Goodreads Malaysia discussion

25 views
Arkib II > Pemenang Hadiah Nobel Kesusasteraan 2010: Mario Vargas Llosa (Peru)

Comments Showing 1-12 of 12 (12 new)    post a comment »
dateDown arrow    newest »

message 1: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2432 comments Mod
Esok Hadiah Nobel Kesusasteraan akan diumumkan. Siap-siap untuk beli buku mereka. Kalau yang dah dikenali dalam dunia sastera Inggeris tak ada masalah.

Esok tunggu depan PC. Tengok siapa yang menang.


message 2: by Hilman (new)

Hilman | 492 comments kat mane nak tengok?

ada website ke?


message 3: by Roslee (new)

Roslee Saad (rosleesaad) | 43 comments http://nobelprize.org/nobel_prizes/li...

Watch the live webcast from the Swedish Academy, Stockholm, Sweden, on Thursday 7 October, 1:00 p.m. CET, 11:00 a.m. GMT.

Waktu kita GMT + 8, pukul 7 malam


message 4: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2432 comments Mod
Roslee wrote: "http://nobelprize.org/nobel_prizes/li...

Watch the live webcast from the Swedish Academy, Stockholm, Sweden, on Thursday 7 October, 1:00 p.m. CET, 11:00 a.m. ..."


saya pernah cuba tahun lalu. harammmm kata orang melaka. keputusannya dekat2 maghrib waktu kita, selalunya time tu semua orang online kat ofis saya.

keh keh keh


message 5: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2432 comments Mod
Selepas 28 tahun sasterawan Amerika Selatan, Marquez menang, barulah Mario Vargas Llosa dapat.


message 6: by Johnny (new)

Johnny B. Rempit (johnnyrempit) | 287 comments Mario Vargas Who???


:D


message 8: by Isma (new)

Isma | 682 comments pernah baca 'Mayta' masa sekolah dulu, tapi keliru dengan sudut pandangnya terpaksa berhenti sekerat jalan.Nampaknya kena cari balik!


message 9: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2432 comments Mod
Buku yang baik untuk mengetahui sastera moden amerika latin:

Sastera Melayu dan Sastera Amerika Latin Kajian Perbandingan by Zalila Sharif


message 10: by Isma (new)

Isma | 682 comments Apa yang saya faham, penulis Latin kebanyakkan mengangkat atau memperjuang puak kiri, dalam kontek sekarang anti-imperialisme Amerika.Betul?


message 11: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2432 comments Mod
Isma wrote: "Apa yang saya faham, penulis Latin kebanyakkan mengangkat atau memperjuang puak kiri, dalam kontek sekarang anti-imperialisme Amerika.Betul?"

anti-imperialisme Amerika tu datang drpd aliran pascakolonial seperti malaysia juga. ia bermula drpd usaha utk membebaskan diri drpd pengaruh kuasa imperialis/penjajah selepas merdeka termasuk dlm konteks sastera. anti-imperialisme AS tu hanya sebahagiannya.

aliran realisme magis yg dianuti pengarang amerika latin selepas 1940-an didorong oleh rasa tanggungjawab mereka utk menghubungkan karya sastera dgn tradisi dan pemikiran mereka sendiri.

mereka sebenarnya bukan hanya bersifat anti-imperialisme barat, bahkan juga menentang kediktatoran bangsa mereka sendiri juga.

kerana itu saya cadangkan buku Sastera Melayu dan Sastera Amerika Latin: Kajian Perbandingan sbg latar belakang utk mengetahui sastera amerika latin kontemporari secara sepintas lalu.


message 12: by Isma (new)

Isma | 682 comments Ramai orang memandang pengarang dan karya dari Amerika Latin sebagai berkualiti. Saya jadi tertanya-tanya,laris sangatkah jualan buku-buku atau membaca sudah menjadi budaya dalam masyarakat latin?

Yang kita tahu kawasan latin, kawasan miskin.Termasuk Peru. Gaji presiden Bolivia, Hugo Morales lebih kurang dua ribu dolar US jah(salah ke).

Kalau setakat menang anugerah Nobel, tapi rakyat tak membaca, buat apa, buat bangga saja!

Saya nak tahu, sesiapa ada info akan hal ini?


back to top