Goodreads Malaysia discussion

67 views
Arkib (Ganding Baca @ GRMY) > Pencalonan untuk Ganding Baca Oktober 2010

Comments Showing 1-50 of 68 (68 new)    post a comment »
« previous 1

message 1: by Hilman (last edited Sep 27, 2010 08:50PM) (new)

Hilman | 492 comments Mengundi di http://www.goodreads.com/poll/list/46...
Berikut adalah Pencalonan untuk Ganding Baca Oktober 2010

1. Murtad: Jangan Pandang Sebelah Mata
Pengarang: Ann Wan Seng
Penerbit: Mustread
Cetakan: 2009
Harga: RM21.90
Kategori: Agama/Tauhid
description

2. Psikologi Bilazim
Pengarang: Ab Alim Abdul Rahim
Penerbit: Utusan
Cetakan: 2010 (tak pasti)
Harga: RM27.50
Kategori: Pendidikan/Psikologi
description

3. Nasib Melayu di Bumi Melayu
Pengarang: Mohd Ridhuan Tee Abdullah
Penerbit: Utusan
Cetakan: 2010 (tak pasti)
Harga: RM22.50
Kategori: Umum/Politik
description

4. Jenayah
Pengarang:ACP (B) Mohd. Reduan Aslie
Penerbit: Alaf 21
Cetakan: 2009
Harga: RM15.00
Kategori: Undang-undang/Umum
description


Info mengenai buku buku di atas
MURTAD: Jangan Pandang Sebelah Mata
Istimewanya buku ini ditulis oleh seorang Saudara Baru. Penulis cuba membawa gambaran sebenar gejala murtad yang berlaku dan melanda umat islam kini. Kenapa, Mengapa dan Salah Siapa? Semuanya boleh terjawab dengan mendapatkan naskah ini.

Buku ini memberikan pelbagai perspektif untuk membolehkan kita memahami persoalan dan permasalahan murtad yang kita hadapi ini.

Buku ini juga mengutarakan beberapa kes dan kejadian murtad yang pernah menjadi isu hangat di dalam negara supaya pembaca mendapat gambaran yang sebenar di sebalik setiap kejadian yang berlaku. Semoga buku ini boleh membuka minda umat islam di malaysia agar sentiasa bersikap waspada, peka dan seterusnya membabitkan diri sama ada secara langsung atau tidak di dalam menghadapi ancaman murtad ini.
(sumber: http://www.mustread.com.my/index.php/...)


PSIKOLOGI BILAZIM:
Buku ini membincangkan pelbagai aspek perilaku tidak normal dalam kalangan masyarakat. Kemajuan dan perkembangan sains teknologi masa kini telah mengakibatkan semakin banyak kes tingkah laku tidak normal di serata dunia. Justeru, muncullah pelbagai teori dan kajian untuk menjelaskan persoalan apa, mengapa dan bagaimana sesuatu situasi tingkah laku yang dikatakan tidak normal. Begitu juga saranan menerusi kajian para cendiakawan telah dikemukan untuk mencegah, merawat dan mengubati agar setiap individu dapat berinteraksi secara normal dalam masyarakat.

Antara topik utama yang dipaparkan dalam buku ini adalah tentang kecelaruan seksual, bunuh diri, psikosomatik, neurosis dan psikosis. Kajian kes yang dipaparkan dalam buku ini disertai dengan jadual dan gambar rajah supaya memudahkan pembaca menyemak butir-butir perbincangan secara terperinci.

Buku ini disusun sebagai panduan kepada mahasiswa yang mengikut kursus psikologi dan kaunseling serta pelatih kejururawatan di institut pengajian tinggi. Ia juga sesuai dijadikan bahan bacaan kepada masyarakat umum.
(sumber: http://mybooks.com.my/index.php?page=...)


NASIB MELAYU DI BUMI MELAYU:
Pendedahan secara berani oleh penulis diharapkan tidak menggores hati mana-mana pihak kerana ia tidak dilakukan dengan sengaja,melainkan untuk berkata benar, walaupun kadangkala amat pahit untuk ditelan. Isu-isu yang diutarakan telah menjadi bahan perbincangan hebat. Ada yang memuji , tidak kurang yang mengeji, Apa pun kebebasan memberikan pendapat perlu dihormati dan diterima dengan dada terbuka.

Buku ini sesuai untuk semua peringkat khalayak, termasuk ahli akedemik, penuntut IPTA dan IPTS, pelajar sekolah, masyarakat umum dan mereka yang berfikiran terbuka. Ia mengajak pembaca untuk berfikir sejenak dan merenung nasib kita sendiri. Lenggok bahasa yang mudah difahami,sinis dan tegas diharapkan dapat membuka jendela ilmu kepada semua pembaca untuk terus membaca, Bangsa membaca, bangsa berjaya.
(sumber: http://www.pustakaazhar.com/index.php...)


JENAYAH:
PENINGKATAN bilangan kes jenayah sejak kebelakangan ini amat membimbangkan. Adakah manusia kini hidup tanpa undang-undang atau jenayah sudah menjadi lumrah? Atau tanpa disedari, adakah kita sememangnya mendedahkan diri kepada bahaya jenayah? Melihat kepada situasi ini, ACP (B) Mohd. Reduan Aslie telah mengambil inisiatif bagi menyedarkan masyarakat tentang jenayah di persekitaran kita menerusi penulisannya. Maka, lahirlah buku JENAYAH.

Ia antara lain menerangkan tentang definisi jenayah, undang-undang jenayah, jenis-jenis jenayah, hukuman jika sabit kesalahan dan juga langkah-langkah mencegah jenayah. Ia merangkumi jenayah bunuh, bunuh diri, curi ragut, gangguan seksual, gengsterisme, jenayah dan remaja, keganasan rumah tangga, pelacuran, penderaan kanakkanak, penyalahgunaan dadah, rogol, siber, sumbang mahram dan juga tentang tangkapan dan hak-hak orang yang ditangkap. Bagi memantapkan lagi isi kandungan ini, turut dimuatkan ialah hasil kajian yang telah dilakukan dan juga data statistik dari pihak-pihak berkuasa.
Melalui pembacaan buku ini, kita dapat memahami dengan lebih jelas lagi tentang jenayah dan pada masa yang sama membanteras ia daripada terus berleluasa.
(sumber: http://www.alaf21.com.my/sinopsis/sin...)



Nota:
1. Memandangkan saya pun belum baca kesemua buku buku ini, masakan saya boleh menulis sendiri sinopsis mengenainya, oleh itu ianya di petik dari sumber yang paling rapat dengan buku itu sendiri.Ianya intuk memudahkan pengundi pengundi mengundi.
2. Saya cuba mencalonkan buku buku yang belum di baca oleh semua ahli GR-MY. Berdasarkan list di GR ni, hanya Aidura sahaja telah baca buku Murtad dan Najibah pula meletakkan dalam wishlist. Buku buku lain masih tidak di daftarkan di GR. (betulkan jika saya tersilap)

-Hilman-


message 2: by Isma (new)

Isma | 682 comments Hilman, saya dapat merasai keterujaan anda!

Ehmmm..rasanya ada masa lagi nak tukar buku lain...

Saya cadang.


message 3: by Hilman (new)

Hilman | 492 comments Isma, nak kata teruja tu tak la sangat, tapi sebab takut tak ada masa nak "cari buku"...

kalau rasa nak tukar buku lain pun tak pe, lagi pun poll pun tak buat lagi...sebenarnya tak reti nak buat...hehehehe

buku ape yg Isma nak cadangkan tu???


message 4: by Isma (new)

Isma | 682 comments nampaknya Ganding Baca akan lingkup tak lama lagi....:(


message 5: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Buat le pencalonan. Buku september, akhir semtember baru boleh bagi soalan kan? Soalan saya rasanya berbunyi begini, "Mengapa Md. Alexander obses sangat nak buktikan Zulkarnain dlm Quran tu Alexander the Great?"


message 6: by Haryati (new)

Haryati Abd. Halim | 754 comments Hilman,

Saya pilih buku Ridhuan Tee. Pernah nampak buku ni kat Popular, tapi tak berani nak dekat..

Saya sebenarnya 'puasa' beli buku tapi demi GB saya berbuka..ha..ha...


message 7: by Najmuddin, Tok Mudin (new)

Najmuddin (mudin001) | 998 comments Mod
Haryati wrote: "Hilman,

Saya pilih buku Ridhuan Tee. Pernah nampak buku ni kat Popular, tapi tak berani nak dekat..

Saya sebenarnya 'puasa' beli buku tapi demi GB saya berbuka..ha..ha..."


Confirm saya tak vote buku ni.


message 8: by Isma (new)

Isma | 682 comments Najmuddin wrote: "Haryati wrote: "Hilman,

Saya pilih buku Ridhuan Tee. Pernah nampak buku ni kat Popular, tapi tak berani nak dekat..

Saya sebenarnya 'puasa' beli buku tapi demi GB saya berbuka..ha..ha..."

Confi..."


Tadi kat kedai buku terpandang juga buku ni, tapi tak terjamah.

(rasa kuranglah nak baca buku kalau penulis punya kaitan akrab dengan Utusan dan UMNO)


message 9: by Nor, dari khutubkhanah USIM (new)

Nor (norazzahmomin) | 1540 comments Mod
Memandangkan beberapa orang tak setuju dengan buku Ridhuan Tee (lagi pun ianya adalah hasil kompilasi tulisan penulis di Mingguan Malaysia yang sebahagiannya telah saya baca), apa kata kita baca buku JENAYAH. Mungkin lebih sesuai dalam keadaan negara kita yang semakin banyak jenayah berlaku.


message 10: by Hilman (new)

Hilman | 492 comments O, baru saya faham kenapa Isma minta untuk tukar buku lain.

Secara peribadi, saya juga agak tidak senang dengan beberapa pandangan dr RTA. Tetapi saya letakkan juga hasil kompilasi tulisan nya didalam calon GBOct2010 kerana mungkin banyak soalan yang boleh diutarakan dan difikirkan.

Kepada peminat buku novel, saya minta maaf sebab tak ada buku novel dalam senarai calon. (Tak tau nak pilih novel yang menarik).

Saya seperti Pn Azzah, mencadangkan buku JENAYAH dengan harapan banyak ilmu dan persoalan yang kita boleh dapat.

Rencana B saya adalah buku MURTAD.(terpengaruh dengan nasihat Bu Mus)


message 11: by Isma (new)

Isma | 682 comments Tolonggggggggggggggggggggg buat poll.


message 12: by Hilman (new)

Hilman | 492 comments Sori....saya tak reti n rasanya tak semua orang berkelayakan untuk membuatnya...hehehhe


message 13: by Isma (last edited Sep 21, 2010 03:58AM) (new)

Isma | 682 comments aku malas nak buat...hehehe

Moderator tolong buat poll! :D


message 14: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2414 comments Mod
saya tak nak komen apa2. tapi nak komen satu saja. ann wan seng saudara baru? tak silap saya, beliau peluk islam tahun 70-an. saya pun lahir akhir 70-an. hehehe


message 15: by Hilman (last edited Sep 21, 2010 07:40PM) (new)

Hilman | 492 comments Nazmi wrote: "saya tak nak komen apa2. tapi nak komen satu saja. ann wan seng saudara baru? tak silap saya, beliau peluk islam tahun 70-an. saya pun lahir akhir 70-an. hehehe"

yang itu saya tak pasti, kena tanya Mustread sebab info tu semua saya ambik dari website mustread...

hehehe nasib baik saya letak sumber mane...

ape sebenarnya takrifan yang tepat untuk "saudara baru"?


message 16: by Hilman (new)

Hilman | 492 comments tambahan

"Beliau lahir pada tahun 1968 merupakan anak jati Klang. Memeluk agama Islam pada tahun 1996. Beliau adalah Setiausaha Agung Kehormat, Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA), Pengerusi PERKIM Cawangan Putra Wilayah persekutuan, AJK Perkim Wilayah Persekutuan, Bekas tenaga pengajar di Jabatan Antrapologi dan Sisiologi UM. Beliau telah menulis lebih dari 30 buah buku dan pernah menjadi penulis di kolumnis Harakah, Mingguan Waktu, Media Islam, Mingguan Kota, Dewan Masyarakat, Dewan Siswa, Dewan Pelajar, Dewan Kosmik, Sarina, Majalah I, Minda, Tamadun dan banyak lagi."

(sumber: http://www.mustread.com.my/index.php/...)


message 17: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2414 comments Mod
Hilman wrote: "tambahan

"Beliau lahir pada tahun 1968 merupakan anak jati Klang. Memeluk agama Islam pada tahun 1996. Beliau adalah Setiausaha Agung Kehormat, Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA), Pengerusi PE..."


silap orang. orang lain yg peluk islam 70-an. tapi bagi saya, ann wang seng tak boleh dikatakan saudara baru lagi. dekat 15 tahun peluk islam, dan tau islam lebih banyak daripada sebahagian org melayu yg lahir2 dah islam.


message 18: by Fariza (last edited Sep 21, 2010 09:05PM) (new)

Fariza | 736 comments Setuju dengan kenyataan encik nazmi.. Sape kenal dia memang akan cakap macam tu.. Ann Wan Seng ni memang muslim sejati..


message 19: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Saya tak setuju dgn terma "saudara baru" w/pun dia peluk Islam kelmarin. Apa salahnya sebut je seorang Muslim? Kalau dlm English, "revert" (bukan "convert", salah tu).


message 20: by Hilman (new)

Hilman | 492 comments namapk nya poll masih tidak wujud....adakah kita nak buat undian dan kiraan secara manual...undian pun sememangnya bukan rahsia...


message 21: by Suhaimi (new)

Suhaimi Adanan (_suhaimi) | 13 comments Ahli baru boleh mengundi ?


message 22: by Hilman (new)

Hilman | 492 comments boleh...dan sangat di alu alukan untuk ikut serta dalam Program Ganding Baca ni.....

saya pun baru juga...hehehe


message 23: by Isma (new)

Isma | 682 comments Ok kita guna manual,

Saya pilih MURTAD


message 24: by Suhaimi (new)

Suhaimi Adanan (_suhaimi) | 13 comments Saya baru baca FAQ GB. Macam best je program ni. ;)

Tapi berapa ramai sebenarnya peserta program ni?


message 25: by Isma (new)

Isma | 682 comments peserta ikut mood, macam air pasang surut.Silap-silap surut sampai kering!Dan mampus!


message 26: by Suhaimi (last edited Sep 22, 2010 03:21AM) (new)

Suhaimi Adanan (_suhaimi) | 13 comments Oh, kalau macam tu untuk pusingan ini saya nak join. Harap-harap dapat ikut serta lagi dalam pusingan seterusnya.

Saya undi Nasib Melayu di Bumi Melayu.

Sebab:
1. Saya tak suka penulisnya kerana kebanyakan penulisan beliau lebih Melayu dari Melayu.


message 27: by Isma (new)

Isma | 682 comments Suhaimi wrote: "Oh, kalau macam tu untuk pusingan ini saya nak join. Harap-harap dapat ikut serta lagi dalam pusingan seterusnya.

Saya undi Nasib Melayu di Bumi Melayu.

Sebab:
1. Saya tak suka penulisnya kerana ..."


Buku ni tak akan menang..hehehe


message 28: by Hilman (new)

Hilman | 492 comments "lebih Melayu dari Melayu"...

Jika Mahar dan Flo menubuhkan Societeit de Limpai, nampaknya kita sudah juga boleh menubuhkan satu pasukan...berapa ramaikah yang beranggapan sedemikian???


message 29: by Suhaimi (new)

Suhaimi Adanan (_suhaimi) | 13 comments Hilman wrote: ""lebih Melayu dari Melayu"...

Jika Mahar dan Flo menubuhkan Societeit de Limpai, nampaknya kita sudah juga boleh menubuhkan satu pasukan...berapa ramaikah yang beranggapan sedemikian???"


Saya tak faham.


message 30: by Fariza (new)

Fariza | 736 comments Isma wrote: "Suhaimi wrote: "Oh, kalau macam tu untuk pusingan ini saya nak join. Harap-harap dapat ikut serta lagi dalam pusingan seterusnya.

Saya undi Nasib Melayu di Bumi Melayu.

Sebab:
1. Saya tak su..."


Setuju.. xkan menang kot buku ni hehe


message 31: by Nor, dari khutubkhanah USIM (new)

Nor (norazzahmomin) | 1540 comments Mod
Saya dah buatkan dekat poll. Baru belajar2, kalau silap, mohon moderator tolong edit. Silalah mengundi.


message 32: by Hilman (new)

Hilman | 492 comments Nor Azzah wrote: "Saya dah buatkan dekat poll. Baru belajar2, kalau silap, mohon moderator tolong edit. Silalah mengundi."

penat saya cari dimana....rupanya di sini http://www.goodreads.com/poll/list/46...

macam mane nak keluarkan dekat main page GR-MY???


message 33: by Nor, dari khutubkhanah USIM (new)

Nor (norazzahmomin) | 1540 comments Mod
Tak susah saya fikir. just dari page ini, bawa tetikius ke atas, lihat sebelah kiri, kat menu sebelah bendera Malaysia tu, klik dekat polls. No. 2 selepas polls utk ganding baca september.


message 34: by Hilman (new)

Hilman | 492 comments hehe...saya budak baru kat sini...sila tunjuk ajar...

"Voting starts on: September 23rd "

kat GR ni masih 22 September kan??? patut tak boleh mengundi lagi...pkul brape die baru masuk hari baru erk???


message 35: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2842 comments Mod
Kenapa tak ada orang mengundi lagi :( - ada masa seminggu saja lagi. Atau ada calon buku baru yang memang semua pakat nak baca tapi tak berani nak calonkan? Boleh bagi idea baru kalau rasa berpatutan.

PS: Minta maaf lama tak jengah ke sini, harap sama-sama dapat kobarkan semangat semula.


message 36: by Hilman (new)

Hilman | 492 comments akhirnya berjaya juga saya memasukkan image di GR...usaha tangga kejayaan


message 37: by Nor, dari khutubkhanah USIM (new)

Nor (norazzahmomin) | 1540 comments Mod
Najibah wrote: "Kenapa tak ada orang mengundi lagi :( - ada masa seminggu saja lagi. Atau ada calon buku baru yang memang semua pakat nak baca tapi tak berani nak calonkan? Boleh bagi idea baru kalau rasa berpatut..."

Hilman pun tak mengundi..


message 38: by Haryati (new)

Haryati Abd. Halim | 754 comments saya dah mengundi...tapi yang pastinya buku tu tak akan dipilih...ha..ha..


message 39: by Hilman (new)

Hilman | 492 comments Pn. Najibah- sebenarnya undian tu di buka pukul 3ptg td waktu M'sia dan Pn masuk pukul 3:55 ptg, sebab tu tak ada orang undi lagi. Saya sebenarnya tak reti buat poll, ingatkan moderator je yang boleh buat.

Pn. Azzah- saya pun tak tahu lagi nak pilih buku yang mana satu...huhuhu rasa macam nak undi semua(4) je...


message 40: by Suhaimi (new)

Suhaimi Adanan (_suhaimi) | 13 comments Saya dah undi.


message 41: by Nor, dari khutubkhanah USIM (new)

Nor (norazzahmomin) | 1540 comments Mod
Kita tengoklah hasil undi nanti. Baru 6 orang.

Saya ke MPH Putrajaya tadi, cari buku judul Jenayah, takde pulak, yg ada buku pasal Murtad tu..may be sebab tak tanya kat staff di situ..Yang jumpa buku Kimono..beli ajelah awalaupun dah terlepas waktunya.


message 42: by Isma (new)

Isma | 682 comments Nor Azzah wrote: "Kita tengoklah hasil undi nanti. Baru 6 orang.

Saya ke MPH Putrajaya tadi, cari buku judul Jenayah, takde pulak, yg ada buku pasal Murtad tu..may be sebab tak tanya kat staff di situ..Yang jumpa b..."


Kalau tak ada JENAYAH, undi saja MURTAD....hehehe


message 43: by Nor, dari khutubkhanah USIM (new)

Nor (norazzahmomin) | 1540 comments Mod
Murtad pun sejenis jenayah juga dalam Islam..


message 44: by Isma (new)

Isma | 682 comments Nor Azzah wrote: "Murtad pun sejenis jenayah juga dalam Islam.."

Ramai juga yang anggap ia sekadar TUKAR BAJU(atau buang baju).

''Takkan TUKAR BAJU itu jenayah besar. Kita bukannya pukul orang. Ini hak peribadi aku. Aku nak guna, aku nak pakai, lantaklah, kau peduli apa.''

(Aku tukar parti bukan tukar agama--Tok Him PERKASA)


message 45: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2414 comments Mod
dah lupa cara nak ngundi... hehehehe


message 46: by Hilman (new)

Hilman | 492 comments Nazmi wrote: "dah lupa cara nak ngundi... hehehehe"

poll 2

http://www.goodreads.com/poll/list/46...


message 47: by Hilman (new)

Hilman | 492 comments Haryati wrote: "Hilman,

Saya pilih buku Ridhuan Tee. Pernah nampak buku ni kat Popular, tapi tak berani nak dekat..

Saya sebenarnya 'puasa' beli buku tapi demi GB saya berbuka..ha..ha..."


Puan masih belum mengundi...


message 48: by Suhaimi (new)

Suhaimi Adanan (_suhaimi) | 13 comments Yeah dah ada 3 undi untuk buku Ridhuan Tee.


message 49: by Hilman (new)

Hilman | 492 comments sengit.....


message 50: by Haryati (new)

Haryati Abd. Halim | 754 comments Hilman,

Sekadar mahu melihat nasib Melayu melalui pandangan bukan Melayu.


« previous 1
back to top