Goodreads Malaysia discussion

86 views
Salam Perkenalan & Pengumuman > Peluang Kerjaya Dalam Dunia Buku

Comments Showing 1-19 of 19 (19 new)    post a comment »
dateDown arrow    newest »

message 1: by Zahiruddin (new)

Zahiruddin Zabidi (zahiruddinzabidi) | 55 comments Assalamualaikum warahmatullah kepada ahli kehormat Goodreads sekalian. Di sini saya titipkan satu info berkenaan kerjaya dalam dunia buku sementelah di sini semuanya adalah 'orang buku'. Boleh juga cadangkan kepada saudara-mara, sahabat handai dan sesiapa yang dirasakan berkelayakan.

Kami ingin menjemput calon-calon yang berkelayakan untuk memohon jawatan kosong seperti yang dinyatakan di bawah:

Eksekutif Produksi Junior (Ebook & Back Up)
Editor (Teen) - Editor
Editor (Novel Sejarah) - Editor Perolehan
Editor (Novel Terjemahan Inggeris) - Editor
Editor Perolehan (Buku Remaja dan Kanak-kanak) - KONTRAK (3 bulan)
Eksekutif Operasi & Gudang Senior (Senior Operation & Warehouse Executive)

Bagi mendapatkan maklumat lanjut sila ke laman http://pts.com.my/index.php/karier/ed...


message 2: by Isma (new)

Isma | 682 comments :( sedihnya, saya bukan warga Malaysia....


message 3: by Zahiruddin (new)

Zahiruddin Zabidi (zahiruddinzabidi) | 55 comments Belum cuba belum tahu, tuan.


message 4: by Isma (new)

Isma | 682 comments haha...perasaa mahu kembali ke Thailand lebih kuat..


message 5: by Zahiruddin (new)

Zahiruddin Zabidi (zahiruddinzabidi) | 55 comments Tanam benihnya di sini tuan, bawa balik tuaian yang sudah ranum, insya-Allah lebih praktikal... bukan begitu? ;)


message 6: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2432 comments Mod
Zahiruddin wrote: "Assalamualaikum warahmatullah kepada ahli kehormat Goodreads sekalian. Di sini saya titipkan satu info berkenaan kerjaya dalam dunia buku sementelah di sini semuanya adalah 'orang buku'. Boleh juga..."

err.. gaji berapa.. keh keh keh


message 7: by Zahiruddin (new)

Zahiruddin Zabidi (zahiruddinzabidi) | 55 comments Nazmi wrote: "Zahiruddin wrote: "Assalamualaikum warahmatullah kepada ahli kehormat Goodreads sekalian. Di sini saya titipkan satu info berkenaan kerjaya dalam dunia buku sementelah di sini semuanya adalah 'oran..."

Kalau Abe Mi, kita boleh runding... ;)


message 8: by Ummu Auni (new)

Ummu Auni (ummuauni) | 539 comments Separuh masa tidak adakah? Berminat memang berminat...


message 9: by Zahiruddin (new)

Zahiruddin Zabidi (zahiruddinzabidi) | 55 comments Ummu Auni wrote: "Separuh masa tidak adakah? Berminat memang berminat..."

Sebagai editor freelancer, ada... berminatkah?


message 10: by Fariza (new)

Fariza | 736 comments Saya berminat.. boleh ke?


message 11: by Ummu Auni (new)

Ummu Auni (ummuauni) | 539 comments Insya Allah, saya sangat berminat sebagai editor freelancer
Bagaimana caranya untuk memohon?


message 12: by Kamalia (new)

Kamalia Ramlan (kamaliaramlan) | 35 comments saya pernah hantar resume untuk menjadi editor freelance di pts, tapi sampai sekarang tak ada apa-apa maklum balas lagi. cuma pihak pts ada beri borang untuk isi maklumat peribadi, selepas saya menghantar resume dulu


message 13: by Zahiruddin (new)

Zahiruddin Zabidi (zahiruddinzabidi) | 55 comments Sebenarnya keperluan editor freelancer adalah bergantung kepada editor pengurusan tetap di PTS. Mereka akan dibenarkan bagi mendapatkan editor freelancer peribadi bagi memudahkan tugasan mereka. Justeru, bagi editor freelancer ada baiknya jika tuan puan berkenalan dengan beberapa editor terlebih dahulu, caranya adalah hadir ke bengkel yang dianjurkan oleh Puan Ainon (mohon rujuk di sini: http://universitipts.com/).

Apabila ada permintaan daripada editor pengurusan tetap di PTS, maka calon yang sesuai (biasanya yang disyorkan oleh editor pengurusan sendiri) akan dipanggil bagi menghadiri bengkel khusus manual editing mazhab PTS.

Wallahualam.


message 14: by Ulya A.K (last edited Dec 01, 2010 07:05AM) (new)

Ulya A.K | 263 comments Zahiruddin wrote: "Ummu Auni wrote: "Separuh masa tidak adakah? Berminat memang berminat..."

Sebagai editor freelancer, ada... berminatkah?"


berminat juga.. tapi tak ada pengalaman ataupun kelulusan (berkaitan).. :)


message 15: by Ummu Auni (new)

Ummu Auni (ummuauni) | 539 comments Zahiruddin wrote: "Sebenarnya keperluan editor freelancer adalah bergantung kepada editor pengurusan tetap di PTS. Mereka akan dibenarkan bagi mendapatkan editor freelancer peribadi bagi memudahkan tugasan mereka. Ju..."

Kerap juga ke kursus anjuran Pn Ainon, belum ada rezekilah gamaknya..hehe


message 16: by Zahiruddin (new)

Zahiruddin Zabidi (zahiruddinzabidi) | 55 comments Ulya wrote: "Zahiruddin wrote: "Ummu Auni wrote: "Separuh masa tidak adakah? Berminat memang berminat..."

Sebagai editor freelancer, ada... berminatkah?"

berminat juga.. tapi tak ada pengalaman ataupun ke..."


Puan Ulya, buat pengetahuan puan hampir 99% editor tetap dan sambilan di PTS adalah bukan daripada bidang bahasa pun apayah lagi dalam bidang penyuntingan media atau sebagainya. Namun latihan dan kemahiran yang diberikan syarikat akan memberikan kemahiran kepada mereka, modul yang sudah dibikin bertahun menjadi asas rujukan bagi editor-editor kerana setiap rumah penyuntingan punya stail mereka tersendiri.


message 17: by Zahiruddin (new)

Zahiruddin Zabidi (zahiruddinzabidi) | 55 comments Aini wrote: "Zahiruddin wrote: "Sebenarnya keperluan editor freelancer adalah bergantung kepada editor pengurusan tetap di PTS. Mereka akan dibenarkan bagi mendapatkan editor freelancer peribadi bagi memudahkan..."

Kalau begitu, puan perlu menulis buku dululah... ;)


message 18: by Faizah Roslaini (new)

Faizah Roslaini | 825 comments Mod
Menarik tapi haruslah pergi berkursus dulu.. Macam dalam Diari Mat Despatch!


message 19: by Zahiruddin (new)

Zahiruddin Zabidi (zahiruddinzabidi) | 55 comments Faizah Roslaini wrote: "Menarik tapi haruslah pergi berkursus dulu.. Macam dalam Diari Mat Despatch!"

Tepat! Tuan Bahruddin Bekri adalah teman editor saya di PTS, apa yang ditulis beliau adalah berdasarkan pengalamannya sendiri. ;)


back to top