini pula tak sedar diuntung.


message 39: by Nisah (new)

Nisah Haron | 145 comments Bunnybaby wrote:Tidak dinafikan buku yang kerapkali bertukar tangan akan cepat lusuh. Tapi saya percaya, kalau semua orang berjaya dididik menghargai dan menyayangi buku dan ilmu, pasti buku-buku perpustakaan lambat lusuh dan rosak.

Buku lusuh tak mengapa. Tanda buku itu sering dibaca. Kalau berconteng di kategori kanak-kanak pun, masih ada maaf lagi. Yang salah ialah penjaga dan ibu bapa yang tidak mendidik. Tapi, perangai sama bawa sampai ke universiti - memang tak layak masuk universiti kalau begitu. Low class mentality.


message 40: by Nor, dari khutubkhanah USIM (new)

Nor (norazzahmomin) | 1548 comments Mod
Kataklicik wrote: "Nisah, the worst of the lot are the ones yang 'sorok' buku - deme letak buku tu kat rak lain, supaya orang lain tak jumpa, and boleh la deme guna buku tu esok harinya... Isy, geram sungguh!"

Ini taktik biasa pelajar di tempat saya terutama buku2 yang mereka nak guna selalu. mementingkan diri sendiri. Sebab tu selalunya bila kami menyusun buku, siap panjat2 lagi, sebab ada juga yang simpan di bumbung rak, alhamdulillah bumbung rak kami sekarang ni melengkung, tempat lain pula jadi sasaran.


message 41: by Nor, dari khutubkhanah USIM (new)

Nor (norazzahmomin) | 1548 comments Mod
Masuk bab lain dulu, baru nak cerita bagaimana saya membaca..maaf ye.

Saya selalunya membaca banyak buku dalam satu masa, sebab geram dengan buku yang banyak tak berbaca, jadi dalam bilik tidur ada beberapa buku yang sedang dibaca, dalam beg ofis ada beberapa juga, dalam bilik ofis pun ada banyak, di ruang tengah rumah pun ada beberapa juga. saya ambil mana yang saya terasa nak teruskan, setiap 1 ditandakan dengan penanda, jadi tak lupa saya dah sampai mana. sebab itulah, kadang-kadang 1 buku, jadi berzaman2. Tapi mana yang best tu, lebih laju dari yang lain.

Saya juga pastikan setiap kali nak ke mana2 mesti ada buku bersama saya, untuk dibaca bila saja sempat, termasuk sementara tunggu lampu isyarat, sebab di Nilai, beberapa lampu isyarat ada tunjukkan masa, jadi senang nak tahu berapa lama nak menunggu.


message 42: by Juliana Es (new)

Juliana Es (julianaes) | 857 comments Mod
Nor Azzah wrote: "Saya selalunya membaca banyak buku dalam satu masa, sebab geram dengan buku yang banyak tak berbaca, jadi dalam bilik tidur ada..."

Kak Azzah,
Samalah kita (termasuk juga hal traffic light tu).

Kekadang bos pun naik hairan, "Juliana, buku yang mana satu awak tengah baca sekarang ni?". Maklumlah, pencinta buku ni ada sifat yang universal - rakus dan tamak dalam membaca. Semua nak digapai, semua buku nampak menarik dan menggoda, isyy, mana tak geram!


message 43: by Hilman (new)

Hilman | 492 comments sekarang ini saya tengah membaca 19(mungkin lebih tanpa disedari) buah buku tidak termasuk versi elektronik.

pening juga nak pilih yang mana satu untuk di baca...


message 44: by Xara_fatima (new)

Xara_fatima | 255 comments Kebiasaannya kalau hendak buku kali pertama (tanpa sebarang rekemen daripada orang lain, saya akan membaca bahagian tengah, akhir dan awal. Ya, susunannya begitu. Saya tidak peduli jika ianya spoiler. Sekiranya timbul persoalan, "eh, kenapa jadi begitu?" maka ada kemungkinan besar buku tersebut saya beli dan baca.

Tetapi ada juga yang saya beli ikut kaedah ini (termasuk blurb yang best), tetapi apabila dibaca... macam haram nak dihabiskan dan akhirnya ia menjadi pengumpul habuk sahaja. Jika bernasib baik, saya akan membacanya semula (akibat tiada buku lain untuk dibaca) atau saya hadiahkan sahaja kepada orang lain. Ruang yang kosong di rak buku itu boleh digunakan untuk buku baru yang lain.

Eh, ni kaedah membeli buku, bukannya membaca.


message 45: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)


message 46: by Aidura (new)

Aidura (sofira) | 1472 comments Hilman wrote: "sekarang ini saya tengah membaca 19(mungkin lebih tanpa disedari) buah buku tidak termasuk versi elektronik.

pening juga nak pilih yang mana satu untuk di baca..."


Penyakit Hilman ni lagi parah dan kritikal...

Membaca 19 buku serentak? hohohoho... :O


message 47: by Hilman (new)

Hilman | 492 comments Aidura wrote: "Penyakit Hilman ni lagi parah dan kritikal...

Membaca 19 buku serentak? hohohoho... :O"


Aidura, baru saya sedar yang 'buku' versi elektronik juga banyak dalam proses untuk dihabiskan. Hari ini tambah lagi 1, 'Carrots and Sticks Don't Work'. Menjadikan 8 buah.

Ada tak pakar yang boleh merawat penyakit ni?

opps, 9 termasuk buku ETP. rupanya front page iRiver ni hanya papar 15 buah buku terakhir di baca je...


message 48: by Aidura (last edited Feb 17, 2011 11:00PM) (new)

Aidura (sofira) | 1472 comments Hilman wrote: "Aidura wrote: "Penyakit Hilman ni lagi parah dan kritikal...

Membaca 19 buku serentak? hohohoho... :O"

Aidura, baru saya sedar yang 'buku' versi elektronik juga banyak dalam proses untuk dihabisk..."


-----------------------------------------------
Ada tak pakar yang boleh merawat penyakit ni?

@Hilman, hanya diri sendiri sahaja yang mampu merawat dan mengubahnya... hehehehe.

Anda harus FOKUS, FOKUS, FOKUS dan FOKUS...

serta ISTIQOMAH!


message 49: by Lolliepop (new)

Lolliepop (snhz) | 246 comments nak jawab juga...oleh sebab saya masih belajar, jadi kesempatan untuk baca buku sangatlah sikit...selalunya, saya baca sebelum tidur dalam setengah jam..kadang-kadang saya baca masa tunggu mak saya ambil saya dari sekolah..dan saya baca buku mengikut mood..jika otak tangah penat, saya baca buku yang ringan2 ja..klau otak tengah lapang, baca la buku yang berat2 pulak..


message 50: by iramahati (new)

iramahati melody | 75 comments Saya selalu baca sebelum tidur. Ataupun apabila bangun dari tidur, tapi ini applicable untuk hari cuti. Kalau hari kerja, baca sebelum tidur saja.(Ya, saya tidur dengan buku di sisi kepala saya). Saya tak suka baca sambil makan, takut buku kotor. Dan kalau saya pergi ke tempat yang perlu menunggu giliran, saya bekal buku jugak.

Saya cuba (seboleh yang mungkin) untuk baca semua genre, tapi kadang-kadang ada sesetengah buku yang tak begitu dekat di hati, jadinya memang lambat nak habis baca jawabnya. Biasanya saya hold dan teruskan dengan yang lain. Bila dah tak ada buku nak dibaca lagi, baru baca balik. Saya jenis baca 1-3 buku serentak,biasanya ada 1 buku sebagai selingan, yang mana bab-babnya tak bergantung dan boleh berdiri sendiri, supaya tak bosan. Melainkan kalau ada buku yang betul-betul menarik minat saya sampai saya tak pandang buku lain dah. Yang tu memang saya habiskan baca sebelum beralih kepada yang lain. :)

Saya pantang lipat buku, sayang. Saya selit penanda. Saya boleh terima highlight/garisan/catatan selagi mana ia kelihatan kemas. Tapi kalau saya rasa saya perlu buat catatan yang agak panjang daripada biasa, saya letak stick-on-notes.

Alamak, macam panjang lebar sangat la pulak komen. Hehehe. Jangan marah.


« previous 1
back to top