Goodreads Malaysia discussion

54 views
Buku-buku Mengenai... > Adakah buku-buku dan kupasan Raja (Nabi) Zulqarnain sia-sia?

Comments Showing 1-22 of 22 (22 new)    post a comment »
dateDown arrow    newest »

message 1: by Web (new)

Web Sutera (websutera) | 47 comments Ketagihan: Adakah buku-buku dan kupasan Raja (Nabi) Zulqarnain sia-sia? Tolong kupas tajuk ini. Bagi saya penting. Tanpa prejudis. Sila baca dahulu post saya di sini: http://pasalbuku.blogspot.com/2010/12...

Kupasan di sini atau pun di post blog saya. Tolonglah!


message 2: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (last edited Dec 26, 2010 09:10PM) (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Saifulislam ada menulis di blognya bahwa ya, ia adalah sia-sia. Tak ingat enti mana satu tapi boleh cari di blognya ataupun tanya Najmuddin sebab dia yg link entri itu di forum ini.

Saya setuju ia tidak penting sebab apa yg penting ialah apa yg beliau buat dan bagaimana. Bukan siapa beliau.


message 3: by Web (new)

Web Sutera (websutera) | 47 comments Sdr. Khairul, memang itu rujukan saya, blog Saifulislam. Saya ada petik komentar beliau, dan sdr. Najmuddin juga ada berikan komen di blog tersebut.


message 4: by Fariza (new)

Fariza | 736 comments Kerisauan bagi Ilmuan Islam dan ahli al-Quran adalah berlakunya tokok tambah di dalam penceritaan terhadap kisah-kisah di dalam al-Quran yang bersifat andaian sahaja.

Sebenarnya agama nasrani dan yahudi juga berlaku tokok tambah yang mengakibatkan mereka terpesong akhirnya.

Tidak salah untuk membuat kajian, cuma janganlah dibuat kesimpulan hanya melalui hipotesis dan andaian sahaja.


message 5: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2432 comments Mod
balik kpd garis panduan yg dibuat oleh ulama hadis ttg cerita israiliyat: 1. wajib terima kalau mmg disebut dalam quran dan sunnah. 2. wajib tolak kalau bersalahan dgn dua2 sumber hukum itu. 3. nak terima boleh, tak nak pakai sudah kalau tak disebut dalam dua sumber hukum itu tapi tak juga bertentangan.


message 6: by Najmuddin, Tok Mudin (new)

Najmuddin (mudin001) | 998 comments Mod
Masalah saya dengan buku AAZ, bukanlah kajian beliau. Tapi apabila andaian diterima sebagai fakta.


message 7: by Fariza (new)

Fariza | 736 comments Najmuddin wrote: "Masalah saya dengan buku AAZ, bukanlah kajian beliau. Tapi apabila andaian diterima sebagai fakta."

Setuju


message 8: by Web (new)

Web Sutera (websutera) | 47 comments Sdr. Najmuddin, betulkah sdr. Mohamad Alexander memaksakan pembacanya menerima andaian (tanpa asas?) dalam buku Alexander adalah Zulqarnain (AAZ)? Maaf saya tidak boleh komen setakat ini kerana masih belum menelaahnya.


message 9: by Norziati (new)

Norziati | 378 comments Sdr Web boleh rujuk perbincangan hangat warga GR-My tentang buku AAZ sebelum ini. Boleh rujuk kepada topik AAZ


message 10: by Haryati (new)

Haryati Abd. Halim | 765 comments Najmuddin wrote: "Masalah saya dengan buku AAZ, bukanlah kajian beliau. Tapi apabila andaian diterima sebagai fakta."

Saya sokong.


message 11: by Najmuddin, Tok Mudin (new)

Najmuddin (mudin001) | 998 comments Mod
Web wrote: "Sdr. Najmuddin, betulkah sdr. Mohamad Alexander memaksakan pembacanya menerima andaian (tanpa asas?) dalam buku Alexander adalah Zulqarnain (AAZ)? Maaf saya tidak boleh komen setakat ini kerana mas..."

Sdr Web, saya tidak menyebut bahawa Mohamad Alexander membuat andaian tanpa asas. Berasas atau tiada asas, andaian tetap andaian.


message 12: by Haryati (new)

Haryati Abd. Halim | 765 comments Sdr. Web,

Saya cadangkan saudara membaca AAZ. Pengalaman membaca sendiri tidak sama dengan pandangan orang lain terhadap sesuatu buku itu.

Selamat membaca sambil berfikir..


message 13: by Web (new)

Web Sutera (websutera) | 47 comments Baik, para sahabat. Saya akan telaah dahulu AZZ. InsyaAllah saya akan kupas atas pemahaman saya sendiri.

Adakah andaian merupakan hipotesis? Jika hipotesis maka ianya perlu dibuktikan dengan rumus atau fakta. Adakah sdr. Mohamad Alexander tidak melakukan demikian? Saya hairan sebenarnya.


message 14: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (last edited Dec 27, 2010 08:08PM) (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
M.A. menggunakan perkataan "mungkin" bila ingin meng-Islamkan guru Alexander Macedon iaitu Aristotle. Tiada bukti yg Aristotle atau guru-gurunya Plato dan Socrates memegang kpd tauhid tuhan satu tetapi oleh kerana M.A. sudah bertekad bahwa Alexander Macedon adalah seorang Muslim yakni Dzulkarnain dalam Quran, maka tidak sesuailah jika beliau berguru dgn org musyrik. Jadi gurunya (Aristotle) di-Islamkan. Bukti? Tiada. M.A. hanya membuat spekulasi jika Aristotle Islam maka guru Aristotle (Plato dan Socrates) pun mestilah Islam. Mustahil si Muslim berguru dgn si Musyrik. Bukti? Tiada. Hanya M.A. menulis mungkin Socrates itu adalah Luqman al-Hakim yg disebut dalam Quran kerana Luqman dlm Bahasa Arab bererti 'menelan' dan Socrates mati apabila dihukum bunuh dengan menelan racun.

Oleh itu, Socrates (mati telan racun) = Luqman Al-Hakim (sebab Luqman maksudnya 'telan') = Socrates adalah Luqman!! Maka, muridnya Plato pun mestilah Muslim! Dan murid Plato, si Aristotle tu mestilah Muslim!! Dan murid Aristotle, si Alexander, tak syak lagi seorang Muslim!!

Semuanya berdasarkan "kemungkinan" (M.A. sendiri tidak pasti sebab tu dia tulis, 'mungkin') bahwa Socrates itu adalah Luqman.

Saya tulis berjela di review buku AAZ di Goodreads. Sila cari. Di blog pun ada tapi versi English.

(saya tidak tolak Socrates tu muslim tapi bagi lah bukti yg kukuh. Janganlah setakat spekulasi. Dah le spekulasi, spekulasi berdasarkan cara beliau mati yg dikaitkan dgn nama Luqman. Macam ni ke buat thesis PhD?)


message 15: by Web (new)

Web Sutera (websutera) | 47 comments Bravo, sdr. Khairul H! Hujahan yang menarik lagi untuk saya segera menalaah AZZ.


message 16: by Najmuddin, Tok Mudin (new)

Najmuddin (mudin001) | 998 comments Mod
Khairul H. wrote: "M.A. menggunakan perkataan "mungkin" bila ingin meng-Islamkan guru Alexander Macedon iaitu Aristotle. Tiada bukti yg Aristotle atau guru-gurunya Plato dan Socrates memegang kpd tauhid tuhan satu te..."

Spekulasi boleh bro, tapi berhenti setakat spekulasi jer lah. Jangan ambil sebagai fakta. Dan tak payahlah tulis buku setebal 800 muka untuk mengabsahkan satu andaian sebagai fakta. Kalau macam tu, baik tulis status facebook atau twitter aje. Kheh!


message 17: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Saya sebenarnya tidak kisah dan tidak marah jika Alexander Macedon dikaitkan dgn Dzulkarnain tetapi saya marah apabila andaian semata-mata digunakan sebagai bukti. Itu menghina intelek saya.


message 18: by Fariza (new)

Fariza | 736 comments Khairul H. wrote: "Saya sebenarnya tidak kisah dan tidak marah jika Alexander Macedon dikaitkan dgn Dzulkarnain tetapi saya marah apabila andaian semata-mata digunakan sebagai bukti. Itu menghina intelek saya."

Agree.. Hear, hear..


message 19: by Aidura (new)

Aidura (sofira) | 1472 comments :jadi pemerhati:


message 20: by Fatihah (new)

Fatihah (fatihahjamhari) Khairul H. wrote: "Saifulislam ada menulis di blognya bahwa ya, ia adalah sia-sia. Tak ingat enti mana satu tapi boleh cari di blognya ataupun tanya Najmuddin sebab dia yg link entri itu di forum ini.

Saya setuju ia..."


Saya rasa keperibadian individu itu sendiri harus dilihat sebelum melihat sumbanganannya. Contoh: masakan penulis rajin menulis biografi jika peribadi dan asal usul tidak menyumbang kepada sumbangan orang itu; Siapa Hitler sebelum dia menulis Mein Kampf memberi penjelasan yang baik kepada apa yang ditulis. MA menulis AAZ juga patut dilihat siapa peribadinya. A atau Z juga patut dikaji untuk memberi suatu nilai ke atas sumbangan tokoh-tokoh ini.

sokong sangat; tak patut mengambil anggaran peribadi sebagai fakta. kalau semua penulis zaman sekarang hanya nak menjual buku berdasarkan berat, runtuh intelek bangsa. biar miskin macam indonesia tapi kaya dengan para intelek


message 21: by Clerk Can (new)

Clerk Can | 146 comments Saya bersetuju 100% dengan khairul tentang hal ini walaupun taraf intelek saya tidaklah setinggi mana.
Dan saya tidak bersetuju dengan kata-kata pengarangnya yang mengatakan yang itu adalah usaha murninya untuk menaikkan nama orang-orang hebat dalam Islam bagi melawan blog-blog yang menghina Islam. Seolah-olah dia ingin menarik balik Zulkarnain ke dalam Islam setelah terlalu lama dipinjam oleh orang kristian.

I mean, dude, diorang masih lagi menganggap Muhammad itu narcissist dan gila seks dan thats the best thing you can do? Claim back Zulkarnain?


message 22: by Eimad (new)

Eimad | 56 comments hurm,buku AAZ masih dalam pembacaan,tergendala sebentar kerana musim exam.tetapi sudah selesai buku Armageddon 2012 penulis yang sama dan tidak melihat banyak percanggahan di situ apatah lagi penulis mengaitkan dengan kaedah saintifik.


back to top