Goodreads Malaysia discussion

42 views
Makan Buku, Minum Buku... > Senarai buku "tertengok", "terbelek", "terambil" dan "terbeli" di Big Bad Wolf

Comments Showing 1-14 of 14 (14 new)    post a comment »
dateDown arrow    newest »

message 1: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (last edited Nov 16, 2010 09:33PM) (new)

Nazmi Yaakub | 2432 comments Mod
Dua kali pergi ke BBW. Kali pertama, Sabtu lepas dengan keluarga. Memang tak boleh lama sebab biasalah dengan dua puteri yang lincah-lincah. Isteri jaga anak sekejap di tepi dinding berhampiran kaunter.

Malangnya, ada penyelia (?) BBW yang isteri saya kata agak kurang ajar kerana marahkan pelanggan yang berehat sekejap di dinding itu, kononnya mengganggu laluan. Memang tidak patut pelanggan untuk duduk di situ, tapi tak ada tempat yg disediakan utk pengunjung lepaskan lelah. Satu lagi, penyelia itu pun marahkan pengunjung dengan menjerit dari jauh. Jadilah sedikit pertengkaran mulut antara penyelia dengan seorang pelanggan lelaki yang lain sampai terkeluar F word.

Apa pun, ini senarai buku yang saya tertengok, terbelek, terambil dan terbeli dalam dua kali pergi. Kali kedua, pergi seorang diri tapi dah banyak buku tak ada.

1. Revolution!: The Explosion of World Cinema in the Sixties
2. Friendly Fire
3. The Death of Artemio Cruz: A Novel
4. The River of Lost Footsteps: Histories of Burma
5. Palestine: History of a Lost Nation
6. The Mafia: The First 100 Years
7. Blindness
8. Coffee with Aristotle
9. The Bird Book
10. Collected Stories


message 3: by Najmuddin, Tok Mudin (new)

Najmuddin (mudin001) | 998 comments Mod
Saya pergi sekali dan beli enam buah buku sahaja. Buku apa? Kena balik rumah tengok. Hehehe!


message 4: by Ummu Auni (new)

Ummu Auni (ummuauni) | 539 comments Tak sampai pun, sebab dah banyak duit terkorban untuk buku tahun ini :P


message 5: by Nor, dari khutubkhanah USIM (new)

Nor (norazzahmomin) | 1548 comments Mod
Nisah wrote: "Hasil 2 hari di Big Bad Wolf. Saya pembelian yang mengujakan. Terima kasih kepada Nazmi kerana membuka thread ini.

1. Schirmers Complete Rhyming Dictionary
2. [book:Cross Stitch Cu..."


Tertarik dengan buku2 yang Puan beli, terutama tajuk2 yang mula dengan Coffee tu. tentang apa sebenarnya? Biografi?


message 6: by Nisah (new)

Nisah Haron | 145 comments Azzah, ya sebenarnya biografi yang disampaikan dalam bentuk yang kreatif. Penulis mengandaikan jika tokoh-tokoh itu masih hidup dan diwawancara (over a cup of coffee), inilah jawapan yang boleh diberikan oleh tokoh-tokoh itu. Jawapan itu memang ditulis secara fiksyen berdasarkan biografi yang sedia ada dan kebanyakan penulis biografi 'coffee with...' ini juga penulis biografi penuh tokoh berkenaan.

Antara soalan yang saya suka tentang Dickens, misalnya :

"Can I ask you about the women in your life, starting with your mother? You are a loving son, I'm sure?

Of course, of course. It was she who first taught me to read - master the rudiments of Latin, even - and I loved her sprightly sense of humour...."


Bahan ini boleh saja ditemui di dalam biografi Dickens yang lain, tetapi kaedah soal jawab menjadikan maklumat dapat dikutip dengan cara yang lebih menarik dan lebih mudah diingati.

P/s : kalau mahu pinjam, boleh saja! Jemput datang ke Seremban.


message 7: by Nor, dari khutubkhanah USIM (new)

Nor (norazzahmomin) | 1548 comments Mod
Nisah wrote: "P/s : kalau mahu pinjam, boleh saja! Jemput datang ke Seremban. "

Wah, menarik tawaran tu..terima kasih atas kesudian berkongsi. Saya cuba cari dulu..saya kan pengumpul buku juga..he..he..


message 8: by Nisah (new)

Nisah Haron | 145 comments Kalau datang saja-saja tak meminjam pun boleh. Jarak tempat kita bukannya jauh sangat.


message 9: by Nor, dari khutubkhanah USIM (new)

Nor (norazzahmomin) | 1548 comments Mod
Itulah..teringin juga nak ziarah, cuma nak cari masa terluang & bersesuaian, tak jumpa lagi. Insyaallah..masanya akan sampai.


message 10: by Hilman (new)

Hilman | 492 comments tension...


message 11: by Aidura (new)

Aidura (sofira) | 1472 comments uikkk... kenapa tension en. hilman? apa yang tak kena??


message 12: by Abdul Hakim (new)

Abdul Hakim Abdul Basir (mxypltk) | 13 comments Pergi Big Bad Wolf kali ini (my first time) sebuah pengalaman menyeronokkan, terpaksa beratur panjang pada pagi hari pertama dibuka.

Tahun ni pergi utk lengkapkan koleksi Stephen King. Kebanyakan buku-buku penulis terkenal diletak kat depan pintu masuk bawah 'Best Buy'. Bila masuk hari itu, lalu sahaja dan terlepas pandang. Nasib baik berjumpa dan dapat beli, selepas puas bertanya dengan 'staf' yang bertugas.

Yang terpekik-pekik dari jauh ni memang tak patut. Tiada adab...


message 14: by Hilman (new)

Hilman | 492 comments Aidura wrote: "uikkk... kenapa tension en. hilman? apa yang tak kena??"

tension sbb saya tahu, tapi tak boleh nak pergi shopping....huhuhu


back to top