Goodreads Malaysia discussion

69 views
Arkib (50 Buku Setahun 2011) > hana dul ses...

Comments Showing 1-50 of 56 (56 new)    post a comment »
« previous 1

message 1: by Bsplayer (new)

Bsplayer | 121 comments 1. Tuan Direktur - Hamka


message 2: by Nor, dari khutubkhanah USIM (new)

Nor (norazzahmomin) | 1548 comments Mod
Tahun ni saya berazam nak membaca beberapa buah buku Pak Hamka.


message 3: by Bsplayer (new)

Bsplayer | 121 comments Ya, saya pun barangkali sama Pn. Azzah. Mungkin mahu mengulang baca beberapa naskah novel abuya. Mahu mengkaji gaya penulisann beliau.


message 4: by Nor, dari khutubkhanah USIM (new)

Nor (norazzahmomin) | 1548 comments Mod
Saya baca ajelah..nak kaji tu, tak sampai tahapnya lagi rasanya. Elok juga tu, awak kaji & kongsikan bersama ya.


message 5: by Bsplayer (new)

Bsplayer | 121 comments 2. Pemikiran Hamka - Disunting oleh Sidek Baba


message 6: by Bsplayer (last edited May 17, 2011 08:48PM) (new)

Bsplayer | 121 comments 3. Lasykar Pelang- Andrea Hirata

Ternyata, buku ini subur dengan metafora. Bagaimanakah hendak mengatakan dengan jujur kita dapat menghayati kata-katanya yang subur pada setiap butir askarany?. Di satu ketika, metafora yang berlebihan ini bertukar memuputkan angin-angin bosan dan jemu, sampaikan bisa tertidur dengan buku yang terkangkang menutupi muka membawa ke alam mimpi Lasykar Pelangi di puncak Gunung Selumar, menguak air paya Sungai Buta lalu berjumpa Bodenga dengan buaya gergasinya! Namun bila terbingkas bangun kita akan membacanya semula. Kecanduan seperti apakah ini?

Ulasan


message 7: by Bsplayer (new)

Bsplayer | 121 comments 4. Tuk Janggut Pejuang Kelantan

Lepas baca buku ini, saya rasa mahu memberontak dari membayar cukai..XD


message 8: by Haryati (new)

Haryati Abd. Halim | 765 comments Bsplayer wrote: "4. Tuk Janggut Pejuang Kelantan

Lepas baca buku ini, saya rasa mahu memberontak dari membayar cukai..XD"


Tuan Bsplayer,
Macamana nak memberontak? setiap bulan dah potong gaji. Itulah juga salah satu sebab kita beli buku banyak-banyak. Tapi biasanya belian buku setahun melebihi rebat buku yang dibenarkan. ha..ha..ha...


message 9: by Fariza (last edited Jan 25, 2011 06:19PM) (new)

Fariza | 736 comments Cukai memang tidak dibenarkan didalam sistem ekonomi Islam. Sekiranya dikutip ianya mestilah atas sebab yang dijelaskan secara benar kepada rakyat sebab dan kegunaan cukai tersebut kepada apa. Itupun dibolehkan setelah habis duit sultan (ketua menteri/presiden) dikutip dahulu kemudian,harta jemaah menteri, kemudian barulah jatuh kepada para orang kaya. Dilarang sama sekali mengutip cukai dikalangan orang miskin. Yakni cukai jalan ke atas orang berkenderaan motorsikal adalah menindas..(^_^)

Jika PAS kutip cukai? Saya akan memberontak!


message 10: by Hilman (new)

Hilman | 492 comments PAS kutip derma kot....atau sumbangan untuk dirikan/besarkan masjid...

penyokong kelate buat kutipan untuk bayar denda FAM...


message 11: by Fariza (new)

Fariza | 736 comments Hilman wrote: "PAS kutip derma kot....atau sumbangan untuk dirikan/besarkan masjid...

penyokong kelate buat kutipan untuk bayar denda FAM..."


Menarik..


message 12: by Haryati (new)

Haryati Abd. Halim | 765 comments Dalam salah satu buku Sheikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi,

Zakat adalah dari golongan berada kepada orang miskin, cukai adalah dari golongan miskin kepada orang berada...

ayat yang buat saya termenung lama-lama...


message 13: by Fariza (new)

Fariza | 736 comments Haryati wrote: "Dalam salah satu buku Sheikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi,

Zakat adalah dari golongan berada kepada orang miskin, cukai adalah dari golongan miskin kepada orang berada...

ayat yang buat saya termen..."


Inilah sistem kapitalis sekarang..


message 14: by Bsplayer (new)

Bsplayer | 121 comments Fariza wrote: "Haryati wrote: "Dalam salah satu buku Sheikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi,

Zakat adalah dari golongan berada kepada orang miskin, cukai adalah dari golongan miskin kepada orang berada...

ayat yang buat..."


Pilihan apakah yang kita ada?
Tiada. Heh.


message 15: by Haryati (new)

Haryati Abd. Halim | 765 comments Tuan,

Bila tengok slip gaji, saya memang pujuk hati- rezeki yang kita dapat itu seharusnya dikongsi dengan setiap makhluk yang ada.


message 16: by Bsplayer (new)

Bsplayer | 121 comments Puan,

Yang itu memang saya tidak dapat menolak. Tetapi yang saya berontak ialah kepelbagaian cukai. Cukai jalan kena ada insuran, cukai motorsikal yang dua ringgit, mansuhkan sahajalah. Masih lagi mahu berkira!

Cukai pintu sekali dengan cukai tanah, cukai pendapatan lagi.Cukai jualan dengan cukai perkhidmatan. Rasanya macam dijajah kerajaan. Haha.

Nasib baik cukai TV sudah dimansuhkan.


message 17: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Kalau tak cukai, mana nak cari duit nak bina bangunan tinggi? Mama nak bangunan 100 tingkat!!


message 18: by Fariza (new)

Fariza | 736 comments Khairul H. wrote: "Kalau tak cukai, mana nak cari duit nak bina bangunan tinggi? Mama nak bangunan 100 tingkat!!"

(^_^) huh? LIKE!


message 19: by Haryati (last edited Jan 27, 2011 04:02PM) (new)

Haryati Abd. Halim | 765 comments Bsplayer wrote: "Puan,

Yang itu memang saya tidak dapat menolak. Tetapi yang saya berontak ialah kepelbagaian cukai. Cukai jalan kena ada insuran, cukai motorsikal yang dua ringgit, mansuhkan sahajalah. Masih la..."


Tuan,

Minggu lepas mendengar sedikit pencerahan dari Datuk Siddiq Fadhil. Menurutnya, "Ketika zaman Firaun, rakyat Bani Israel sengaja dilemah-lemahkan hingga mereka tak mampu bangkit untuk melawan kezaliman dan kekejamanan yang diperlakukan oleh para pemerintah". Begitu indahnya al-Quran. Segala kisahnya Allah pergilihkan silih berganti.

Renungkan-renungkan...


message 20: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Apa point Haryati?


message 21: by Haryati (last edited Jan 27, 2011 06:11PM) (new)

Haryati Abd. Halim | 765 comments Khairul H. wrote: "Apa point Haryati?"

Khairul,
kalau kita teliti keadaan kita sekarang, tak ubah macam zaman Nabi Musa. saya lupa dari surah mana kisah ni? Insyaallah, nanti saya catatkan dari mana kisah ni dan kita kaji sama-sama maksud ayat-ayat ni.


message 22: by Shah (new)

Shah Abdullah | 384 comments Bsplayer wrote: "Puan,

Yang itu memang saya tidak dapat menolak. Tetapi yang saya berontak ialah kepelbagaian cukai. Cukai jalan kena ada insuran, cukai motorsikal yang dua ringgit, mansuhkan sahajalah. Masih la..."


Tambahan lagi mulai tahun 2011, astro pun sudah ada cukai 6%. Betul-betul menghambat pelanggan. Bila lagi nak ada syarikat lain sebagai pesaing? Hehe.


message 23: by Rozy (new)

Rozy Latip | 234 comments tak macam mana kak mah nak gi shopping & melancong. tu sume duit ko rang lah.....


message 24: by Bsplayer (new)

Bsplayer | 121 comments Fuhh..fuhh..berhabuk dah rak saya ni..XD


message 25: by Aidura (new)

Aidura (sofira) | 1472 comments Bsplayer wrote: "Fuhh..fuhh..berhabuk dah rak saya ni..XD"

rak buku dah lama tak berusik kot...


message 26: by Bsplayer (last edited May 17, 2011 08:44PM) (new)

Bsplayer | 121 comments 5) Legasi Ketuanan Rembau

Rupa-rupanya, kerajaan Johor pernah memerintah sampai ke Negeri Sembilan. Rupa-rupanya, salahsilah raja di Negeri sembilan adalah berasala dari waris-waris raja yang dipinjam dari tanah seberang. Rupa-rupanya sultan di Negeri Sembilan akan ditabalkan setelah mendapat perkenan dari Undang Yang Empat. Rupa-rupanya, saya baru tahu......

6) Tiga Kali Semingu- Faisal Tehrani

Himpunan cerpen yang berencah. Penat menguyah tetapi enak.


message 27: by Najmuddin, Tok Mudin (new)

Najmuddin (mudin001) | 998 comments Mod
Bsplayer wrote: "5) Legasi Ketuanan Rembau

Rupa-rupanya, kerajaan Johor pernah memerintah sampai ke Negeri Sembilan. Rupa-rupanya, salahsilah raja di Negeri sembilan adalah berasala dari waris-waris raja yang di..."


Oh, saya kalau 3 kali seminggu, enak me... tapi penat. :)


message 28: by Bsplayer (last edited May 17, 2011 08:54PM) (new)

Bsplayer | 121 comments Tok Mudin: we're vice versa :)..Tok suka chewing gum ke? haha..

7) Saya Pun Melayu- Zaid Ibrahim

Saya mula merasakan keadilan di Malaysia adalah karut setelah begitu banyak contoh dibentangkan.

Tetapi berkenaan isu 'Ketuanan Melayu', i'm not pretty sure about it. Am I a person they called in 'Malay Dilemma'?

Ulasan


message 29: by Bsplayer (last edited May 17, 2011 08:40PM) (new)

Bsplayer | 121 comments 8) Tuesdays With Morrie-Mitch Albom

Belajar fasal kehidupan.


message 30: by Bsplayer (new)

Bsplayer | 121 comments 9) Senjata Paling Berkuasa- Azizi Ali
10)Gandakan Wang Anda- Azizi Ali

Kedua-dua buah buku ternyata ringkas dan tidak terlalu padat. Tetapi cukup untuk menerangkan dengan umum isi-isi yang ingin disampaikan oleh Tuan Jutawan.

Sayangnya, pada saya buku ini terlalu mahal. Masing-masing dengan jumlah 40 dan 56 muka surat dengan harga RM19.90 setiap satunya.

Maka saya khatamkan membacanya di kedai buku itu dalam masa tidak kurang 1jam.


message 31: by Bsplayer (last edited May 17, 2011 08:54PM) (new)

Bsplayer | 121 comments 11) Tenggelamnya kapal Van der Wijck- Hamka

Siapakah lelaki yang tidak bernama ego? Ketika peluang sudah di depan, lalu dia tidak membongkokkan dirinya untuk memungut peluang itu, malah meletakkan dirinya begitu tinggi sekali. Sampai peluang itu jauh darinya dan dia pun merendahkan peluang itu. Malah jika peluang itu datang sendiri kepadanya pun dia akan melontarkan ataupun menyepak kembali. Itulah Zainuddin, yang dalam hatinya masih ada cinta kepada Hayati tetapi ego itu telah menutup seluruh sukmanya dari bernafas dalam udara cinta.

Ulasan


message 32: by Nor, dari khutubkhanah USIM (new)

Nor (norazzahmomin) | 1548 comments Mod
Bsplayer wrote: "11) Tenggelamnya kapal Van der Wijck- Hamka

Siapakah lelaki yang tidak bernama ego? Ketika peluang sudah di depan, lalu dia tidak membongkokkan dirinya untuk memungut peluang itu, malah meletakkan..."


Baru beli buku ni, tak sempat baca lagi.


message 33: by Bsplayer (new)

Bsplayer | 121 comments Nor Azzah wrote: "Baru beli buku ni, tak sempat baca lagi.
"


Ah..Puan Azzah tidak perlu terburu-buru. Masa puan lebih banyak untuk membaca biarpun kita berkongsi 24 jam sehari..:)


message 34: by Siti (new)

Siti Rahmah | 174 comments Bsplayer wrote: "5) Legasi Ketuanan Rembau

Rupa-rupanya, kerajaan Johor pernah memerintah sampai ke Negeri Sembilan. Rupa-rupanya, salahsilah raja di Negeri sembilan adalah berasala dari waris-waris raja yang di..."


walaupun orang N.9, tak semua benda saya tau. Teringat lagi menonton seharian istiadat pertabalan Tuanku Mukhriz pada 2009. Memang banyak sangat benda menarik masa istiadat pertabalan tu.


message 35: by Bsplayer (new)

Bsplayer | 121 comments Siti wrote: "Bsplayer wrote: "5) Legasi Ketuanan Rembau

Rupa-rupanya, kerajaan Johor pernah memerintah sampai ke Negeri Sembilan. Rupa-rupanya, salahsilah raja di Negeri sembilan adalah berasala dari waris-war..."


ado rupo eh orang nogori kek sini?hehe. Suku dari rumpun mana? Berlembaga di mana? Berperut dan berbuapak dari carak mana?

Sayang, saya tak berkesempatan menonton rancangan tersebut. Pada saya adat istiadat pertabalan raja dan sultan dalam negeri Melayu, banyak yang menarik dan tersimpul sirat rahsianya.


message 36: by Siti (new)

Siti Rahmah | 174 comments Bsplayer wrote: "Siti wrote: "Bsplayer wrote: "5) Legasi Ketuanan Rembau

Rupa-rupanya, kerajaan Johor pernah memerintah sampai ke Negeri Sembilan. Rupa-rupanya, salahsilah raja di Negeri sembilan adalah berasala d..."


adushhhhh...camno nk jawab ni. tau dari suku biduanda je. Buapak, lembaga ke perut tak kenal (tulah dulu masa orang 2 tua kenalkan buapak buat tak tahu je...nanti nak kawin, tak kenal buapak - tak pasal2 tak dapat kawin....hahaha)


message 37: by Bsplayer (last edited May 17, 2011 08:53PM) (new)

Bsplayer | 121 comments 12) Sebongkah Batu Di Kuala Berang- Faisal Tehrani.

Faisal Tehrani menggarap naskah ini dengan sinis, bila kita dapat membayangkan watak-watak antogonis yang liar dari latar dan suasana jalan ceritanya meminjam cerekarama dunia perfileman Malaysia, selain dibangunkan sifat optimistik watak protagonis yang dibantu secara pro oleh watak deuteragonis.

Ulasan


message 38: by Nor, dari khutubkhanah USIM (new)

Nor (norazzahmomin) | 1548 comments Mod
Bsplayer wrote: "Nor Azzah wrote: "Baru beli buku ni, tak sempat baca lagi.
"

Ah..Puan Azzah tidak perlu terburu-buru. Masa puan lebih banyak untuk membaca biarpun kita berkongsi 24 jam sehari..:)"


Kenapa mengatakan saya punya lebih banyak masa membaca? Hakikatnya saya dah berada di belakang garis pencapaian yang sepatutnya..buku tu masih belum sempat dibuka..


message 39: by Nor, dari khutubkhanah USIM (new)

Nor (norazzahmomin) | 1548 comments Mod
Haryati wrote: "Tuan,

Bila tengok slip gaji, saya memang pujuk hati- rezeki yang kita dapat itu seharusnya dikongsi dengan setiap makhluk yang ada."


Saya cuma dapat kongsikan ini, memang gaji kita dipotong untuk potongan cukai berjadual setiap bulan. Tapi bila isi borang cukai yang online tu, biasanya 'end up' dengan LHDN bayar balik cukai yang dah dibayar. Antara yang kami buat adalah dengan membayar zakat pendapatan yang dilebihkan berbanding kiraan sepatutnya, sebab fikir lebih baik lebihkan zakat daripada bayar cukai banyak2. Manfaatnya dikongsi sesama Muslim.


message 40: by Bsplayer (last edited May 17, 2011 08:52PM) (new)

Bsplayer | 121 comments 13) Sang Penandai- Tere Liye

Jika Hamka mencipta cinta Zainuddin antara Hayati secara real, Tere Liye melakar Jim dan Nyla secara fiksi. Kita akan timbul dan terapung dalam kekuatan kisah Zainudin dan Hayati, tetapi antara Jim dan Nyla kita akan menyelami ke dasar. Bertahan untuk bernafas biarpun sebenarnya kita telah karam.

Ulasan


message 41: by Bsplayer (last edited May 17, 2011 08:51PM) (new)

Bsplayer | 121 comments 14) Memaknakan Cinta - Salina Ibrahim

Salina Ibrahim memang sengaja mengajak saya bertukar wajah dan hati. Sesuatu yang kontra dan berasa janggal tentunya. Membaca Memaknakan Cinta ibarat saya memandang cermin, melihat batang tubuh secara fizikalnya ialah seorang lelaki tetapi yang terpantul dipermukaan cermin adalah seorang wanita yang entah siapa, tetapi saya. Lalu mengembara di dalam cerpen-cerpennya dengan pelbagai watak feminisme.

Ulasan


message 42: by Bsplayer (last edited May 17, 2011 08:50PM) (new)

Bsplayer | 121 comments 15) Lembaga Budi - Hamka

Diribut rundukkan padi
dicupak Datuk Temanggung
hidup kalau tidak berbudi
duduk tegak ke mari canggung
(Prof. Dr. Hamka)

Tegak rumah kerana sendi
runtuh sendi rumah binasa
sendi bangsa ialah budi
runtuh budi runtuhlah bangsa.
(Shauki Bey)

Ulasan saya:

Jangan disemai benih yang iri
kelak tumbuh pohonan dengki
jangan menuai hasad di hati
kelak binasa diri sendiri.

Kendatipun pelana emas
kuda tua jadi tunggangan
kendatipun tak minta balas
budi itu jadi kenangan.

Ulasan


message 43: by Bsplayer (last edited May 17, 2011 08:49PM) (new)

Bsplayer | 121 comments 16) Dari Salina Ke Langit Petang - A. Samad Said

Menghayati buku ini, seolah-olah saya dapat ‘melihat’ suaranya, tak terdengar janggal dia berbahasa baku, redup matanya dibalik cermin kaca yang dipakai, bibir yang bergerak-gerak tak nampak-dibalik kumis dan janggut putih yang mengurai dan wajah sejuta damai.

Jikalah sesungguhnya beliau sedang berkata-berkata di hadapan kita, kita tidak akan mampu mengeluarkan sebutir suara melainkan mendengar tekun setekun-tekunnya. Tetapi sebagai seorang pembaca yang berkhayal liar seperti saya, saya tidak segan untuk berkata “Bapak, saya mahu mandi dulu. Nanti kita sambung” sambil meletakkan buku itu di atas meja kopi atau “Bapak, saya mahu pergi makan dulu” tetapi saya tidak akan tega duduk di meja kedai makan lama-lama sedangkan seorang Seniman menunggu saya untuk dikhatamkan ceritanya.

Ulasan


message 44: by Fariza (new)

Fariza | 736 comments Bsplayer wrote: "16) Dari Salina Ke Langit Petang- A. Samad Said

Menghayati buku ini, seolah-olah saya dapat ‘melihat’ suaranya, tak terdengar janggal dia berbahasa baku, redup matanya dibalik cermin kaca yang dip..."


Saya pernah membaca Ilham di Tepi Tasik tulisan pak Samad. Seperti bsplayer, saya tertekun sendiri mahu mendengar butir bicaranya..


message 45: by Bsplayer (new)

Bsplayer | 121 comments Sekarang saya tinggalkan sebentar 'Ilham di Tepi Tasik' dan 'Keledang'. Beralih ke penulis lain. Terus-menerus meranumi karya Pak Samad adalah satu kepayahan buat saya. Tetapi jika ingin ber'ilham', beliau adalah penulis pertama yang saya pilih. :)


message 46: by Bsplayer (new)

Bsplayer | 121 comments 17) The 47 Ronin Story- John Allyn

Macam nak jadi Samurai, bercinta dengan Geisha, mati dengan seppuku.(sekadar angan-angan liar) :)


message 47: by Bsplayer (last edited Jun 04, 2011 01:58AM) (new)

Bsplayer | 121 comments 18)Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur - Keris Mas

Cerita politik kampung yang segar.


message 48: by Bsplayer (last edited Jun 06, 2011 09:29AM) (new)

Bsplayer | 121 comments 19) Keledang- A. Samad Said

Jika Pramoedya di dalam Keluarga Gerilya-nya begitu kucar jalan ceritanya, demi mengajak kita untuk merasai sebuah era perang, tetapi A. Samad Said di dalam Keledang masih lagi tenang. Ataupun Faisal Tehrani dalam fiksi Kombat 1515 begitu mengghairahkan semangat jihadnya, tetapi Keledang masih damai, menentang secara waras dan berfikir secara luas. Erti kata perang di dalam Keledang menghidupkan makna cinta, memberi nyawa kepada rindu, menghargai tali kasih sayang dan mengajar menikmati anugerah alam sekhusyuknya.


message 49: by Bsplayer (last edited Jun 16, 2011 01:28AM) (new)

Bsplayer | 121 comments 20) Bedar Sukma Bisu- Faisal Tehrani.

Bedar itu maknanya perahu besar. Sukma bermaksud jiwa dan bisu beerti lidah yang kelu tidak dapat berkata-kata.

Ulasan


message 50: by Kataklicik (new)

Kataklicik | 714 comments Kelu sebab cerita best? Atau kelu sebab cerita tak best? Heheh


« previous 1
back to top