Goodreads Malaysia discussion

48 views
Arkib (Ganding Baca @ GRMY) > Pencalonan untuk Ganding Baca Disember 2010

Comments Showing 1-50 of 60 (60 new)    post a comment »
« previous 1

message 1: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (last edited Nov 03, 2010 06:05AM) (new)

Nazmi Yaakub | 2432 comments Mod
Undian untuk buku boleh dibuat di http://www.goodreads.com/poll/show/40...

Saya mahu mencalonkan buku untuk Ganding Baca Disember 2010:-

1. Tok Janggut: Pejuang atau Penderhaka?
Oleh: Dr Nik Anuar Nik Mahmud
(tokoh sejarawan ini baru meninggal dunia 29 November lalu; moga-moga kita membaca buku ini sebagai satu cara supaya Allahyarham berterusan mendapat pahala dari amal jariah)

2. The Malays of Patani: The Search for Security and Independence
Oleh: Dr Nik Anuar Nik Mahmud

3. Iga (kumpulan puisi)
Oleh: Zaen Kasturi
(penyair dan cerpenis yang baru saja diumumkan memenangi Anugerah Penulisan Asia Tenggara (SEA Write Award) yang dikurniakan oleh kerajaan Thailand kepada pengarang Asia Tenggara; pembacaan sebagai meraikan penganugerahan itu)

4. Rapsodi (kumpulan cerpen)
Oleh: Zaen Kasturi


message 2: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2843 comments Mod
Terima kasih, Nazmi :)

Buku-buku yang agak berat, tapi wajar dibaca. Lagipun saya memang minat dengan karya-karya Dr Nik Anuar, antara pensyarah yang sangat prolifik di UKM - boleh kata tiap-tiap semester buku-buku dan artikel terbarunya akan masuk ke Arkib UKM.

Saya mahu baca Tok Janggut!


message 3: by Nor, dari khutubkhanah USIM (new)

Nor (norazzahmomin) | 1548 comments Mod
Saya fikir ramai yang tiada buku ini dalam koleksi. Memandangkan tarikh Disember tu lama lagi, boleh kita beli secara beramai2? Melalui Ujana Ilmu, misalnya.


message 4: by Haryati (new)

Haryati Abd. Halim | 765 comments Saya pun nak baca Tok Janggut.


message 5: by Hilman (new)

Hilman | 492 comments Nor Azzah wrote: "Saya fikir ramai yang tiada buku ini dalam koleksi. Memandangkan tarikh Disember tu lama lagi, boleh kita beli secara beramai2? Melalui Ujana Ilmu, misalnya."

sebab tu la poll kena buat awal dan "tutup" pun awal...20hb 11 dah kena tutup undian...bru smpat nak cari...

saya undi "TOK JANGGUT"...GOMO KLATE GOMO....

sempena kemenangan ke atas N9...(isu ini akan diperkatakan sehingga final Piala Malaysia 2011..)


message 6: by Bsplayer (new)

Bsplayer | 121 comments Memandangkan Tok Janggut ialah salah seorang pejuang kemerdekaan. Maka saya pun memilih beliau tanpa mengira dari suku mana beliau berasal... ahaks..XD


message 7: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2843 comments Mod
Nor Azzah wrote: "Saya fikir ramai yang tiada buku ini dalam koleksi. Memandangkan tarikh Disember tu lama lagi, boleh kita beli secara beramai2? Melalui Ujana Ilmu, misalnya."

Saya sokong cadangan Puan Azzah. Mungkin kita boleh runding untuk diskaun istimewa nanti, atau kalaupun sekadar 20%, sudah cukup baik.


message 8: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2843 comments Mod
Bsplayer wrote: "Memandangkan Tok Janggut ialah salah seorang pejuang kemerdekaan. Maka saya pun memilih beliau tanpa mengira dari suku mana beliau berasal... ahaks..XD"

Bsplayer, pilihan saya pun tak berdasar suku, walaupun saya berasal dari negeri Tok J :)


message 9: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2432 comments Mod
Najibah wrote: "Nor Azzah wrote: "Saya fikir ramai yang tiada buku ini dalam koleksi. Memandangkan tarikh Disember tu lama lagi, boleh kita beli secara beramai2? Melalui Ujana Ilmu, misalnya."

Saya sokong cadanga..."


setakat ni, semua undi tok janggut. tak boleh tutup lagi, sbb mana tau tiba2 khairul h lobi buku lain dan swing undi... keh keh keh


message 10: by Hilman (new)

Hilman | 492 comments poll dah buat ke???xsabar nak buang undi nih....


message 11: by Naimisa (last edited Nov 02, 2010 06:00PM) (new)

Naimisa | 72 comments Al-Fatihah untuk Prof. Dato' Dr. Nik Anuar Nik Mahmud yang pergi pada (28 Oktober?) lepas. Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah.

--------
Saya pilih Tok Janggut.


message 12: by Nor, dari khutubkhanah USIM (new)

Nor (norazzahmomin) | 1548 comments Mod
Nazmi wrote: "Saya mahu mencalonkan buku untuk Ganding Baca Disember 2010:-

1. Tok Janggut: Pejuang atau Penderhaka?
Oleh: Dr Nik Anuar Nik Mahmud
(tokoh sejarawan ini baru meninggal dunia 29 November lalu; mog..."


Boleh saya dapatkan maklumat lanjut, buku Tok Janggut ini terbitan penerbit mana?


message 13: by Bsplayer (new)

Bsplayer | 121 comments Hilman wrote: "poll dah buat ke???xsabar nak buang undi nih.... "

boleh buang dulu kat galas atau batu sapi..sigh~


message 14: by Najmuddin, Tok Mudin (new)

Najmuddin (mudin001) | 998 comments Mod
Okay, Tok Janggut juga. Tapi mana nak cari bukunya?


message 15: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2432 comments Mod
Najmuddin wrote: "Okay, Tok Janggut juga. Tapi mana nak cari bukunya?"

saya tengah usahakan. insya-Allah akan cuba hubungi pusat pengajian sejarah UKM atau melalui salah seorang penulisnya, prof abdullah zakaria.

saya baru tahu, buku itu ditulis oleh tiga pakar sejarah, arwah, prof abdullah dan prof hanapi dollah.


message 16: by Naimisa (new)

Naimisa | 72 comments Nazmi wrote: "Najmuddin wrote: "Okay, Tok Janggut juga. Tapi mana nak cari bukunya?"

saya tengah usahakan. insya-Allah akan cuba hubungi pusat pengajian sejarah UKM atau melalui salah seorang penulisnya, prof a..."


--------------
Buku ini diterbit pada 1999.

Dalam laman web Penerbit UKM, buku ini tiada dalam senarai. Habis stok atau bagaimana?


message 17: by Hilman (new)

Hilman | 492 comments Satu untuk saya di Johor ye...order pakai keyboard...hehehe


message 18: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2432 comments Mod
Naimisa wrote: "Nazmi wrote: "Najmuddin wrote: "Okay, Tok Janggut juga. Tapi mana nak cari bukunya?"

saya tengah usahakan. insya-Allah akan cuba hubungi pusat pengajian sejarah UKM atau melalui salah seorang penu..."


ramai yg tersalah anggap. sebenarnya buku ini diterbitkan jabatan sejarah (kini dikenali pusat pengajian sejarah.... fssk, ukm).

saya baru dapat nombor pusat sumber pusat pengajian sejarah dan dlm proses menghubungi dr hanapi dollah (salah seorang penyumbang).

kalau mereka ada stok, mungkin saya boleh beli dan poskan kpd rakan2 yg nak buku itu.


message 19: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2432 comments Mod
Hilman wrote: "Satu untuk saya di Johor ye...order pakai keyboard...hehehe"

biar saya confirmkan dulu. itu pun berdasarkan undian.


message 20: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2432 comments Mod
saya tak tau, ini cara betul atau tak utk buat pool. tapi link ke poll di http://www.goodreads.com/poll/show/40...


message 21: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2432 comments Mod
tapi mungkin perlu diluluskan oleh moderator dulu.


message 22: by Hilman (new)

Hilman | 492 comments Voting starts on: November 3rd

pkul 3 ptg ni baru masuk hari baru...

menang ke kalah ke, saya tetap nak buku Tok Janggut tu...


message 23: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2432 comments Mod
Hilman wrote: "Voting starts on: November 3rd

pkul 3 ptg ni baru masuk hari baru...

menang ke kalah ke, saya tetap nak buku Tok Janggut tu..."


oooo gitu ke. amboi.. mcm ucapan najib je utk pertahankan putrajaya.. keh keh keh


message 24: by Nor, dari khutubkhanah USIM (new)

Nor (norazzahmomin) | 1548 comments Mod
Terasa nak marah pula bila baca summary di bawah:

Summary:
History of the rebellion against the British of Haji Mat Hassan or Tok Janggut, 1850-1915, in Kelantan, Malaysia.

Sumber: http://www.worldcat.org/title/tok-jan...


message 25: by Nor, dari khutubkhanah USIM (new)

Nor (norazzahmomin) | 1548 comments Mod
Jika dirujuk ke beberapa OPAC perpustakaan, buku Tok Janggut telah dibuat edisi baru & diterbitkan pula oleh Hazco Print, Kajang, Selangor pada tahun 2005.


message 26: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2432 comments Mod
Nor Azzah wrote: "Jika dirujuk ke beberapa OPAC perpustakaan, buku Tok Janggut telah dibuat edisi baru & diterbitkan pula oleh Hazco Print, Kajang, Selangor pada tahun 2005."

mungkin itu diusahakan sendiri oleh arwah.


message 27: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (last edited Nov 03, 2010 01:21AM) (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2843 comments Mod
Nazmi wrote: "saya tak tau, ini cara betul atau tak utk buat pool. tapi link ke poll di http://www.goodreads.com/poll/show/40..."

Nazmi, poll Disember OK - tak perlu kelulusan moderator sebenarnya. Saya sudah buka bidang kuasa membuat poll kepada semua ahli kita sejak beberapa bulan dulu, jadi kalau sesiapa berminat membuat poll apa pun jua berkait buku, jangan segan-segan.


message 28: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2432 comments Mod
Najibah wrote: "Nazmi wrote: "saya tak tau, ini cara betul atau tak utk buat pool. tapi link ke poll di http://www.goodreads.com/poll/show/40..."

Nazmi, poll Disember O..."


hilman dah gitau, hari baru bermula jam 3 petang. silap saya.


message 29: by Isma (new)

Isma | 682 comments Dr Nik Anuar Nik Mahmud.

Saya agak terlewat tahu akan kematiannya...moga Allah mencucuri rahmatNYA.Dalam masa terdekat,saya mahu bertemu dengannya untuk dapat ulasan/kata pengantarnya...oh, beliau sudah meninggal...:(


message 30: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2843 comments Mod
Macam mana usaha Nazmi nak dapatkan buku tu dari Jabatan Sejarah UKM? Berhasil?


message 31: by Hilman (new)

Hilman | 492 comments lagu mano ni???


message 32: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2432 comments Mod
Najibah wrote: "Macam mana usaha Nazmi nak dapatkan buku tu dari Jabatan Sejarah UKM? Berhasil?"

belum berhasil. tapi saya akan tengok di jaafar rawas, ahad nanti, insya-Allah. pernah nampak buku tu kat situ, dulu.


message 33: by Isma (new)

Isma | 682 comments ya, di jaafar rawas...saya sudah baca tok janggut..jadi saya pilih tok janggut.


message 34: by Hilman (new)

Hilman | 492 comments Assalamualaikum....

dah masuk bulan Disember dah ni...buku kite ape cerita???


message 35: by Haryati (new)

Haryati Abd. Halim | 765 comments Saya jumpa buku Tok Janggut kat News semalam, tapi terbitan PTS karya Pak Latip. Mana nak cari buku ni? Kat Ujana Ilmu ada? Dah lama tak merayau kat Ujana Ilmu..Risau terbabas, buku Tok Janggut tak dapat, tapi buku lain pulak yang dapat. ha..ha..ha..


message 36: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2843 comments Mod
Nazmi ada tanya di Pekan Buku UM?


message 37: by Sri (new)

Sri Patani | 10 comments Salam
Terima kasih banyak2 kerana memilih buku arwah Papa saya..Prof Dato Dr Nik Anuar. Jika ada yang ingin membeli buku tersebut dan buku The Malays of Patani, boleh buat demikian melalui saya sendiri.

Beberapa bulan sebelum Papa saya jatuh sakit,mmg beliau telah pesan kepada saya untuk menjualkan buku2 tersebut agar masyarakat Melayu menanam sifat rajin membaca dan mencintai serta memahami sejarah.Hasratnya tercapai untuk melihat subjek Sejarah kembali diajar.On the day he died, paper Utusan was filled with news about HISTORY besides the news of his death.

Al Fatihah untuk arwah Papa...


message 38: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Sri wrote: "Hasratnya tercapai untuk melihat subjek Sejarah kembali diajar"

Bukan subjek Sejarah memang sentiasa diajar di sekolah-sekolah M'sia ke?


message 39: by Aidura (new)

Aidura (sofira) | 1472 comments Sri wrote: "Salam
Terima kasih banyak2 kerana memilih buku arwah Papa saya..Prof Dato Dr Nik Anuar. Jika ada yang ingin membeli buku tersebut dan buku The Malays of Patani, boleh buat demikian melalui saya sen..."


@Sri, al-fatihah utk arwah beliau.


message 40: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2843 comments Mod
Alhamdulillah, rupa-rupanya anak Allahyarham sendiri ada di sini. Mudah-mudahan Allahyarham dibalas ganjaran terhadap segala jasanya untuk ilmu.

Bagaimana Nazmi, kalau kita dapatkan terus dari anak Allahyarham?


message 41: by Sri (new)

Sri Patani | 10 comments Khairul H. wrote: "Sri wrote: "Hasratnya tercapai untuk melihat subjek Sejarah kembali diajar"

Bukan subjek Sejarah memang sentiasa diajar di sekolah-sekolah M'sia ke?"


Di peringkat sekolah rendah tidak diajar seperti zmn kita dulu.the method of teaching history towards kids shud be fun and interesting not only chalk and talk. :)


message 42: by Isma (new)

Isma | 682 comments Semalam saya baca sekali lagi Tok Janggut(buku ni boleh dihabis dalam masa dua jam saja), yang sangat saya nak tahu adalah kesudahan riwayat Engku Besar Jeram ketika Tok Janggut terbunuh dan yang lain kena tembak, ada juga kena penjara. Engku Besar berjaya lari ke Raman, wilayah Siam kerana beliau punya hubungan dengan keluarga diraja Raman(boneka Siam). Apakah kesudahannya adakah British berjaya menangkap dan hukumnya?Nak tahu sangat.


message 43: by Hilman (new)

Hilman | 492 comments YES....akhirnye...

Sri, berapa harga buku dan kos penghantarannya...Saya di Johor Bahru...

Lagi satu, boleh tak cerita sikit pasal buku The Malays of Patani...kalau berminat boleh order skali gus...terbang lagi duit...huhuhu

Isma, ang ni dah langkau bendul...belum tiba lagi waktu untuk bagi soalan...tggu la org lain dapat baca buku ni dulu...


message 44: by Sri (new)

Sri Patani | 10 comments BUku tentang perjuangan orang Patani vs penjajah.Kalau berminAT, just message me.Buku Tok Janggut selling for rm20.


http://www.silverfishbooks.com/buyboo...
http://utusan.adamantsys.com/utusan/i...


message 45: by Isma (last edited Dec 04, 2010 02:45AM) (new)

Isma | 682 comments Hilman wrote: "YES....akhirnye...

Sri, berapa harga buku dan kos penghantarannya...Saya di Johor Bahru...

Lagi satu, boleh tak cerita sikit pasal buku The Malays of Patani...kalau berminat boleh order skali gus..."


Hilman, aku tak kira...lama doh nak royak benda ni.

Lagi aku nak tambah, sampai hari ini saya tak puas hati dengan hukuman atas pengikut perjuangan Tok Janggut. Kenapa orang bawahan Tok Janggut dihukum bunuh seperti Ibrahim Teleng yang dihukum tembak dan Pa'ia dibunuh oleh penembak upahan sedangkan para pembesar seperti Penghulu Adam, Tok Penggawa dan beberap pembesar tempatan hanya dihukum penjara!Ini tak adil!Dan Engku Besar terlepas ke Siam(entah dia ditangkap atau tidak!)

Sejak dulu sampai sekarang inilah yang berlaku, golongan bawahan yang melaksana arahan orang atasan yang kena hukuman lebih teruk!Ni macam kes Altantuya, kenapa dua polis itu saja yang kena. Dan atas sebab apa dua polis itu bunuh Altantuya kalau tidak kerana arahan dari atasan!

Saya tahu akan ada orang tak setuju dengan saya. Ini sejarah tafsiran saya sendiri...haha


message 46: by Najmuddin, Tok Mudin (new)

Najmuddin (mudin001) | 998 comments Mod
Dalam kes Dato Maharaja Lela pun sama juga...


message 47: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Laa, Isma. Kau ni macam buat-buat tak paham atau memang tak paham. Polisi British ialah jangan hukum org atasan berat-berat sangat sebab takut mereka akan dijadikan martyr oleh rakyat. Org bawahan kena hukum bunuh, takde sapa kisah (melainkan keluarga mereka le).

Nak jadi sebuah kuasa empayar, tak boleh membujur lalu melintang pukang. Kena pandai 'tutup mata sebelah'.


message 48: by Hilman (new)

Hilman | 492 comments Sri wrote: "BUku tentang perjuangan orang Patani vs penjajah.Kalau berminAT, just message me.Buku Tok Janggut selling for rm20.

saya nak beli buku Tok Janggut...saya xtau mcm mane nak message Sri...huhuhu

brape ramai dah warga GR-MY yg ada buku Tok Janggut ni? korang semua beli kat mane?


message 49: by Isma (new)

Isma | 682 comments Khairul H. wrote: "Laa, Isma. Kau ni macam buat-buat tak paham atau memang tak paham. Polisi British ialah jangan hukum org atasan berat-berat sangat sebab takut mereka akan dijadikan martyr oleh rakyat. Org bawahan ..."

Laa, aku buat-buat bodoh, malunya aku...

Tak silap saya dalam buku teks sekolah, diceritakan pasukan Tok Janggut bertempur habis-habisan menawan Pasir Putih tetapi dalam buku ini, pasukan Tok Janggut tak bertempur pun, kerana Pasir Putih sudah ditinggalkan pasukan polis selepas DOnya, En. Latif(dia patut dapat Tan Sri) lari ke KB. Cuma pasukan Tok Janggut ''mengamuk'' menjahanamkan pejabat kerajaan saja sebelum lantik dirinya jadi PM.

Hilman, buku ni sudah tak ada di kedai buku. Kali nak mesej Sri kamu kena jadi ''kawannya'' dulu.


message 50: by Sri (last edited Dec 07, 2010 09:23PM) (new)

Sri Patani | 10 comments Isma
Dalam buku ilmiah ni based on documents and thorough research. :)

If you want to order any of the books, pls email me at noni.nik@gmail.com

-Salam Maal Hijrah-

Regards


« previous 1
back to top