Goodreads Malaysia discussion

49 views
Budaya Membaca > Membaca Buku... Berguru Dengan Syaitan?

Comments Showing 1-6 of 6 (6 new)    post a comment »
dateDown arrow    newest »

message 1: by Aidura (last edited Aug 19, 2010 11:37PM) (new)

Aidura (sofira) | 1472 comments Pernyataan bahawa "Belajar dari buku tanpa guru adalah serupa kita belajar dari syaitan" memang ada benarnya.

Tetapi, bagaimana pula dengan pernyataan yang sering dijadikan alasan untuk mengecam budaya dan amalan membaca lantas mengaitkannya dengan "berguru dengan syaitan"?

Saya seringkali mendengar alasan sepertinya yang sering digembar-gemburkan oleh segelintir orang2 yang berfikiran cetek dan dangkal sebagai alasan mereka untuk tidak membaca buku dan hanya ingin menghadiri majlis ilmu dan ceramah agama semata-mata.

Alasan bahawa membaca buku hanya akan menyesatkan akidah dan pemikiran.

Sebagai peminat buku tegar, apa kata anda?


message 2: by Aidura (new)

Aidura (sofira) | 1472 comments Artikel di bawah adalah bertujuan untuk berkongsi info dengan ahli2 GR-MY semua.

http://http://jaeym08.blogspot.com/20...

BUDAYA ILMU DALAM ISLAM

Islam merupakan agama yang sangat menitikberatkan peranan ilmu dalam kehidupan. Wahyu yang pertama yang diturunkan oleh ALLAH kepada Nabi Muhammad S.A.W iaitu awal surah Al-Alaq membuktikan penekanan yang amat penting buat umat islam untuk menuntut ilmu dan mengkaji samada melalui pembacaan,curahan idea melalui penulisan, pengkajian, pemerhatian dan sebagainya. Budaya ilmu merupakan satu aspek yang tidak boleh dipisahkan dengan islam, melalui ilmu ulama-ulama serta cendekiawan islam mengorek khazanah-khazanah hukum, teori-teori serta method-method ilmiah untuk dijadikan panduan serta garis panduan buat umat manusia keseluruhan.

KONSEP ILMU

Menurut Syed Naqiub Al-atas konsep penting dalam definisi epistemologi adalah kedatangan, yakni proses disatu pihak memerlukan mental yang aktif dan persiapan spiritual bagi si pencari ilmu dan di pihak lain keredhaan serta kasih sayang ALLAH sebagai zat yang memberikan ilmu.

Secara keseluruhannya, beliau meletakkan dua sebab yang membolehkan seseorang menerima ilmu iaitu sebab diri sendiri yakni kesediaan kita serta kesungguhan kita untuk mencari ilmu dan satu lagi adalah anugerah dari ALLAH untuk hamba-Nya yang dipilih untuk diberikan ilmu secara langsung atau tidak langsung.

Bagi Ismail Raji Al-faruqi pula, menganggap pengislamisasian ilmu amat penting. Beliau mendefinisikannya sebagai mengislamkan disiplin-disiplin ilmu atau tepatnya menghasilkan rujukan-rujukan pegangan di pengajian tinggi dengan menuangkan kembali disiplin-disiplin ilmu moden dalam wawasan keislaman, setelah dilakukan kajian kritis terhadap kedua sistem pengetahuan iaitu islam dan barat. Seorang lagi ilmuan iaitu Hanna Djumhana Bastaman (pakar psikologi di sebuah university di Indonesia) berpendapat “islamisasi ilmu adalah upaya untuk menghubungkan kembali ilmu pengetahuan dengan agama yang bererti menghubungkan kembali sunnatullah (hukum alam) dengan Al-Quran yang keduanya pada hakikatnya merupakan ayat-ayat Tuhan".

BUDAYA ILMU DARI KACAMATA ISLAM

Kepentingan budaya ilmu amat dititik beratkan dalam islam. Islam amat mementingkan ilmu dalam segenap aspek kehidupan. Dari sekecil-kecil permasalahan sehingga sebesar-besar urusan, semuanya mesti dilandaskan dengan ilmu pengetahuan. Bermula dengan soal makan, minum, tidur sehinggalah kepada soal pemerintahan Negara semuanya dilingkungi oleh penyelesaian dengan ilmu. Selain itu, ilmu amat bernilai di sisi islam sehinggakan dianggap lebih bernilai daripada harta. Ini sebagaimana kata-kata Saidina Ali r.a. yang memberi sebab kenapa ilmu lebih penting dan patut diutamakan daripada harta.

9 sebab yang dinyatakan oleh Saidina Ali r.a. adalah :

 Ilmu merupakan warisan nabi-nabi dan rasul-rasul, sedangkan harta adalah warisan Qarun dan Firaun.

 Ilmu mampu menjaga pemiliknya, sedangkan harta harus dijaga oleh pemiliknya.

 Ilmu dapat memperbanyakkan kawan, sedangkan harta memperbanyakkan musuh dan lawan.

 Jika ilmu diberikan (diajar) kualitinya semakin meningkat, sedangkan harta jika dibelanjakan akan semakin berkurang dan habis.

 Orang yang berilmu selalu mendapat penghormatan di kalangan masyarakat,sedangkan orang yang berharta seringkali mendapat panggilan yang merendahkan.

 Ilmu tidak dapat dicuri dari pemiliknya sedangkan harta dapat hilang atau dicuri.

 Ilmu tidak habis sekalipun tidak ditambah sedangkan harta pasti akan habis.

 Ilmu dapat member syafaat kepada pemiliknya semasa di alam kubur dan akhirat sedangkan harta bakal menyusahkan pemiliknya di kedua alam ini melalui hisab ALLAH SWT.

 Ilmu menyebabkan terangnya pemikiran dan hati seseorang sedangkan harta seringkali membingungkan pemiliknya dan mengeraskan hatinya.

Konsep budaya ilmu menurut islam juga menekankan penggunaan method-method atau kriteria-kriteria ilmu bagi membuat keputusan samada keputusan dalam perkara agama atau dunia. Bagi sumber utama yang menjadi rujukan atau garis panduan dalam kriteria ilmu adalah AL-Quran, seterusnya As-Sunnah serta panduan-panduan yang telah disusun serta dijelaskan oleh salaf as-soleh dari kalangan sahabat, tabi’in serta ulama’-ulama’ yang muktabar.

Dalam islam juga, kita diajar untuk beradab dengan ulama’-ulama’ serta sarjana-sarjana islam silam serta dianjurkan untuk bersikap kritis dalam menerima pandang mereka. Kita diajar untuk berfikir dan menilai dari neraca wahyu yakni AL-Quran dan Sunnah bagi menilai sesuatu pandangan atau teori dari sarjana silam. Islam bukan menolak peranan akal sebagai neraca untuk menilai bahkan islam amat memuliakan peranan akal itu sendiri dalam menilai sesuatu. Tanpa akal kita tidak dapat memahami panduan dari Al-Quran dan Sunnah, jadi menurut islam peranan akal teramat penting dalam ilmu tetapi peranan akal ini dikawal oleh wahyu. Pendek kata, wahyu menjadi pengawal kepada akal bukan akal yang menjadi pengawal kepada wahyu.

Galakan untuk menuntut ilmu dalam islam menjadi antara penekanan yang utama. Ini terbukti dengan penekanan dengan konsep pencarian ilmu seumur hidup. Budaya ilmu dalam islam tidak terhad kepada peringkat umur bahkan setiap detik dalam kehidupan ditekankan untuk menggali sebanyak mungkin ilmu. Begitu juga dengan taraf dalam masyarakat, bukan hanya golongan yang berada sahaja ditekankan dengan ilmu bahkan dalam islam tidak kira dia seorang nelayan atau petani, mereka tetap ditekankan dengan ilmu mengikut tahap masing-masing.

Ilmu boleh diperolehi dari pelbagai sumber dan pelbagai cara. Sebagaimana yang telah dinyatakan mengenai sumber-suber utama menurut islam. Walaubagaimana pun,konsep budaya ilmu dalam islam amat menitikberatkan untuk meluaskan pembacaan.

Melalui pembacaan, informasi-informasi yang jarang kita dapat melalui kuliah seperti ceramah akan menambahkan lagi maklumat-maklumat untuk kita.

Tetapi islam amat melarang keras bagi seseorang yang menuntut ilmu tanpa guru. Ini bermaksud pencarian ilmu yang tiada rujukan dan panduan dari seseorang yang lebih tinggi ilmunya serta pengalaman dianggap sebagai berguru dengan syaitan.

Sebagai contoh, mengkaji ilmu dengan hanya membaca buku semata-mata tanpa rujukan dari guru.

Konsep budaya ilmu yang terakhir adalah ilmu yang di pelajari disertakan dengan amalan. Sebagaiman kata-kata cerdik pandai Arab “ilmu tanpa amalan ibarat pohon tanpa buah”. Melalui pepatah ini menggambarkan kerugian yang amat besar bagi seseorang yang berilmu tetapi hanya menjadi perhiasan tanpa diamalkan. Dalam islam, manfaat ilmu itu sangat penting untuk di amalkan serta disebarkan bukan untuk disembunyikan bahkan kalau kita faham satu ayat dari ayat Al-quran atau satu perkara dari ilmu-ilmu kita disarankan untuk mengajar kepada orang lain.

Budaya ilmu tidak dapat dipisahkan dalam islam. Ia berjalan selari dengan kehidupan muslim samada untuk memperolehi kepentingan dunia atau akhirat sebagaimana maksud hadis nabi yang menyatakan barangsiapa yang inginkan dunia hendaklah dengan ilmu, barangsiapa inginkan akhirat juga dengan ilmu dan barangsiapa yang inginkan kedua-duanya juga hendaklah dengan ilmu.


message 3: by Juliana Es (last edited Aug 19, 2010 09:24PM) (new)

Juliana Es (julianaes) | 857 comments Mod
Topik yang bagus, Aidura.

Sebagai contoh, mengkaji ilmu dengan hanya membaca buku semata-mata tanpa rujukan dari guru.

Saya pasti ini sebenarnya yang dimaksudkan dengan pernyataan di atas. Namun tidak dinafikan adakalanya pernyataan ini dilaungkan tidak kena gaya dan masa.

Contohnya, pernah satu ketika saya sedang membaca Tafsir Ibn Kathir, seorang rakan sekerja berkali-kali mengingatkan saya yang kita tidak boleh membaca sebarang buku. Buku-buku seperti ini mestilah ada gurunya. Pada mulanya saya dengar macam biasa saja, tidak saya nafikan memang kita perlu berguru. Tapi apabila dia tekankan berkali-kali seolah-olah tak senang pula tengok saya terus membaca kitab ini, saya terus rasa tak kena. Apa hal ni?

Kalaulah diandaikan saya sedang membaca buku The Satanic Verses pada masa tu, peringatan yang beria-ia tu memang patut jugalah. Hairan, selama ini saya pegang buku lain, tak pernah kena tegur macam ini. Bukanlah itu kali pertama saya membaca buku Islamik, dan bukanlah saya membacanya dengan gaya yang tidak beradab.

Akhirnya saya tidak dapat mengelak dari beranggapan, ada orang yang tak gemar tengok kita khusyuk membaca bahan-bahan ilmiah yang Islamik dan/atau berat. Bacalah buku Inggeris sama ada fiksyen ke non-fiksyen, tak pernahlah nak ditegur macam itu. Langsung terbantut pembacaan kitab tersebut sampai la ni. (Lepas ni aku beli Tafsir Ibn Kathir yang English edition macam Khairul, barulah tak kena tegur kot.)


message 4: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (last edited Aug 19, 2010 09:25PM) (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Ya! Beli edisi English dari Dakwah Corner Bookstore, Section 14, PJ. RM250 je, lebih kurang. Edisi Melayu saya nampak kat PKNS (kedai buku kat ground floor tu, apa nama? MArwalis?) harga RM800 ke RM900. Price tag tak clear sangat tapi camtu lah. Melayu lagi mahal dari English! Patut le Melayu tak membaca.


Akhirnya saya tidak dapat mengelak dari beranggapan, ada orang yang tak gemar tengok kita khusyuk membaca bahan-bahan ilmiah yang Islamik dan berat. Bacalah buku Inggeris sama ada fiksyen ke non-fiksyen, tak pernahlah nak ditegur macam itu.

Sebenarnya org macam ni lah yg 'dirasuk' syaitan.


message 5: by Juliana Es (new)

Juliana Es (julianaes) | 857 comments Mod
Heh, I thought you said it was RM450??


message 6: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (last edited Aug 19, 2010 09:32PM) (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Sorry. Yeah RM450. It has been a while since I bought it. Tak ingat. I'm surprised you remember.


back to top