Goodreads Malaysia discussion

69 views
Cari/Tukar/Derma Buku > Buku Falsafah, Persoalan

Comments Showing 1-27 of 27 (27 new)    post a comment »
dateDown arrow    newest »

message 1: by Ariffah (new)

Ariffah 9 (Ariffah9) | 26 comments Assalamualaikum w.b.t semua,

Saya nak tanya.. di mana boleh dapatkan buku-buku falsafah. (Kedai mana atau web online-buy-book mana?)
Apa-apa jenis falsafah pun, di dalam bahasa melayu?

Thanks ;)


message 2: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
The Muqaddimah: An Introduction to History. (Abridged Edition) (Bollingen Series - ini kira falsafah le jugak kan? Falsafah sejarah. Versi BM ada juga. Saya ada nampak di Kinokuniya Suria KLCC.


message 3: by Fariza (new)

Fariza | 736 comments Tulisan Naquib al-Attas bagi saya adalah falsafah..


message 4: by Juliana Es (new)

Juliana Es (julianaes) | 857 comments Mod
Salam Ariffah.

1) Ke Luar Jendela, himpunan makalah Hassan Ahmad (bekas KP DBP).

2) Mitos Peribumi Malas, oleh Syed Hussein Alatas

Kedua-dua buku adalah terbitan DBP. Boleh cuba beli secara online dari Dawama, ataupun cuba cari di Pekan Buku.


message 5: by Ariffah (new)

Ariffah 9 (Ariffah9) | 26 comments Khairul H, Kinokuniya? Wah, nnti sy cuba cari versi BM. Nak baca english tak pakar lagi,tmbh ayat falsafah.

Fariza, Naquib al-Attas? Tulisan-tulisan beliau blh dapat dari mana ya?

Bunnybaby,waalaikumussalam.
Terima kasih kak. Oooh,DBP. Sangat membantu :)

Thanks all.


message 6: by Fariza (new)

Fariza | 736 comments Saya tak pasti, saya jumpa di pekan buku UM


message 7: by Ariffah (new)

Ariffah 9 (Ariffah9) | 26 comments Fariza wrote: "Saya tak pasti, saya jumpa di pekan buku UM"

Oh,tak apalah. Saya cuba cari dengan nama penulis. Terima kasih ya :)


message 8: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (last edited Dec 26, 2010 04:28PM) (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2843 comments Mod
Ada buku tulisan Dr. Ahmad Sunawari Long, Sejarah Falsafah tajuknya. Penerbit UKM. Buku ini kategori pengantar, jadi sangat sesuai untuk orang-orang yang baru berjinak dengan falsafah.

Sejarah Falsafah

Sejarah Falsafah by Ahmad Sunawari Long

Mungkin boleh cari juga terjemahan Tahafutul Falasifah (Kesesatan Ahli Falsafah), karya Imam al-Ghazali.

Kalau Ariffah mahu tahu lebih lanjut, boleh mesej En. Thamrong (ahli GRMY juga) secara individu atau semak rak buku beliau di GR ini. Beliau banyak membaca hal falsafah.


message 9: by Juliana Es (new)

Juliana Es (julianaes) | 857 comments Mod
Ariffah, buku Ke Luar Jendela tu bukanlah mengenai falsafah per se, tapi makalah Hassan Ahmad banyak mengandungi persoalan dan pemikiran berbentuk falsafah.


message 10: by Isma (new)

Isma | 682 comments saya sudah belek buku 'Falsafah Cinta' tapi belum baca lagi


message 11: by Ariffah (new)

Ariffah 9 (Ariffah9) | 26 comments Wah, Kak Najibah.. macam saya minat betul dengan buku tu. terima kasih ya!

Bunnybaby, oh ya? Itu juga saya teringin baca..hehe

Isma, Falsafah Cinta? Penulis dan terbitan apa ya..klu boleh tahu.

Terima kasih :)


message 12: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2432 comments Mod
Ariffah wrote: "Assalamualaikum w.b.t semua,

Saya nak tanya.. di mana boleh dapatkan buku-buku falsafah. (Kedai mana atau web online-buy-book mana?)
Apa-apa jenis falsafah pun, di dalam bahasa melayu?

Thank..."


di mana2 kedai buku, selalunya ada rak yg bertanda philosophy, baik di kino, mph, bookxcess atau kedai buku dbp.

utk bacaan awal, boleh baca buku siri introducing philosophy... buku sejarah falsafah dlm bentuk grafik. saya juga sedang baca history of philosphy oleh julian marias terjemahan dr bahasa sepanyol ke bahasa inggeris dan islamic philosophy oleh majid fakhry (edisi ringkas).


message 13: by Najmuddin, Tok Mudin (new)

Najmuddin (mudin001) | 998 comments Mod
Bacaan yang agak mudah untuk berkenalan dengan falsafah, saya rasa boleh baca Sophie's World yang telah juga diterjemahkan ke Bahasa Melayu oleh ITNM dengan tajuk Dunia Sofie. Mungkin senang dibaca kerana ia sebuah novel, kita belajar falsafah bersama watak utamanya Sophie.

Dan cari juga buku tulisan Buya Hamka, Falsafah Hidup & Falsafah Ketuhanan.


message 14: by Ariffah (new)

Ariffah 9 (Ariffah9) | 26 comments Nazmi, oh dah lama saya menyimpan hasrat berkunjung ke kedai buku di KL. Saya tinggal di kedah, mmg susah nk dapatkan buku falsafah. Tak apa, moga Allah temukan buku falsafah dengan saya suatu hari nanti.

Najmuddin, novel falsafah? kedengaran menarik. Buya Hamka :) InsyaAllah

Thanks all.


message 15: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2432 comments Mod
Ariffah wrote: "Nazmi, oh dah lama saya menyimpan hasrat berkunjung ke kedai buku di KL. Saya tinggal di kedah, mmg susah nk dapatkan buku falsafah. Tak apa, moga Allah temukan buku falsafah dengan saya suatu hari..."

juga boleh cari kedai buku yg jual buku indonesia. di wisma yakin ada. dan boleh juga di rumah pena - jumaat pertama setiap bulan, ada gerai kedai buku dari indonesia. selalu bukunya termasuk falsafah mengiurkan kita!


message 16: by Ariffah (new)

Ariffah 9 (Ariffah9) | 26 comments Nazmi wrote: "Ariffah wrote: "Nazmi, oh dah lama saya menyimpan hasrat berkunjung ke kedai buku di KL. Saya tinggal di kedah, mmg susah nk dapatkan buku falsafah. Tak apa, moga Allah temukan buku falsafah dengan..."

aduh,saya lemah kalau indon. Tambah, bahasa falsafah. Jadi pening pula. Anyway,thanks ya.


message 17: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2432 comments Mod
Ariffah wrote: "Nazmi wrote: "Ariffah wrote: "Nazmi, oh dah lama saya menyimpan hasrat berkunjung ke kedai buku di KL. Saya tinggal di kedah, mmg susah nk dapatkan buku falsafah. Tak apa, moga Allah temukan buku f..."

apa yg buatkan ariffah minat utk selongkar falsafah? kerana profesion atau mmg tiba2 mahukan pencerahan?


message 18: by Ariffah (new)

Ariffah 9 (Ariffah9) | 26 comments Nazmi wrote: "Ariffah wrote: "Nazmi wrote: "Ariffah wrote: "Nazmi, oh dah lama saya menyimpan hasrat berkunjung ke kedai buku di KL. Saya tinggal di kedah, mmg susah nk dapatkan buku falsafah. Tak apa, moga Alla..."

Baiklah. Saya sebenarnya masih pelajar sekolah menengah.

Saya minat psikologi dan falsafah secara tetiba. Ia datang mengejut dan menimbulkan kecenderungan minat yang tinggi. Entah kenapa.

Jadi, sbelum saya mmbuat kputusan utk ambil jurusan apa di universiti kelak. Saya berniat mengkaji terlebih dahulu spaya benar-benar memastikan faedah jika saya ambil jurusan trsebut.

Tp, kalau dah minat tinggi. Memang hasrat nak belajar tu tak boleh nak tangguh. Hehe.


message 19: by Isma (new)

Isma | 682 comments Ariffah wrote: "Wah, Kak Najibah.. macam saya minat betul dengan buku tu. terima kasih ya!

Bunnybaby, oh ya? Itu juga saya teringin baca..hehe

Isma, Falsafah Cinta? Penulis dan terbitan apa ya..klu boleh tahu.

..."


nanti saya periksa semula, tapi ia buku Indon


message 20: by Ariffah (new)

Ariffah 9 (Ariffah9) | 26 comments Isma wrote: "Ariffah wrote: "Wah, Kak Najibah.. macam saya minat betul dengan buku tu. terima kasih ya!

Bunnybaby, oh ya? Itu juga saya teringin baca..hehe

Isma, Falsafah Cinta? Penulis dan terbitan apa ya..k..."


Oh,ok baiklah. Terima kasih banyak :)


message 21: by Clerk Can (new)

Clerk Can | 146 comments Ariffah wrote: "Jadi, sbelum saya mmbuat kputusan utk ambil jurusan apa di universiti kelak. Saya berniat mengkaji terlebih dahulu spaya benar-benar memastikan faedah jika saya ambil jurusan trsebut.
"


Saya puji kamu.


message 22: by Ariffah (new)

Ariffah 9 (Ariffah9) | 26 comments encik_kerani wrote: "Ariffah wrote: "Jadi, sbelum saya mmbuat kputusan utk ambil jurusan apa di universiti kelak. Saya berniat mengkaji terlebih dahulu spaya benar-benar memastikan faedah jika saya ambil jurusan trsebu..."

tiada apa yang patut dipuji :)


message 23: by Adi (new)

Adi (adios) | 66 comments aku pun suka baca buku2 falsafah, bacaan berat barulah menggugah :)

tinggal di luar bandar bukan senang nak jumpa buku2 macam tu.
sebab tu aku download ebook terjemahan ke bahasa indonesia aja


message 24: by Ariffah (new)

Ariffah 9 (Ariffah9) | 26 comments Adi wrote: "aku pun suka baca buku2 falsafah, bacaan berat barulah menggugah :)

tinggal di luar bandar bukan senang nak jumpa buku2 macam tu.
sebab tu aku download ebook terjemahan ke bahasa indonesia aja"


oh. tp sy lbih gmar baca di buku terus. tak suka sgt ebook ni. ;) anyway, thanks.


message 25: by Clerk Can (new)

Clerk Can | 146 comments Adi wrote: "tinggal di luar bandar bukan senang nak jumpa buku2 macam tu.
sebab tu aku download ebook terjemahan ke bahasa indonesia aja"


adakah download itu secara haram atau halal?
http://www.goodreads.com/topic/show/6...


message 26: by Adi (new)

Adi (adios) | 66 comments

adakah download itu secara haram atau halal?
http://www.g..."


Secara haram :)
tapi aku tak rasa bersalah sangat sebab kebanyakkan ebooks falsafah klasik tu dari pengarang yang sudah meninggal.

Lazimnya bagi pecinta buku, memiliki sendiri buku dalam bentuk fizik memang lebih memberi kepuasan.Tapi kalau dah terlalu susah, kita terpaksa cuba alternatif lain.


message 27: by Aziz (new)

Aziz (azizzabidi) | 75 comments Setuju dengan Najmuddin,

Sophie's World baringkali pengenalan falsafah paling sesuai untuk remaja.Cubalah...


back to top