Goodreads Malaysia discussion

182 views
Salam Perkenalan & Pengumuman > Anugerah Pembaca Buku Popular GR-MY 2010

Comments Showing 1-50 of 77 (77 new)    post a comment »
« previous 1

message 1: by Isma (last edited Dec 29, 2010 05:37PM) (new)

Isma | 682 comments Anugerah Buku Negara langsung tak meriah.Saya baru tahu hari ini para pemenangnya.Sebab para pemenangnya(anugerah utama) tak popular pun.Ya, siapa tak kenal menteri.

Oleh itu, saya(muka tak malu) dengan ini melantik diri sendiri sebagai Pengerusi Majlis Penaja Anugerah Pembaca Popular GR-MY 2010 ala-ala Bintang Popular BH..haha.

Calon-calon adalah mengikut kategori;

Pembaca Popular GR-MY(Jejaka)
1.Khairul H.
2.Najmuddin
3.Nazmi Yaakob
4.Jiwa Rasa
5.Johnny
6.Hilman

Pembaca Popular GR-MY(Srikandi)
1.Aidura
2.Najibah
3.Faizah R
4.Cikyah
5.Bunnybaby
6.Kataklicik
7.Nisah Haron

Pengulas buku@blog popular
1.Najibah--Buku Ria(tak ria dah)
2.Khairul H.--themalaysianreader
3.Nazmi--khabar lewat kawat
4.Peesha--http://apayangfishabaca.blogspot.com
5.Fariza--http://farizahrin.blogspot.com/
6.cjalhafiz --http://ulatbukujantan.blogspot.com/
7.Welma-- http://wlaanda.blogspot.com/
8.http://pasalbuku.blogspot.com/


Pendatang Baru Popular(khas untuk mereka yang menjadi ahli GR dalam masa terdekat)
1.En. Kerani
2.Adrie
3.Afiq
4. En.Ali--Anugerah Buku Negara(tiba-tiba namanya diperkata dan dimengata di sini)
5.Nor Azzah

Pasangan Popular GR-MY
1. Thamrong dan Hamizao
2.Khairul H. dan Cikyah
3.Dan siapa lagi?

Pembaca buku Teruna-Dara popular
1.Adrie
2.Hilman
3.Fariza
4.Xara Fatima
5.Dan yang lain--tak berani nak sebut nama

Anugerah Khas diberi kepada Puan Kausa atas jasanya menjadi peneroka awal di lembah buku maya.Setuju?

Dan anugerah utama,
PEMBACA PALING POPULAR GR-MY TAHUN 2010 adalah....?????


Dengan harapan besar, harap dengan adanya anugerah ini akan menyemarakkan lagi aktiviti membeli dan membaca buku. Pembaca buku juga menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara!

*Semua apa yang tertulis di atas, adalah hanya mimpi-mimpi saya saja.Harap jangan ada yang tersinggung.Hanya gurauan.Atau mana tahu ia akan jadi kenyataan pada masa depan.

Salam,
Isma Ae Mohamad@Pok Dogol Golok@tukang karut
merangkap setiausaha agung Kelab Kecek Buku Sungai Golok(BokGOLOK)


message 2: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Tak calon nama sendiri ke?


message 3: by Isma (new)

Isma | 682 comments eh, saya tak nak jadi macam Rais Yatim..haha..


message 4: by Nor, dari khutubkhanah USIM (new)

Nor (norazzahmomin) | 1548 comments Mod
Terharu & malu bila nama termasuk dalam senarai calon..he..he..

Saya nak cadangkan supaya nama Welma dimasukkan juga dalam Pengulas Popular.


message 5: by Isma (new)

Isma | 682 comments Nor Azzah wrote: "Terharu & malu bila nama termasuk dalam senarai calon..he..he..

Saya nak cadangkan supaya nama Welma dimasukkan juga dalam Pengulas Popular."


Puan, undilah diri sendiri..hehe


message 6: by Nor, dari khutubkhanah USIM (new)

Nor (norazzahmomin) | 1548 comments Mod
Isma wrote: "Puan, undilah diri sendiri..hehe"

Saya pun tak nak jadi macam...

Puan Ainon tokey PTS pun nampaknya tak berpuas hati dengan Anugerah Buku Negara tu.


message 7: by Isma (last edited Dec 21, 2010 07:42PM) (new)

Isma | 682 comments sebab itu saya buat Anugerah Pembaca Popular GR-MY sebagai bantahan! haha

*Kenapa puan takut nak sebut Rais Yatim, sekampung ke?..haha


message 8: by Nor, dari khutubkhanah USIM (new)

Nor (norazzahmomin) | 1548 comments Mod
Isma wrote: "*Kenapa puan takut nak sebut Rais Yatim, sekampung ke?..haha"

Saya kerja kerajaan..cakap siang pandang2..silap cakap, tak berasap dapur saya..


Faizah Roslaini | 825 comments Mod
Erm saya fikir pembaca buku adalah golongan yang tidak gemarkan perhatian / malu-malu? Apa sudah jadi? Hahaha


message 10: by Najmuddin, Tok Mudin (new)

Najmuddin (mudin001) | 998 comments Mod
saya tak layak bertanding kategori jejaka. masukkan dalam kategori orang tua saja. heh!


message 11: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2843 comments Mod
Najmuddin wrote: "saya tak layak bertanding kategori jejaka. masukkan dalam kategori orang tua saja. heh!"

Itulah, Isma ni. Kalau lelaki tua-tua pun masuk kategori jejaka, kami yang perempuan baru acu nak tua sikit saja, sudah masuk kategori ibu.


message 12: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2432 comments Mod
Najibah wrote: "Najmuddin wrote: "saya tak layak bertanding kategori jejaka. masukkan dalam kategori orang tua saja. heh!"

Itulah, Isma ni. Kalau lelaki tua-tua pun masuk kategori jejaka, kami yang perempuan ba..."


baru nak tegur. rupanya org perempuan tegur dulu. hehehe


message 13: by Fariza (new)

Fariza | 736 comments Najibah wrote: "Najmuddin wrote: "saya tak layak bertanding kategori jejaka. masukkan dalam kategori orang tua saja. heh!"

Itulah, Isma ni. Kalau lelaki tua-tua pun masuk kategori jejaka, kami yang perempuan ba..."


Isma.. K. Najibah kecil hati.. hehe


message 14: by Juliana Es (new)

Juliana Es (julianaes) | 857 comments Mod
Entah si Isma ni. Saya pun kecik hati.


message 15: by Norziati (new)

Norziati | 378 comments Hahahahaaa..kategori pun dah berat sebelah, macam nak ikut kontroversi pencalonan anugerah 'yang itu' sahaja...


message 16: by Xara_fatima (new)

Xara_fatima | 255 comments Hehehe.. penat gelak baca ni. Beberapa hari tak masuk goodreads tetiba dah ada anugerah pula. Nasib baik housemate yang bgtau.


message 17: by Johnny (new)

Johnny B. Rempit (johnnyrempit) | 287 comments AFUNDI JOHNNY dan hantar ke 32999.

Setiap sms akan dikenakan bayaran 50sen. Tertakluk kepada syarat-syarat penyertaan. Pengundi di bawah 18 tahun perlu meminta izin ibu/bapa/penjaga.


message 18: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2843 comments Mod
Isma, BokGOLOK ke taja hadiah? War-warkan sikit hadiahnya.

Penyampaian jangan di bawah pokok sudah (bak kata Isma sebelum ni)


message 19: by Ummu Auni (new)

Ummu Auni (ummuauni) | 539 comments panas ni...tak tahu nak pilih yang mana :D


message 20: by Faizah Roslaini (new)

Faizah Roslaini | 825 comments Mod
Johnny wrote: "AFUNDI JOHNNY dan hantar ke 32999.

Setiap sms akan dikenakan bayaran 50sen. Tertakluk kepada syarat-syarat penyertaan. Pengundi di bawah 18 tahun perlu meminta izin ibu/bapa/penjaga."


Video pelis. Yang ada tunjuk tunjuk jari tu. Plis plis plis

*sorry bahasa twitter telah mempengaruh


message 21: by Hilman (new)

Hilman | 492 comments Johnny wrote: "AFUNDI JOHNNY dan hantar ke 32999.

Setiap sms akan dikenakan bayaran 50sen. Tertakluk kepada syarat-syarat penyertaan. Pengundi di bawah 18 tahun perlu meminta izin ibu/bapa/penjaga."


AF=akedemi fantasia
AP= anugerah pembaca

APUNDI JOHNNY


message 22: by Najmuddin, Tok Mudin (new)

Najmuddin (mudin001) | 998 comments Mod
Saya nak terkeluar dulu. Sapa nak tengok saya menangis2 sampai keluar hingus?


message 23: by Aidura (last edited Dec 23, 2010 10:43PM) (new)

Aidura (sofira) | 1472 comments Najmuddin wrote: "Saya nak terkeluar dulu. Sapa nak tengok saya menangis2 sampai keluar hingus?"

@Tok Mudin, siapa yg boleh tolong rakam video utk adegan tersebut dan upload kat youtube... sila angkat tangan. :)


message 24: by Johnny (new)

Johnny B. Rempit (johnnyrempit) | 287 comments AFUNDI10 AIDURA


message 25: by Isma (new)

Isma | 682 comments Oh, maaf pasal ''Ibu'' saya tak sengaja, lagipun pada saya ''Ibu'' membawa gambaran seorang yang penyayang serta pelindung.Bukan tua atau kerepot.Hanya ''Kaum Hawa'' membawa gambaran tua di mata saya..haha.Ok saya tukar kepada ''Srikandi'' biar bunyi gagah-gagah dan berani!

Kak Ji, oleh kerana anggota-anggota bokGOLOK adalah bekas penyeludup beras, hadiah dalam bentuk beras siam boleh bagilah atau pun menaja rombongan ke pesta buku Narathiwat 2011..haha.

(Isma ni banyak mengarutlah)


message 26: by Fariza (new)

Fariza | 736 comments Isma wrote: "Oh, maaf pasal ''Ibu'' saya tak sengaja, lagipun pada saya ''Ibu'' membawa gambaran seorang yang penyayang serta pelindung.Bukan tua atau kerepot.Hanya ''Kaum Hawa'' membawa gambaran tua di mata sa..."

Isma, anjur lawatan ke Mae la boleh x?


message 27: by Isma (last edited Dec 27, 2010 04:21AM) (new)

Isma | 682 comments Fariza wrote: "Isma wrote: "Oh, maaf pasal ''Ibu'' saya tak sengaja, lagipun pada saya ''Ibu'' membawa gambaran seorang yang penyayang serta pelindung.Bukan tua atau kerepot.Hanya ''Kaum Hawa'' membawa gambaran t..."

nanti saya bincang dengan muslimah-muslimah dalam pakatan belia islam Thai(mereka biasanya ada program di sempadan), kalau lelaki, saya boleh dan berani bawa, tapi kalau perempuan, tak beranilah nak bawa anak dara orang...


message 28: by Aradweb (new)

Aradweb Aradweb Adil | 64 comments Ingin Mencelah.

Untuk kategori: Pengulas buku@blog popular tu patut dicalonkan blog Tokey Catering 'Thinking of Book' @ http://pasalbuku.blogspot.com/

Calon N0.6 tu, rasa macam kurang sesuai(tak layak) senang cerita sebab tak pernah tersesat dalam blog dia sepanjang tahun ini.


message 29: by Aradweb (new)

Aradweb Aradweb Adil | 64 comments AJK Kira-Kira Undi, sila ambil perhatian:-

Pembaca Popular GR-MY(Jejaka)
APUNDI 10: Khairul H.
APUNDI 5: JIwaRasa

Pengulas buku@blog popular
APUNDI 10: Khairul H.--themalaysianreader
APUNDI 5: Welma-- My Kingdom of Books


message 30: by Fariza (new)

Fariza | 736 comments Nama pun rombongan.. ramai-ramai la..


message 31: by Aradweb (new)

Aradweb Aradweb Adil | 64 comments Nak tambah pencalonan baru boleh tak?

Nak sangat tengok blog Jom Sewa Buku @ http://jomsewabuku.blogspot.com/ jadi calon untuk Pengulas buku@blog popular.

Cuma tak pasti jika blog owner ahli Goodreads Malaysia


message 32: by Aradweb (new)

Aradweb Aradweb Adil | 64 comments Isma! Apa kata masukkan dalam mimpi kau tu Pencalonan Untuk:-

1. Kedai Buku Online Paling Popular
2. Kedai Buku Mainstream Paling Popular
3. Kedai Buku Underground Paling Popular


message 33: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Aradweb wrote: "Isma! Apa kata masukkan dalam mimpi kau tu Pencalonan Untuk:-

1. Kedai Buku Online Paling Popular
2. Kedai Buku Mainstream Paling Popular
3. Kedai Buku Underground Paling Popular"


Kedai buku tempatan ke? Kalau tempatan mungkin Ujana Ilmu untuk no. 1, MPH untuk no. 2 (sebab banyak cawangan bukan sebab banyak buku). Nombor 3 tak pasti. Ada sorang mamat ni jual buku 'underground' di tepi tepi jalan di KB tapi tak ingat nama dia.


message 34: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2432 comments Mod
Khairul H. wrote: "Aradweb wrote: "Isma! Apa kata masukkan dalam mimpi kau tu Pencalonan Untuk:-

1. Kedai Buku Online Paling Popular
2. Kedai Buku Mainstream Paling Popular
3. Kedai Buku Underground Paling Popular"
..."


khairul org kelantan kah? underground agak kabur sedikit. apakah ia tak ada lesen atau ia hanya jualan sekejap ada sekejap tak ada atau penjual buku2 yg diharamkan?


message 35: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Tak bukan org K'tan tapi terserempak dgn websitenya dan dia tulis dia jual buku tepi-tepi jalan di KB pada hari2 tertentu. Buku-bukunya semua boleh dikatakan underground le (terbit sendiri oleh pengarang, subjek selalunya puisi, politik sayap kiri atau non-conformist). Tapi mati hidup balik saya tak ingat namanya, nama websitenya atau nama 'kedai'nya.


message 36: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2432 comments Mod
Khairul H. wrote: "Tak bukan org K'tan tapi terserempak dgn websitenya dan dia tulis dia jual buku tepi-tepi jalan di KB pada hari2 tertentu. Buku-bukunya semua boleh dikatakan underground le (terbit sendiri oleh pen..."

ada seorang rakan penulis yg bagitahu ada sebuah kedai di satu bangunan (kedai makan/lot kedai) berhampiran stadium sultan muhammad, kb. rakan saya tu kata jual buku2 komunis. malang waktu saya pergi, kedai tu tutup.

barangkali ada kaitan.


message 37: by Web (new)

Web Sutera (websutera) | 47 comments Aradweb wrote: "Ingin Mencelah.

Untuk kategori: Pengulas buku@blog popular tu patut dicalonkan blog Tokey Catering 'Thinking of Book' @ http://pasalbuku.blogspot.com/

Calon N0.6 tu, rasa macam kurang sesuai(tak..."


Alamak!


message 38: by Web (new)

Web Sutera (websutera) | 47 comments Blog http://pasalbuku.blogspot.com/ banyak kontroversi! Hahahaha..Mudim mesti setuju.,.Huihihi..


message 39: by Isma (new)

Isma | 682 comments Nazmi wrote: "Khairul H. wrote: "Tak bukan org K'tan tapi terserempak dgn websitenya dan dia tulis dia jual buku tepi-tepi jalan di KB pada hari2 tertentu. Buku-bukunya semua boleh dikatakan underground le (terb..."

abg sosialis tu dia jual buku semasa kuliah TG Nik Aziz setiap pagi jumaat dan saya selalu ke kedainya yang beralas tikar, abang sosialis ni(dia juga jual akhbar sosialis juga, dan juga buku Indon)dekat orang jual kasut bundle, sedar-sedar, eh tok guru dah baca doa penutup, dah habis rupanya kuliah. blognya http://thekedaihitamputih.blogspot.com/
Kadang-kadang rasa berlawanan pula dengan apa yang disyarah TG dengan apa yang dijualnya.Macam langit dan bumi, jauh.
________
http://pasalbuku.blogspot.com/ dah masuk senarai..tapi dalam mimpi saya tak masuk(bagi saya blog buku ini menarik tapi ia terlalu banyak tampal itu tampal ini di kiri dan kanan)


message 40: by Isma (new)

Isma | 682 comments Aradweb wrote: "Ingin Mencelah.

Untuk kategori: Pengulas buku@blog popular tu patut dicalonkan blog Tokey Catering 'Thinking of Book' @ http://pasalbuku.blogspot.com/

Calon N0.6 tu, rasa macam kurang sesuai(tak..."


blog no.6 tersenarai sebab ramai yang tersenyum bila sebut blog tu..haha. nama dah anugerah pupolar..haha

Nampaknya, Aradweb boleh dimasuk dalam Pendatang Baru Popular tapi terlewat...haha


message 41: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
ISMA! Terima Kasih! Ya, thekedaihitamputih.blogspot.com, itulah blognya yg saya terjumpa dulu dan terlupa namanya hingga sekarang.


message 42: by Isma (new)

Isma | 682 comments Khairul H. wrote: "ISMA! Terima Kasih! Ya, thekedaihitamputih.blogspot.com, itulah blognya yg saya terjumpa dulu dan terlupa namanya hingga sekarang."

Sampai hari ini saya masih tertahan nak tanya soalan padanya, ''Abang tak rasa pelik ke, jual buku komunis di kuliah Tok Guru?Untuk apa abang jual buku begini?''

Fariza wrote: "Nama pun rombongan.. ramai-ramai la.."

Insya-Allah kalau ada kesempatan tahun depan, sudah masuk dalam perancangan mahu mengembara ke Myanmar.


message 43: by Web (new)

Web Sutera (websutera) | 47 comments http://pasalbuku.blogspot.com/ dah masuk senarai..tapi dalam mimpi saya tak masuk(bagi saya blog buku ini menarik tapi ia terlalu banyak tampal itu tampal ini di kiri dan kanan)"

Aduh!


message 44: by Xara_fatima (new)

Xara_fatima | 255 comments bila anugerah gilang-gemilang beri hadiah bawah pokok ni hendak dijalankan? :D


message 45: by Najmuddin, Tok Mudin (new)

Najmuddin (mudin001) | 998 comments Mod
Xara_fatima wrote: "bila anugerah gilang-gemilang beri hadiah bawah pokok ni hendak dijalankan? :D"

tunggu DUN Selangor bersidang bawah pokok ikut jejak Perak.


message 46: by Fariza (new)

Fariza | 736 comments Najmuddin wrote: "Xara_fatima wrote: "bila anugerah gilang-gemilang beri hadiah bawah pokok ni hendak dijalankan? :D"

tunggu DUN Selangor bersidang bawah pokok ikut jejak Perak."


LIKE!!


message 47: by Isma (new)

Isma | 682 comments Xara_fatima wrote: "bila anugerah gilang-gemilang beri hadiah bawah pokok ni hendak dijalankan? :D"

sedang mencari tarikh sesuai..haha


message 48: by Peesha (new)

Peesha Pishaposh (cik_peesha) | 137 comments baru terperasan, saya pun tersenarai ... huhu ...

tapi, awal2 lagi nak nyanyi ...

PERCAYA ... PADA DIRIIIIII .. DAN KEYAKINANNNNNN ... (sambil heret beg keluar akademi) T_T


message 49: by Afiq (new)

Afiq Asyran (afiqasyran) | 69 comments Baru perasan ade thread ni, takde thread utk New Year resolution ke?

Setuju benar ada part:
1. Kedai Buku Online Paling Popular
2. Kedai Buku Mainstream Paling Popular
3. Kedai Buku Underground Paling Popular

Mana? Kalau boleh letak jugak kedai buku yang underground, cool, jual buku yang rare.


message 50: by Isma (new)

Isma | 682 comments Peesha wrote: "baru terperasan, saya pun tersenarai ... huhu ...

tapi, awal2 lagi nak nyanyi ...

PERCAYA ... PADA DIRIIIIII .. DAN KEYAKINANNNNNN ... (sambil heret beg keluar akademi) T_T"


Kalau ada pertandingan betul-betul, memang ya, Kak Pesha kena nyanyi lagu tu awal-awal..hehe

Afiq wrote: "Baru perasan ade thread ni, takde thread utk New Year resolution ke?

Setuju benar ada part:
1. Kedai Buku Online Paling Popular
2. Kedai Buku Mainstream Paling Popular
3. Kedai Buku Underground P..."


Abg Afiq, minta disenaraikan kedai buku tersebut, yang saya tahu kedai buku popular selama saya di tinggal di Kelate adalah Syarikat Muda Osman(SMO).. haha


« previous 1
back to top