Goodreads Malaysia discussion

102 views
Cari/Tukar/Derma Buku > Buku karya Andrea Hirata terbitan Bentang bukan PTS

Comments Showing 1-45 of 45 (45 new)    post a comment »
dateDown arrow    newest »

message 1: by Azlinawati (new)

Azlinawati | 5 comments Salam.

Saya dah terkena 'sengatan' Laskar Pelangi ni :) Baru beberapa hari yang lepas mula baca bukunya, belum habis baca pun tapi dah rasa tak sabar nak baca semua koleksinya.

Dah cuba cari merata tempat tapi gagal. Balik-balik jumpa terbitan PTS. Hmm..

Ada ke yang tahu di mana atau sesiapa yang ada menjual Tetralogi Laskar Pelangi + Dwilogi Padang Bulan dan Cinta di Dalam Gelas?

DVD original Laskar Pelangi saya dah beli dan tonton kelmarin. Best! Tapi DVD original Sang Pemimpi tak jumpa di Speedy. :(


message 2: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2432 comments Mod
Ain wrote: "Salam.

Saya dah terkena 'sengatan' Laskar Pelangi ni :) Baru beberapa hari yang lepas mula baca bukunya, belum habis baca pun tapi dah rasa tak sabar nak baca semua koleksinya.

Dah cuba cari ..."


ada dua novel andrea dalam rak buku. satu beli, satu dapat press kit. tapi dua2 saya tak baca. belum sampai seru utk baca lagi.


message 3: by Nor, dari khutubkhanah USIM (new)

Nor (norazzahmomin) | 1548 comments Mod
Saya dah mula baca Laskar Pelangi, tapi tak habiskan pun..rasa perlahan sangat jalan ceritanya, & terlalu mdnerangkan benda kecil-kecil yang saya fikir macam tak perlu..kenapa ye saya tak rasakan apa yg orang lain rasa?


message 4: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2432 comments Mod
Nor Azzah wrote: "Saya dah mula baca Laskar Pelangi, tapi tak habiskan pun..rasa perlahan sangat jalan ceritanya, & terlalu mdnerangkan benda kecil-kecil yang saya fikir macam tak perlu..kenapa ye saya tak rasakan a..."

mungkin sbb azah dah baca novel2 besar kita seperti novel2 Shahnon yg memang menjadi gayanya menulis secara terperinci.

mungkin org lain tak membaca karya shahnon sehignga berasa takjub dengan latar desanya sehingga jadi kagum bila baca novel laskar pelangi.

ini mungkin saja kerana saya belum menyelongkar laskar pelangi. insya-Allah saya akan cuba bacanya juga.


message 5: by Hilman (new)

Hilman | 492 comments Ya, terlampau banyak benda benda kecil yang diterangkan panjang berjela sehingga 2 3 mukasurat sehingga terlupa cerita asal.

(komen dari orang yang tak berseni...huhuhu)


message 6: by Nor, dari khutubkhanah USIM (new)

Nor (norazzahmomin) | 1548 comments Mod
En Nazmi..rasa tersindir pulak saya..bukanlah macam tu..cuma saya fikir ia terlalu 'detail' dan melambatkan jalan cerita. Komen Nazmi buat saya merenung semula, sudah banyak mana karya2 sasterawan negara yang telah saya baca & perlu ditambah dalam senarai buku saya.


message 7: by Isma (new)

Isma | 682 comments memang ada perbezaan bila baca edisi asal. Saya sudah baca Edensor terbitan PTS dan baru-baru ni baca lagi edisi Bentang, terasa lain...lain


message 8: by Azlinawati (new)

Azlinawati | 5 comments Assalamualaikum semua.

Isma, itulah sebabnya saya nak cuba juga cari koleksi dari Bentang.. tapi agak mencabar juga misi saya ni.. hehehe

Nor Azzah, baca buku ni macam selera makan juga.. lain orang lain citarasanya.. itulah juga sebabnya dalam dunia ni ada banyak genre. Tak semua orang suka, tak semua orang benci. Kan? :)

En. Nazmi, kalau ada kelapangan cubalah baca beberapa bab permulaannya dulu. Bagi saya walaupun detailnya banyak tapi berbaloi untuk memahami dan 'illustrate' suasana di Belitong dan rasa di jiwa Andrea Hirata.


message 9: by Fariza (new)

Fariza | 736 comments Bagi saya pen'detail'an adalah sangat penting untuk sebuah karya yang berjaya.. Ianya adalah tiket yang membawa pembaca ke dunia yang ingin digambarkan oleh penulis.

Saya teringat pengembaraan saya membaca edensor baru-baru ini yang berjaya membuatkan saya ingin menjelajah seluruh dunia. huhu terima kasih atas penceritaan Andre hirata..


message 10: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2432 comments Mod
Nor Azzah wrote: "En Nazmi..rasa tersindir pulak saya..bukanlah macam tu..cuma saya fikir ia terlalu 'detail' dan melambatkan jalan cerita. Komen Nazmi buat saya merenung semula, sudah banyak mana karya2 sasterawan ..."

alamak minta maaf. tak ada niat utk sindir. kemungkinan itu saya terfikir - mungkin terasa bagi mereka yg sudah biasa dengan gaya babakan dalam penulisan kreatif.

gaya babakan ni memang kurang dalam novel popular tetapi menjadi gaya dominan dalam karya sasterawan negara kita.


message 11: by Hilman (new)

Hilman | 492 comments Mungkin pen'detail'an nya terlalu 'complicated' untuk difahami oleh pemikiran saya disebabkan perbezaan vocab, dan kekurangan bacaan dari negara jiran.

Ada pen'detail'an nya yang membuat saya keliru sama ada realiti atau fantasi seperti situasi kehilangan Flo, di gambarkan keadaan tempat Flo di jumpai sangat seram dengan berbagai macam binatang buas tetapi Flo tidak pulak di apa apakan oleh binatang itu. Situasi seperti ini kadang kadang mengelirukan saya(pen'detail'annya realiti atau fantasi).

Walau apapun, saya mula seronok membaca karya Andrea Hirata ini dan cuba memahami corak pemikiran beliau.


message 12: by Azlinawati (new)

Azlinawati | 5 comments Dulu masa zaman budak2, saya suka baca buku yang straight forward.. A kata apa, B jawab apa.. kurang illustrasi suasana. Kalau banyak sangat mulalah rasa sangap. Jiwa muda, semua nak lekas saja hehehe Ibaratnya, gigit-kunyah-telan.

Bila dah dewasa ni lagi suka pilih buku yang lambat nak habis.. Ibaratnya, gigit-kunyah-kunyah-kunyah-baru telan. :)


message 13: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2432 comments Mod
Ain wrote: "Dulu masa zaman budak2, saya suka baca buku yang straight forward.. A kata apa, B jawab apa.. kurang illustrasi suasana. Kalau banyak sangat mulalah rasa sangap. Jiwa muda, semua nak lekas saja heh..."

dulu masa zaman budak2, saya suka baca buku yg ada gambar besar2. seperti ali yg malas tapi berlumba membaca dgn siput yg naik pokok pisang.

biasalah tu ain, bila kita makin dewasa, kita menjadi semakin pemilih. bukan setakat bahan bacaan, orang pun kita makin pilih2. tu belum utk pasangan hidup! termasuklah utk buat pilihan seterusnya.. kah kah kah


message 14: by Azlinawati (new)

Azlinawati | 5 comments Betul(3x) hehehehe

Oh, berbalik kepada topik perbincangan, saya dah berkomunikasi dengan syarikat Fajar Ilmu Baru. Box set Tetralogi Laskar Pelangi mungkin akan masuk pasaran sekiranya ada banyak permintaan dan bergantung kepada stok. Dwilogi Padang Bulan dan Cinta Dalam Gelas sudah ada.. harganya kalau tak silap saya.. RM 59.90

Untuk makluman bagi sesiapa yang berminat :)


message 15: by Hilman (last edited Sep 23, 2010 06:38PM) (new)

Hilman | 492 comments Kenapa buku Maryamah Karpov mahal sangat? sampai rm59.50...

saya jumpa buku yang menarik
[image error]
Maryam Mah Kapok - Mirip-mirip Rantang

dah ada yang beli???


message 16: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Ni buku parodi ke?


message 17: by Nor, dari khutubkhanah USIM (new)

Nor (norazzahmomin) | 1548 comments Mod
Hilman wrote: "Kenapa buku Maryamah Karpov mahal sangat? sampai rm59.50...

saya jumpa buku yang menarik

Maryam Mah Kapok - Mirip-mirip Rantang

dah ada yang beli???"


Dah beli lama juga, tapi belum baca2 lagi.


message 18: by Isma (new)

Isma | 682 comments Saya sudah baca keempat buku Andrea, ia buat saya ingin tahu apakah Ikal berjaya mendapat cinta A Ling? Adakah ia dapat?

Dalam Mryamah Karpov, ada disebut, tetapi ia terlalu kabur di hujung cerita.

Siapa tahu?

(Memanglah, pembaca Melayu suka nak tahu benda remeh)


message 19: by Hilman (new)

Hilman | 492 comments Saya baru baca Sang Pemimpi, lagi 60 muka surat nak habis. Lepas ni ada lagi Edensor dan Maryamah Karpov. Baca novel ni boleh buat jiwa kacau dan tolol. Habis terbantut research saya.

BENCI NOVEL!!!


message 20: by Ummu Auni (last edited Sep 27, 2010 10:00PM) (new)

Ummu Auni (ummuauni) | 539 comments Saya kira Maryamah Karpov merupakan buku terakhir dalam siri ini. Saya rasa memang Lintang tidak dapat memilik A Ling :). Bukankah Ikal itu penulis sendiri?


message 21: by Hilman (new)

Hilman | 492 comments Ummu Auni wrote: "Saya kira Maryamah Karpov merupakan buku terakhir dalam siri ini. Saya rasa memang Lintang tidak dapat memilik A Ling :). Bukankah Lintang itu penulis sendiri?"

Ikal yang sukakan A Ling bukan Lintang...Lintang seorang budak yang genius....Ikal penulis nya...itu yang saya faham...


message 22: by Isma (new)

Isma | 682 comments Betul Hilman, kisah ini bersambung di Dwilogi terbaru Andrea,Padang Bulan dan Cinta Dalam Gelas. nampaknya kawan kita, Kak Peesha sudah membacanya. Dengkinya aku;

http://apayangfishabaca.blogspot.com/...


message 23: by Ummu Auni (new)

Ummu Auni (ummuauni) | 539 comments Hilman wrote: "Ummu Auni wrote: "Saya kira Maryamah Karpov merupakan buku terakhir dalam siri ini. Saya rasa memang Lintang tidak dapat memilik A Ling :). Bukankah Lintang itu penulis sendiri?"

Ikal yang sukakan..."


aha, dah betulkan. Dah lama pun saya baca novel ni.


message 24: by Hilman (new)

Hilman | 492 comments Isma wrote: "Betul Hilman, kisah ini bersambung di Dwilogi terbaru Andrea,Padang Bulan dan Cinta Dalam Gelas. nampaknya kawan kita, Kak Peesha sudah membacanya. Dengkinya aku;"

bersambung lagi????huhuhu harap2 itu buku yang terakhir...


message 25: by Azlinawati (new)

Azlinawati | 5 comments Hilman wrote: "Saya baru baca Sang Pemimpi, lagi 60 muka surat nak habis. Lepas ni ada lagi Edensor dan Maryamah Karpov. Baca novel ni boleh buat jiwa kacau dan tolol. Habis terbantut research saya.

BENCI NOVEL!!!"


Ini yang dikatakan "when love and hate collide" hehehe


message 26: by Peesha (new)

Peesha Pishaposh (cik_peesha) | 137 comments Isma wrote: "Betul Hilman, kisah ini bersambung di Dwilogi terbaru Andrea,Padang Bulan dan Cinta Dalam Gelas. nampaknya kawan kita, Kak Peesha sudah membacanya. Dengkinya aku;

http://apayangfishabaca.blogspot...."


Isma!
Sampai sini dengkinya ... ingat kat blog akak je ... hehehehe .... I memang suka org jeles2 dgn i ni ... =p


message 27: by Hilman (new)

Hilman | 492 comments kegilaan no 43:- membaca buku no 5 sebelum membaca buku no 1, 2, 3, 4...


message 28: by Peesha (new)

Peesha Pishaposh (cik_peesha) | 137 comments Hilman wrote: "kegilaan no 43:- membaca buku no 5 sebelum membaca buku no 1, 2, 3, 4..."

kenapa saya terasa? hairan!


message 29: by Isma (last edited Sep 28, 2010 08:29PM) (new)

Isma | 682 comments Peesha wrote: "Hilman wrote: "kegilaan no 43:- membaca buku no 5 sebelum membaca buku no 1, 2, 3, 4..."

kenapa saya terasa? hairan!"


Saya ulangi sekali lagi,

Kak Peesha, tolong jual Dwilogi tu pada sayaaaaa!!Tak sabar-sabar nak baca.Tolonggggggggggggggg...


message 30: by Peesha (new)

Peesha Pishaposh (cik_peesha) | 137 comments

Saya ulangi sekali lagi,

Kak Peesha, tolong jual Dwilogi tu p..."


Ini kegilaan nombor berapa agaknya ...? Dah nama hadiah, mana boleh nak jual2 ...? Hisy, parah la budak Isma ni!

Habis2 pun akak bagi pinjam sat la ...


message 31: by Isma (new)

Isma | 682 comments Gila bayanggg!

Tak suka pinjam(kecuali hak pustaka)


message 32: by Aidura (new)

Aidura (sofira) | 1472 comments Isma wrote: "Gila bayanggg!

Tak suka pinjam(kecuali hak pustaka)"


hahahaha chek setuju!


message 33: by W (new)

W Nor Haslina (wnorhaslina) | 203 comments Peesha kalo Isma tak mo pinjam saya nak...nak pinjam..hehehe


message 34: by Peesha (new)

Peesha Pishaposh (cik_peesha) | 137 comments W ... hehehehe ....


message 35: by Adriana (new)

Adriana (2candles1wish) | 34 comments mau buku 5 dan 6!!!! cis!!!


message 36: by Siti (new)

Siti Rahmah | 174 comments si dia baru pulang dr batam dan belikan saya dwilogi padang bulan dan cinta di dalam gelas...x sabar mau baca. kena habiskan tenggelamnya kapal van der wijck dulu


message 37: by Siti (new)

Siti Rahmah | 174 comments Isma wrote: "Peesha wrote: "Hilman wrote: "kegilaan no 43:- membaca buku no 5 sebelum membaca buku no 1, 2, 3, 4..."

kenapa saya terasa? hairan!"

Saya ulangi sekali lagi,

Kak Peesha, tolong jual Dwilogi tu p..."


hihihihi...


message 38: by Bsplayer (new)

Bsplayer | 121 comments Siti Wrote: "si dia baru pulang dr batam dan belikan saya dwilogi padang bulan dan cinta di dalam gelas...x sabar mau baca. kena habiskan tenggelamnya kapal van der wijck dulu "

edisi PTS dengan edisi indonesia lain ke???


message 39: by Siti (new)

Siti Rahmah | 174 comments Bsplayer wrote: " Siti Wrote: "si dia baru pulang dr batam dan belikan saya dwilogi padang bulan dan cinta di dalam gelas...x sabar mau baca. kena habiskan tenggelamnya kapal van der wijck dulu "

edisi PTS deng..."


PTS punya saya rasa telah di bahasa melayukan..saya tahu ni sbb sblm ni pun ada buku Laskar Pelangi versi bahasa indonesia dan cr plak di kedai buku MPH tajuk yang sama ia telah di bahasa melayukan....

bkn la terlalu suka baca buku bahasa indonesia (sbb bahasanya kurang difahami) tp apa salahnya sesekali mencuba. lg pun cenderamata lebih bermakna kalau dibeli oleh orang tersayang. harga pun murah aja.


message 40: by Bsplayer (new)

Bsplayer | 121 comments Hilman wrote: "Saya baru baca Sang Pemimpi, lagi 60 muka surat nak habis. Lepas ni ada lagi Edensor dan Maryamah Karpov. Baca novel ni boleh buat jiwa kacau dan tolol. Habis terbantut research saya.

BENCI NOVEL!!! "


Saya benci Andrea Hirata. Lepas membaca Laskar Pelangi,saya terpaksa memburu Sang Pemimpi, Edensor dan Maryamah Karpov pulak.

Minggu lepas cari, tak jumpa pula tu..sakit hati betul. Huh!!


message 41: by Aidura (new)

Aidura (sofira) | 1472 comments Bsplayer wrote: " Hilman wrote: "Saya baru baca Sang Pemimpi, lagi 60 muka surat nak habis. Lepas ni ada lagi Edensor dan Maryamah Karpov. Baca novel ni boleh buat jiwa kacau dan tolol. Habis terbantut research say..."

hahaha :lol:

Itu antara simptom2 bahawa anda telah terkena "jangkitan wabak" demam buku Pak Andrea... kui,kui,kui.

Jangan risau. Anda berdua tidak keseorangan! ;)


message 42: by Haryati (new)

Haryati Abd. Halim | 765 comments Semalam kat saluran 104, ada tayangan Laskar Pelangi, habisnya pukul 11.30 malam. Tak berkesempatan nak tengok. harapannya astro ada tayang lagi filem ni.


message 43: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Jgn khuatir. Kerja Astro memang mengulang tayang filem-filem dan episod-episod cerita yg dia ada.


message 44: by Aidura (new)

Aidura (sofira) | 1472 comments Haryati wrote: "Semalam kat saluran 104, ada tayangan Laskar Pelangi, habisnya pukul 11.30 malam. Tak berkesempatan nak tengok. harapannya astro ada tayang lagi filem ni."

Haryati,

Saya beli DVD Laskar Pelangi tahun lepas. Dah banyak kali buat ulang tayang sendiri. ;)


message 45: by Haryati (new)

Haryati Abd. Halim | 765 comments Aidura,

Tahun lepas ada kawan ke Jakarta, hanya sempat minta tolong belikan ketika Cinta Bertasbih..Aduhai, Lasykar Pelangi, buat saya cemburu.

Saya masih sabar menanti ulang tayang di Astro.


back to top