Goodreads Malaysia discussion

77 views
Acara Buku/Aktiviti Kelab Buku > Dokumentari Kembara Buku di RTM1

Comments Showing 1-24 of 24 (24 new)    post a comment »
dateDown arrow    newest »

message 1: by Haryati (new)

Haryati Abd. Halim | 765 comments maklumat dari majalah ANIS November 2010

Dokumentari Kembara buku
Tarikh: Hari Ahad (mulai 7 November 2010)
Masa: 2.30 petang
Saluran: RTM1

Kalau tak salah- episod pertama berkenaan Perpustakaan Bibliotika Alexanderia.

P/s- terlupa bawa majalah hari ini. Insyaallah, nanti kemaskini maklumat lain.


message 2: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2843 comments Mod
Haryati, terima kasih info - ada dengar khabar-khabar angin rancangan ni dari FB En. Zamri, alhamdulillah akhirnya sudah jadi khabar nyata :)

Tak sabar mahu tonton. Harap nanti mereka akan terbitkan sebagai koleksi CD.


message 3: by Shah (new)

Shah Abdullah | 384 comments Menarik. Nampaknya hari ahad ini penuh dengan rancangan yang mengujakan. Salah satu lagi adalah pukul9 malam di national geographic. Hehe.


message 4: by Saniah (new)

Saniah Mat | 163 comments Mesti tonton.


message 5: by Nor, dari khutubkhanah USIM (new)

Nor (norazzahmomin) | 1548 comments Mod
Alamak..dalam kereta..di highway..terlepas nampaknya..


message 6: by Saniah (new)

Saniah Mat | 163 comments Saya tunggu,tak ada pun disiarkan.Sedihnya.


message 7: by Haryati (new)

Haryati Abd. Halim | 765 comments Kebetulan hari Ahad lepas tertengok TV1 dan masa tu rancangan Kembara Buku sedang bersiaran.
Mari kita tengok Kembara Buku setiap Ahad Jam 12 hingga 12.30 tengahari.


message 8: by Lilys (new)

Lilys (gdiz) | 207 comments Pernah tengok sekali. Masa tu kembara Buku ke negeri Perlis. pengacara bersama dengan saudara Rejab F.I.


Faizah Roslaini | 825 comments Mod
hah. Abihlah kacau slot jalan jalan cari makan!


message 10: by Siti (new)

Siti Rahmah | 174 comments Haryati wrote: "Kebetulan hari Ahad lepas tertengok TV1 dan masa tu rancangan Kembara Buku sedang bersiaran.
Mari kita tengok Kembara Buku setiap Ahad Jam 12 hingga 12.30 tengahari."


kalau saya tinggal sorang2 kat umah ni tv hakmilik kekal saya lah. masalahnya duduk dgn kwn2 kan pastu tak sama citarasa ni susah la.

agak2 ada tak disiarkan online?


message 11: by Xara_fatima (new)

Xara_fatima | 255 comments baru tertengok rancangan ni minggu lepas. Kembara ke Jeddah. Ada juga rancangan bermanfaat tengahari Ahad.


message 12: by Shah (new)

Shah Abdullah | 384 comments Termasuk minggu lalu, baru berkesempatan menonton rancangan ini sebanyak 2 kali. Sangat menarik apabila episod ahad lepas (27/2/2011) menyiarkan tentang dunia kepustakaan di perpustakaan milik Masjid Nabawi. Pelbagai bahan bacaan dan mushaf yang sudah berkurun lama terdapat di situ termasuk mushaf yang ditulis Uthman bin Affan. Mereka mempunyai teknologi yang mencukupi untuk memelihara khazanah2 tersebut.. Tidak puas kerana episodnya terlalu singkat.


message 13: by Faizah Roslaini (last edited Feb 28, 2011 08:49PM) (new)

Faizah Roslaini | 825 comments Mod
Pada saya pula, episod ke masjid Nabawi tu sedikit membosankan!

Tapi saya suka bila pengacaranya berkata lebih kurang begini,

'KURMA kemudian, cari buku dahulu!'.

Terbaik! Haha!


message 14: by CrystalGrey (new)

CrystalGrey | 6 comments buat setakat ni saya masih belum dapat menonton..ader tak kat youtube.....


message 15: by Siti (new)

Siti Rahmah | 174 comments CrystalGrey wrote: "buat setakat ni saya masih belum dapat menonton..ader tak kat youtube....."

kalu ada saya pun nk tengok gak...bg tau ya


message 16: by Haryati (new)

Haryati Abd. Halim | 765 comments Minggu lepas terlepas tengok. Dua minggu lepas tengok. Satu berkenaan Pesta Buku Islami Jakarta dan satu berkenaan buku-buku di Jeddah, tapi paling menarik konsep Kafe Buku yang diketengahkan. Tempat yang sesuai untuk membaca buku sambil minum secawan Mocha atau Cappucino. Pasti pramusaji tak menjeling dan datang berkali-kali untuk kemas meja.


message 17: by Nor, dari khutubkhanah USIM (new)

Nor (norazzahmomin) | 1548 comments Mod
Shah wrote: "Termasuk minggu lalu, baru berkesempatan menonton rancangan ini sebanyak 2 kali. Sangat menarik apabila episod ahad lepas (27/2/2011) menyiarkan tentang dunia kepustakaan di perpustakaan milik Masj..."

Saya pernah terbaca dalam blog, di Masjid Nabawi, ada rakaman khutbah2 solat Jumaat yang dirakamkan & kita boleh bawa cd/kaset (tak pasti) untuk minta mereka buatkan salinannya.


message 18: by Nor, dari khutubkhanah USIM (new)

Nor (norazzahmomin) | 1548 comments Mod
Haryati wrote: "Minggu lepas terlepas tengok. Dua minggu lepas tengok. Satu berkenaan Pesta Buku Islami Jakarta dan satu berkenaan buku-buku di Jeddah, tapi paling menarik konsep Kafe Buku yang diketengahkan. Tem..."

Teringin nak ke Pesta Buku Islami di mana2 di Indonesia tu.


message 19: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Nor Azzah wrote: "Saya pernah terbaca dalam blog, di Masjid Nabawi, ada rakaman khutbah2 solat Jumaat yang dirakamkan & kita boleh bawa cd/kaset (tak pasti) untuk minta mereka buatkan salinannya. "

Rasanya dalam YouTube ada tapi saya tak pernah tengok (tak paham bahasa Arab).


message 20: by Nor, dari khutubkhanah USIM (new)

Nor (norazzahmomin) | 1548 comments Mod
Khairul H. wrote: Rasanya dalam YouTube ada tapi saya tak pernah tengok (tak paham bahasa Arab). "

Bagus info ni. Saya tak pernah cuba sebab di ofis, YouTube diblocked. Boleh cuba di rumah. Terima kasih.


message 21: by Obaidah (new)

Obaidah | 4 comments Kembara buku ni terbitan PNM. Siri pertama ke negara Timur Tengah. Next is negara ASEAN.


message 22: by Azmi (new)

Azmi Mamat (pedangmujahid) | 2 comments Saya tidak berkesempatan menonton rancangan ini.


message 23: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (last edited May 11, 2011 03:58AM) (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2843 comments Mod
PNM patut buat CD macam Jejak Rasul. Ada orang PNM di sini? Mohon panjangkan.

(yang menanti ihsan PNM buat CD, sbb tak pernah tertengok lagi)


message 24: by Obaidah (new)

Obaidah | 4 comments Najibah, perancangan memang ada. Kembara buku terbitan PNM tp airtime right masih RTM untuk tempoh 2 tahun.


back to top