Goodreads Malaysia discussion

Salina
This topic is about Salina
200 views
Buku Impak Maksima > SALINA: ''Ikonik'' Malaysia?

Comments Showing 1-12 of 12 (12 new)    post a comment »
dateDown arrow    newest »

message 1: by Isma (new)

Isma | 682 comments (Sesuaikah, apa yang saya tulis di bawah diletak di sini?Kalau tak, pindah saja atau padam tak mengapa.)

Johnny merasakan novel SALINA karya A. Samad Said layak dianggap 'ikonik' dalam kesusasteraan Melayu dan ia di sokong Tok Mudin. Mungkin, jika ditanya yang lain SALINA juga jawapannya. Kalau tanya saya pun, SALINA juga ada di kepala, kalau nak sebut karya Faisal Tehrani, kebanyakkan ia masih baru dan belum teruji oleh masa, mungkin sepuluh atau duapuluh tahun akan datang kita boleh lihat ketahanannya atau tidak.

Tetapi, bila saya membaca buku teori GAGASAN PERSURATAN BARU yang dijana Mohd. Afendi Hassan, SALINA teruk dikecam dan seolah-olah karya itu seharusnya berada di longkang beremdam dengan air busuk!

Saya suka memetik ayat penuh kemarahan ini(saya rasa begitu) dalam GAGASAN PERSURATAN BARU,

''Apabila SALINA kemudiannya dijadikan buku teks di Singapura, maka bagi saya sempurnalah penghinaan terhadap budaya Melayu dan Islam, kerana contoh dan tokoh pelacuran itu kini dijadikan ukuran kepintaran pelajar Melayu di Singapura, dijadikan sebagai ukuran cita rasa dan selera sastera.Nilai-nilai buruk dan keliru itu disahkan oleh sebuah kerajaan luar untuk mengejek kita tentang KETOLOLAN kita sendiri.Tetapi kita tidak sedar dan tidak faham makna tindakan itu, oleh itu berasa megah terhadap sesuatu penghinaan tersembunyi.''

Adakah kita juga TOLOL mengangkat SALINA?

*Saya sedang serius menekun GAGASAN PERSURATAN BARU. Dan, saya ucap terima kasih banyak-banyak kepada yang memberi percuma(?) buku ini. Mari kita pakat ramai-ramai merenung dan membaiki nasib sastera Melayu di GR(kerana semua ahli GR ni semua cerdik--kecuali saya, saya tak ada kelulusan). Kita tidak boleh harap pada pelajar kesusasteraan Melayu di peringkat SPM atau STPM; saya berani kata, mereka pelajar tak berapa pandai(ada orang marah?), yang pandai semua ke aliran sains!


message 2: by Fariza (last edited Nov 05, 2010 06:55AM) (new) - rated it 3 stars

Fariza | 736 comments Salina saya baca semasa di tingkatan 3 dan saya masih belum ulang baca selepas itu.

Pendapat peribadi saya terhadap Salina ialah ianya karya yang seolah membawa saya kembali ke zaman silam Tanah Melayu. Keadaan kampung dengan keadaan saliran air yang kuno digambarkan oleh A. Samad Said merupakan rahsia kenapa buku ini menarik. Saya memang suka dengan sejarah, melalui karya sastera, bukan sekadar kisah perempuan hina yang saya baca tetapi saya lebih suka menggambarkan suasana Tanah Melayu ketika itu.

Kenapa melihat suasana Tanah Melayu dari sastera? Jawapannya adalah saya merasakan gambaran yang dipaparkan di dalam karya sastera terhadap kehidupan seharian semasa karya tersebut ditulis selalunya hampir terhadap realiti. Tidak ada gambaran terhadap suasana Tanah Melayu digambarkan dengan baik di dalam buku sejarah kerana ianya bukan fakta penting. Namun, bagi saya ianya adalah penting untuk memahami susur galur bangsa kita. Hubungan antara rakyat ketika itu juga digambarkan di dalam Salina yang membantu kita membaca peristiwa sejarah ketika itu.

Dari sudut positif, Salina adalah sebuah gambaran sebuah zaman. Bukan sekadar zaman silam Malaysia malah contoh zaman sebuah gaya penulisan dulu-dulu.

Entahlah, mungkin ada yang berbeza pendapat. Tetapi mesti diingat yang karya ini ditulis ketika zaman kefahaman Islam adalah rendah di Malaya, berbeza dengan karya di Acheh, penulis juga adalah Ulama'..


message 3: by Al Ghazali (new)

Al Ghazali Sulaiman (alghazalisulaiman) | 22 comments Sdr Isma,

Saya ada terbaca tapi tak ingat kat mana, istimewanya Salina bukan terletak pada subjek 'jalang' yang tertonjol pada salah satu wataknya. Istimewa Salina letaknya pada tema berat yang diangkat Pak Samad - mengenai golongan terpinggir.

Salina dan residen Kampung Kambing mewakili golongan terpinggir ini. Mereka terhimpit dengan pembangunan yang disogokkan cukong Cina dalam era moden kapitalis. Yang membuatkan novel ini besar ialah pemikirannya. Saya yakin Pak Samad tidaklah terdesak mahu menjual tulisannya sampaikan mahu memuatkan pelacur. Kehadiran Salina memberi kekuatan pada jalan cerita.

Salina sepatutnya direndam dalam longkang?

Kenyataan emosi nampak.;)


message 4: by Isma (last edited Nov 07, 2010 12:36AM) (new)

Isma | 682 comments Sebenarnya, SALINA saya baca sekerat jalan. Saya tak boleh habiskannya kerana emosi saya sangat terganggu; saya teringat pada pelacur Melayu di Haadyai dan pelacur yanga asal Kelantan di Chow Kit, saya teramat duka sekali.Kalaulah saya ada kuasa, saya akan guna kediktatoran untuk hapus untuk semua ini.

Fariza, saya juga percaya akan suasana kefahaman Islam yang cetek ketika itu yang melahirkan karya seperti SALINA.Oleh itu penulis yang ada sekarang amat bertuah kerana dihidang dengan pelbagai teori penulisan yang lebih islamik.

Ghazali,memang betul jika kita rujuk kepada teori sastera barat, SALINA memang hebat menurut ukuran mereka(dan kita sekarang ini pun cukup terpengaruh dan terbawa-bawa dengan ukuran barat--sampai bila kita mahu terus mengguna ukuran barat--sudah tiba masanya kita mengukur SALINA menurut ukuran kita sendiri; ISLAM--kita bukan mahu menghukum Pak Samad). Cuba kamu baca buku teori Gagagasan Persuratan Baru yang ditulis Mohd Affendi Hassan terbitan UKM, tahun 2008.Jika diteliti hujah-hujah yang dibawa Persuratan Baru agak munasabah dan masuk akal kerana ia berlandaskan Islam seperti yang didakwa oleh penulisnya.Ya,elit sastera Malaysia(KEBANYAKKAN MENENTANG TEORI INI), kata teori ini tak universal kerana ia merujuk hanya kepada sumber Islam. Tapi soalnya adakah Islam itu bukan agama universal?

Marah ni...


message 5: by Norabaha (new)

Norabaha Rudin | 24 comments Saya pun dah ingat-ingat lupa tentang novel SALINA. Bagaimana pun, itulah gambaran kehidupan masyarakat kita waktu itu. Dalam filem-filem lama pun ada menggambarkan kisah-kisah perempuan Melayu yg kerja di kabaret. Selepas perang, kelab-kelab malam tumbuh macam cendawan. Kebetulan Pak Samad berada pada era itu maka terhasillah SALINA.


message 6: by Isma (last edited Nov 07, 2010 12:56AM) (new)

Isma | 682 comments Saya akui Mohd Affendi Hassan agak keras mengecam elit-elit sastera seperti Rahman Shaari, Allahyarham S. Othman Kelantan, Muhammad Hj Saleh dan ramai lagi yang elit(saya suka sebut puak-puak ni golongan elit sastera).Sesiapa yang baru nak kenal Gagasan Persuratan Baru sila baca sedikit ulasan di sini,

http://rausyanfikir.com/2009/05/sehar...


message 7: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new) - rated it 4 stars

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2843 comments Mod
Baca Salina sudah lama juga, tapi masih ada sisa-sisa selok-belok cerita itu dalam kepala. Penderitaan watak sangat menyesakkan rasa dan menyempitkan dada, termasuk penderitaan yang dicari sendiri dan tak mahu ditinggalkan.

Cuma bila keluar isu sastera Islam dalam menilai Salina ini, teringat pada satu isi artikel (sudah lupa baca di mana). Menurut artikel itu, waktu Salina mula-mula berlegar di khalayak sastera kita, ia tidaklah dianggap sebegitu ikonik, sehinggalah Prof A. Teuww (kalau tidak salah) melahirkan pujiannya terhadap novel itu - kemudian barulah sahut-menyahut pujian orang kita pula terhadapnya.


Atan Yahya | 2 comments Saya pernah membaca salina(A Samad Said) dan Juara (Jogho-S Othman Kelantan). Pada saya kedua-duanya merupakan novel yang baik sebab ia menceritakan dunia yang tidak pernah pernah saya rasai atau alami. Jadinya, ia memberikan saya pengetahuan tentang cara hidup orang-orang pada waktu tersebut atau di kawasan tersebut.


message 9: by Adi (last edited Jul 19, 2011 12:13PM) (new) - rated it 5 stars

Adi (adios) | 66 comments Kalau dibakar semua buku salina sekalipun, pelacur melayu tetap wujud juga. Kita semua tahu realitinya, bahawa mereka bukan teransang melacur kerana dipengaruhi oleh watak Salina.

Adalah satu keberanian terhormat , bila A Samad Said melukiskan karekter pelacur dalam era sebelum merdeka kerana sedikit sebanyak dapat memberi gambaran keruntuhan akhlak pada era 50an.

Apa gunanya berkarya tentang hal-hal yang baik, kalau hal-hal yang buruk sentiasa berlaku di alam realiti. Itu namanya hipokrit.

Salina mungkin adalah 'antara' karya tempatan yang terbaik , atau aku lebih suka katakan 'satu-satunya karya terbaik di Malaysia'

Berbanding dengan para pengkritiknya yang hanya tahu membebel seperti nenek-nenek menopause,
bukankah lebih baik kalau mereka berusaha menulis karya yang lebih agung dari Salina. Sebuah karya IKONIK yang akan tetap segar diperkatakan 50 tahun sesudah ia kali pertama beredar.


message 10: by Zul (new)

Zul | 70 comments Ada baca buku ni masa sekolah menengah. Kisah tragik zaman Jepun.


message 11: by Huda (new) - rated it 5 stars

Huda Sarkowi | 15 comments Salah satu novel yang aku baca berulang-ulang kali. Memang tragik.

Buat aku rasa bersyukur sebab lahir di zaman selepas merdeka.


message 12: by Sizarifalina (new) - added it

Sizarifalina | 25 comments dah baca , tapi rasanya nak baca lagi sekali. :)


back to top