Goodreads Malaysia discussion

137 views
Budaya Membaca > Buku, Radio, dan Snek

Comments Showing 1-50 of 71 (71 new)    post a comment »
« previous 1

message 1: by Isma (new)

Isma | 682 comments Adakah budaya membaca buku sambil dengar radio dan mulut ngap-ngap mengunyah makanan itu baik?Saya selalu begini, mulut mesti bergerak.Telinga mesti pasang.Mata tetap celik.


message 2: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Saya suka membaca sambil tv 'on'. Bukan dengar pun tapi sebagai bunyi latar belakang (background noise). Juga gemar membaca sambil makan walaupun isteri kata itu tidak sihat. Tapi seperti biasa, peduli apa hehe.


message 3: by Kataklicik (new)

Kataklicik | 714 comments In my younger days, I'd have my walkman on at full blast and se peket asam by my side whilst reading. Yes, this applies for study periods too.

Laaaa ni, background noise is irritating, and asam hurts my teeth. (Bah, humbug!)


message 4: by Nor, dari khutubkhanah USIM (new)

Nor (norazzahmomin) | 1544 comments Mod
Ini bukan kebiasaan saya. Saya lebih suka membaca sambil relaks, tanpa aktiviti sampingan lain. Tapi sesekali, makan nasi sambil membaca, kalau seorang, kalau makan dengan keluarga, keluarga didahulukan.


message 5: by Isma (new)

Isma | 682 comments baca sambil makan boleh cemar buku, terutama makanan berminyak, selalu tinggal cap jari


message 6: by Nor, dari khutubkhanah USIM (new)

Nor (norazzahmomin) | 1544 comments Mod
Ha..ha..yang itu habit sejak darjah berapa ya..? setiap kali nak makan nasi, mesti ambil apa2 buku dulu di rak..insyaallah setakat bukunya tetap terjaga rapi..sekarang habit ini agak terbatas kerana tanggungjawab sebagai isteri & ibu..


message 7: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Isma wrote: "baca sambil makan boleh cemar buku, terutama makanan berminyak, selalu tinggal cap jari"

Makan dgn tangan kanan, belek halaman dgn tangan kiri. Insyaallah tak ada cap jari.


message 8: by Hilman (new)

Hilman | 492 comments lepas raya ni hobi terbaru adalah membaca di tepi tasik...setiap kali ada awek jogging, mesti hilang fokus. tambah tambah kalau ada yang cun...hahahaha

jap lagi nak g baca laskar pelangi tepi tasik lagi...1jam dpt 30 pages je...huhuhu


message 9: by Nor, dari khutubkhanah USIM (new)

Nor (norazzahmomin) | 1544 comments Mod
Tulah..mata tu kan diajar berpuasa masa Ramadhan hari tu..kena teruskan puasa tu..pahala dapat, membaca pun cepat..


message 10: by Fariza (new)

Fariza | 736 comments saya ikut keadaan gak..Asal ada buku

kadang-kadang dengar lagu pun membantu pembacaan saya..

Kadang-kadang relaks tepi tasik, tepi kolam, tepi pokok, atas buaian.

Kadang-kadang sambil makan keropok, minum air, waktu makan kat restoran..

Kadang-kadang saya baca sambil duduk, sambil diri, sambil-sambil..

hehe macam puisi lak..


message 11: by Isma (last edited Sep 22, 2010 01:28AM) (new)

Isma | 682 comments Hajatnya petang ni nak baca buku sambil makan colek di tebing Sungai Kelantan tapi langit kelihatan hitam sana-sini.


message 12: by Hilman (new)

Hilman | 492 comments Baca buku sambil tunggu pomen datang repair kereta antara xtvt membaca yg terbaru. 2 jam tunggu pomen sampai, nasib baik ada buku kalau tak jadi org gile duk kat tepi jalan.

Kegilaan no 44(kegilaan yg paling ringan): Mengira kereta lalu lalang.

Pengajaran no. x: bawalah buku kemana sahaja(kecuali ke dalam tandas).


message 13: by Welma (new)

Welma La'anda | 194 comments Membaca sambil mendengar bunyi-bunyian?? Untuk saya, tidak berapa efektif. Begitu juga sambil mengunyah. Biasanya saya akan membaca sambil baring-baring di sofa. Hanya pada waktu pagi sahaja. Sebab malam adalah masa-masa yang teramat kurang bertenaga. Cuma akhir-akhir ini sedang memaksa diri membaca selepas isyak. Itupun hanya beberapa halaman, terus tidur.


message 14: by Isma (new)

Isma | 682 comments Welma wrote: "Membaca sambil mendengar bunyi-bunyian?? Untuk saya, tidak berapa efektif. Begitu juga sambil mengunyah. Biasanya saya akan membaca sambil baring-baring di sofa. Hanya pada waktu pagi sahaja. Sebab..."

Kalau saya, baca sambil baring-baring pasti akan tertidur.Sebab tu kena kunyah mengunyah(tapi bukan semua buku boleh dibaca sambil makan dan dengar bunyian)


message 15: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2428 comments Mod
selalu terganggu kalau membaca sambil tengok bola sepak. kalau mahu juga, cari buku yg ringan dan suara diperlahankan. tapi mata asyik beralih juga ke tv.


message 16: by Najmuddin, Tok Mudin (new)

Najmuddin (mudin001) | 998 comments Mod
Nazmi wrote: "selalu terganggu kalau membaca sambil tengok bola sepak. kalau mahu juga, cari buku yg ringan dan suara diperlahankan. tapi mata asyik beralih juga ke tv."

Kalau match Arsenal memang saya tak boleh baca buku. Kalau match lain tak per. :)


message 17: by Welma (new)

Welma La'anda | 194 comments Isma wrote: "Welma wrote: "Membaca sambil mendengar bunyi-bunyian?? Untuk saya, tidak berapa efektif. Begitu juga sambil mengunyah. Biasanya saya akan membaca sambil baring-baring di sofa. Hanya pada waktu pagi..."

Isma,
Ya, sebab itu saya selalu terlelap bersama buku *_*. Berbanding dengan duduk ia lebih baik sebab jikalau membaca duuk, saya lebih cepat mengantuk. aduhaiiii


message 18: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2428 comments Mod
Najmuddin wrote: "Nazmi wrote: "selalu terganggu kalau membaca sambil tengok bola sepak. kalau mahu juga, cari buku yg ringan dan suara diperlahankan. tapi mata asyik beralih juga ke tv."

Kalau match Arsenal memang..."


sama.. kalau match chelsea mmg tak boleh baca buku. kecuali yg ujung minggu lalu. lepas kena sebijik, terus tutup tv, baca buku lagi baik. keh keh keh


message 19: by Hilman (new)

Hilman | 492 comments Nazmi wrote: "sama.. kalau match chelsea mmg tak boleh baca buku. kecuali yg ujung minggu lalu. lepas kena sebijik, terus tutup tv, baca buku lagi baik. keh keh keh"

bukan setakat tengok bola, kalau duduk depan tv mmg tak boleh nak membaca...tambah2 kalau cerita Isabella and LBS(lupa malam ni ke malam esok).

kalau RM menang takpe, buatnye seri or kalah nak tidur pun tak lena, nak baca buku lagi takde mod...oleh sebab itu, saya dah tak menaruh hati untuk tengok tv or bola...lepak baca buku dalam lab lagi best...


message 20: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2428 comments Mod
Hilman wrote: "Nazmi wrote: "sama.. kalau match chelsea mmg tak boleh baca buku. kecuali yg ujung minggu lalu. lepas kena sebijik, terus tutup tv, baca buku lagi baik. keh keh keh"

bukan setakat tengok bola, kal..."


kalau tengok drama/filem melayu, bukan setakat saya tak boleh baca buku, isteri saya pun tak senang nak tengok drama/filem melayu.

puncanya sbb saya akan komen satu demi satu. kah kah kah.


message 21: by Ummu Auni (new)

Ummu Auni (ummuauni) | 539 comments Saya boleh membaca sambil TV pasang kuat (ditonton oleh anak), saya boleh membaca ketika berjalan kaki dari tempat letak kereta ke pejabat, saya boleh membaca sambil makan..kecuali dalam tandas sahaja, saya tak tergamak nak buat!


message 22: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2428 comments Mod
Ummu Auni wrote: "Saya boleh membaca sambil TV pasang kuat (ditonton oleh anak), saya boleh membaca ketika berjalan kaki dari tempat letak kereta ke pejabat, saya boleh membaca sambil makan..kecuali dalam tandas sah..."

boleh baca juga dgn tv pasang, tapi fokus tak dapat.

makan, kalau makan sorang2 di kafe/restoran. dlm tandas, saya baca juga, tapi sebelum masuk tandas. saya baca doa masuk tandas.. hehehe


message 23: by Isma (new)

Isma | 682 comments Nazmi wrote: "Ummu Auni wrote: "Saya boleh membaca sambil TV pasang kuat (ditonton oleh anak), saya boleh membaca ketika berjalan kaki dari tempat letak kereta ke pejabat, saya boleh membaca sambil makan..kecual..."

Membaca dalam jamban!Saya malu nak buat...hehehe


message 24: by Xara_fatima (new)

Xara_fatima | 255 comments Saya tak boleh membaca dalam keadaan yang sunyi-sepi - contohnya mcm library. Tapi tak boleh juga membaca depan tv. Biasanya akan pasang lagu yang tidak boleh difahami seperti ost cerita jepun / anime dll.

Lama dah tak buat baca buku sambil makan. Melainkan buku tu best sangat-sangat sampai tak boleh ebrhenti makan, barulah dibawa ketika makan. Jika tidak, tutup dahulu buku. bimbang kotor :)


message 25: by Deviki (new)

Deviki | 182 comments saya tak boleh baca when song radio is on...becoz i like to song along...thus there is where i loose focus....i can have backgorund sound but never music ....oh i DO LOVE TO HAVE SNEK WHEN I READ BOOKS


message 26: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Chips or cookies?


message 27: by Deviki (new)

Deviki | 182 comments Khairul H. wrote: "Chips or cookies?"

CHIPS ....NO COOKIES...NO NO CHIPS ...NO COOKIE
OMG !!! I'll Take BOTH !!


message 28: by Siti (new)

Siti Rahmah | 174 comments nak baca buku tak bleh ada gangguan org di sebelah, lagu boleh dengar tapi dgn kadar yg amat perlahan, tapi kalu nk makan cookies..memang tak boleh, rasa mcm tertutup telinga ni,benda yg dibaca tak boleh masuk ke otak.

tapi kalau buku tu lagi sedap dr makanan tengah hari atau malam, sure dinner saya tu makan masa berjam2...sampai akhirnya tak habis pun makanan


message 29: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (last edited Oct 30, 2010 01:38AM) (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2843 comments Mod
Isma wrote: "Hajatnya petang ni nak baca buku sambil makan colek di tebing Sungai Kelantan tapi langit kelihatan hitam sana-sini."

Orang kata colek tebing Sungai Kelantan tu sedap. Mungkin selepas anak dah besar-besar dan rambut dah beruban akan keluar membaca santai dengan suami di tebing sungai Kelantan :)

Buat masa lo ni, yang diamalkan adalah membaca masa makan sendirian, kalau bersama orang lain memang tak akan buat sebab waktu tu lebih wajar berukhwah saya rasa. Waktu membaca yang bukan di meja makan, kalau tak membaca sambil berbaring, kemungkinan besar akan ada makanan di tepi.


message 30: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2843 comments Mod
Nazmi wrote: "Ummu Auni wrote: "Saya boleh membaca sambil TV pasang kuat (ditonton oleh anak), saya boleh membaca ketika berjalan kaki dari tempat letak kereta ke pejabat, saya boleh membaca sambil makan..kecual..."

Dah banyak kali cuba membaca di bilik termenung, tapi tak pernah berjaya - rasa... sangatlah tak sesuai.


message 31: by Isma (new)

Isma | 682 comments Najibah wrote: "Isma wrote: "Hajatnya petang ni nak baca buku sambil makan colek di tebing Sungai Kelantan tapi langit kelihatan hitam sana-sini."

Orang kata colek tebing Sungai Kelantan tu sedap. Mungkin selepas..."


Sedap tapi air sungainya keroh..haha.Ketika solo ginilah boleh baco sorang...tak ada gangguan..haha..

*Kelate dah mula banjir. Hujan-hujan,sedap tidur daripada baco buku.


message 32: by Hussaini (new)

Hussaini Khairudin (profhussaini) | 52 comments Saya sangat suka membaca depan tv, atau radio. Tak terasa terganggu, saya lebih terhibur membaca dalam keadaan bising.

Tapi saya alergi membaca di depan laptop. Alih-alih, laptop yang saya baca, lagi-lagi bukumuka.


message 33: by Hussaini (new)

Hussaini Khairudin (profhussaini) | 52 comments Snek?

Snek di rumah kami ini tak pernah hidup dalam tempoh yang lama (rumah bujang). Kalau ada, pasti dikunyah-kunyah sampai habis.

Ya, saya juga sangat suka membaca sambil makan.


message 34: by Suzainur (new)

Suzainur | 163 comments Khairul H. wrote: Juga gemar membaca sambil makan walaupun isteri kata itu tidak sihat. Tapi seperti biasa, pe..."

Ayah saya tak bagi membaca sambil makan. :'(


message 35: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Ya, ayah saya pun. Masa kecil dulu, suka baca Asterix atau Tintin sambil membaca. Selalu kena tegur :(


message 36: by Ariffah (new)

Ariffah 9 (Ariffah9) | 26 comments kisah apa.. buat apa pun, di mana pun mesti membaca.. hidup membaca! hehe. tapi ikut keadaan jugak lah kan.

kalau makan nasi seorang, baca juga buku tapi lambat lah.makan ramai taklah..

makan snek itu selalu.. tak sihat pun tak sihat lah. kan jimat masa buat dua kerja.
dengar radio jarang, dengar lagu di laptop selalu sangat.

:)


message 37: by Fabian (new)

Fabian Davy (bluefabian) | 13 comments Sekarang, makan adalah diharamkan kalau membaca. Apatah lagi kalau paperback copy. Hardcover masih boleh diterima, tapi itupun kalau makan benda ringan yang tak meninggalkan stain. Coklat, kicap, minyak, sos, kari dan benda bersos/ berair memang diharamkan.

Minum boleh, tapi air clear je.

Sebenarnya fikiran saya akan terganggu kalau baca buku dengan lagu ataupun bunyi. Kalau depan TV pun, kalau benda takde makna (macam iklan) akan di mute kan sementara.


message 38: by Afiq (new)

Afiq Asyran (afiqasyran) | 69 comments Bayangkan macam ni, duduk atas kerusi batu tengah taman hijau, langit biru,

Ipod pasang volume rendah. Pasang lagu simfoni orkestra NutCracker-Tchaikovsky, Ave Maria-Franz Schubert, Jazz Suite No 2, Waltz- Shostakovich.

Baca buku...let say Murakami.

Perfect serenity!


message 39: by Mu'az (new)

Mu'az | 75 comments kalau layann lagu rock sambil membaca macam mana?


message 40: by Isma (new)

Isma | 682 comments Mu'az wrote: "kalau layann lagu rock sambil membaca macam mana?"

alamatnya lempar di tepilah bukunya...


message 41: by Lilys (new)

Lilys (gdiz) | 207 comments kalau sy pulak, saya lebih selesa membaca di tempat yang boleh dikatakan tertutup spt di dalam rumah & di dalam kereta. Tak kisah tv di 'on' & sambil mengunyah tp bukan makan nasi ya. Kalau membaca di tempat terbuka, cth tasik/laut/sungai/ pulak sure sy tak dpt tumpu apa yg sy baca. Kalau baca pun mata shj di buku, fikiran tak tau kat mana & terpikir/perasan org2 di sekeliling tgh pandang sy..huhu (ntah apa2)..hehh..


message 42: by Faizah Roslaini (new)

Faizah Roslaini | 825 comments Mod
Mu'az wrote: "kalau layann lagu rock sambil membaca macam mana?"

boleh. Janganla pasang Deftones. The Verve ok kot. Itu masih kategori rock kan?


message 43: by Faizah Roslaini (new)

Faizah Roslaini | 825 comments Mod
Gdiz wrote: "kalau sy pulak, saya lebih selesa membaca di tempat yang boleh dikatakan tertutup spt di dalam rumah & di dalam kereta. Tak kisah tv di 'on' & sambil mengunyah tp bukan makan nasi ya. Kalau membaca..."

Eh sama lah. Saya rasa faktor keselamatan pun memainkan peranan. Zaman2 peragut dan perogol kalau mahu membaca di tempat seperti taman dan sebagainya, kalau sayalah, saya takut bila terlalu ralit membaca, saya lupa menjaga keselamatan diri.

Yalah. Mencegah sebelum terkena kan? Lebih2 lagi perempuan.


message 44: by Juliana Es (new)

Juliana Es (julianaes) | 857 comments Mod
Afiq wrote: "Pasang lagu simfoni orkestra NutCracker-Tchaikovsky..."

Oohh! Tak sangka ada juga teman Goodreads yang suka dengar Tchaikovsky :-D


message 45: by Lyla (new)

Lyla Ibrahim (lylaibrahim) when I read, I love listening to piano instrumental songs such as Kiss The Rain from Yiruma...
so soothing...
huhu


message 46: by Mu'az (new)

Mu'az | 75 comments Faizah Roslaini wrote “boleh. Janganla pasang Deftones. The Verve ok kot. Itu masih kategori rock kan? “
layan ....
haha...
saya denga OASIS
kadang-kadang Bruno Mars....

sambil layan Jane Eyre...


message 47: by Afiq (new)

Afiq Asyran (afiqasyran) | 69 comments Bunnybaby wrote: "Afiq wrote: "Pasang lagu simfoni orkestra NutCracker-Tchaikovsky..."

Oohh! Tak sangka ada juga teman Goodreads yang suka dengar Tchaikovsky :-D"


hehehe, jangan ingat orang berumur je layan simfoni. tapi sehari dua ni saya lagi suka Johann Sebastian Bach-cello suite no 1 in G major, air on g string. kl vivaldi rancak sgt utk mood mbca'

Kl lagu rock, saya lgi suka Explosion in the Sky, Morning Benders, Camera Obscura, Avett Brothers, Asobi Seksu, Tallest Man on Earth, Fleet Foxes, yg bergenre lembut ala2 hippies utk bca bku. kl dgr yg keras mcm M.Manson, Slipkknot, Rammstein, Metallica mmg xbleh masuk.


message 48: by Juliana Es (last edited Jan 03, 2011 05:57AM) (new)

Juliana Es (julianaes) | 857 comments Mod
Afiq wrote: "hehehe, jangan ingat orang berumur je layan simfoni."

Chett! Siapa yang berumur ni?!

Saya tak sukakan Bach. Vivaldi ok, juga suka Johann Strauss.


message 49: by Mu'az (new)

Mu'az | 75 comments haha...main isu umur plak...

bgos jgk ...nanti try layan simfoni...try2


message 50: by Faizah Roslaini (new)

Faizah Roslaini | 825 comments Mod
Afiq wrote: "Bunnybaby wrote: "Afiq wrote: "Pasang lagu simfoni orkestra NutCracker-Tchaikovsky..."

Oohh! Tak sangka ada juga teman Goodreads yang suka dengar Tchaikovsky :-D"

hehehe, jangan ingat orang berum..."


Selalunya peminat rock sejati boleh melayan orkestra.

Saya belum sampai tahap rock sejati kot. Baru tahap2 nu-metal, alternative, 80s rock boleh la.

Led Zeppelin instrumental bolehla layan sikit-sikit.


« previous 1
back to top