Goodreads Malaysia discussion

117 views
Makan Buku, Minum Buku... > Rak buku & tempat menyimpan buku

Comments Showing 1-50 of 52 (52 new)    post a comment »
« previous 1

message 1: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2843 comments Mod
Rak buku apa yang bagus, tahan lama, cantik, luas, expandable...?

Berbaloikah membina rak khusus di rumah untuk menyimpan buku, atau beli yang sudah siap lebih baik, dari segi mutu, kos, dan lain-lain?

Jika tidak menyimpan buku di rak, bagaimana cara lain yang sesuai untuk menyimpan buku dan telah dipraktikkan oleh teman-teman?


message 2: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2432 comments Mod
kalau rumah sendiri dan ada bilik bacaan yang luas serta ada duit, tentunya, mmg berbaloi bina rak khusus. pasti boleh beri inspirasi atau sekurang2nya ketenangan utk menulis dan membaca.

tapi utk bina rak buku pasti menelan ribuan ringgit juga.

ada satu buku di kino, susunan bilik dgn buku/rak buku yg saya tengok dgn rakan dari itnm semasa pelancaran buku makyung tempoh hari.

mmg mengiurkan dan mengkhayalkan!

ini rak buku yg mmg kecur air liur bila tengok sambil raba dlm kocek --> http://kawat.blogspot.com/search/labe...


message 3: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Buat rak buku pun tak cukup percayalah. Terpaksa tambah rak buku dari kedai perabot. Ini pengalaman sendiri. Tu pun masih tak cukup tapi nak buat macam mana, dah takde ruang.


message 4: by Fabian (new)

Fabian Davy (bluefabian) | 13 comments Actually, simpanan buku yang makin memboyot inilah yang meyakinkan saya bahawa, it's time to buy your own house. Semenjak dua menjak ni, hidup dan kerja saya memang asyik travel sana sini dan hidup setahun dua kat mana2 pun. And memang saya fikir akan buat macam ni untuk satu jangka masa yang lama pun.

Tetapi, the thought of having your own house and your own library - memang tempting. Apatah lagi sekarang koleksi buku makin banyak. Ada je sale buku yang kata 'last day' pastu 'stock clearance'.

Sekarang pun buku ada jugak yang terpaksa menetap di atas lantai. Tu belum kira majalah lagi.


message 5: by Afiq (new)

Afiq Asyran (afiqasyran) | 69 comments kalau ada elektrik drill senang je, kutip je kayu mana2, pastu drill kt dnding.

tapi kl nk cantik, murah...Rak buku besi IKEA LERBERG, RM69 je. blh la muat dlm 60-70 biji buku.


message 6: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2843 comments Mod
Nazmi wrote: "kalau rumah sendiri dan ada bilik bacaan yang luas serta ada duit, tentunya, mmg berbaloi bina rak khusus. pasti boleh beri inspirasi atau sekurang2nya ketenangan utk menulis dan membaca.

tapi utk..."


Nazmi yang di blog Kawat tu memanglah menggiurkan, tapi saya cari yang di Malaysia ni, secara praktikalnya mudah didapati di Malaysia.

Kalau sesiapa ada suggestion pandai kayu yang mahir buat rak buku pun bolehlah dikongsi-kongsi juga :)


message 7: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Beli je di kedai perabot Ah Chong. Beli yg tinggi, ada 3 tingkat sekurang-kurangnya. IKEA glamer je lebih, kualiti tak berapa sangat (kualiti bagus tapi tak le sehebat seperti yg digembar gemburkan).

Pernah tengok gambar library saya kan? Yg ada pintu tu made to order, tapi tak cukup, kena tambah rak dari Kedai Perabot Yu Seng, Sec. 14, P.J.


message 8: by Norziati (new)

Norziati | 378 comments Saya bujang, sewa dua bilik. Satu khusus buku, satu lagi ruang peribadi (bilik tidurlah tu). Dan bilik buku lebih besar dari kamar tidur...


message 9: by Aina (new)

Aina Dayana | 995 comments Assalamualaikum,

Memang memerlukan kos yang besar untuk bina khutubkhanah sendiri. Dalam perancangan akan buat rumah dalam masa terdekat tetapi masih pening memikirkan 'design' perpustakaan peribadi.

Menjenguk ke blog En Nazmi dan En Khairul, teruja juga :) :)


message 10: by Isma (new)

Isma | 682 comments Najibah wrote: "Rak buku apa yang bagus, tahan lama, cantik, luas, expandable...?

Berbaloikah membina rak khusus di rumah untuk menyimpan buku, atau beli yang sudah siap lebih baik, dari segi mutu, kos, dan lai..."


saya tak buat rak, pakai timbun begitu buku saja dalam bilik, lagipun pendatang seperti saya bukannya nak terus tinggal di sini..bubuh dalam kotak, jabil rok rak ada juga..


message 11: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2432 comments Mod
Isma wrote: "Najibah wrote: "Rak buku apa yang bagus, tahan lama, cantik, luas, expandable...?

Berbaloikah membina rak khusus di rumah untuk menyimpan buku, atau beli yang sudah siap lebih baik, dari segi mutu..."


sebenarnya susunan pakai timbun tak baik utk kesihatan.. kesihatan buku. terutama kalau buku tu berkulit keras atau berjilid. nanti rosak jilidnya. pengalaman di mesir dulu, ramai yg susun mcm tu. akhirnya buku jadi "renyok".. entah tak pasti apa bahasa bakunya :)


message 12: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Orang yg pro E-reader tentu akan menggunakan ini sebagai alasan untuk kita semua mengikut 'mazhab' buku eletronik. E-reader tak perlu rak buku.


message 13: by Najmuddin, Tok Mudin (new)

Najmuddin (mudin001) | 998 comments Mod
Khairul H. wrote: "Orang yg pro E-reader tentu akan menggunakan ini sebagai alasan untuk kita semua mengikut 'mazhab' buku eletronik. E-reader tak perlu rak buku."

Saya dah try iPad. Agak tergoda. Tapi agak pasti akan ditentang habis-habisan oleh Menteri Dalam Negeri.


message 14: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2432 comments Mod
Najmuddin wrote: "Khairul H. wrote: "Orang yg pro E-reader tentu akan menggunakan ini sebagai alasan untuk kita semua mengikut 'mazhab' buku eletronik. E-reader tak perlu rak buku."

Saya dah try iPad. Agak tergoda...."


yg jadi gendala pd ipad, kapasiti 32 gigabyte saja! aduh...


message 15: by Fabian (new)

Fabian Davy (bluefabian) | 13 comments Kalau sebagai e-reader iPad tak jadi masalah. 32 Gb tu sebenarnya banyak sangat. Ebooks yang ada sekarang ni, Kindle ataupun text based, ataupun pdf file pun mostly tak sampai 1 Mb pun. Kalau nak tengok gambar, lagu - memang tak cukup pun.

Buat masa sekarang, iPad bukannya pengganti komputer riba/desktop tetapi sebagai complement saja.


message 16: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Masih menunggu masa Kindle boleh digunakan di M'sia (skrg pun dah boleh tapi main 'underground' je la, kalau rosak memang Amazon tak layan).


message 17: by Fabian (new)

Fabian Davy (bluefabian) | 13 comments Beli je iPad ataupun apa2 touch-based computers. Lepas tu install Kindle for iPad, Kindle for Windows, Kindle for Blackberry, Kindle for Android.

Google Books pun ada. Boleh pakai untuk semua platform lagi (web based), walaupun online only. Masalahnya samer je sekarang, tak boleh beli buku kalau based in Malaysia.


message 18: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Sebab tu tak beli mana-mana pun. I'm not a one of those people who MUST have every new piece of gadget. I can wait. And will.


message 19: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2843 comments Mod
Cakap-cakap pasal iPad, ia disyaki boleh mengganggu corak tidur manusia dan dijangka boleh menyebabkan kanser. Boleh baca dari Dr. Mercola:

http://articles.mercola.com/sites/art...


message 20: by Siti (new)

Siti Rahmah | 174 comments ada rak buku yg kecik je kat rumah sewa ni..almaklum la berkongsi dengan kawan2. bila dh penuh hantar buku2 yg dah habis baca ke kampung. itupun simpan dlm beg plastik n ltk dlm bilik mak...hahaha


message 21: by Afiq (new)

Afiq Asyran (afiqasyran) | 69 comments Ipad, Ipod touch kl pgg, mbaca smbl baring kcenderungan jatuh atas kpala mmg agak tggi. sakit jgk mnatang tu kl jatuh atas dahi. byk kli dh kena


message 22: by Hilman (new)

Hilman | 492 comments iPad, iRiver, galaxy tab dan yang seangkatan dengannya penting untuk saya.

nak beli engineering book mahal sangat...nak dapat eBook senang je...banyak website yg boleh download ebook ni...

lagi pun senang nak conteng...mane satu nak beli ni...


message 23: by Juliana Es (last edited Jan 13, 2011 12:58AM) (new)

Juliana Es (julianaes) | 857 comments Mod
Fabian wrote: "Beli je iPad ataupun apa2 touch-based computers. Lepas tu install Kindle for iPad, Kindle for Windows, Kindle for Blackberry, Kindle for Android."

Membaca di iPad (atau slate PC yang lain) dan membaca di e-book reader tak sama pengalamannya. Memang iPad boleh digunakan untuk membaca e-book, tapi tak semestinya ia lebih bagus daripada mana-mana e-reader.

iPad menggunakan teknologi LCD, jadi pencahayaannya sama macam komputer, yang mana akan menyakitkan mata apabila ditenung dalam tempoh yang lama. Berbeza dengan e-book reader yang menggunakan e-ink - ia juga hampir serupa dengan buku dari segi saiz dan beratnya. Malah baterinya pun tahan lebih lama dalam satu caj berbanding iPad.


message 24: by Hilman (new)

Hilman | 492 comments ada tak sesiapa yang pernah guna e-book reader? sekarang tengah pening nak pilih mana satu antara:

i. iriver Cover Story eReader
ii. Kindle Wi-Fi

yang saya nampak ada kelebihan bagi iriver pada "hand writing and memo"...senang buat note...yang kindle tak pastu ada tak function ni...huhuhu


message 25: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (last edited Jan 16, 2011 12:07AM) (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Masalahnya Kindle tak diiktiraf di M'sia jadi kena main 'underground' le. Kalau rosak, ada ke warranty? Lagipun bila upload buku, Amazon tau buku tu dihantar ke alamat M'sia. Mereka akan bagi amaran alamat M'sia tidak boleh guna Kindle. Lepas 2-3 kali mungkin mereka shut down Kindle tu ('mungkin' sebab tak tau samada itu tindakan mereka, tapi yg pasal amaran tu mmg betul ada).


message 26: by Hilman (new)

Hilman | 492 comments Nampaknya Kindle kena reject la...sekarang tinggal iRiver sebagai harapan...


message 27: by Juliana Es (new)

Juliana Es (julianaes) | 857 comments Mod
@ Hilman
Reviews on iRiver:
1. http://www.the-ebook-reader.com/irive...
2. http://www.ebookreadersreview.co.uk/c...

Eh eh, thread ni dah bertukar haluan ke e-book reader pula.


message 28: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Hilman wrote: "Nampaknya Kindle kena reject la...sekarang tinggal iRiver sebagai harapan..."

Boleh je main underground. Ada member GR-MY di sini yg beli Kindle, dia kata okay je. Saya cuma beri pendapat saya sebagai seorang yg memang tak gemar guna jalan underground untuk barangan eletronik.


message 29: by Hilman (new)

Hilman | 492 comments @BB, thanks sebab bagi link tersebut walaupun link Iriver Story. yang saya cari iriver Cover Story(touch screen edition)...http://blog.the-ebook-reader.com/2010...

di MPHOnline harga die RM999.00..


message 30: by Juliana Es (new)

Juliana Es (julianaes) | 857 comments Mod
iRiver Cover story saya tak jumpa reviewnya (kalau tak memang dah bagi sekali).

Saya dah tengok dan belek-belek iRiver Cover tu di DigiMall PJ. Macam tak berapa berkenanlah (no chemistry between the e-reader and I). It feels so plasticky, yet it is quite heavy.


message 31: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2432 comments Mod
Bunnybaby wrote: "Fabian wrote: "Beli je iPad ataupun apa2 touch-based computers. Lepas tu install Kindle for iPad, Kindle for Windows, Kindle for Blackberry, Kindle for Android."

Membaca di iPad (atau slate PC y..."


tapi dua2 kalau kita cium baunya, tak sama dgn bau buku yg macam2 baunya :)


message 32: by Muhammad Syahmi (new)

Muhammad Syahmi (syahmitoaster) | 12 comments macam mana topik rak buku boleh tersimpang ke e-book reader nie


message 33: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Muhammad Syahmi wrote: "macam mana topik rak buku boleh tersimpang ke e-book reader nie"

Beginilah di mana-mana forum. Mula satu topik, melencong ke topik lain. Ini perkara biasa.


message 34: by Nor, dari khutubkhanah USIM (new)

Nor (norazzahmomin) | 1548 comments Mod
So far di rumah saya, saya gunakan rak seperti di perpustakaan, rak besi, saya beli terus dari Nagasteel, warna pilihan kami, purple & putih. Saya beli yang ini sebab setiap tingkat tu boleh menanggung beban 60kg, jadi tak melendut seperti rak kayu. Ada 2 rak double-sided & 1 rak single-sided.

Namun selepas berpindah ke rumah sendiri, terasa nak berubah rasa, beli rak buku kayu jati, alhamdulillah selepas guna hampir 5 tahun, masih gagah dia menanggung beban. Cuma memang nampak tak cantik bila rak kayu campur besi. Mungkin bila ada bilik khas untuk perpustakaan di rumah, baru diseragamkan. setakat ini, rak2 ini menjadi pembahagi ruang di rumah kami.


message 35: by miaomiao (new)

miaomiao (ajeep) | 155 comments kat mana nak beli rak besi nagasteel ni? macam menarik


message 36: by Nor, dari khutubkhanah USIM (new)

Nor (norazzahmomin) | 1548 comments Mod
Saya hubungi terus dengan staf2 jualannya. tengok katalog & tempah, sebab contohnya dah ada kat perpustakaan. Nak pilih warna pun ada dalam katalog juga.

Mereka hantar terus ke rumah, jadi kita kena tunggulah bila lori tu kebetulan nak hantar ke mana2 perpustakaan berdekatan, atau yang melalui kawasan kita. Contoh, saya di Nilai, jadi mereka hantar sekali masa nak hantar barang ke Melaka.

Cuba check kat laman web ni - www.naga.com


message 37: by Clerk Can (new)

Clerk Can | 146 comments saya suka buku yang bersepah-sepah kat dalam rumah. Disusun sebenarnya tetapi tiada rak khusus. Atas TV sedikit, sebelah pasu bunga sedikit, sana sikit, sini sikit. Mungkin sesuai untuk orang bujang atau anak dah besar tetapi tidak bagi mereka yang ada anak kecil.

Mungkin saya terpengaruh dengan beberapa movie yang menunjukkan scene sebegitu.


message 38: by Kamalia (new)

Kamalia Ramlan (kamaliaramlan) | 35 comments encik_kerani wrote: "saya suka buku yang bersepah-sepah kat dalam rumah. Disusun sebenarnya tetapi tiada rak khusus. Atas TV sedikit, sebelah pasu bunga sedikit, sana sikit, sini sikit. Mungkin sesuai untuk orang bujan..."

encik kerani, saya pun suka keadaan macam tu. saya masih tinggal dengan ibu bapa, jadi hanya di bilik sahaja saya dibenarkan 'menyepahkan buku'. bukan sepah pun sebenarnya, ada yang atas lantai sikit, buku2 di rak yang tak bersusun, di meja sikit, dalam beg plastik sikit. dulu pernah cuba susun buku elok2, lepas tu nak cari balik terpaksa punggah habis semua buku. kan dah susah.


message 39: by Clerk Can (new)

Clerk Can | 146 comments @Kamelia, care to invite me to your room?

HAHAHAHA


message 40: by Jack (new)

Jack (echoicglory) | 295 comments Beli dekat carrefour aje... Yang harga dalam RM20... Tak cukup tempat, beli la lagi satu...


message 41: by lara_nur (new)

lara_nur | 7 comments Lara menyewa seorang diri, so satu rumah penuh dengan buku. Atas kabinet tingkat bawah, sofa, rak tv, tangga, dapur, tak termasuk lagi dalam stor (himpunan buku2 lama yang jarang baca, mostly buku masa study) kat bilik sendiri lagi, atas katil, atas almari baju, kat meja lampu tepi katil.. perghh.. memang boleh tahan semak. Itu pun nasib baik akak lara dah kahwin, so dia bawak separuh buku2 tu ke rumah dia. Semalam cuti, so bertekad kemas sikit rumah. Dapatlah himpun dalam satu kabinet dalam bilik. heh pesen tak pernah ada rak..


message 42: by iramahati (new)

iramahati melody | 75 comments Buku-buku saya ada atas rak dalam bilik, sebahagian lagi ada atas katil (biasanya buku-buku yang sedang dalam pembacaan). Hajat di hati nak cari rak buku yang lebih proper. Sekarang ada rak buku yang agak proper kat ruang tamu, tapi rak tu semua isinya buku-buku, majalah dan album gambar mak saya. Saya jenis tak suka buku-buku saya bercampur dengan buku orang lain. Hehe.

Saya nak guna rak kayu tiga tingkat yang pasang siap tu saja. Kalau bosan, saya tukar lapis kertas dia supaya nampak lain. Hehe.


message 43: by miaomiao (new)

miaomiao (ajeep) | 155 comments iramahati wrote: "Kalau bosan, saya tukar lapis kertas dia supaya nampak lain."

Bijak!


message 44: by Kast (new)

Kast (kastatelier) | 34 comments rak besi lagi bagus untuk menampung beban dan x mudah melendut .. teringin untuk membuat rak setinggi 2 level dimana perlu memerlukan tangga gelongsor atau seperti rak besi perpustakaan universiti petronas.


message 45: by lara_nur (new)

lara_nur | 7 comments miaomiao wrote: "iramahati wrote: "Kalau bosan, saya tukar lapis kertas dia supaya nampak lain."

Bijak!"


Lara lapik dengan kertas suratkhabar lama saja. Kalau lusuh atau koyak tukar lain.


message 46: by miaomiao (new)

miaomiao (ajeep) | 155 comments teringin nak guna rak macam di kedai bookxcess lama, boleh slide kiri kanan. cuma leceh simpan buku2 lama ni, kena serangan silverfish.


message 47: by iramahati (new)

iramahati melody | 75 comments Saya lapik dengan kertas pembalut hadiah yang murah-murah tu saja. Kadang-kadang, kalau dapat hadiah daripada orang (contohnya ulangtahun), saya simpan kertas pembalut tu untuk dikitar semula jadi lapik rak buku. Hehe.


message 48: by Idu Chang (new)

Idu Chang | 30 comments miaomiao wrote: "teringin nak guna rak macam di kedai bookxcess lama, boleh slide kiri kanan. cuma leceh simpan buku2 lama ni, kena serangan silverfish."

silverfish tu ape ?


message 49: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2432 comments Mod
Idu Chang wrote: "miaomiao wrote: "teringin nak guna rak macam di kedai bookxcess lama, boleh slide kiri kanan. cuma leceh simpan buku2 lama ni, kena serangan silverfish."

silverfish tu ape ?"


kedai buku dekat jln telawi, bangsar. banyak buku indie terutama dlm BI


message 50: by Kataklicik (new)

Kataklicik | 714 comments Muahahahahahaha Nazmi buat kelakar kihkihkih

Silverfish tu serangga kecik yang suka attack buku, habis dimakannya, jadi berlubang! Multi-legged, badannya flat (macam lipan) warna silver. Suka bersarang esp dalam book spine of hardcover books. Dari luar nampak buku tu ok je tapi bila bukak, heeeeee


« previous 1
back to top