Goodreads Malaysia discussion

38 views

Comments Showing 1-17 of 17 (17 new)    post a comment »
dateDown arrow    newest »

message 1: by Isma (last edited Aug 28, 2010 08:27PM) (new)

Isma | 682 comments SAYA MENGUCAPKAN SELAMAT ULANG TAHUN KEMERDEKAAN KE 53 UNTUK SEMUA RAKYAT MALAYSIA, KHASNYA PEMBACA BUKU.SAYA SANGAT CEMBURU DENGAN ANDA SEMUA.BETUL-BETUL CEMBURU!



(Saya sedang cari fiksi terbaru tahun 2010 yang berlatarkan konflik separatis, pemberontakan,dan kemerdekaan di seluruh dunia.Tak kira ia pro kerajaan atau pemberontak. Saya cari, kalau ada sila kongsi)


message 2: by Kataklicik (new)

Kataklicik | 714 comments Terima kasih Isma! Moga the uncertainties in your homeland find the correct balance in the near future :)


message 3: by Fariza (new)

Fariza | 736 comments ISMA.. saya percaya Thailand akan jadi sebuah negara yang lebih matang politiknya satu hari nanti.. even malaysian will be jealous if they don't change..

Happy Merdeka to all of us.. moga merdeka ini membawa merdeka Fikir..


message 4: by Naimisa (new)

Naimisa | 72 comments Isma wrote: "Saya sedang cari fiksi terbaru tahun 2010 yang berlatarkan konflik separatis, pemberontakan,dan kemerdekaan di seluruh dunia.Tak kira ia pro kerajaan atau pemberontak. Saya cari, kalau ada sila kongsi"

Isma, saya cadangkan anda membaca MEMOIR TRAGEDI MEMALI, tulisan Riduan M Noor. Saya ada satu naskhah buku ini dan sedang membacanya.

Buku-buku lain yang menarik, boleh dirujuk di sini..
http://tintajundi.wordpress.com/buku-...


message 5: by Naimisa (new)

Naimisa | 72 comments dan ini (GERILA) satu novel yang ditulis bekas pejuang Thailand. Terbitan PTS, Malaysia.
http://pts.com.my/index.php/buku/gerila/

Saya tidak pasti sama ada buku ini sudah anda baca (mungkin dlm versi bahasa Katalog?).

Penulisnya sudah meninggal dunia.


message 6: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (last edited Aug 29, 2010 05:28AM) (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Isma wrote: "SAYA MENGUCAPKAN SELAMAT ULANG TAHUN KEMERDEKAAN KE 53 UNTUK SEMUA RAKYAT MALAYSIA, KHASNYA PEMBACA BUKU.SAYA SANGAT CEMBURU DENGAN ANDA SEMUA.BETUL-BETUL CEMBURU!"

Mengapa cemburu? Bukankah Thailand satu-satunya negara Asia Tenggara yg tidak pernah dijajah kuasa Barat mahupun Jepun? Thailand lebih lama merdeka dari M'sia.

Kita di M'sia ni pun belum merdeka lagi sebenarnya.


message 7: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2414 comments Mod
Isma wrote: "SAYA MENGUCAPKAN SELAMAT ULANG TAHUN KEMERDEKAAN KE 53 UNTUK SEMUA RAKYAT MALAYSIA, KHASNYA PEMBACA BUKU.SAYA SANGAT CEMBURU DENGAN ANDA SEMUA.BETUL-BETUL CEMBURU!

(Saya sedang cari fiksi terbar..."


@Isma, mungkin ini tak menepati kehendak anda. Tapi jurnalisme sasterawi, Bandit Roads berkait rapat dengan kawasan yang sangat dekat dengan pemberontakan, jenayah, revolusi di Mexico.

atau pun buku Tok janggut: Pemberontak atau Pejuang (lebih kurang begitu judulnya)


message 8: by Al Ghazali (new)

Al Ghazali Sulaiman (alghazalisulaiman) | 22 comments Isma wrote: "SAYA MENGUCAPKAN SELAMAT ULANG TAHUN KEMERDEKAAN KE 53 UNTUK SEMUA RAKYAT MALAYSIA, KHASNYA PEMBACA BUKU.SAYA SANGAT CEMBURU DENGAN ANDA SEMUA.BETUL-BETUL CEMBURU!



(Saya sedang cari fiksi terbar..."


Isma, artikel yang keluar di Dewan Masyarakat bulan September tentu sekali hadiah yang terbaik.

;)


message 9: by Isma (new)

Isma | 682 comments UNTUK MEREKA YANG RASA MALAYSIA BELUM MERDEKA SEPENUHNYA, SAYA UCAPKAN SELAMAT BERCUTI 31 OGOS,KHASNYA UNTUK KHAIRUL H. DAN YANG SEKEPALA DENGANNYA.
:)

Khairul H. saya masih ter..... kap kap kap

Naimisa, terima kasih, saya sudah baca.


message 10: by Isma (new)

Isma | 682 comments Al Ghazali wrote: "Isma wrote: "SAYA MENGUCAPKAN SELAMAT ULANG TAHUN KEMERDEKAAN KE 53 UNTUK SEMUA RAKYAT MALAYSIA, KHASNYA PEMBACA BUKU.SAYA SANGAT CEMBURU DENGAN ANDA SEMUA.BETUL-BETUL CEMBURU!

Saya suka cari masalah.



message 11: by Bukhari (new)

Bukhari | 3 comments i. Ramai kalangan generasi muda kita tidak banyak mengetahui susur galur sejarah kemerdekaan negara.

ii. Fokus kemerdekaan kita juga seakan-akan mengetepikan jasa-jasa pejuang/pahlawan tanah air. Tidak banyak yang ditonjolkan tentang jasa dan sumbangan mereka. Kini Mat Kilau, Tok Janggut, Datuk Bahaman dan ramai lagi pejuang makin asing, terutama kepada generasi muda.

iii. Ramai yang memahami bahawa kita mencapai kemerdekaan melalui rundingan hasil perjuangan YM Tunku Abd Rahman (TAR) dan UMNO pula dilihat sebagai satu-satunya pertubuhan yang bertanggungjawab mencetuskan suara kemerdekaan. Walhal ramai pihak dan pertubuhan lain turut berjuang.

Sumber: di sini


message 12: by Faizah Roslaini (new)

Faizah Roslaini | 825 comments Mod
Bukhari wrote: "i. Ramai kalangan generasi muda kita tidak banyak mengetahui susur galur sejarah kemerdekaan negara.

ii. Fokus kemerdekaan kita juga seakan-akan mengetepikan jasa-jasa pejuang/pahlawan tanah air. ..."


Oh ya. Tentang nombor iii, banyak lagi sejarah yang perlu dikaji seluruh Malaysia tentang peranan piket rakyat, bagaimana seluruh Tanah Melaya yang tertindas bergabung tanpa mengira bangsa, menentang penjajah. Saya rasa ini tidak berapa ditekankan dalam silibus Sejarah sekarang.

Kawan-kawan, cuba gali buku-buku Gerakbudaya. Matahari pun mungkin ada saya rasa, tak pasti pula.

Tak salah kita cuba melihat Sejarah dari sisi yang berbeza pula. Kemudian buat pertimbangan sendiri, betul?


message 13: by Isma (new)

Isma | 682 comments Faizah Roslaini wrote: "Bukhari wrote: "i. Ramai kalangan generasi muda kita tidak banyak mengetahui susur galur sejarah kemerdekaan negara.

ii. Fokus kemerdekaan kita juga seakan-akan mengetepikan jasa-jasa pejuang/pa..."


Adakah PKM atau lebih kecil, Rejimen ke-10 itu pejuang kemerdekaan?Kalau kita baca buku-buku mereka, mereka juga mengaku pejuang kemerdekaan. Tapi dalam teks sejarah sekolah, mereka adalah pengkhianat.

Khabarnya, subjek sejarah wajib lulus untuk SPM.Persoalannya tafsiran sejarah siapa yang akan diajar di sekolah.


message 14: by Nor, dari khutubkhanah USIM (new)

Nor (norazzahmomin) | 1540 comments Mod
Isma wrote: "Khabarnya, subjek sejarah wajib lulus untuk SPM.Persoalannya tafsiran sejarah siapa yang akan diajar di sekolah."

Pastilah sejarah yang bersesuaian jalan ceritanya dengan pemerintah yang sedang memerintah. Dtakdirkan pemerintahnya bertukar, pastinya jalan ceritanya berubah juga. Ada masanya saya terfikir, adakah penulisan sejarah itu boleh dibuat sesedap rasa seperti yang dibuat oleh FT 1511 dan Ketupat Cinta serta RAM dalam siri buku Sunannya?


message 15: by Isma (new)

Isma | 682 comments Nor Azzah wrote: "Isma wrote: "Khabarnya, subjek sejarah wajib lulus untuk SPM.Persoalannya tafsiran sejarah siapa yang akan diajar di sekolah."

Pastilah sejarah yang bersesuaian jalan ceritanya dengan pemerintah y..."


Setuju. Kalau saya jadi PM pun, saya akan arah sejarah yang diajar hanya mengikut TAFSIRAN AKU SAHAJA!..haha.Yang lain dari AKU masuk bangkul sampah.

Ya, dulu saya ada cita-cita nak jadi DIKTATOR!


message 16: by Nor, dari khutubkhanah USIM (new)

Nor (norazzahmomin) | 1540 comments Mod
Ya, sebab kalau kita bercerita tentang diri kita kepada orang lain pun, kita akan bercerita yang baik2 saja tentang kita, apa yang kita tidak suka akan dipinggirkan. Begitu lumrahnya.

Di sinilah peranan buku2, untuk tahu apa yang berlaku pada satu2 masa, cari buku2 yang ditulis semasa zaman itu sendiri, jadi pandangannya adalah pandangan semasa, sejarahnya lebih tepat.


message 17: by Isma (new)

Isma | 682 comments ''Dulu saya pernah mencuri, sekarang ini saya sudah insaf.Taubat. Tak nak buat lagi.''

Ada ke Perdana Menteri akan cakap seperti ini?


back to top