Goodreads Malaysia discussion

40 views
Arkib (Ganding Baca @ GRMY) > Ganding Baca Oktober 2010 (Jenayah)

Comments Showing 1-34 of 34 (34 new)    post a comment »
dateDown arrow    newest »

message 1: by Hilman (last edited Oct 10, 2010 05:08AM) (new)

Hilman | 492 comments Berasarkan keputusan undian, buku yang terpilih untuk program Ganding Baca Oktober 2010 adalah:

description
Jenayah
Pengarang:ACP (B) Mohd. Reduan Aslie
Penerbit: Alaf 21
Cetakan: 2009
Harga: RM15.00
Kategori: Undang-undang/Umum

Nota 1: Sesekali baca buku teks pun okey jugak...hehehe
Nota 2: Memandangkan Pn. Najibah bercuti, saya tolong bukakan "discussion" ini

Selamat membaca...


message 2: by Isma (new)

Isma | 682 comments Tak jumpa di kedai buku


message 3: by Fariza (new)

Fariza | 736 comments Isma wrote: "Tak jumpa di kedai buku"

Sama.. Tadi baru singgah Pekanbuku dan tak jumpa..


message 4: by Hilman (new)

Hilman | 492 comments yeke? kalau area KL, blh cari di kedai2 di jalan TAR...

di MPH online pun tak ada- saya baru perasan...

cuba tengok di web alaf 21...

saya beli buku ni di badan bookstore...http://www.badanbookstore.com


message 5: by Isma (new)

Isma | 682 comments Hilman,

tak jupo, kawe nok kelik alik siam doh!


message 6: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
'ngapa buku ni tak dijual di merata? Di MPH 1Utama, PJ pun tak nampak (bukannya nak baca, saja je nak belek belek tapi takde pun).


message 7: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2432 comments Mod
ya betul. ada juga tinjau2 bahagian buku baru bahasa melayu. yg jumpa pasal buku melayu riduan tee itu saja.


message 8: by Fariza (new)

Fariza | 736 comments Hilman guano? Sumo tak jupo.. nak cari kat jalan Tar tak terkejar.. Geng ganding baca yang lain camne??


message 9: by Hilman (last edited Oct 18, 2010 08:14PM) (new)

Hilman | 492 comments Ish3...semua tak jumpa ke???

Atau kita nak tukar? Ada 3 votes untuk Murtad dan Nasib Melayu di Bumi Melayu...

Saya tak kisah kalau nak tukarpun...Jika ada 5 undian untuk tukar, saya rasa kita boleh tukar kot...

Siapa yang rasa nak tukar, sila buat kenyataan di sini dan sila undi sama ada buku Murtad atau Nasib Melayu. Yang mendapat 5 undian terawal atau paling banyak (jika tidak cukup 5 undian)dikira buku pilihan...

Cadangan ini hanya sah sehingga 11.00 pagi, 22 Oktober 2010 (Jumaat)...Jika tidak ada sokongan sehingga 5 orang, maka tak boleh tukar.

**Alasan penukaran disebabkan oleh kesukaran mendapatkan buku Jenayah di pasaran.


message 10: by Fariza (last edited Oct 18, 2010 09:07PM) (new)

Fariza | 736 comments Saya vote Nasib Melayu..

(cheh.. AAZ pun ko tak abih baca.. sindiran terhadap diri sendiri!!)


message 11: by Najmuddin, Tok Mudin (new)

Najmuddin (mudin001) | 998 comments Mod
ambo paka tok cari doh. heh!


message 12: by Isma (new)

Isma | 682 comments ni la masa nok ngundi tak pikir masa depan...duk tenguk jenayah, jenayah, jenayah. Ni mesti terpengaruh dengan kes bakar mayat tu. tak pikir masa depan..hehe


message 13: by Hilman (new)

Hilman | 492 comments Isma wrote: "ni la masa nok ngundi tak pikir masa depan...duk tenguk jenayah, jenayah, jenayah. Ni mesti terpengaruh dengan kes bakar mayat tu. tak pikir masa depan..hehe"

hahaha...nnt ngundi PRU 13 kito pakat pk molek2...jgn pk dunio jah...pk akhirat etek...


message 14: by Haryati (new)

Haryati Abd. Halim | 765 comments Saya undi buku Melayu.


message 15: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2843 comments Mod
Semua pakat tak jumpa buku ni nampaknya. Mahu dibatalkan ke pencalonan Oktober ni? Tak mengamuk eh, Hilman? :)

Mungkinkah harus diketatkan syarat pencalonan buku pada masa depan...


message 16: by Hilman (new)

Hilman | 492 comments Najibah wrote: "Semua pakat tak jumpa buku ni nampaknya. Mahu dibatalkan ke pencalonan Oktober ni? Tak mengamuk eh, Hilman? :)

Mungkinkah harus diketatkan syarat pencalonan buku pada masa depan..."


hahaha...tak mengamuk...

lupa nak semak buku ni kat MPH Online tempoh hari...saya tengok kat kedai buku di Jalan Tar je tempoh hari...

nak tukar buku lain tak cukup undian...hehehe

yang bulan November pun xde lagi...


message 17: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2843 comments Mod
Hmmm.... OK, kita anggap sajalah bulan Oktober bulan cuti bagi Ganding Baca.

November tak ada yang mahu sukarela jadi pencalon? Kali ni mesti jadi - tapi rasanya pilihan buku kena lebih mesra rakyatlah :)

Isma? Ada cadangan? Tapi buku kanak-kanak rasanya belum tiba masanya untuk didiskusikan di Malaysia di kelab pembaca.


message 18: by Najmuddin, Tok Mudin (new)

Najmuddin (mudin001) | 998 comments Mod
Apa kata kita semua baca Laskar Cinta? :)


message 19: by Fariza (new)

Fariza | 736 comments Najmuddin wrote: "Apa kata kita semua baca Laskar Cinta? :)"

Setuju tanpa BAHAS!!! hehe


message 20: by Isma (new)

Isma | 682 comments Najmuddin wrote: "Apa kata kita semua baca Laskar Cinta? :)"

Rasa mahu berkemas-kemas dan pikul beg g ke Kem Pelarian Mae La...

Kak Najibah,
Saya nak baca buku sastera kanak-kanak jah.Tapi tak jumpa yang sesuai..


message 21: by Hilman (new)

Hilman | 492 comments Program Transformasi Ekonomi:- MALAYSIA - hab hiburan malam

Acp(B) Mohd Reduan menyatakan didalam bab Pelacuran tentang punca bertambahnya kegiatan jenayah pelancuran adalah dengan kebanjiran pusat hiburan.Juga diterangkan bahawa penguatkuasaan terhadap pusat hiburan ini agak longgar. Dan yang lebih menarik, mungkin menjadi target dalam Program Transformasi Ekonomi ialah pulangan yang diperolehi yang lumayan.

Pulangan yang lumayan bukan sahaja untuk pelacur dan bapak ayam, tetapi untuk Negara dengan kebanjiran pelancong yang 1001 masalah social yang tidak nampak dek akal yang secular.

Apa la nak jadi dengan Malaysia Negara Islam ni. 5 negari manakah yang “bertuah” mendapat hadiah zon hiburan. Tahniah rakyat Malaysia.

Jika Zahid Hamidi menyamakan blogger dan media massa UMNO sebagai Abu Hurairah, Perdana Menteri Malaysia yang ke 6 ni pula sebagai Abu ape?

“Ya Allah, selamatkan negeri Kelantan dari musuh agama-Mu”


message 22: by Hilman (new)

Hilman | 492 comments Sepatutnya Ridhuan Tee Abdullah menulis buku Nasib ISLAM di negara ISLAM(terutama Malaysia), bukannya menulis buku Nasib Melayu di bumi Melayu...


message 23: by Fariza (new)

Fariza | 736 comments Hilman wrote: "Sepatutnya Ridhuan Tee Abdullah menulis buku Nasib ISLAM di negara ISLAM(terutama Malaysia), bukannya menulis buku Nasib Melayu di bumi Melayu..."

Semakin saya tak faham kenapa ada orang yang tak faham-faham dan pilih dan undi golongan yang tak faham nih..

entah.. Faham ke??


message 24: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Hilman wrote: "Acp(B) Mohd Reduan menyatakan didalam bab Pelacuran tentang punca bertambahnya kegiatan jenayah pelancuran adalah dengan kebanjiran pusat hiburan.Juga diterangkan bahawa penguatkuasaan terhadap pusat hiburan ini agak longgar."

Piirah, ACP(B) M. Redhuan. Ingat kami tak tahu ke pusat2 hiburan dah 'bayar komisyen' kat PDRM supaya jangan kacau mereka? Tak usah le nak pura-pura mengeluh.


message 25: by Hilman (new)

Hilman | 492 comments Khairul H. wrote: "Piirah, ACP(B) M. Redhuan. Ingat kami tak tahu ke pusat2 hiburan dah 'bayar komisyen' kat PDRM supaya jangan kacau mereka? Tak usah le nak pura-pura mengeluh."

itu juga turut di tulis di dalam buku beliau...saya lupa page berapa....


message 26: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Uik, dia mengaku? Hebat!


message 27: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2432 comments Mod
Khairul H. wrote: "Uik, dia mengaku? Hebat!"

selalunya serbuan ke pusat hiburan bukan dilakukan oleh IPD (ibu pejabat polis daerah), sementelah lagi balai polis. yg buat serbuan ialah pasukan polis dari bukit aman. tapi bila dah kena tahan, semua bawa ke ipd.


message 28: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2843 comments Mod
Boleh juga baca Laskar CINTAAAA... Kemudian kita tanya Isma, mengapa mesti ada CINTAAAAA


message 29: by Hilman (new)

Hilman | 492 comments dalam page 219 juga di ulas mengenai kelemahan undang undang(masih di dalam bab pelacuran).


message 30: by Isma (new)

Isma | 682 comments Najibah wrote: "Boleh juga baca Laskar CINTAAAA... Kemudian kita tanya Isma, mengapa mesti ada CINTAAAAA"

Saya pun tak tahu jawapannya..hehe


message 31: by Isma (new)

Isma | 682 comments Hilman wrote: "Program Transformasi Ekonomi:- MALAYSIA - hab hiburan malam

Acp(B) Mohd Reduan menyatakan didalam bab Pelacuran tentang punca bertambahnya kegiatan jenayah pelancuran adalah dengan kebanjiran pusa..."


Hilman, nampaknya mu seorang baca buku ni.Demo baca, pahtu demo royak sini, boleh juga panas-panas..hehe


message 32: by Hilman (new)

Hilman | 492 comments Isu pengguguran bagi mangsa rogol

Seksyen 312 Kanun Keseksaan:- memberi pengecualian bahawa pengguguran boleh dilakukan jika pada pandangan doktor dengan membiarkan kehamilan itu, ia akan mendatang risiko kepada nyawa atau boleh mendatangkan kerosakan kepada mental dan kesihatan fizikal perempuan yang hamil tersebut.

Adakah di benarkan menggugurkan kandungan bagi kes rogol dari sudut agama Islam?


message 33: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Ntah, first trimester je boleh kut...sebab ikut pendapat, masa tu ruh belum masuk jasad lagi.


message 34: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2843 comments Mod
Isma wrote: "Hilman wrote: "Program Transformasi Ekonomi:- MALAYSIA - hab hiburan malam

Acp(B) Mohd Reduan menyatakan didalam bab Pelacuran tentang punca bertambahnya kegiatan jenayah pelancuran adalah denga..."


Itulah, sementara menunggu Oktober habis, elok juga Hilman terus berikan fakta-fakta menarik dalam buku Jenayah. Boleh bincang-bincang.


back to top