Goodreads Malaysia discussion

111 views
Arkib (Ganding Baca @ GRMY) > Ganding Baca September 2010 (Alexander adalah Zulqarnain)

Comments Showing 1-50 of 71 (71 new)    post a comment »
« previous 1

message 1: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2842 comments Mod
Rakan-rakan, dah mula baca Alexander adalah Zulqarnain ke?

Minta maaf sebab Ganding Baca tergendala beberapa hari :) - InsyaAllah akan kekal atas trek sepatutnya selepas ni.


message 2: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Akan mula insyaallah. Sedang baca 3 buku serentak, ni kena tambah lagi satu.


message 3: by Najmuddin, Tok Mudin (new)

Najmuddin (mudin001) | 998 comments Mod
Tak ada buku ni.Tak sempatlah nak join Ganding Baca bulan ni.


message 4: by Nor, dari khutubkhanah USIM (new)

Nor (norazzahmomin) | 1540 comments Mod
Baru perasan..dah masuk September ye..


message 5: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Najmuddin wrote: "Tak ada buku ni.Tak sempatlah nak join Ganding Baca bulan ni."

Buku ni merata dijual. Sempat lagi kalau nak join.


message 6: by Saniah (new)

Saniah Mat | 163 comments Terima kasih atas ingatan Encik Khairul.


message 7: by Isma (new)

Isma | 682 comments buku ni tebal, tak sesuai nak bawa balik kampung!


message 8: by Hilman (new)

Hilman | 492 comments dah beberapa kali tertido dan mengalami 'mimpi ngeri' bila baca buku ni...hehehehe


message 9: by Welma (new)

Welma La'anda | 194 comments semoga kiriman buku ini daripada PTS cepat sampai agar boleh saya bergandingan baca bersama kalian ;)


message 10: by Norziati (new)

Norziati | 378 comments Pergi Gramedia Mines tapi tiada (atau tak jumpa) buku ini. Saya akan usahakan buku ini untuk sama-sama menyertai.

Dan mahu juga beritahu, Gramedia Mines sekarang memberi potongan separuh harga terhadap buku terbitan Indonesia. Kalau tak silap sampai 19hb. Tapi ini khusus untuk buku terbitan Indonesia. Misalnya Ketika Cinta Bertasbih, jangan beli terbitan al-Risalah, nanti tiada potongan. Beli naskhah yang asli dari sana. Cuma kita tidak banyak pilihan. Namun... cukuplah bagi yang mahu membeli buku-buku yang disukai.


message 11: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Norziati wrote: "Pergi Gramedia Mines tapi tiada (atau tak jumpa) buku ini. Saya akan usahakan buku ini untuk sama-sama menyertai."

Di MPH & Popular ada.


message 12: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2842 comments Mod
Norziati wrote: "Pergi Gramedia Mines tapi tiada (atau tak jumpa) buku ini. Saya akan usahakan buku ini untuk sama-sama menyertai.

Dan mahu juga beritahu, Gramedia Mines sekarang memberi potongan separuh harga ..."


Ada tanda-tanda akan ditutup juga Gramedia Mines? Risau bila mereka jual harga runtuh begitu, mungkin ke sedang bersiap menjual stok untuk pulang ke kampung halaman? Harap-harap tidak.


message 13: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2842 comments Mod
Najmuddin wrote: "Tak ada buku ni.Tak sempatlah nak join Ganding Baca bulan ni."

Tok, saya pun belum beli lagi. Tapi buku ni mudah dicari, di Kelate mesti ada punya.


message 14: by Najmuddin, Tok Mudin (new)

Najmuddin (mudin001) | 998 comments Mod
Najibah wrote: "Najmuddin wrote: "Tak ada buku ni.Tak sempatlah nak join Ganding Baca bulan ni."

Tok, saya pun belum beli lagi. Tapi buku ni mudah dicari, di Kelate mesti ada punya."


Kalau terserempak di mana2 kedai buku, saya beli. :)


message 15: by Haryati (new)

Haryati Abd. Halim | 754 comments Saya beli di Bookfest@ Malaysia, KLCC hari Sabtu lepas. Orang lain shopping raya, saya shopping buku...La..la...

Baru baca beberapa bab, teringat-ingat masa mengaji sejarah tingkatan 4. Banyak penemuan-penemuan baru yang memerlukan rujuk silang pastinya.

Kredit untuk En. Khairul yang berkempen untuk buku ini.


message 16: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Baru belek-belek buku ni. Saya belum baca sepenuhnya tapi, mak oi, Joyah! Muhammad Alexander ni nampak memang obses nak membuktikan Alexander the Great tu mmg Dzulkarnain yg disebut dalam Quran. Apa nak jadi, jadilah.

Belum boleh setuju atau tidak dgn pengarang sebab belum baca dengan teliti. Saya rasa sebulan tak cukup tapi sbb Ganding Baca kena usaha jugak le.


message 17: by Nor, dari khutubkhanah USIM (new)

Nor (norazzahmomin) | 1540 comments Mod
Melihat ketebalannya & digandingkan pulak dgn ketebalan lemang & ketupat nanti..tak tahulah sempat atau tak nak habiskan. Saya baca juga sikit buku yang berkaitan, Alexander Bukan Zulkarnain, hasil tulisan penulis Malaysia, kena dibandingkan antara isinya.


message 18: by Hilman (new)

Hilman | 492 comments rasanya dah 3 hari tak buka buku AAZ ni...mood raya dah di tahap maksimum..dah tak sabar nak balik kg ptg ni...lmbt betul habis kerja hari ni...huhuhu


message 19: by Nor, dari khutubkhanah USIM (new)

Nor (norazzahmomin) | 1540 comments Mod
Betul tu..Selamat Hari Raya kepada semua, maaf kalau sepanjang kita kenal di atas talian ini ada apa2 yg silap.
Apa2 pun buku tebal ni akan saya juga & nikmati bersama juadah raya..


message 20: by Norziati (new)

Norziati | 378 comments Najibah wrote: "Norziati wrote: "Pergi Gramedia Mines tapi tiada (atau tak jumpa) buku ini. Saya akan usahakan buku ini untuk sama-sama menyertai.

Dan mahu juga beritahu, Gramedia Mines sekarang memberi potongan..."


Oh, tak perasa pula saya akan hint sebegini rupa. Sayanglah kalau begitu...


message 21: by Najmuddin, Tok Mudin (new)

Najmuddin (mudin001) | 998 comments Mod
Masih di Pendahuluan buku ini. Menarik apabila penulis mendakwa Luqman al-Hakim adalah Socrates, guru Plato yang merupakan guru pula kepada Aristotle yang kemudiannya menjadi guru kepada Alexander the Great (yang dakwa penulis adalah Iskandar Zulqarnain).

Pertama kali mendengar/membaca dakwaan sebegitu (tentang Luqman).


message 22: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Baru baca takat m/s 80+, dah bosan. Ada 400+ lebih lagi nak kena baca ni. Henti sekejap dan baca buku Reza Aslan, No God But God: The Origins, Evolution and Future of Islam. Lagi best.


message 23: by Najmuddin, Tok Mudin (new)

Najmuddin (mudin001) | 998 comments Mod
Saya setuju. No God but God adalah buku yang sangat menarik. Ingat lagi saya bergaduh dengan isteri kerana buku ini. Saya sungguh melekat dengan buku ini sehingga membawanya ketika menghantar adik ipar mendaftar di UKM. Konon nak baca sambil menunggu. Dalam perjalanan pulang, baru sedar buku hilang. Rupanya isteri tersalah letak atas bumbung kereta masa saya sedang mengangkat barang keluar dari kereta. Memang 'perang' besar masa tu. Keesokan harinya saya suruh isteri saya ganti di Kinokuniya. Heh!


message 24: by Isma (new)

Isma | 682 comments Najmuddin wrote: "Saya setuju. No God but God adalah buku yang sangat menarik. Ingat lagi saya bergaduh dengan isteri kerana buku ini. Saya sungguh melekat dengan buku ini sehingga membawanya ketika menghantar adik ..."

Ingatkan gaduh pasal isi buku tu..


message 25: by Najmuddin, Tok Mudin (new)

Najmuddin (mudin001) | 998 comments Mod
Isma wrote: "Najmuddin wrote: "Saya setuju. No God but God adalah buku yang sangat menarik. Ingat lagi saya bergaduh dengan isteri kerana buku ini. Saya sungguh melekat dengan buku ini sehingga membawanya ketik..."

Haha, dia tak baca buku sebegini.


message 26: by Fariza (new)

Fariza | 736 comments Huhu baru jer sempat singgah Pekanbuku tadi dan beli AAZ.. RM31.50.. terkejut gak tengok ketebalan buku ni..

hehe entah sempat nak ganding baca entah tidak.. ikut tarikh macam TIME KRITIKAL..


message 27: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Tebal tapi isi tak padat. Bak kata penyamun dalam Pendekar Bujang Lapuk, "Pusing-pusing macam gasing daa!"


message 28: by Haryati (new)

Haryati Abd. Halim | 754 comments Fariza,

Mula-mula ok, kemudian pertengahan cerita, saya jadi sangat tidak selesa. Lebih-lebih lagi bila berulang-ulang kali ayat 'kita pertama kali dapat membuktikan itu, membuktikan ini...orang itu keliru, orang ini keliru...seolah-olah penulis mengenepikan sumbangan penulis lain. Nasib baik dalam tren dan saya tak bawa buku lain. Kemudian saya teruskan juga pembacaan dan berharap minggu ini dapat mengkhatamkan buku ini.

Saya tak pernah membaca buku yang menyangkal pendapat orang lain, contohnya penulis-penulis silam. Saya tertanya-tanya bagaimanakah bentuk penulisannya? Adakah sama dengan bentuk penulisan Muhamad Alexander ini? Apa pandangan kawan-kawan GR lain?


message 29: by Najmuddin, Tok Mudin (new)

Najmuddin (mudin001) | 998 comments Mod
Haryati wrote: "Fariza,

Mula-mula ok, kemudian pertengahan cerita, saya jadi sangat tidak selesa. Lebih-lebih lagi bila berulang-ulang kali ayat 'kita pertama kali dapat membuktikan itu, membuktikan ini...oran..."


Menyangkal pendapat dengan hujah yang lebih baik, tidak mengapa. Tapi pendapat orang lain disangkal dengan andaian semata (yang dibentangkan sebagai fakta - Khairul H). Itu yang jadi 'kurengg' sangat tu.

Perlukah saya terus membaca buku ini? I'm at 158/768.


message 30: by Haryati (new)

Haryati Abd. Halim | 754 comments Tok Mudin,

Secara jujur, bila perasaan tak selesa lebih banyak dari ingin tahu, rasa macam nak ketepikan buku ini. dari pengalaman lepas, buku itu akan jadi perhiasan semata.

Alang-alang dah baca setengah, saya teruskan juga. Baru kita tahu bagaimana gaya penulisannya dan selepas ini kita akan terfikir banyak kali untuk baca buku karyanya lagi.

Saya cadangkan Tok Mudin teruskanlah pembacaan. Macam katanya baca sambil berfikir dan berzikir.

Good luck!


message 31: by Fariza (new)

Fariza | 736 comments Oh ye ke?


message 32: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2414 comments Mod
buku ini adalah bonet kereta adik saya. aiseh, dah habis september, tak ambik lagi. tapi banyak pula komen yang boleh saya kira tak mendorong utk baca.


message 33: by Hilman (new)

Hilman | 492 comments saya akan sambung balik baca buku AAZ ini lepas selesai baca Laskar Pelangi walaupun saya tahu akan alami 'mimpi ngeri'...

saya undi buku ini dengan harapan dapat habiskan buku tulisan MA dalam masa sebulan kerana buku tulisan MA yang sebelumnya iaitu Yakjuj & Makjuj saya ambil masa hampir 4 bulan untuk habiskan...

Dengan semangat Ganding Baca beserta pesanan Tuk Bayan Tula (BACA BUKU, BELAJAR!!), sama sama la kita habiskan buku yang mencabar kesabaran kita...hehehe


message 34: by Isma (new)

Isma | 682 comments Hilman, kau baru lepas belayar,badai taufan...


message 35: by Haryati (new)

Haryati Abd. Halim | 754 comments Hilman,

Semoga berjaya menghabiskan AAZ!


message 36: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Kepada Nazmi, Tok Mudin dan sesiapa yg belum habis baca AAZ tapi rasa was-was berdasarkan komen-komen di sini, saya cadangkan baca je tapi tak perlu teliti sangat. Nak lompat-lompat pun boleh. Seperti saya merungut dalam blog saya, penulis ni gemar memberi bukti berdasarkan bukti yg tidak kukuh malah spekulasi semata-mata.

Yg paling kelakar sekali, dia tulis Injil diselewengkan dan kita jika Muslim mmg percaya fakta ini. Tapi lepas tu dia ambil petikan dari Injil terjemahan Indonesia untuk mengukuhkan hujahnya! Aik? Kalau dah diselewengkan, mana boleh guna sebagai bukti??


message 37: by Saniah (new)

Saniah Mat | 163 comments Nampaknya cadangan Encik Khairul kena diterima.jenuhlah nak habis baca.


message 38: by Zulkifli (new)

Zulkifli | 1 comments Salam,saya pun dh baca buku karangan Muhammad Alexander…saya yakin Alexander adalah Zulkarnain….buku ini penuh ilmiah,kajian hadis,text yunani pro dan kontra..ternyata tiada tokoh lain mahupun Cyrus yg boleh kita gelarkan Zulkarnain kecuali Alexander…..barat cuba memberi gambaran yg hodoh terhadap Alexander bahwa dia adalah gay,ini tidak benar…mereka membuat tuduhan ini hanya kerana Alexander menangisi kematian sahabatnya Hephastion…..

kepada semua mangkuk yang mengkeji buku ini…saya harap anda semua baca dahulu SAMPAI HABIS sebelum menafikan tajuk buku ini.

Don’t be a badass that always concludes a wrong a fact before exploring any information.


message 39: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Zulkifli wrote: "kepada semua mangkuk yang mengkeji buku ini…"

Muhammad Alexander, is that you?


message 40: by Haryati (new)

Haryati Abd. Halim | 754 comments Zulkifli,

Kita orang islam. Islam itu agama keindahan. Apa yang saya yakini, agama TIDAK PERNAH menganjurkan umatnya menggelarkan MANGKUK atau apa sahaja gelaran yang kurang menyenangkan pada sesiapa sahaja. Saya menyakini, untuk dihormati, belajarlah menghormati.

Kita boleh saja berbeza pendapat. Mungkin pendapat tuan benar. Namun, jangan ketepikan pandangan orang lain. Bukankah perbezaan pendapat dalam apa jua bidang itu satu rahmat?

Sekadar pandangan dan maaf seadanya. Sekian.


message 41: by Najmuddin, Tok Mudin (new)

Najmuddin (mudin001) | 998 comments Mod
Zulkifli wrote: "Salam,saya pun dh baca buku karangan Muhammad Alexander…saya yakin Alexander adalah Zulkarnain….buku ini penuh ilmiah,kajian hadis,text yunani pro dan kontra..ternyata tiada tokoh lain mahupun Cyru..."

Zul, aku tak nafikan sama ada Alexander adalah Zulkarnain atau tidak. Kalau tak baca buku ini pun, aku boleh percaya kalau aku mahu. Dan aku boleh tulis satu buku setebal 1000 muka surat supaya orang percaya seperti yang aku mahu.

Masalahnya, kalau nak tulis buku tebal2 pun, biarlah dengan hujah dan ulasan yang padat. Bukan mengulang2 benda yang sama setiap 2 muka surat. Membaca buku ini setakat ini, aku rasa buku itu boleh ditulis dengan 50% ketebalan asal tanpa menjejaskan hujah penulis. Persoalan nak bersetuju atau tidak dengan hujah beliau, itu perkara kedua.

Kau ingat, kalau aku tak setuju bahawa Alexander itu Zulkarnain, adakah kerana semata2 kerana aku tertipu dengan Barat yang mengatakan Alexander itu gay?

Ah, habis2.... Barat juga yang disalahkan!


message 42: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Najmuddin, kau ni mangkuk lah! *lariiiiiiiiiiiiii*


message 43: by Fariza (new)

Fariza | 736 comments haha OMG I can't imagine it can be like this! Relax guys!


message 44: by Najmuddin, Tok Mudin (new)

Najmuddin (mudin001) | 998 comments Mod
Zulkifli wrote: "kepada semua mangkuk yang mengkeji buku ini…saya harap anda semua baca dahulu SAMPAI HABIS sebelum menafikan tajuk buku ini. "

Setakat yang aku baca kat thread ni, tiada sesiapa yang menafikan 'tajuk' buku tersebut. Yang dibincangkan ialah fakta/olahan penulis yang tidak meyakinkan.

Jadi tiada 'mangkuk' di sini.

badass tu apa ek?


message 45: by Fariza (new)

Fariza | 736 comments Cemuhan dalam bahasa Inggeris.. hehe


message 46: by Najmuddin, Tok Mudin (new)

Najmuddin (mudin001) | 998 comments Mod
Fariza wrote: "Cemuhan dalam bahasa Inggeris.. hehe"

Oh, I prefer mangkuk. Haha!


message 47: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2414 comments Mod
Kepada semua cawan2 yang mahu mengisi ilmu kat sini, soal siapa iskandar zulkarnain tak termasuk dalam hal usul. Bila tak masuk dalam soal usul dalam akidah, maka kalau ada cawan yang nak tolak atau pinggan yg nak terima, lantak cawan atau pinggan tu lah.


message 48: by Fariza (new)

Fariza | 736 comments Najmuddin wrote: "Fariza wrote: "Cemuhan dalam bahasa Inggeris.. hehe"

Oh, I prefer mangkuk. Haha!"


Me tooo.. Nampak bertamadun sikit kalau guna peralatan dapur.. haha


message 49: by Welma (last edited Sep 22, 2010 08:51PM) (new)

Welma La'anda | 194 comments Khairul H. wrote: "Zulkifli wrote: "kepada semua mangkuk yang mengkeji buku ini…"

Muhammad Alexander, is that you?"


heheheh. kelakar lah pulak.

Pembaca-pembaca Ganding Baca,

Setelah lama tidak menjenguk thread ni, sampai jadi sebegini pulak ;).

Saya belum lagi membaca buku ini. Tetapi saya sangat selesa dengan teori yang mengatakan Cyrus the Great adalah Iskandar Zulkarnain. Berdasarkan fakta-fakta kajian yang dikemukakan oleh Afareez Abdul Razal Al-Hafiz (yer, ini juga sebuah lagi buku terbitan PTS, tapi penulis malaysia). Namun begitu, tak juga menerima 100% fakta yang dikemukan (yer, dalam erti kata lain, sangat selesa dan mungkin cenderung untuk menyetujuinya.

Seperti yang ditulis penulis, beliau mengemukakan 4 hujah utama kenapa cyrus the great adalah iskandar zulkarnain berdasarkan surah kahfi (Surah Al-Kahfi ayat 86, 93-96)

1.Perjalanannya ke arah terbenamnya matahari (barat)
2.Menerima wahyu daripada Allah iaitu memilih sama ada hendak mengazab ataupun berbuat kebaikan.
3.Perjalanannya ke arah terbitnya matahari (timur) dan menemui kaum yang tiada pelindung.
4.Membina tembok menghalang Yakjuj Makjuj----dipetik dari halaman 124


Hujahnya ialah :
Ditulis pada buku ini yang Raja Kurush (cyrus the great) merupakan pemerintah Empayar Parsi yang berpusat di Iran dan sepanjang pemerintahannya didapati beliau pernah melakukan ekspedisi melebarkan empayar sehingga ke Laut Hitam iaitu di sebelah barat Iran. Laut Hitam itulah yang dimaksudkan sebagai "laut yang berlumpur hitam" kerana secara amnya laut hitam apabila dilihat dari atas adalah bewarna hitam kerana memiliki dasar yang berlumpur hitam. Sama juga perihalnya dengan Raja Iskandar. Didapati beliau juga pernah melakukan perjalanan hingga ke barat Macedonia iaitu Illyricium. Tetapi, peristiwa itu berlaku ketika beliau masih kecil. Manakala "laut yang berlumpur hitam" pula ditafsirkan dengan Laut Mediterranian kerana laut ini memang bewarna keruh dan gelap. Melalui poin yang pertama, didapati kedua-dua tokoh ini memenuhi kriteria Zulkarnain iaitu pernah melakukan perjalanan ke arah terbenamnya matahari (barat).

Namun begitu, hujah-hujah untuk kriteria kedua yang diutarakan oleh penulis lebih jelas menunjukkan kepada kita yang ia lebih banyak memihak kepada Raja Kurush. Penulis membawa kita meneliti catatan sejarah, jelas kepada kita wujudnya perbezaan akhlak dan peribadi antara Raja Kurush dan Raja Iskandar. Seperti yang tertulis di dalam catatan Yahudi, nama Raja Kurush ada disebut yang beliau menerima wahyu daripada Tuhannya. Beliau disifatkan sebagai merupakan pemerintah agung di mana hampir seluruh jajahannya menyerah diri secara rela dan berasa aman di bawah pemerintahannya. Beliau merupakan seorang yang taat pada agama, menyembah tuhan yang satu, dan menganut agama Zarathustra yang dibawa oleh Nabi Zarathustra (disebut Zoroaster @ majusi pada zaman Yunani Purba). Agama ini menggunakan api sebagai simbol agama mereka. Samalah seperti Islam, kita menggunakan simbol Kaabah. Kristian menggunakan simbol Salib dan Yahudi menggunakan simbol bintang penjuru 6 (Bintang Daud).

Tetapi lama kelamaan, penganut agama tersebut menyeleweng sehingga mereka menyembah api dan melalui agama inilah dikaitkan dengan agama Majusi. Kita diingatkan oleh penulis juga, Raja Kurushlah yang membebaskan kaum Yahudi yang ditawan oleh Raja Bukhtanasar dan dijadikan hamba abdi di Babylon. Beliau yang mengembalikan semula Jerusalem kepada Yahudi dan membina tempat-tempat ibadah Nabi Sulaiman yang dihancurkan oleh Raja Bukhtanasar. Sedangkan Raja Iskandar pula didakwa ialah seorang pemimpin yang suka menjatuhkan hukuman bunuh, minum arak dan mengaku dirinya sebagai anak tuhan iaitu Tuhan Zeus dan Tuhan Ammon. Berdasarkan fakta-fakta sejarah tersebut, mana mungkin seorang yang syirik boleh menerima wahyu daripada Allah.

Hujah-hujah untuk poin keempat iaitu pembinaan tembok cukup merancakkan lagi perbincangan di dalam buku Benarkah Iskandar Bukan Zulkarnain. Apabila menyebut tentang Zulkarnain, pasti kita tidak boleh lari daripada 2 isu iaitu pembinaan tembok yang diperbuat daripada besi dan tembaga dan Yakjuj Makjuj. Berdasarkan fakta sejarah, didapati kedua-dua pemerintah ini pernah membina tembok iaitu Dinding Kurush dan Dinding Iskandar. Juga pada masa dahulu, terdapat banyak tembok yang dibina.

Persoalannya sekarang, tembok yang mana satukah yang dibina oleh Zulkarnain? Di manakah lokasinya? Adakah tembok yang dimaksudkan itu dibina oleh Raja Kurush atau Raja Iskandar? Kenapa tembok itu dibina? Kita tahu jawapannya iaitu ingin melindungi kaum tertentu daripada serangan Yakjuj Makjuj. Siapakah yang dimaksudkan sebagai golongan Yakjuj Makjuj dan siapakah pula kaum yang dilindungi itu?

Banyak sekali fakta, tulisan dan sumber yang diambil oleh penulis untuk menyatakan kepelbagaian jawapan untuk persoalan-persoalan di atas. Namun begitu, saya kira jikalau kita baca betul-betul, kita akan nampak satu kesinambungan jawapan.

Berbalik kepada persoalan siapakah kaum yang dimaksudkan sebagai Yakjuj Makjuj, penulis sekali lagi mengingatkan kepada kita tentang isu Yakjuj Makjuj boleh dibicarakan dalam 2 konteks iaitu Yakjuj Makjuj pada zaman Zulkarnain ( Surah Al-Kahfi) dan Yakjuj Makjuj pada akhir zaman (Suran Anbiyak). Menurut penulis lagi, buku ini hanya tertumpu kepada isu Yakjuj Makjuj pada zaman Zulkarnain.

Saya kira, penulis sudah sepakat menyimpulkan kaum Scythian ialah kaum yang dimaksudkan sebagai Yakjuj Makjuj itu.

Menurut Hesiod sendiri iaitu orang yang hidup sezaman dengan Nabi Ezeqiel, kaum Makjuj ialah kaum Scythian dan orang-orang di selatan Rusia. Kalau kita mahu tahu, nama Moscow itu sendiri adalah nama hebrew untuk Meshekh (lihat nama-nama anak Yafit - boleh rujuk buku ini). Dalam Ensiklopedia Yahudi (menurut catatan penulis), Makjuj dinyatakan sebagai penduduk yang tinggal di Gunung Kaf iaitu di Laut Kaspia. Walaupun nama-nama itu berbeza, tetapi ia sebenarnya merujuk kepda kawasan di Derbent yang berada di Laut Kaspia. Jikalau anda memilki buku ini, bolehlah anda melihat peta untuk mendapat gambaran yang lebih jelas. Diceritakan dahulu bahawa kaum Scythian adalah kaum yang pernah menguasai pemerintahan Madia. Kemudian Raja Kurush merampas kuasa dan menghalau mereka keluar kerana membuat kacau di kawasan itu. Ada lagi perbahasan yang mengaitkan kaum Yakjuj Makjuj ialah kaum Mongol dan Tartar. Scythian juga ada dikaitkan sebagai kaum Yahudi dari puak Ashkenazi dan Khazar (lihat nama cucu-cucu Nabi Nuh di dalam buku ini).

Dikatakan di sini, kaum Scythian memiliki banyak nama. Mereka juga digelar sebagai Cimmerian. Orang Assyrian memanggilnya sebagai Gimirri. Namun begitu, saya agak sedikit terkejut kerana penulis menyimpulkan bahawa nama Scythian itu sendiri berasal daripada Saka iaitu satu kaum yang berumpun yang terdiri daripada bangsa Cimmerian, Huns dan Khazar, Mongol dan Tartar. Pakaian Jehu iaitu seorang Raja Israel itu sendiri adalah sama seperti pakaian kaum Scythian. Contoh paling senang untuk kita faham ialah seperti yang dikatakan oleh penulis, melayu ialah kaum berumpun daripada keturunan Jawa, Bugis, Minang dan lain-lain. Begitulah dengan konsep kaum Scythian.

Persoalan yang terakhir ialah siapakah kaum yang mahu dilindungi daripada Yakjuj Makjuj (kaum Scythian). Ya sekali lagi fakta-fakta memihak kepada Raja Kurush. Bak kata penulis, terlalu banyak fakta yang memihak kepada Raja Kurush adalah yang dimaksudkan sebagai Zulkarnain. Adakah itu satu kebetulan?

Penulis tidaklah mem-finalized-kan penemuannya ini, cuma ya seperti yang dikatakannya, kepada pembaca, adakah 4 bukti ini hanya satu kebetulan?....


message 50: by Najmuddin, Tok Mudin (new)

Najmuddin (mudin001) | 998 comments Mod
Ada bukti kajian sebegini kan bagus?

(http://www.kosmo.com.my/kosmo/content...)

Walaupun kita sebenarnya tak perlukan apa2 kajian untuk meyakini benarnya Quran.


« previous 1
back to top