Goodreads Malaysia discussion

87 views
Acara Buku/Aktiviti Kelab Buku > Jualan Buku Atas Kapal. Siapa Pernah Dengar?

Comments Showing 1-30 of 30 (30 new)    post a comment »
dateDown arrow    newest »

message 1: by Afiq (new)

Afiq Asyran (afiqasyran) | 69 comments Salam perkenalan, rakan saya pernah mewarkan kepada saya tentang jualan buku yang murah-murah di atas kapal. (Ya, kapal air) di pelabuhan Klang, Labuan. Pernah dengar? Kalau pernah dengar, sila kongsikan. saya tidak tahu keterangan lanjut, hanya tahu kewujudan nya. bila kapal tersebut berlabuh? Di mana?


message 2: by Isma (new)

Isma | 682 comments Atas kapal, wow, bunyi menarik. Rasa mahu balik Thailand dan jual buku atas perahu!


message 3: by Ummu Auni (new)

Ummu Auni (ummuauni) | 539 comments Jauhnya Labuan!


message 4: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Yg saya tahu jualan buku atas kapal ni, jual buku-buku Kristianiti. Mereka buat atas kapal sebab tak mahu menarik perhatian puak-puak Melayu yg suka cari alasan untuk berdemo.

Selalu mereka buat di perairan Sabah, S'wak.


message 5: by Aidura (new)

Aidura (sofira) | 1472 comments pernah sekali jek beli buku atas kapal. tapi dah lama sangat. waktu sekolah menengah dulu. buku2 versi BI (International) berlambak. buku melayu takde. :)


message 6: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2432 comments Mod
ada sesiapa yg pernah naik? menarik utk buat story ni :))


message 7: by BegumIrdawati (last edited Nov 23, 2010 03:20AM) (new)

BegumIrdawati (begum) | 36 comments Khairul H Yg saya tahu jualan buku atas kapal ni, jual buku-buku Kristianiti. Mereka buat atas kapal sebab tak mahu menarik perhatian puak-puak Melayu yg suka cari alasan untuk berdemo.

Selalu mereka buat di perairan Sabah, S'wak.


Setuju dengan Khairul H, dulu masa zaman saya masih bersekolah selalu juga ada jualan buku atas kapal ni di Penang (18 to 17 years ago...oh God! I feel so old hehehe)...memang buku2 yang di jual atas kapal ni majoritinya buku agama kristian...saya pun dangar dari my dad, so tak pernah la naik kapal tu sendiri :)


message 8: by Aidura (new)

Aidura (sofira) | 1472 comments @nazmi, pernah naik kapal dan beli sebuah buku sahaja zaman student dulu. itupun buku teka silangkata. buku2 yg dijual tidak menepati citarasa saya. Lagi pula buku2 kristian berlambak dijual.


message 9: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2432 comments Mod
Aidura wrote: "@nazmi, pernah naik kapal dan beli sebuah buku sahaja zaman student dulu. itupun buku teka silangkata. buku2 yg dijual tidak menepati citarasa saya. Lagi pula buku2 kristian berlambak dijual."

amboi, beli teka silang kata atas kapal!


message 10: by Afiq (new)

Afiq Asyran (afiqasyran) | 69 comments nampak gaya memang kewujudan jualan buku atas kapal air memang tidak diketahui lah ya. Kalau tertahu mengenai informatik ini sila-sila kongsi disini.

Maklum sajalah harga buku di Malaysia memang agak membebankan bagi mereka yang tidak terkemampuan seperti saya yang masih belajar, tapi berkehendakan koleksi peribadi buku. Nasib baik jua ada jualan2 tiap tahun seperti BBW dan sebagainya.

Saya tertanya-tanya kenapa buku di Malaysia mahal? Mungkin mereka yang berkuasa tak mahu rakyat kita jadi pandai?


message 11: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2432 comments Mod
Afiq wrote: "nampak gaya memang kewujudan jualan buku atas kapal air memang tidak diketahui lah ya. Kalau tertahu mengenai informatik ini sila-sila kongsi disini.

Maklum sajalah harga buku di Malaysia memang ..."


afiq, tak perlu tunggu bbw, singgah saja bookxcess atau kedai buku terpakai.


message 12: by Aidura (new)

Aidura (sofira) | 1472 comments @nazmi, betul tu. :)


message 13: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Afiq wrote: "Maklum sajalah harga buku di Malaysia memang agak membebankan bagi mereka yang tidak terkemampuan seperti saya yang masih belajar, tapi berkehendakan koleksi peribadi buku."

Buku tidak mahal tetapi kuasa membeli kita lemah. Tambah pula perpustakaan sering ditempatkan jauh dari hab pengakutan awam. Lihat saja Perpustakaan Negara, jauh dari LRT. Nak pergi sana kalau takde kereta, kena naik bas atau teksi.


message 14: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2432 comments Mod
Khairul H. wrote: "Afiq wrote: "Maklum sajalah harga buku di Malaysia memang agak membebankan bagi mereka yang tidak terkemampuan seperti saya yang masih belajar, tapi berkehendakan koleksi peribadi buku."

Buku tida..."


saya pernah jalan dari lrt titiwangsa ke restoran nelayan di tasik titiwangsa waktu tengah hari, awal-awal kerja dulu, ketika masih slim (keh keh keh). mmg penat.

kalau nak jalan kaki dari lrt titiwangsa ke perpustakaan negara, tak tau nak cakap lah.

sedangkan dekat perpustakaan negara tu mcm2 ada, dari wisma sejarah dan perpustakaannya hingga balai seni lukis negara.

mmg kita dapat agak tahap intelektual mereka yg propose projek utk buat stesen lrt dekat titiwangsa. dari skala 1-10, saya letak pd skala aku-peduli-apa-asal-duit-masuk!


message 15: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2843 comments Mod
Dulu kisah kapal buku ni pernah keluar di akhbar tempatan dalam bentuk rencana, sayang saya terlupa dalam akhbar yang mana. Ada sesiapa boleh mencerahkan?


message 16: by Nisah (new)

Nisah Haron | 145 comments Nama kapal itu MV Doulos, pernah berlabuh di Port Klang beberapa tahun yang lalu. Menjual buku-buku tentang Kristian. Boleh google tentang kapal ini dan lokasi terkini.


message 17: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Ha, betul lah apa yg saya tulis di atas. Memang jual buku dakwah Kristian. Cuma saya pikir hanya berlabuh di perairan Sabah & Sarawak je. Di Port Klang pun dia masuk dock jugak?


message 18: by Nisah (new)

Nisah Haron | 145 comments Ya, dia pernah masuk Port Klang. Saya hampir dapat naik ke kapal tu. Tapi, saya datang terlebih awal dari the opening hours dan saya ada hal lain selepas itu. Terpaksa pulang dan tengok saja kapal itu dari jauh.


message 19: by Aidura (new)

Aidura (sofira) | 1472 comments Nisah wrote: "Nama kapal itu MV Doulos, pernah berlabuh di Port Klang beberapa tahun yang lalu. Menjual buku-buku tentang Kristian. Boleh google tentang kapal ini dan lokasi terkini."

ye betul. itulah nama kapal buku tu, MV Doulos.

saya hanya beli buku teka silangkata sahaja dari kapal buku tersebut.


message 20: by Afiq (new)

Afiq Asyran (afiqasyran) | 69 comments http://elitechoice.org/2010/03/26/mv-...

Ni website ada cerita pasal kapal tu


message 21: by Samihah (new)

Samihah | 1 comments Saya pernah naik kapal ni 2 kali masa kat Port Klang, naik free je cuma parking kena bayar RM1 utk tapak parking Starcruise. ia berlabuh kat jeti Starcruise Pelabuhan Barat (Pulau Indah).Atas kapal ni memang banyak jual buku keagamaan Kristian. Tapi buku2 lain pun ade. Kamus, encyclopedia banyak jugak dan harga berpatutan sangat. Buku silangkata dan buku untuk kanak2 memang banyak dan best2. Harga buku atas kapal ni ikut unit. kalau kat Malaysia 100 unit = RM 4 (KALAU X SILAP LA ) dah lupaI


message 22: by Faizah Roslaini (new)

Faizah Roslaini | 825 comments Mod
Isma wrote: "Atas kapal, wow, bunyi menarik. Rasa mahu balik Thailand dan jual buku atas perahu!"

Nakal!


message 23: by Faizah Roslaini (new)

Faizah Roslaini | 825 comments Mod
Samihah wrote: "Saya pernah naik kapal ni 2 kali masa kat Port Klang, naik free je cuma parking kena bayar RM1 utk tapak parking Starcruise. ia berlabuh kat jeti Starcruise Pelabuhan Barat (Pulau Indah).Atas kapal..."

Wush betul ke 100 unit = RM4. Murah tu!


message 24: by Faizah Roslaini (new)

Faizah Roslaini | 825 comments Mod
But Ive checked that link it says that the ship will be turned into a luxury hotel but still includes a bookshop.

Bookshop yang dah tak murah kot? eh?


message 25: by Idu Chang (new)

Idu Chang | 30 comments Saya baru je naik semalam. Ini la rumusannya:

Wang belanja
Parking = RM2
Fee masuk = RM 1 (saya pelik kenapa org lain dapat pamplet tapi saya xdapat - adakah ini ada kaitan dengan kristianiti yang disebut2)
Beli buku = RM 0

Buku yang saya berkenan semua 200 unit ke atas. 100 unit = RM8, jadi selepas di timbang tara beli kat BookXcess lagi best dan murah. Tapi ada la juga novel harganya 100 unit cuma saya x berkenan.

Pilihan buku pun sedikit, suasana naik kapal pun x terasa pn bila duduk dlm tu sebab kapal bukan bergerak. Banyak buku narnia je. Luas pameran sebesar kedai mph yg kecik2 tu.

Rasa sangat kesal membelanjakan RM3 utk pengalaman yg kurang menarik ini sebab terpengaruh tgk org beratur berderet2 ahad lepas semata-mata nak naik kapal ni. Walaupun banyak komen negatif tapi yang positifnya hanya 5 minit perjalanan sebab belakang rumah saya je.


message 26: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (last edited Oct 06, 2011 02:57PM) (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2843 comments Mod
Saya ada berkunjung ke Logos Hope minggu lepas, tanpa membeli buku. Tetapi dari pemerhatian saya, buku-bukunya tidaklah menjurus kepada Kristianisasi - banyak buku novel pop, buku masakan, sudoku, buku kanak-kanak (kecuali kalendarnya sahaja ada tertera ayat2 dari Bible). Saya pun tidak membeli apa-apa, sekadar naik untuk mendapatkan gambaran bagaimana buku-buku itu dijual atas kapal. Orang agak ramai (saya ke sana Ahad), dan ruang pameran agak terhad keluasan, jadi suasana di dalam agak padat. Perlu mencelah-celah. Kerana bawa anak saya tak lama, sekadar melihat sedikit, tak sempat masuk ke ruang aktiviti Journey of Life dan Theatre mereka. Sempat lihat International Cafe sebahagiannya, kemudian terus pulang sebelum orang lebih ramai menyerbu kapal.

Bagi yang ingin mengambil pengalaman dan iktibar bagaimana sebuah gerakan agama mengambil inisiatif menjual buku atas kapal sambil menyebarkan misi, bolehlah ke Glenn Terminal melihat-lihat.


message 27: by Saadah (new)

Saadah | 19 comments Catatan ringkas meninjau Pameran Buku di atas kapal boleh dibaca di http://saadahkhair.blogspot.com/2011/....

Terima kasih buat Kak Najibah kerana kongsi informasi lokasi tempoh hari.


message 28: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2843 comments Mod
Adah, cantik suasananya sebab menjelang senja :) - akak pergi hari tu waktu matahari tegak atas kepala.


message 29: by Aidura (new)

Aidura (sofira) | 1472 comments Dah tinjau-tinjau masa depa singgah kat penang.


message 30: by iramahati (new)

iramahati melody | 75 comments Kapal sekarang dah berlabuh di Kuching, Sarawak. Mungkin mahu singgah menjenguk sebab tak jauh dari tempat kerja. Ni yang saya salin dari FB kawan:

Open to public from 28OCT-13NOV / Monday to Saturday 10am-10pm, Sunday 1pm-10pm. Closed on 31OCT (Mon) & 8NOV (Tue).
Admission fee RM1 (adult) & Free for children under 12years old.


back to top