Goodreads Malaysia discussion

Kolonel Jihad
This topic is about Kolonel Jihad
66 views
Buku Impak Maksima > KOLONEL JIHAD: ISA Patut dihapuskan?

Comments Showing 1-22 of 22 (22 new)    post a comment »
dateDown arrow    newest »

message 1: by Isma (new)

Isma | 682 comments Sudah banyak buku bekas tahanan ISA (dan juga tahanan undang-undang darurat di tempat saya)yang saya baca. Kesemua mereka adalah ahli politik sepenuh masa.Dan saya anggap penahanan tersebut adalah hal biasa buat orang berjuang.Tak nak kena tahan jangan jadi orang berjuang!Baik Kerja,Makan dan Tidur.Itu pegangan saya.Dan saya anggap undang-undang adalah sebagai satu bentuk ujian untuk menjadi seseorang itu Pahlawan atau Hero.Tanpa undang-undang yang zalim, mereka tak akan jadi Hero(hero versi saya).

Semuanya berubah bila saya baca buku ini, Kolonel Jihad;Mitos atau Realiti oleh Lt. Kol. Abdul Manaf Kasmuri.Beliau adalah tahanan ISA.

Jika kita google namanya,apa yang kita dapat, semuanya penuh dengan tohmahan dan fitnah ke atas dirinya tanpa beliau berpeluang menjawab.Oleh itu buku ini terbit untuk menjawab tuduhan tersebut.

Bekas petinggi tentera ini,asalnya seorang sukarelawan dan pernah terlibat dalam perang jihad di Bosnia.Pembabitannya dalam lapangan ini telah disalah anggap atau menjadi bayang-bayang ketakutan kepada Amerika menerusi CIA.

Dan saya rasa dia dianiaya.Tanpa ragu-ragu saya berpendapat ISA patut dihapuskan!Saya tidak menentang undang-undang bersifat pencegahan tapi saya menentang elemen tahan tanpa bicara!

Baca Prolog buku ini:

Kolonel Jihad : Antara Mitos dan Realiti
PROLOG

Banyak sekali yang mendesakku dengan persoalan apakah
sebenar-benarnya yang menyebabkan aku dihumban ke Kem
Tahanan Kamunting untuk tiga tahun lapan bulan lamanya mulai awal 2003. Justeru, aku terpanggil untuk menitipkan senarai pertuduhan rasmi yang mensabitkan aku di bawah Akta KeselamatanDalam Negeri (ISA) bagi menjawab persoalan yang mendakapi minda kalian yang menginginkan kepastian dari ungkapan perkataan seorang bekas tahanan sepertiku.

“ Bahawa kamu,...............telah bersubahat membawa masuk secara berperingkat seramai lebih 10 anggota Al-Qaeda terdiri dari warganegara Arab Saudi, Pakistan dan Afghanistan untuk mendapatkan rawatan di beberapa hospital dan pusat perubatan dengan tujuan untuk meneruskan perjuangan perang jihad .....

dan “.............telah mengendalikan latihan ala ketenteraan secara sulit kepada 6 ketua kem tentera Arakan Rohingya National Organisation berasal dari Myanmar bagi menyemai dan menanam semangat jihad....”

dan “............telah mengadakan satu perjumpaan sulit untuk memberi latihan ketenteraan kepada sebuah negara militan dari negara jiran yang ada hubungan dengan kumpulan Al-Qaeda ......”

dan “.............bersama-sama dengan seorang rakyat Indonesia yangdikenali telah mengadakan latihan ketenteraan secara sulit kepada 18 militan Indonesia ......”

dan “.............telah Menjadi Penasihat kepada sebuah organisasi hadapan (Front Organisation) Jemaah Islamiah dalam cara-cara mengurus dan menjana dana kumpulan tersebut ....”

Satu demi satu untaian pertuduhan itu dibacakan. Dakwaan
yang tercungkil dari persepsi mereka yang kabur ke atas apa yang aku lakukan demi keamanan sejagat. Namun, aku tidak berpeluang untuk membicarakan kekhilafan yang telah aku lakukan dan apayang sebenarnya yang terjadi sebelum aku ditahan. Rentetan dakwaan tersebutlah yang membawa aku bermukim di Kamunting selama 3 tahun 8 bulan. Apakah ia sekadar alasan yang berpaksikan andaian atau mungkinkah rencana tahanan ini sekadar mencegah bencana yang lebih besar umpama mengkandang kambing dari rakusan serigala yang sedang menggila mencari mangsanya?

Seingatku, hari Khamis malam Jumaat tanggal 20 Februari tahun 2003 merupakan waktu yang mengubah banyak aspek kehidupanku. Bermula dari detik lebih kurang jam 10.30 itulah aku menjadi sedar akan kewujudan bahawa andaian dan sangkaan boleh mewahamkan erti keikhlasan di dalam perjuangan. Dengan menggunakan akta polis aku diseret ke pusat reman untuk disoal-siasat dan kemudian dihumban ke Kem Tahanan Perlindungan (KEMTA) berdasarkan pertimbangan yang amat sukar ditakrifkan oleh skala keadilan asasi. Mungkin kepada yang berkenaan dengan merujuk nasihat dari ‘pakar keselamatan’ sudah cukup untuk
menghukum kalian di bawah akta keselamatan dalam negeri. Persis pendapat pakar perubatan yang memungkinkan pembedahan amputasi dilakukan kepada pesakit yang perlu menyerahkan nasib tanpa mempersoalkan kesahihannya. Agaknya, keperluan pendapatkedua (second opinion) hanya menunda masa!

Sejujurnya, aku tidak tahu adakah penjelasan yang aku
nukilkan di sini mampu melempiaskan jawapan bagi setiap persoalanyang acapkali kalian lumpukkan kepadaku. Aku sedar, bahasaku tidak sepuitis sasterawan negara yang bisa menguasai bait-bait ungkapan menjadi suatu coretan yang meruntun jiwa-jiwa yang membacanya.Aku hanya seorang manusia biasa yang tiada upaya menganyambahasa berbunga-bunga. Aku termegun memikirkan entah dari bahagian mana perlu aku memulakan agar ia menjadi jelas dan dapat difahami akan segenap perasaan yang telah aku pendam tujuh tahun lamanya.

Aku menghela nafas panjang yang membawa bersama
harapan dan kesedihan dan begitu sukar untukku menterjemahkan kepada mereka yang telah melabelkan aku dengan pelbagai gelarandan sisipan yang menyakitkan hati setelah aku dikuburkan di Kamunting dan ditalkinkan sebagai pengganas!

Lantas, aku menggerakkan pena untuk memberitahu dunia kerana aku seringdihakimi dan bukan dimengerti.

http://coloneljihad.blogspot.com/


message 2: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (last edited Sep 04, 2010 09:05PM) (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
ISA patut dihapuskan bukan sebab ia adalah satu ujian undang-undang untuk melihat samada seseorang itu hero atau Pak Turut. ISA patut dihapuskan kerana ia tidak adil, baik dari segi sekular atau pun Islam. Menahan tanpa dakwaan dan bicara adalah salah. Budak darjah satu pun boleh paham. Tapi kuasa membuat ahli politik menjadi gila dan lebih menyedihkan, ramai rakyat marhaen yg menyokong undang-undang ini (nak kata mereka ni bodoh, ramai yg lepasan Universiti...)


message 3: by Isma (new)

Isma | 682 comments Khairul H., di GR ni pun ada yang sokong ISA.Saya agak.

(Dulu, saya anggap ISA lebih baik sikit berbanding di tempat saya yang selalu ''menghilangkan'' orang yang disyaki, entah di mana kubur!)


message 4: by Fariza (new)

Fariza | 736 comments Penerangan terhadap kepincangan ISA wajar diberikan kepada golongan yang menyokong ISA sebab mungkin mereka tidak memahami bahawa sebuah undang2 yang adil mesti melalui perbicaraan. Malah rakyat dimomokkan @ ditakutkan bahawa sekiranya tanpa undang2 ISA Malaysia akan diancam oleh terorist.. Walaupun hakikatnya? Yang ditahan kebanyakannya atas sebab POLITIK!!

Tiba-tiba teringat cerita V for Vendetta:

"People should never afraid of their government, Government should be afraid of their people"

Malaysia? huh?


message 5: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
V for Vendetta, komik dystopia Alan Moore yg patut dibaca oleh semua rakyat M'sia.

Fariza, bukan saja ahli politik yg ditahan ISA, malah ramai juga orang yg disyaki melakukan jenayah juga ditahan ISA, seperti memalsukan paspot, memalsukan wang Ringgit dan memalsukan kad pengenalan, cuma kita tak dengar sebab tak dihebohkan oleh sesiapa termasuk kumpulan anti-ISA. Mengapa mereka disenyapkan di Kamunting sedangkan kesalahan mereka (jika benar mereka bersalah) adalah kesalahan jenayah? Bicara le di mahkamah.


message 6: by Isma (new)

Isma | 682 comments Kumpulan anti-ISA juga bersifat memilih.

Saya kurang pasti, adakah tahanan di Simpang Renggam juga tahanan tanpa bicara?

Dan juga beberapa persoalan, adakah jika PR memerintah Malaysia(kalau itu berlaku)undang-undang bersifat pencegahan akan ada. Kalau ada, bagaimana sifatnya?Ini kerana persoalan takrif ''kebebasan'' amat berbeza; bebas cara Nik Aziz tak sama dengan ZI, jauh sekali dengan Karpal Singh.

Jika undang-undang pencegahan itu diadakan, mungkin begini rasanya Perdana Menteri kerajaan PR akan berkata, ''Kita perlu cegah orang rasis seperti perkasa.''


message 7: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Dan juga beberapa persoalan, adakah jika PR memerintah Malaysia(kalau itu berlaku)undang-undang bersifat pencegahan akan ada.

Mungkin ISA tu dimansuhkan tetapi diganti dgn undang-undang lain tapi ada iras-iras rupa dgn ISA.

W/pun saya tidak pernah segan silu mengakui saya pro-PR tapi saya juga realis politik. Memang mudah mengecam sesuatu apabila kita tiada kuasa. Tapi bila ada kuasa, lain cerita. Misalnya, Iran di zaman Shah terkenal dgn polis rahsianya, SAVAK, yg menyeksa ramai pro-Islamik termasuk Ayotallah Khomeini sendiri. Apabila Khomeini berkuasa tahun 1979, SAVAK masih ada cuma tukar nama dan digunakan untuk mengecam anti-Islamis, pengikut Sunnah dan musuh-musuh politik Khomeini di dalam partinya sendiri. Bila ada kuasa, lain cerita.

Dalam mimpi saya, jika PR naik, ISA hapus, cara hidup Islam yg betul (ikut sunnah dan Quran) ditingkatkan. Tapi saya rasa dalam dunia realiti kalau PR naik, ISA hanya tukar nama, cara hidup Islam yg betul hanya wujud di belah utara M'sia dan ditentang di negeri2 lain tapi bukannya ditentang kaum bukan Islam tapi oleh org yg mengaku diri mereka Islam (liberal, sekular, modern dan macam-macam label lagi).

Percayalah.


message 8: by Isma (new)

Isma | 682 comments ''Mungkin ISA tu dimansuhkan tetapi diganti dgn undang-undang lain tapi ada iras-iras rupa dgn ISA.''

Setuju.Saya juga yakin.


message 9: by Isma (new)

Isma | 682 comments Tadi saya ada dengar, kalau susah-susah sangat nak bukti DNA sumbat saja di Kemunting atau di Simpang Renggam!Kalau dah cukup bukti baru dakwa!Ni, mesti orang Galas sokong!


message 10: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Tu org yg tak lulus matapelajaran Sains Tingkatan 3 yg cakap macam tu.


message 11: by Isma (new)

Isma | 682 comments Itulah, sesuai sangat jadi bahan kempen di Galas.

Sambung reman, sambung reman,NGO dah kecoh.

*Minggu lepas, seorang suspek pengedar Dadah menang kes di mahkamah tapi beberapa minit bebas dia di tahan semula di Simpang Renggam!Atas dasar pencegahan.


message 12: by Adriana (new)

Adriana (2candles1wish) | 34 comments undang-undang dan penjara semestinya perlu tetapi penahanan tanpa bicara adalah 100% mencabuli hak asasi manusia. lebih-lebih bagi sebuah negara demokrasi yang mana rakyat sepatutnya bebas untuk bersuara.

mansuh ISA! tutup kemunting!


message 14: by Isma (new)

Isma | 682 comments saya baru baca buku Universiti Kedua: Kisah Tahanan Di Bawah ISA terbitan terbaru ZI publication, tahun 2010, Kassim Ahmad dalam pengantar terbarunya kembali menyokong ISA dengan berdalilkan kisah-kisah Nabi Khidir, pulak dah, dulu menentang, sekarang sokong pulak...:)


message 15: by Najmuddin, Tok Mudin (new)

Najmuddin (mudin001) | 998 comments Mod
Isma wrote: "saya baru baca buku Universiti Kedua: Kisah Tahanan Di Bawah ISA terbitan terbaru ZI publication, tahun 2010, Kassim Ahmad dalam pengantar terbarunya kembali menyokong ISA dengan ber..."

Kheh!


message 16: by Fariza (new)

Fariza | 736 comments Isma wrote: "saya baru baca buku Universiti Kedua: Kisah Tahanan Di Bawah ISA terbitan terbaru ZI publication, tahun 2010, Kassim Ahmad dalam pengantar terbarunya kembali menyokong ISA dengan ber..."

Biasala.. Imam Shafie pun lepas jumpa dalil baru buat hukum baru.. Tapi si Kassim Ahmad ni jumpa dalil baru kot.. hehe

p/s: Walau apa pun saya tetap xsokong ISA!!!


message 17: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Nak samakan Kassim 'anti-Hadis' Ahmad dgn Imam Shafie??

Cet!


message 18: by Fariza (new)

Fariza | 736 comments Khairul H. wrote: "Nak samakan Kassim 'anti-Hadis' Ahmad dgn Imam Shafie??

Cet!"


hehe tu kenyataan perli saya En. Khairul..


message 19: by Afiq (new)

Afiq Asyran (afiqasyran) | 69 comments 1st time saya tengok V for Vendeta di TV3 saya terbayang Malaysia. Saya terfikir "Wow, pak menteri mesti tak layan movie mcm ni, sbb tu bleh tlepas dari siaran".


message 20: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Baca bukunya Afiq. Lebih "oomph".


message 21: by Isma (new)

Isma | 682 comments Kassim Ahmad boleh ajar Islam hanya dalam masa enam jam..anda akan faham semuanya..haha


message 22: by Afiq (new)

Afiq Asyran (afiqasyran) | 69 comments Tu la, nak jugak ada satu graphic novel. tak penah lagi try graphic novel. berapa RM satu? RM100++ eh?

Tgk kat Amazon RM 56 je paperback. so kalau kt The Borders around 60, 70? eh Khairul?

Hardcover Amazon, rm 218. around RM240,250 the borders?


back to top