Goodreads Malaysia discussion

54 views
Makan Buku, Minum Buku... > SHIT - Termuntah Selepas Membacanya!

Comments Showing 1-15 of 15 (15 new)    post a comment »
dateDown arrow    newest »

message 1: by Al Ghazali (last edited Nov 03, 2010 09:31AM) (new)

Al Ghazali Sulaiman (alghazalisulaiman) | 22 comments Ini kali pertama saya loya, mual dan terasa bagaikan mahu termuntah isi perut selepas membaca. Saya tak boleh duduk diam, asyik terbayangkan t*** saja.

Anda ada pengalaman membaca novelet SHIT? Bagaimana? Mahu kongsikan bersama?


message 2: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Biasak je. Tapi memang tujuannya untuk memualkan pembaca kerana ia adalah satira politik yg memuntahkan kejijikannya terhadap arena politik M'sia yg dah masuk ke lubang jamban sejak tahun 1970an lagi.

Tambah pulak buku tu ditujukan ke pihak yg berkuasa, maka sibuk le mereka buat bising. Kalau ditujukan ke PAS, contohnya, mungkin pengarang dianugerahkan pangkat Tan Sri.


message 3: by Al Ghazali (new)

Al Ghazali Sulaiman (alghazalisulaiman) | 22 comments Tapi Cikgu Shahnon memang berani betul tulis novel yang provoking macam tu. Nasib baik gelaran SN tak kena tarik.

Kalau kena tepat atas batang hidung, memanglah orang panas.

Barisan T***? Saya tak suka sangat. Sepatutnya gunakan term Barisan N****. Baru 'in'.

Keh keh keh


message 4: by Cafiena (new)

Cafiena | 8 comments perkataan n**** itu masih berlapik mungkin.

nanti maksud t*** tidak kesampaian.

heh.


message 5: by Isma (new)

Isma | 682 comments Setahu saya, sekitar 2006 Shahnon Ahmad telah melahir rasa kekesalan dan memohon maaf atas karya-karyanya sebelum ini seprti TIVI yang agak kelucahan.Paling saya ingat kata Pak Shahnon, sastera(mungkin karyanya) tidak melahir ketenangan buat dirinya.

Saya cukup kagum orang sepertinya, yang memohon maaf dan menyedari kesilapannya. Sungguh seseorang itu berjiwa besar sanggup memohon maaf atas kesilapan yang dulu-dulu.Semoga Pak Shahnon dirahmati Allah.


message 6: by Al Ghazali (new)

Al Ghazali Sulaiman (alghazalisulaiman) | 22 comments Saya belum baca lagi novelet TIVI itu. Tak jumpa di mana-mana. Ikutkan kata orang lain, ceritanya menarik.


message 7: by Abdul Hakim (new)

Abdul Hakim Abdul Basir (mxypltk) | 13 comments Novelet TIVI (terbitan DBP) ini memang boleh dikira sebagai agak lucah, tapi ditulis pada waktu itu utk menggambarkan kebobrokan yang timbul akibat menonton TV.


message 8: by Isma (new)

Isma | 682 comments Mujur masa tu tak ada FB lagi...:)


message 9: by Fariza (new)

Fariza | 736 comments Al Ghazali wrote: "Saya belum baca lagi novelet TIVI itu. Tak jumpa di mana-mana. Ikutkan kata orang lain, ceritanya menarik."

Entah.. TIVI ni tulisannya pelik sikit.. Pesta buku tahun lepas saya beli dalam longgokkan buku yang dah buruk.. Sebab nampak nama Shahnon Ahmad, saya beli..


message 10: by Abdul Hakim (new)

Abdul Hakim Abdul Basir (mxypltk) | 13 comments Sayang saya tidak berjumpa buku itu dalam longgokan yang sama, KLIBF 2009?...atau pesta buku yang mana ni???


message 11: by Siti (new)

Siti Rahmah | 174 comments saya baca buku tu masa belajar dulu, x ingat pinjam kat mana atau siapa...baca bbrp muka terus tutup lps tu pulangkan balik


message 12: by Abdul Hakim (new)

Abdul Hakim Abdul Basir (mxypltk) | 13 comments Tapi semua pelaku 'maksiat' dalam TIVI itu dihukum oleh penulis dengan kematian yang sungguh mengerikan. Ada yang dipanah petir dsbnya. Tiada yang lepas lari.


message 13: by Fariza (last edited Nov 16, 2010 03:00AM) (new)

Fariza | 736 comments Abdul Hakim wrote: "Sayang saya tidak berjumpa buku itu dalam longgokan yang sama, KLIBF 2009?...atau pesta buku yang mana ni???"

KLIBF 2009..


message 14: by Az Zahra (last edited Nov 16, 2010 03:19AM) (new)

Az Zahra  Islam | 2 comments bila baca topik ni perkara pertama yg bermain diminda sy maksud di sebalik topik ni ialah "membaca bku slps 2 ilmu di dlmnya tidak dimanfaatkan"...


message 15: by Ariffah (new)

Ariffah 9 (Ariffah9) | 26 comments baru baca tahun ni. kedai buku, sah-sah dah tak ada. pinjam dekat ayah kepada kawan.

ayah ana yang beritahu kewujudan buku ini, tergerak nak cari pula. kebetulan ayah kawan ada. bagus sangatlah.


back to top