Goodreads Malaysia discussion

57 views
Arkib (Ganding Baca @ GRMY) > Ganding Baca Disember 2010 (Tok Janggut: Pejuang atau Penderhaka?)

Comments Showing 1-50 of 52 (52 new)    post a comment »
« previous 1

message 1: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2843 comments Mod
Sesiapa ingin turut serta Ganding Baca Disember sangat dialu-alukan :)

Saya menjangka diskusi hangat bulan ni.


message 2: by Isma (new)

Isma | 682 comments Tok Janggut adalah PENDERHAKA kepada Sultan Kelantan pada masa itu!

Tetapi beliau juga adalah PEJUANG untuk golongan rakyat!Tetapi saya percaya masa itu, rakyat bawahan juga percaya Tok Janggut adalah penderhaka!


message 3: by Isma (new)

Isma | 682 comments Dua tiga hari lepas ada baca pasal tragedi Memali di Harakah, teringat akan 'penderhakaan' Tok Janggut.

Berapa ramai orang(UMNO) yang anggap ustaz Ibrahim Libya itu pengganas?


message 4: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Isma wrote: "Berapa ramai orang(UMNO) yang anggap ustaz Ibrahim Libya itu pengganas?"

100% rasanya.


message 5: by Hilman (new)

Hilman | 492 comments ada tak buku pasal isu Memali ni???


message 6: by Isma (last edited Dec 12, 2010 07:29PM) (new)

Isma | 682 comments Hilman wrote: "ada tak buku pasal isu Memali ni???"

Tak pasti pulak. tapi sekarang ini Harakah sedang menyiarkan kisah ini secara bersiri.Rasanya sudah ada filem pendek dibikin tentang kes Memali.


message 7: by Najmuddin, Tok Mudin (new)

Najmuddin (mudin001) | 998 comments Mod
Erk, maaf tanya sekali lagi, mana nak dapat buku TJ ni?


message 8: by Haryati (new)

Haryati Abd. Halim | 765 comments Masa kecil dulu, saya pernah baca kisah Memali ni. Seingat saya ada dua buku, satu buku ditulis dalam kertas macam buku nota. Buku ni kata Ibrahim Libya ini bawa ajaran salah. (masa tu belum ada istilah pengganas)

Satu lagi, buku yang cerita bagaimana kisah hidup Ibrahim Libya ni. Apa yang pasti dua cerita yang berbeza.

Kena selongkar balik, kot-kot ada rezeki boleh jumpa buku ni.


message 9: by Isma (new)

Isma | 682 comments Memali dalam bentuk novel ada tak?


message 10: by Hilman (new)

Hilman | 492 comments Selongkar, jangan tak selongkar...macam nak bagi pinjam je...hehehe

Isma nak buat ke???


message 11: by Isma (new)

Isma | 682 comments Hilman wrote: "Selongkar, jangan tak selongkar...macam nak bagi pinjam je...hehehe

Isma nak buat ke???"


Tak, nak baca kalu ada, sepatutnya penulis Malaysia yang tulis. Kalau tulis seperti Mario Vargas Llosa seperti novel Mayta, mesti beri kesan besar.Saya hanya berminat nak tulis tragedi Tak Bai..:)


message 12: by Haryati (new)

Haryati Abd. Halim | 765 comments Hilman wrote: "Selongkar, jangan tak selongkar...macam nak bagi pinjam je...hehehe

Isma nak buat ke???"


Tak pasti ada ke tak lagi...banyak juga buku-buku dan majalah-majalah lama yag dah selamat dikuburkan tanpa nesan. Ada yang disedeqahkan (sebab kalau pinjam, mesti dipulangkan) ada juga yang dah rosak dan jadi bahan bakar.


message 13: by Fariza (new)

Fariza | 736 comments Isma wrote: "Memali dalam bentuk novel ada tak?"

Memali dalam novel takde lagi saya jumpa. Tapi ust. Riduan Mohamad Noor ada tulis Memoir Tragedi Memali. Sekarang dalam proses pembacaan

Isma,
Dalam buku Tokoh-tokoh Besar Gerakan Islam Dalam Sejarah ada menyebut tentang Tragedi Memali dalam bab Tuan Guru Yusuf Rawa dan dalam bab Fadzil Noor. Paling menarik dimana Ust Fadzil Noor dicabar supaya menggali pusara Shuhada Memali sama ada hancur atau tidak jenazah mereka oleh UMNO dan beliau menjawab,

"Kami percaya mereka syahid, kami tidak perlu menggali kuburnya. Yang Berhormat yang tidak percayalah yang patut menggalinya dan melihat bdan mereka hancur atau masih segar."


message 14: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2843 comments Mod
Najmuddin wrote: "Erk, maaf tanya sekali lagi, mana nak dapat buku TJ ni?"

Tok, lihat thread pencalonan Ganding Baca Disember - boleh beli terus dari anak Allahyarham Prof Nik Anuar Nik Mahmud (nama di GR, Sri Patani). Hanya RM20 sahaja + bayaran pos.


message 15: by Isma (new)

Isma | 682 comments Fariza wrote: "Isma wrote: "Memali dalam bentuk novel ada tak?"

Memali dalam novel takde lagi saya jumpa. Tapi ust. Riduan Mohamad Noor ada tulis Memoir Tragedi Memali. Sekarang dalam proses pembacaan

Isma,
Da..."


Ust Ibrahim Libya tidak derhaka pada sultan.

*Kalau ada sesiapa yang tidak percaya foto di buku tok janggut di atas adalah Tok Janggut yang sebenar(masa aku sekolah dulu, ada orang cerita Tok Janggut tak kena bunuh, yang mayat kena arak itu bukan Tok Janggut), mari kita pakat gi gali kuburnya di Pasir Pekan hilir..:)


message 16: by Bsplayer (new)

Bsplayer | 121 comments Isk..isk..habis semua kubur mahu di bongkar..hehe


message 17: by Hilman (new)

Hilman | 492 comments gali kubur??? perlu ke???

Adakah "mereka" ini mahu menerimanya jika bukti di hadapkan ke depan mata?


message 18: by Isma (last edited Dec 13, 2010 01:11AM) (new)

Isma | 682 comments dulu prof.khoo kay kim mencadangkan gali kubur mahsuri dan buat DNA nak pasti baka Phuket tu waris mahsuri atau tak


message 19: by Fariza (new)

Fariza | 736 comments Isma wrote: "dulu prof.khoo kay kim mencadangkan gali kubur mahsuri dan buat DNA nak pasti baka Phuket tu waris mahsuri atau tak"

Ye ke? Tapi betul ke kubur yang kat kedah tu kubur mahsuri? tu yang lagi penting..


message 20: by Bsplayer (new)

Bsplayer | 121 comments Isma wrote: "Memali dalam bentuk novel ada tak?"

Saya ada 'blue print' Memali yang dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia. Tapi belum sempat baca lagi.


message 21: by Isma (new)

Isma | 682 comments Soalan untuk Sri Patani, adakah keluarga anda punya hubungan darah dengan Tok Janggut atau Engku Besar?


message 22: by Isma (new)

Isma | 682 comments Antara faktor yang mencetuskan pemberontakkan TJ adalah, mereka anti-orang luar!Mereka tak suka DO En Latif kerana dia orang singapura.

Dan sekarang orang Kelate masih anti-orang luar untuk jadi pemimpin?

(Di Patani,orang Melayu sebut orang Siam, sebagai ''orang asing'' sampai hari ini--kalaulah orang siam faham, mesti marah)


message 23: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2843 comments Mod
Isma wrote: "Soalan untuk Sri Patani, adakah keluarga anda punya hubungan darah dengan Tok Janggut atau Engku Besar?"

Mungkin dengan Allahyarham Khatib Abu Bakar, kerana namanya disebut dalam pengenalan buku oleh Allahyarham Nik Anuar?


message 24: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2432 comments Mod
Isma wrote: "Antara faktor yang mencetuskan pemberontakkan TJ adalah, mereka anti-orang luar!Mereka tak suka DO En Latif kerana dia orang singapura.

Dan sekarang orang Kelate masih anti-orang luar untuk jadi p..."


isma, tak tepat org kelantan bersifat anti-org luar. ramai saja pemimpin dlm konteks politik di kelantan, adalah org luar. sejak zaman allahyarham datuk asri hinggalah sekarang.


message 25: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2432 comments Mod
errr.. dan terima kasih pd najibah krn hidupkan perbincangan buku tok janggut. minta maaf banyak2 sangat sbb tak jenguk perbincangan buku tok janggut. ok, saya start membaca, isnin ni insya0-Allah boleh terus review.


message 26: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2432 comments Mod
Saya sudah habis baca TJPAP? Tapi saya mahu cuba baca lampirannya dulu. TJPAP sebenarnya menyepakterajangkan ringkasan sejarah dalam buku teks kita sehingga kita berasa terlalu banyak yang disembunyikan daripada alasan intelektual pelajar hinggalah kepada alasan politikal.

Tok Janggut bukan semata-mata penentangan terhadap Inggeris hanya kerana cukai. Anggapan itu samalah mengatakan sumbangan besar A Samad Said dalam dunia sastera adalah berjanggut putih.

Penentangan Tok Janggut tidak boleh dipisahkan daripada kekalutan dunia apabila Khilafah Turki Uthmaniyah memilih untuk berpihak kepada Jerman untuk berdepan dengan kuasa Perikatan. Ia adalah rentetan jihad yang dilancarkan khilafah Islamiah dan juga pemberontakan tentera upahan Inggeris terhadap political master mereka.

Rupa-rupanya kesedaran rakyat Kelantan terhadap sosio-politik bukan baru bermula dengan silih bergantinya pemerintahan PAS dan BN di negeri itu, bahkan sudah bergolak seawal daripada itu lagi.

Membaca TJPAP? sebenarnya mengesahkan betapa persepsi serong terhadap sejarah kemerdekaan kita yang kononnya penuh diplomasi adalah kesalahan besar. Kematian Tok Janggut bukan kerana diplomasi. Begitu juga darah yang tumpah lewat pemberontakan dan penentangan orang Melayu terhadap cengkaman kuasa buas Inggeris. Bahkan usaha untuk memerdekakan negara ini sudah bermula sejak Melaka jatuh ke tangan Portugis.

TJPAP? sepatutnya membuka keinginan kita untuk menyelongkar, membongkar dan memperbetulkan sejarah sebenar tanah ini.

Cuma sayangnya TJPAP ada sedikit pengulangan. Saya kira hal ini disebabkan setiap bab ditulis oleh sarjana yang berlainan. Bab kedua yang ditulis oleh Prof Dr Zakaria agak redundant dengan pembongkaran, perincian dan pembetulan sejarah yang dibuat pada bab sebelumnya oleh Allahyarham Dr Nik Anuar.

Bagaimanapun bab ketiga yang ditulis oleh Prof Madya Dr Hanapi Dollah agak menarik kerana ia melihat dengan kaca mata pengalaman budaya. Cuma sayangnya, ia berdasarkan pandangan manusia Barat. Ini bukanlah kesalahan Dr Hanapi, sebaliknya adalah kelemahan bangsa Melayu yang tidak mempunyai tradisi catatan yang boleh dijadikan rujukan.

Kita selalu bertanya mengapa generasi muda tidak berminat dengan sejarah. Dengan sejarah ala buku teks kita, apa yang kita harapkan sebenarnya? Sejarah yang ditulis tanpa semangat dan nuansa bangsanya sehingga ia berasa tidak ada kaitannya adalah laporan yang tidak memberikan apa-apa makna kecuali kepada syarikat yang menerbitkannya!

TJPAP? adalah bukti yang sahih kepada pandangan saya ini. Tok Janggut dalam buku teks kita dengan Tok Janggut dalam TJPAP? adalah individu yang berlainan. Satu adalah papan tanda usang, manakala satu lagi adalah api yang membakar dan menerangi malam kita!


message 27: by Najmuddin, Tok Mudin (new)

Najmuddin (mudin001) | 998 comments Mod
Nazmi wrote: "Saya sudah habis baca TJPAP? Tapi saya mahu cuba baca lampirannya dulu. TJPAP sebenarnya menyepakterajangkan ringkasan sejarah dalam buku teks kita sehingga kita berasa terlalu banyak yang disembun..."

LIKE!!!


message 28: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2432 comments Mod
Najmuddin wrote: "Nazmi wrote: "Saya sudah habis baca TJPAP? Tapi saya mahu cuba baca lampirannya dulu. TJPAP sebenarnya menyepakterajangkan ringkasan sejarah dalam buku teks kita sehingga kita berasa terlalu banyak..."

terima kasih tok mudin. lepas taip like, terus tekan like dekat review saya.. kah kah kah


message 29: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Saya tak ingat pula samada saya pernah belajar pasal Tok Janggut di sekolah. Rasanya tiada. Tapi kalau ada pun memang tak mendalam. Sekali imbas je.


message 30: by Fariza (new)

Fariza | 736 comments Khairul H. wrote: "Saya tak ingat pula samada saya pernah belajar pasal Tok Janggut di sekolah. Rasanya tiada. Tapi kalau ada pun memang tak mendalam. Sekali imbas je."

Saya ingat Tuk Janggut masuk bab sejarah tingkatan 4 kalau tak silap.. Zaman En Khairul saya tak pasti la..

Saya ingat sebab masa tu kumpulan saya perlu bentang Tokoh menentang penjajah seperti Tuk Janggut, Datuk Maharajalela dan Dato' Bahaman.. Yang bestnya kami bentang dalam loghat negeri asal tokoh-tokoh tersebut..

Masalah utama buku teks adalah tiada kisah sebenar di sebalik penentangan tokoh-tokoh tersebut malah kebanyakan kisah tokoh tersebut diakhiri dengan hukuman dari penjajah.


message 31: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2432 comments Mod
Khairul H. wrote: "Saya tak ingat pula samada saya pernah belajar pasal Tok Janggut di sekolah. Rasanya tiada. Tapi kalau ada pun memang tak mendalam. Sekali imbas je."

taklah satu ayat, tapi dua tiga perenggan yg tak bermakna apa2 kecuali bermaksud, oh sebenarnya ada penentangan sana sini, dan mari kita lihat perjuangan kemerdekaan yg sebenar, iaitu mula dgn malayan union!


message 32: by Hilman (new)

Hilman | 492 comments Malayan Union = MU = Red Devils


message 33: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (last edited Dec 22, 2010 06:41PM) (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2843 comments Mod
Ada sebuah lagi buku mengenai Tok Janggut yang rasanya tak kurang menarik, mungkin ada yang mahu membaca lebih lanjut:

To' Janggut Legends, Histories, And Perceptions of the 1915 Rebellion in Kelantan by Cheah Boon Kheng

To' Janggut: Legends, Histories, And Perceptions of the 1915 Rebellion in Kelantan

Saya rasa kalau semua perjuangan anti-penjajah dihidang kepada kita dalam bentuk begini (dengan primary sources), tentu sejarah menjadi subjek lebih menarik (walaupun saya memang peminat subjek sejarah pada zaman sekolah)


message 34: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2432 comments Mod
Najibah wrote: "Ada sebuah lagi buku mengenai Tok Janggut yang rasanya tak kurang menarik, mungkin ada yang mahu membaca lebih lanjut:

[bookcover:To' Janggut: Legends, Histories, And Perceptions of the 1915 Rebel..."


nak mencarinya tu satu hal.


message 35: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2432 comments Mod
sapa lagi nak komen?

tapi ada satu kekurangan, iaitu buku ini tak menceritakan implikasi label penderhaka ke atas tok janggut dlm konteks sosio-budaya dan sosio-politik kelantan pada masa kini.

kerana itu saya rasa proses pembugaran sejarah tok janggut dlm konteks penamaan seperti jalan, bangunan, institusi, hadiah tak ada.

mungkin juga sultan muhammad ke-v lepas apa2 juga ketegangan sudah reda, boleh berbuat sesuatu seperti sultan kedah yg beberapa tahun selepas peristiwa memali, menziarahi kubur mereka yg terkorban dlm peristiwa memali yg bawa konotasi yg besar terhadap tohmahan mereka itu penderhaka.


message 36: by Isma (new)

Isma | 682 comments oh, saya terkhilaf tentang Engku Besar, sebenarnya Engku Besar bukan melarikan diri ke Raman, Thailand. Sebaliknya beliau diusung oleh Mat Kelantan dan rakan-rakan ke Raman kerana sakit(cedera) dan meninggal dunia di sana.

tentang Sultan Kelantan pada masa itu pula, ada kemungkinan baginda menyokong Tok Janggut. Kerana sultan Kelantan seperti melindungi Mat Kelantan meskipun dia dihukum penjara, sebaliknya Sultan ''memeliharanya'' di istana.

*Abg Nazmi, sebagai orang Kelate kena tulis semula kisah ini.


message 37: by Haryati (new)

Haryati Abd. Halim | 765 comments Saya sering tertanya-tanya kenapa bila berlaku perang atau pemberontakan, selalu terjadi rumah mangsa dibakar. Contohnya dalam filem Bukit Kepong, balai dan berek-berek polis semuanya dibakar. Begitu juga dalam kes Tok Janggut, rumah-rumah para pengikut TOk Janggut habis dibakar? Kenapa ya? Apa maksud tersirat di sebalik pembakaran rumah ini? Boleh kawan-kawan GR bagi pencerahan. Terima kasih.


message 38: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2432 comments Mod
Haryati wrote: "Saya sering tertanya-tanya kenapa bila berlaku perang atau pemberontakan, selalu terjadi rumah mangsa dibakar. Contohnya dalam filem Bukit Kepong, balai dan berek-berek polis semuanya dibakar. B..."

dalam TJPAP, ada disebut ttg tindakan askar inggeris bakar bukan saja rumah pengikut tok janggut, bahkan orang kampung yg enggan bekerjasama hingga dituduh sbg penyokong pemberontak.

ia adalah tindakan collective punishment yg sebenarnya adalah jenayah perang. kesalahan mereka hanyalah kerana mereka tak mahu bagitahu maklumat ttg tok janggut. itu pun mungkin mereka betul2 tak tahu.

saya kira banyak faktor. antaranya utk menakut2kan orang lain supaya "bekerjasama" dengan pihak berkuasa. mungkin juga faktor marah terhadap rakyat.

malangnya waktu tu mana ada mahkamah antarabangsa lagi. dan kalau ada pun, tentulah payah mencari bukti.


message 39: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2432 comments Mod
Isma wrote: "oh, saya terkhilaf tentang Engku Besar, sebenarnya Engku Besar bukan melarikan diri ke Raman, Thailand. Sebaliknya beliau diusung oleh Mat Kelantan dan rakan-rakan ke Raman kerana sakit(cedera) dan..."

wallahu'alam isma, tapi itu tak menjawab mengapa stigma penderhaka masih kuat (seperti kenyataan arwah dr nik anuar di kuantan) sekitar dekad 60-an. sepatutnya, kedudukan tok janggut diperjelaskan selepas merdeka kerana sudah tak ada hubungan antara sultan dgn inggeris secara langsung lagi.


message 40: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2843 comments Mod
Sudah tulis kupasan sedikit mengenai buku ini, walaupun tak pasti layak dipanggil kupasan ataupun tak:

http://www.goodreads.com/review/show/...


message 41: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2432 comments Mod
Najibah wrote: "Sudah tulis kupasan sedikit mengenai buku ini, walaupun tak pasti layak dipanggil kupasan ataupun tak:

http://www.goodreads.com/review/show/..."


copy paste juga kat sini, najibah


message 42: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (last edited Dec 27, 2010 06:48PM) (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2843 comments Mod
Ini kupasan ringkas saya untuk buku TJPAP:

Sejak kecil, hampir setiap kali melalui jalan lama Machang-Pasir Puteh, saya dan keluarga akan melepasi gugusan kampung Melayu, termasuk Kampung Saring. Dari bibir arwah ayah akan terlepas kata-kata, "Di kampung ni terkenal dengan orang-orang 'bering'." ('Bering' adalah salah satu loghat Kelantan merujuk kepada sikap mudah panas hati dan memberontak terhadap hal-hal yang dirasakan tak kena). Saya selalu tertanya-tanya, kenapa sifat itu disifatkan kepada orang-orang kampung ini?

Mungkinkah kerana di kawasan sekitar sinilah suatu waktu dahulu, kebangkitan sekumpulan rakyat yang disifatkan sebagai penderhaka pernah berlaku? Persoalannya, benarkah mereka penderhaka? Buku TJPAP ini cuba memberi jawapan dengan menghidangkan sejarah daripada sumber pertamanya, beserta beberapa artikel berisi pandangan & penilaian tiga orang malim sarjana mengenai peristiwa kebangkitan itu.

Nik Anuar dalam bab yang pertama, menyusun semula peristiwa itu dengan lebih terperinci berdasarkan dokumen-dokumen rasmi kerajaan British dan dokumen rasmi daripada Arkib Negara. Gambaran lebih menyeluruh mengenai pergolakan dunia ketika itu (zaman Perang Dunia Pertama) yang dapat dirasakan tempiasnya hingga ke Tanah Melayu, membuktikan bahawa rantau Islam suatu waktu dahulu adalah sangat rapat perkaitannya, tetapi telah berjaya diadu domba dan dipisah-pisahkan menjadi negara bangsa oleh pihak penjajah. Ini menjadikan mereka lebih lemah dan akhirnya terpaksa tunduk kepada kuasa asing yang berkepentingan dan menjaga 'kebajikan' mereka sekadar untuk mengelakkan penentangan.

Oleh sebab kekeliruan dan tiadanya penyatuan dalam pandangan (tergambar daripada peristiwa Tok Janggut); maka keputusan yang diambil pun tidak mampu untuk membantu diri sendiri melepaskan diri dari penjajahan, malah menambah lagi tekanan ke atas bangsa sendiri, hinggakan peribadi seperti Tok Janggut dan pengikutnya begitu mudah diberi label penderhaka oleh pemerintah tanpa sebarang tentangan nyata. Sayang sekali buku ini tidak cuba mengutip sumber pertama daripada rakyat jelata, untuk menghuraikan sejarah daripada mata rakyat pula(people history). Tidak memadai rasanya jika sejarah terhenti setakat sumber pertama daripada pemerintah sahaja.

Dalam Bab Dua pula, Abdullah Zakaria menyorot peristiwa kebangkitan Tok Janggut sebagai satu daripada mozek kebangkitan-kebangkitan lain di Tanah Melayu. Beliau menempatkan kebangkitan Tok Janggut sebagai suatu penentangan terhadap sistem baru dan pertahanan terhadap sistem lama yang lebih serasi dengan rakyat kerana lebih bertolak-ansur dan berakar umbikan budaya setempat. Ini meletakkan Tok Janggut bukan sebagai penderhaka, tetapi sebagai pejuang anti-British, sama seperti kebangkitan di tempat lain di seluruh Tanah Melayu.

Kesimpulan yang diberikan oleh Hanapi Dollah dalam Bab Tiga menekankan citra jihad yang dianggap menjadi motif paling utama dalam kebangkitan sekelompok orang Pasir Puteh. Menurut beliau, citra inilah yang patut menjadi inti kepada kisah sejarah Tok Janggut dan diketengahkan ke hadapan khalayak. Namun sayang sekali, semangat jihad ini tidak pernah diangkat ke dalam mana-mana perjuangan rakyat menentang British. Mungkinkah kerana ada segelintir orang yang bukan British sangat takut jika semangat keagamaan ini kian menular dan menyedarkan rakyat - seterusnya mengganggu status quo? Jadi lebih selamat jika perjuangan Tok Janggut diberi label-label lain yang lebih moderat/sederhana, seperti anti-British, pemberontak, malah penderhaka sekalipun.

Bahagian seterusnya dalam buku ini bagi saya adalah bahagian yang paling penting, iaitu lampirannya yang merupakan sumber pertama/primer. Lampiran ini antaranya menghimpunkan foto-foto peristiwa, dokumen rasmi British dan kerajaan negeri Kelantan dan diari pentadbir-penjajah. Membaca kembali sumber pertama ini, dan cuba membebaskan diri daripada sejarah seperti yang telah dipalu ke dalam fikiran ketika bangku sekolah, memberi peluang menghela nafas baru yang melegakan. Kuasa menaakul sendiri rentet peristiwa yang berlaku, memberi rasa seolah-olah sedang berada di celah-celah hutan bersama Tok Janggut dan teman-temannya, atau seperti mengintip para pemodal kapitalis British dan juak-juaknya yang sedang memburu mereka, lalu akhirnya melepaskan tembakan angkuh yang menamatkan sebuah penentangan kecil tetapi besar maknanya bagi rakyat Kelantan.

Masih banyak yang perlu dikorek dengan teliti dan penyelidikan lain dilakukan, agar dapat memberi satu tujahan lebih bermakna yang mungkin dapat mengubah persepsi dan membersihkan sepenuhnya label-label 'jahat' yang diberikan kepada sekelompok penentang ini, yang banyak dipengaruhi oleh idea penjajah.


message 43: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2432 comments Mod
Najibah wrote: "Ini kupasan ringkas saya untuk buku TJPAP:

Sejak kecil, hampir setiap kali melalui jalan lama Machang-Pasir Puteh, saya dan keluarga akan melepasi gugusan kampung Melayu, termasuk Kampung Saring. ..."


saya setuju dgn pandangan najibah ttg sumber pertama dr rakyat jelata. tapi seperti yg saya tekankan ia mungkin berpunca daripada tradisi mencatat yang tak ada pada masyarakat kita masa tu.

dengan jarak masa kira-kira 100 tahun, sudah tentu sukar utk mendapatkan sumber pertama secara lisan itu.


message 44: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2843 comments Mod
Saya sebenarnya terbayang, turun mencari generasi terbaru mereka yang telah dihukum derhaka dalam perwawai istana - tentu ada kisah yang diturun temurun dari orang-orang tua di kalangan cucu-cicit, kalau tidak pun kepada orang luar (siapa mahu menyebar cerita mengenai tok moyang mereka penderhaka sultan?)


message 45: by Isma (new)

Isma | 682 comments Najibah wrote: "Ini kupasan ringkas saya untuk buku TJPAP:

Sejak kecil, hampir setiap kali melalui jalan lama Machang-Pasir Puteh, saya dan keluarga akan melepasi gugusan kampung Melayu, termasuk Kampung Saring. ..."

Kak Ji, saya ada terbaca dalam jurnal, penduduk sekitar itu agak 'bering' kerana mereka adalah pelarian Patani selepas Patani tewas dalam perang melawan siam. Dan buku sejarah,
Sejarah kerajaan Melayu Patani ditulis sekitar kawasan itu.Mungkin keturunan mereka biasa dengan pemberontakkan dan perang.

Tapi saya tak 'bering' walaupun cuping telinga kecil..haha


message 46: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2432 comments Mod
Najibah wrote: "Saya sebenarnya terbayang, turun mencari generasi terbaru mereka yang telah dihukum derhaka dalam perwawai istana - tentu ada kisah yang diturun temurun dari orang-orang tua di kalangan cucu-cicit,..."

mungkin ada kajian pelajar sama ada first degree, 2nd degree ttg kesannya.


message 47: by Isma (new)

Isma | 682 comments Najibah wrote: "Saya sebenarnya terbayang, turun mencari generasi terbaru mereka yang telah dihukum derhaka dalam perwawai istana - tentu ada kisah yang diturun temurun dari orang-orang tua di kalangan cucu-cicit,..."

Dalam hal ini Mat Kelantan yang paling layak bercakap tapi beliau sudah meninggal dunia, beliau rapat dengan TJ dan Sultan Kelantan,hanya yang ada catatan ringkas beliau rakaman DRS. Abdul Rahman al-Ahmadi, Mat Saman Kelantan: Satu Catatan Ringkas.Tapi Mat Kelantan juga seperti mahu berahsia.


message 48: by Sri (new)

Sri Patani | 10 comments Khatib Abu Bakar, salah seorang yang bersama dgn TJ dalam perjuangan tersebut. Ada lagi beberapa saudara yang bersama-sama berjuang dgn TJ. Rumah di mana TJ telah menikam Sarjan itu merupakan rumah salah seorang saudara(datuk saudara ayah saya).Menurut ayah saya, keluarga saya ada bau-bau bacang dgn TJ.


message 49: by Peminat Buku (last edited Mar 30, 2011 07:56AM) (new)

Peminat Buku (peminatbuku) | 49 comments Isma wrote: "Memali dalam bentuk novel ada tak?"

Ada dalam bentuk Memoir. Tajuk buku tersebut adalah Memoir Tragedi Memali. Untuk maklumat lanjut boleh dapatkan di http://tintajundi.com/?p=812


message 50: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2432 comments Mod
Isma wrote: "Najibah wrote: "Saya sebenarnya terbayang, turun mencari generasi terbaru mereka yang telah dihukum derhaka dalam perwawai istana - tentu ada kisah yang diturun temurun dari orang-orang tua di kala..."

mmg dah jadi feel perangai dan adat resam orang kita, banyak yg memendam dan banyak yg berahsia. usah kata orang dulu2, org yg terdedah dgn dunia luar seperti arwah a samad ismail pun sampai ke mati, bawa rahsia politik ke liang lahad.


« previous 1
back to top