Goodreads Malaysia discussion

52 views
Acara Buku/Aktiviti Kelab Buku > Pesta Buku Kanak-kanak Kuala Lumpur

Comments Showing 1-39 of 39 (39 new)    post a comment »
dateDown arrow    newest »

message 1: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2432 comments Mod
Dengar khabar Pesta Buku Kanak-kanak Kuala Lumpur 2010 akan di PWTC, KL, dari 22 hingga 26 Disember. Belum tahu yang lebih lanjut.

Harap tak dipenuhi oleh gerai-gerai yang menjual "pendidikan-utk-kanak-kanak-yg-kalau-tak-beli-seolah-olah-kita-ibu-bapak-yg-tak-bertanggungjawab" :)

Harapnya dipenuhi juga dgn acara yg berbentuk bengkel atau talk ttg kanak-kanak dan perkembangan pendidikan awal serta buku


message 2: by Xara_fatima (new)

Xara_fatima | 255 comments Nazmi wrote: "Harap tak dipenuhi oleh gerai-gerai yang menjual "pendidikan-utk-kanak-kanak-yg-kalau-tak-beli-seolah-olah-kita-ibu-bapak-yg-tak-bertanggungjawab" :)"

Hah, saya suka nama ni. :D


message 3: by Isma (new)

Isma | 682 comments Abg Nazmi sila senaraikan kepada saya novel bertaraf sastera kanak-kanak Malaysia, bukan buku cerita kanak-kanak.Saya sudah cari dan baca banyak novel dan saya rasa ia tak sampai tahap sastera.

Kalau Thai(sebenarnya saya bukan bangga sangat dengan negara saya) boleh berbangga dengan The Happines of Kati( ความสุขของกะทิ )yang terjual lebih 200 ribu dan difilemkan, Malaysia apa ya?
http://aebooker.blogspot.com/2009/12/...

Tak salah saya juga di Loas ada sebuah novel sastera kanak-kanak yang sedang meletup, kisah kanak-kanak pengembala gajah.Orang selalu tanya saya, Malaysia apa judulnya?
http://aebooker.blogspot.com/2010/08/...

Saya rasa novel kanak-kanak Malaysia yang ada di pasaran sekarang ini terlalu urban dan terlepas dari nilai sejarah.


message 4: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Isma wrote: "Saya rasa novel kanak-kanak Malaysia yang ada di pasaran sekarang ini terlalu urban dan terlepas dari nilai sejarah."

Kita cakap memang senang. Tapi penerbit mesti mahu untung. Di zaman skrg ni, penerbit buku bersaing hebat dgn internet (facebook & twitter), video game, dvd, muzik dan selalunya penerbit buku akan tewas. Oleh itu buku-buku kanak-kanak haruslah yg berunsur pop. Jika novel, mesti cerita fantasi atau sci-fi atau aksi. Serupa juga dgn komik. Kalau nak buku sastera untuk kanak-kanak laris...ermm, bagi free je lah.

Di Thai dan lebih-lebih lagi Laos, hiburan eletronik mungkin tidak setanding di M'sia. Sebab itu masih ramai memelih buku untuk mengisi masa lapang.

Kalau saya silap, tolong Nazmi atau Najibah atau sesapa le betulkan.


message 5: by Juliana Es (new)

Juliana Es (julianaes) | 857 comments Mod
Betapa meriahnya Karnival Jom Heboh berbanding Pesta Buku, sudah cukup membayangkan pertarungan hebat antara hiburan dengan ilmu di Malaysia.


message 6: by Najmuddin, Tok Mudin (new)

Najmuddin (mudin001) | 998 comments Mod
Bunnybaby wrote: "Betapa meriahnya Karnival Jom Heboh berbanding Pesta Buku, sudah cukup membayangkan pertarungan hebat antara hiburan dengan ilmu di Malaysia."

Saya tak setuju. Pesta buku dan jualan buku di mana2 yang saya pergi, juga sentiasa penuh. Ia bukan satu indikator.


message 7: by Isma (last edited Nov 20, 2010 02:50AM) (new)

Isma | 682 comments Oh, saya lupa mungkin berlaku perbezaan tafsiran nilai sosial antara Malaysia dan Thailand.Lebih-lebih soal sastera atau tidak.

Tapi di Thai buku pop(kanak-kanak) lebih besar berbanding Malaysia.


message 8: by Isma (new)

Isma | 682 comments Najmuddin wrote: "Bunnybaby wrote: "Betapa meriahnya Karnival Jom Heboh berbanding Pesta Buku, sudah cukup membayangkan pertarungan hebat antara hiburan dengan ilmu di Malaysia."

Saya tak setuju. Pesta buku dan jua..."


Tok Mudin, expo cheng ho ramai juga oghe..sesak jalan, gapo la pakat nok gi tengok, nak gi tengok kung fu shoalin?


message 9: by Juliana Es (new)

Juliana Es (julianaes) | 857 comments Mod
Tok Mudin,

Secara kasarnya memang kita lihat Pesta Buku tak kalah dari segi ramainya pengunjung, tapi Karnival Jom Heboh tu, macam dah tak payah disuruh-suruh pun, orang berpusu-pusu datang. Pesta Buku KL walaupun ramai, tak semuanya membeli.

Dan juga, saya melihat bukan saja pada pesta buku, tapi majlis ilmu yang lain yang ada kaitan dengan buku. Kadangkala ramainya orang semasa ada selebriti atau orang politik. Selepas acara rasmi selesai, majlis selepasnya langsung kekurangan tetamu.


message 10: by Isma (new)

Isma | 682 comments mengapa bila kita sebut sastera, orang akan membayangkan ia ayat membelit-belit, susah nak faham,dan berat, siapa ajar semua ni?

Cerita pasal gajah,kanak-kanak menggunakan Twiter, FB untuk menyelamatkan gajah dari kepupusan!


message 11: by Zahiruddin (new)

Zahiruddin Zabidi (zahiruddinzabidi) | 55 comments Isma wrote: "mengapa bila kita sebut sastera, orang akan membayangkan ia ayat membelit-belit, susah nak faham,dan berat, siapa ajar semua ni?

Cerita pasal gajah,kanak-kanak menggunakan Twiter, FB untuk meny..."


Mereka yang banyak belajar sastera dari barat! Sedangkan model sastera Islam sudah lama wujud....


message 12: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Isma wrote: "Cerita pasal gajah,kanak-kanak menggunakan Twiter, FB untuk meny..."

Apa kena mengena ini dengan sastera?


message 13: by Isma (new)

Isma | 682 comments Khairul H. wrote: "Isma wrote: "Cerita pasal gajah,kanak-kanak menggunakan Twiter, FB untuk meny..."

Apa kena mengena ini dengan sastera?"


Saya cakap pasal novel sastera kanak-kanak.Bagaimana nak guna gajet itu ini dengan betul.:)

Orang Malaysia selalu anggap dia lebih maju, lebih ke depan, lebih urban berbanding orang sebelah Siam...haha.


message 14: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Twitter & FB adalah media komunikasi segera. Nak kedepankan sesuatu agenda, zaman skrg ni lebih elok guna Twitter dan FB.


message 15: by Faizah Roslaini (new)

Faizah Roslaini | 825 comments Mod
Nazmi wrote: "Dengar khabar Pesta Buku Kanak-kanak Kuala Lumpur 2010 akan di PWTC, KL, dari 22 hingga 26 Disember. Belum tahu yang lebih lanjut.

Harap tak dipenuhi oleh gerai-gerai yang menjual "pendidikan-ut..."


Ada kursus bercerita tak? Pertanyaan sambil berangan. Berangan mahu jadi shopgirl dalam 'You've Got Mail' tak kan habis-habis. Kan, Kak jie?


message 16: by Faizah Roslaini (new)

Faizah Roslaini | 825 comments Mod
Bunnybaby wrote: "Tok Mudin,

Secara kasarnya memang kita lihat Pesta Buku tak kalah dari segi ramainya pengunjung, tapi Karnival Jom Heboh tu, macam dah tak payah disuruh-suruh pun, orang berpusu-pusu datang. Pes..."



Saya rasa itu tak boleh disalahkan khalayak juga, Jom Heboh itu bukan sekadar artis tapi ada juga jual biskut, lampin pakai buang etc etc. Mereka juga kelihatannya lebih memesrai masyarakat. Ya lah. Nama pun media.

Tentang pesta buku pula saya rasa ada suatu stigma yg kita tak berapa suka masih ada. Buku cumalah untuk orang2 pandai. Orang2 bersekolah tinggi, konon. Saya rasa ini tidak betul. Stigma ini realitinya masih ada.


message 17: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Jadi siapa lebih salah? Yg tak membaca sebab ada sifat inferior atau si ulat buku sebab ada sifat superior?


message 18: by Juliana Es (new)

Juliana Es (julianaes) | 857 comments Mod
Orang yang suka membaca, pandai, bersekolah tinggi, etc, macam dilekatkan dengan label negatif pula ya? Kalau yang pandai tu berlagak sombong, memang patutlah. Tapi kalau perasaan rendah diri tu timbul sendiri di kalangan non-reading (misalnya), macam Khairul kata, salah siapa? Tak dapek le eden nak nolong.

Rasulullah S.A.W. pun dah berpesan kita harus pilih kawan yang macam mana.


message 19: by Faizah Roslaini (new)

Faizah Roslaini | 825 comments Mod
Saya rasa perasaan rendah diri manusia tidak timbul sendiri. Contoh kita tengok anak-anak kita, kan, mereka gembira mencuba apa saja, yang baik atau buruk semua dia buat bila dia mahu. Tapi apabila dimarahi orang tua, terutama dengan tidak kena gayanya, anak akan jadi sedih, rendah diri dan sifat2 negatif yang lain.

Jadi saya rasa rendah diri tidak wujud secara sendiri. Pasti ada faktor luaran yang memainkan peranan. Dalam kes masyarakat kita, mungkin ada banyak faktor juga seperti ibu bapa, kawan, politik semasa.


message 20: by Juliana Es (new)

Juliana Es (julianaes) | 857 comments Mod
Baguslah Faizah ni, sentiasa meneutralkan.

Memang tak mungkin sifat dan sikap kita - samada positif mahupun sebaliknya, timbul sendiri tanpa ada faktor penyumbangnya, dan sudah tentu ia mengambil masa yang lama sebelum ia terbentuk pada diri masing-masing.

Kalau dikaji masyarakat kita, memang agaknya ibu bapa cepat memarahi anak-anak yang aktif, cerdas, dan banyak bertanya/mencuba. Banyak sangat gunakan perkataan "jangan", manalah tak terbantut. Teringat pula pada kisah Stephen Covey dalam 7 Habits of Highly Effective People. Anaknya menyepahkan pinggan mangkuk di lantai, tapi sebenarnya berniat nak menolong si ibu. Cuma caranya je yang tak berapa tepat. Tapi, oleh kerana si ibu/bapanya berfikiran positif, anak itu tidak dimarahi terus. Sebaliknya ditanya sebab menyepahkan pinggan, dan kemudian diajarkan cara yang betul untuk menolong ibu bapanya.


message 21: by Faizah Roslaini (new)

Faizah Roslaini | 825 comments Mod
Khairul H. wrote: "Jadi siapa lebih salah? Yg tak membaca sebab ada sifat inferior atau si ulat buku sebab ada sifat superior?"

Saya tidak pasti siapa yang lebih salah tapi saya rasa kalau kita tahu siapa yang lebih bersalah pun, tidak ada faedahnya sangat.

Namun saya bersetuju kalau kita yang ulat-ulat buku dan orang-orang dalam industri buku supaya lebih memesrai masyarakat. Kalau kita mahu scenario berubah, tak salah kalau kita yang dahulu memulakan langkah.

Chehh.! Banyak cakap pulak makcik hari ini.


message 22: by Clerk Can (last edited Dec 14, 2010 11:08AM) (new)

Clerk Can | 146 comments Isma wrote: "Saya rasa novel kanak-kanak Malaysia yang ada di pasaran sekarang ini terlalu urban dan terlepas dari nilai sejarah.."

Entah kenapa saya suka menyalahkah pemerintah dalam hal ini. Mereka yang sepatutnya memberi suntikan modal (duit tentunya) kepada penulis dan penerbit untuk menghasilkan sastera (dan buku-buku lain umumnya) sebaliknya lebih suka memberi 'perintah' kepada rakyat dengan usul-usul seperti 'wajib lulus matapelajaran sejarah' atau 'jangan ketepikan sastera' menyebabkan rakyat terpinga-pinga. Suntikan modal pula lebih suka diberikan kepada pembikin filem.

Saya sudah cari dan baca banyak novel dan saya rasa ia tak sampai tahap sastera.

Tuan Isma, mungkin soalan ini agak noobie, tetapi bagaimanakah yang dikatakan 'sampai' kepada tahap sastera? Dari segi ayatnya kah? atau wataknya? Atau kriteria lain? Terima kasih.


message 23: by Isma (new)

Isma | 682 comments Tuan Kerani,

Ya, saya sedar akan itu, tetapi bagi saya(entahlah orang lain) novel kanak-kanak yang bertaraf sastera adalah ia terletak pada isu/tema dan juga ia tidak terlepas dari nilai historikal atau budaya.

Ambil contoh novel kanak-kanak Under the Hawthorn Tree dan juga Totto-chan: The Little Girl at the Window ia ditulis oleh negara maju tetapi tidak terlepas nilai sejarah dan tema yang berat tetapi tulisannya begitu ringan.Dua novel kanak-kanak itu sekadar contoh, saya boleh bagi banyak lagi senarai novel kanak-kanak bertaraf sastera oleh negara maju. Ya,saya suka novel kanak-kanak.

Tetapi di Malaysia novel kanak-kanak terbitan DBP(penulis tempatan) mesti kena bubuh nama ALI,AH SENG dan MUTHU, ini dah jadi novel kanak-kanak propaganda! Realiti anak-anak di Malaysia bukan dibesar dalam suasana begitu.

Sekadar pandangan dari saya yang cetek ilmu ini. Harap maaf.


message 24: by Juliana Es (last edited Dec 15, 2010 06:05PM) (new)

Juliana Es (julianaes) | 857 comments Mod
Isma wrote: "...tetapi bagi saya(entahlah orang lain) novel kanak-kanak yang bertaraf sastera adalah ia terletak pada isu/tema dan juga ia tidak terlepas dari nilai histori..."

Isma dah baca novel Nisah Haron untuk kanak-kanak berjudul Farris Putera Yang Hilang?

Menyebut tentang sastera kanak-kanak di Malaysia, teringat saya kata-kata Ainon Mohd (PTS) yang lebih kurang begini bunyinya:
"Dosa terbesar kita ialah menentukan apa yang patut dibaca dan apa yang patut ditulis untuk kanak-kanak. Kita sering memandang rendah tahap pemikiran kanak-kanak zaman ini tetapi sebenarnya ramai yang sudah terkehadapan dengan membaca karya berat dan berfalsafah."

Saya sokong kenyataan ini. Jika kita semasa kecil dulu berani meneroka pelbagai genre (kerana tiada hiburan lain), kenapa kita beranggapan semua kanak-kanak kini kurang berkemampuan daripada kita?


message 25: by Isma (new)

Isma | 682 comments Bunnybaby wrote: "Isma wrote: "...tetapi bagi saya(entahlah orang lain) novel kanak-kanak yang bertaraf sastera adalah ia terletak pada isu/tema dan juga ia tidak terlepas dari nilai histori..."

Isma dah baca nov..."


Belum.Menarik? Sebenar dah lama(berbulan-bulan) saya tak baca novel kanak-kanak Malaysia.


message 26: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2432 comments Mod
Faizah Roslaini wrote: "Khairul H. wrote: "Jadi siapa lebih salah? Yg tak membaca sebab ada sifat inferior atau si ulat buku sebab ada sifat superior?"

Saya tidak pasti siapa yang lebih salah tapi saya rasa kalau kita ..."


faizah, kalau nak suruh ulat buku memesrai masyarakat, saya rasa saranan tu tak berapa tepat. mcm mana boleh jadi ulat buku kalau dia juga mesra alam?

sepatutnya mereka yg terlibat dlm industri dan menjana keuntungan lebih diperlukan utk mencari kaedah dan kempen membudayakan pembacaan di kalangan masyarakat.

saya ada membuat sorotan beberapa laman web kota sastera unesco ttg kempen mereka. banyak yg kita boleh belajar.


message 27: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2432 comments Mod
Isma wrote: "Oh, saya lupa mungkin berlaku perbezaan tafsiran nilai sosial antara Malaysia dan Thailand.Lebih-lebih soal sastera atau tidak.

Tapi di Thai buku pop(kanak-kanak) lebih besar berbanding Malaysia."


byk sebabnya juga. drpd pop culture kpd tradisi penceritaan, semua memainkan peranan dlm pembentukan budaya membaca. mungkin malaysia skip beberapa step krn terlalu ghairah utk jadi negara maju sains dan teknologi.


message 28: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2432 comments Mod
Bunnybaby wrote: "Isma wrote: "...tetapi bagi saya(entahlah orang lain) novel kanak-kanak yang bertaraf sastera adalah ia terletak pada isu/tema dan juga ia tidak terlepas dari nilai histori..."

Isma dah baca nov..."


saya tak setuju sepenuhnya dgn pendapat ainon mohd. ya, kita salah kalau memandang rendah kpd kemampuan kanak2, tapi itu tak bererti kita tak boleh tentukan buku yg boleh dibaca atau tak kpd anak2.

kita nak pupuk budaya membaca dari kecil. perlu ada langkah2 tertentu. kalau terus bagi buku yg berat kpd mereka sehingga mereka bosan, terus tinggal buku.


message 29: by Juliana Es (new)

Juliana Es (julianaes) | 857 comments Mod
@ Nazmi

Apa yang cuba disampaikan oleh Puan Ainon Mohd tu, sesuai dengan konteks seminar di mana kertas beliau dibentangkan. Nanti saya kena korek balik kertas kerja tu untuk lihat semula hujah beliau yang penuh.


message 30: by Juliana Es (new)

Juliana Es (julianaes) | 857 comments Mod
Nazmi wrote: "tapi itu tak bererti kita tak boleh tentukan buku yg boleh dibaca atau tak kpd anak2."

Ini ada benarnya, kerana ibu bapa dan orang dewasalah yang bertanggungjawab membentuk aliran dan citarasa pembacaan kanak-kanak. Sudah tentu kita perlu memantau apa yang dibaca oleh kanak-kanak supaya mereka tidak terpesong, misalnya.

Namun apabila kanak-kanak ini semakin kuat minat membacanya, akan sampai satu tahap di mana dia tidak lagi berasa puas dengan buku-buku yang dikhaskan untuk peringkat umurnya semata-mata. Sifat ingin tahu adalah fitrah semulajadi manusia. Mungkin kita boleh berikan sedikit kelonggaran dari segi pemilihan buku supaya kanak-kanak ini mencuba karya yang lebih berat.


message 31: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2432 comments Mod
Bunnybaby wrote: "Nazmi wrote: "tapi itu tak bererti kita tak boleh tentukan buku yg boleh dibaca atau tak kpd anak2."

Ini ada benarnya, kerana ibu bapa dan orang dewasalah yang bertanggungjawab membentuk aliran d..."


bunny,
klasifikasi ni dibuat oleh beberapa pihak sebenarnya, yg pertama sarjana, yg kedua institusi dan yg ketiga pihak industri sendiri.

klasifikasi juga dibuat secara umum - pada tahap penerimaan kanak2 berdasarkan psikologi dan pedagoginya. tapi tak menafikan sekiranya ada sebahagian budak2 yg IQnya tinggi hingga baca buku fizik kuantum atau falsafah yunani, silakan saja.

tapi utk klasifikasi secara umum, saya sebagai ibu bapa tentu mahukan buku2 yg mencabar minda mereka tapi tak sampai membunuh minat dan juga menyebabkan mereka terkeliru.

yg ini saya kira wajar kita pulangkan kpd mereka yg mengkaji psikologi kanak2 dan pedagogi, serta tak boleh menyerahkan pd pihak industri yg motif utama mereka adalah mencari keuntungan.

dlm soal ini, saya kira ainon mohd tetnu lebih bercakap dr pihak industri.


message 32: by Clerk Can (new)

Clerk Can | 146 comments Saya selalu mengambil masa yang lama untuk memahami tulisan tuan nazmi. Huhu.


message 33: by Faizah Roslaini (new)

Faizah Roslaini | 825 comments Mod
Nazmi wrote: sepatutnya mereka yg terlibat dlm industri dan menjana keuntungan lebih diperlukan utk mencari kaedah dan kempen membudayakan pembacaan di kalangan masyarakat.

Sukar saya rasa. Konflik of interest. Harus ada third party force.

Kah kah. Third party saja aku lo nih!

saya ada membuat sorotan beberapa laman web kota sastera unesco ttg kempen mereka. banyak yg kita boleh belajar.
."


ini sudah ada dalam blog En Nazmi ke? Maaf saya follow tapi tak baca semua post


message 34: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2432 comments Mod
encik_kerani wrote: "Saya selalu mengambil masa yang lama untuk memahami tulisan tuan nazmi. Huhu."

maaf, kurang pandai susun ayat. :)


message 35: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2432 comments Mod
Faizah Roslaini wrote: "Nazmi wrote: sepatutnya mereka yg terlibat dlm industri dan menjana keuntungan lebih diperlukan utk mencari kaedah dan kempen membudayakan pembacaan di kalangan masyarakat.

Sukar saya rasa. Konf..."


faizah, tak payah berencik-encik. sbb saya tak tau nak balas apa pd faizah, cik puan faizah atau puan cik faizah atau toh puan.. hehehe

ttg kota sastera unesco, saya buat terjemahan drpd laman web utk ruangan sastera.com di BH


message 36: by Nor, dari khutubkhanah USIM (new)

Nor (norazzahmomin) | 1548 comments Mod
Tahniah Welma, dapat hadiah dari PTS untuk hari kedua.


message 37: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (last edited Dec 23, 2010 05:03PM) (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2843 comments Mod
Welma memang aktif bila ada apa-apa acara buku :) - Tahniah juga daripada Akak.


message 38: by fahmee (new)

fahmee (gorgom22) | 39 comments Salam..
Semasa zaman kanak2 dulu selalu juga baca buku2 penyiasatan seperti lima sekawan, Adik beradik hadi (Hardy Boys?..dah karat dlm lipatan kenangan ). Siri penyiasatan salma saya x baca sbb apa barang budak lelaki nak baca buku perempuan :).
Dah meningkat remaja baru berjinak2 dgn buku org putih (sbb baru paham bahasa omputih). Antara buku recommended ialah buku karya roald dahl. Antaranya siri2 charlie & matilda.
Roald dahl juga ada menulis utk genre adult. cerpen barangkali. yg paling lekat dlm otak adalah lamb to the slaughter. Dia punya ending twisted mcm cerita from dusk till dawn.


message 39: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Roald Dahl memang menulis cerpen untuk dewasa. Bila dah tua baru dia tulis untuk kanak-kanak.


back to top