Goodreads Malaysia discussion

193 views
Makan Buku, Minum Buku... > Apa yang menyebabkan kamu baca satu buku itu walaupun kamu tak suka?

Comments Showing 1-50 of 67 (67 new)    post a comment »
« previous 1

message 1: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2414 comments Mod
Kadang-kadang kita terpaksa baca buku sampai habis walaupun kita tak suka. Tentu ada sebabnya walaupun kita nak termuntah-muntah.

Kalau saya, tentulah sebab kerja - baca buku untuk review yang satu dua perenggan. Tapi jawapannnya memang baca buku super fast reading sampai melompat-lompat!

Atau sebab kedua sebab buku itu kawan yang tulis. Tengok, baikkan hati saya - membaca buku untuk kawan. Marilah berkawan dengan saya, saya tak menjanjikan wang ringgit tapi saya akan (cuba) baca buku yang anda tulis! Kah kah kah

ps - Faizah, ayat ni tak macam nak jual diri, kan, kan, kan? Hehehehe


message 2: by Aidura (new)

Aidura (sofira) | 1472 comments Nazmi wrote: "Kadang-kadang kita terpaksa baca buku sampai habis walaupun kita tak suka. Tentu ada sebabnya walaupun kita nak termuntah-muntah.

Kalau saya, tentulah sebab kerja - baca buku untuk review yang s..."


Jual diri? haippp sensitif tuuuu... :lol:


message 3: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2414 comments Mod
Aidura wrote: "Nazmi wrote: "Kadang-kadang kita terpaksa baca buku sampai habis walaupun kita tak suka. Tentu ada sebabnya walaupun kita nak termuntah-muntah.

Kalau saya, tentulah sebab kerja - baca buku untuk..."


jual diri tu bahasa org gasang, dlm bahasa moden: komersialisasi... kih kih kih


message 4: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Saya tak pernah mengalami situasi ni. Kalau bosan dgn buku tu, saya berhenti. Kalau ada kedai yg ambik buku 2nd hand, mmg saya dah jual tapi kedai buku 2nd hand kat Msia ni semua ada supplier sendiri. Lagipun kalau saya tak suka buku tu, saya tak sampai hati nak derma/jual pada org lain. Rasa macam jual sampah pulak.


message 5: by Juliana Es (new)

Juliana Es (julianaes) | 857 comments Mod
Semakin lama saya menjadi pembaca tegar, semakin kurang kesian terhadap buku-buku yang apabila dibaca terasa berpinar-pinar nak muntah. Life is too short for a boring book!

Tapi, amboi Khairul! Kecik hati saya. Buku yang saya tak suka memang saya sudi bagi kepada orang lain, bukanlah bermaksud seperti membakulsampahkannya. Kan ada pepatah mengatakan, "one man's meat is another man's poison." Haiya!!


message 6: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (last edited Aug 19, 2010 11:40PM) (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Oh, I don't know. The rejects I have this year are: Johannes Cabal the Necromancer and Wordwatching. The latter wasn't bad but wasn't good either. The former was just bad. It's possible someone else might appreciate them more than I did but I couldn't be bothered to find out who.


message 7: by Azimah (new)

Azimah  Othman | 113 comments I never force myself to read something I dislike. At least I'd read out of curiosity...otherwise...you'd take away the pleasure of reading. Right?


Faizah Roslaini | 825 comments Mod
@Nazmi,

Masih adalah sikit sikit elemen komersialisasi.. ish tak best MENJUAL DIRI.

Saya akan cuba baca sedaya upaya sebab kenkadang ada sesetengah buku dia pick up after dah baca setengah misalnya. Kalau tak saya takkan tahu buku itu ending dia macam mana dan tak tahu nak letak review apa.


message 9: by Nor, dari khutubkhanah USIM (new)

Nor (norazzahmomin) | 1540 comments Mod
Saya pernah baca Bukan puteri lindungan bulan, sebab dalam carta buku fiksyen duduk di tanggan teratas, so nak tahu apa yang bagus tentang buku tu, tapi memang bukan 'taste' saya. Paksa diri terus membacanya lebih dari separuh, tapi akhirnya saya pilih2 saja bahagian yang saya rasa penting, dan tengok akhirnya. Saya tak suka dengan gaya cerita yang heroinnya terlalu sempurna (di mata penulis), tapi sebenarnya melemahkan wanita.

Saya lebih suka dengan watak heroin dalam Lentera Mustika dan Bukan Yang Pertama. Watak wanita yang lebih kuat jiwanya.


message 10: by Fariza (new)

Fariza | 736 comments Saya ni kadang-kadang paksa diri gak untuk baca buku tak suka sebab nak tahu ending, ada sikit persamaan dengan Azzah kot.. belek-belek sebab nak tahu pehal orang suka sangat buku yang kita boring tue..

Half of me? hehe.. If it doesn't make sense for me to finish such a boring book, shut it and huh? Let it dust on the shelf..


message 11: by Kataklicik (new)

Kataklicik | 714 comments I always finish the book I'm reading. I'm funny that way. Ha ha ha.


message 12: by Juliana Es (new)

Juliana Es (julianaes) | 857 comments Mod
Bab perabis buku ni (setia membaca walaupun bosan gila), bagilah Kataklicik. Dia memang pemenang anugerahnya.


message 13: by Norain (new)

Norain | 687 comments Buku pertama yang saya tak habis baca adalah Dreamcatcher. Cuba dua kali tapi dua-dua kali rasa macam nak muntah. Tapi biasanya akan habiskan. Walaupun mungkin baca separuh dan setengah tahun lepas tu baru sambung, saya akan habiskan. Melainkan kalau buku tu memang kalau dibaca atau tidak sama sahaja - dibaca tak masuk otak dan bazir masa saja. Bak kata Brother Khairul, "so many books, so little time".


message 14: by Xara_fatima (new)

Xara_fatima | 255 comments Biasanya kalau saya terbawa buku yang tak best untuk aktiviti menunggu kereta diservis, dicuci, menunggu orang dan sebagainya, hendak tak hendak, habis jugalah buku tersebut. Kalau dalam situasi biasa, buku itu mungkin akan jadi pengumpul debu sahajalah.


message 15: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2414 comments Mod
Faizah Roslaini wrote: "@Nazmi,

Masih adalah sikit sikit elemen komersialisasi.. ish tak best MENJUAL DIRI.

Saya akan cuba baca sedaya upaya sebab kenkadang ada sesetengah buku dia pick up after dah baca setengah mi..."


@faizah, baca teruslah bab akhir. ni pun satu, kalau terpaksa baca (sbb kerjalah tuu), skip sajalah bab2 yg meleleh, pergi shopping etc dan kemudian, baca bab akhir.

Nor Azzah wrote: "Saya pernah baca Bukan puteri lindungan bulan, sebab dalam carta buku fiksyen duduk di tanggan teratas, so nak tahu apa yang bagus tentang buku tu, tapi memang bukan 'taste' saya. Pa..."

@azzah, saya tak pernah ikut carta buku terutama yg malaysia. banyak faktor, daripada pembacaan popular tak tentukan buku yg bermutu kepada buku yg banyak dibeli di satu kedai/rangkaian, belum tentu di kedai yg lain.


message 16: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Nazmi (atau sesapa) tau tak berapa naskah perlu dijual untuk membuat buku tu dikira bestseller di M'sia? Saya tau di US, kalau jual sekurang-kurang 10,000 boleh kira laris dah tu. Di Msia pula?


message 17: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2414 comments Mod
Khairul H. wrote: "Nazmi (atau sesapa) tau tak berapa naskah perlu dijual untuk membuat buku tu dikira bestseller di M'sia? Saya tau di US, kalau jual sekurang-kurang 10,000 boleh kira laris dah tu. Di Msia pula?"

Di US 10k saja dah boleh dianggap bestseller? Wah, sedikit tu kalau ambil kira penduduknya dan juga marketnya.

Di Malaysia rasanya semua bergantung kepada penerbit. Dan senarai pun disediakan penerbit atau rangkaian kedai buku - seperti yg saya buat di BH - bestseller MPH hanya merujuk MPH Midvalley (MPH tak dapat compile semua jualan buku di kedai bukunya) dan bestseller Popular pada buku2 terjual di rangkaian popular bookstore. Kedai buku DBP pula tak ada senarai!

Tapi kalau bestseller di Malaysia, mugnkin kita boleh letak 2k, kot. Itu pun kena tengok juga faktor siapa pembelinya. Kalau buku dibeli perpustakaan negeri, desa, tentu tak aci.


message 18: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Sebab tu lah saya tak kisah sangat senarai bestseller ni. Ia hanya digunkan sebagai bahan marketing oleh penerbit. Bila org ramai tengok buku tu top, mereka pun rasa nak baca sebab ramai yg dah baca buku tu sampai boleh masuk senarai bestseller. Padahal baru 10,000 je yg dijual.


message 19: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2414 comments Mod
Khairul H. wrote: "Sebab tu lah saya tak kisah sangat senarai bestseller ni. Ia hanya digunkan sebagai bahan marketing oleh penerbit. Bila org ramai tengok buku tu top, mereka pun rasa nak baca sebab ramai yg dah bac..."

ya, lebih pd marketing saja.. sbb tu ada satu tahun tu, buku motivasi ayah pin (baca: the secret) duk nimr wahid sepanjang tahun. saya ingat malaysia tentu dah jadi negara maju, paling demokratik, penduduk ber pendapatan kapita tinggi, paling bijak dsb. malangnya, lepas tu kita tengok ekonomi jatuh. ni mesti beli the secret tapi tak amalkan.. hehehe


message 20: by Aidura (new)

Aidura (sofira) | 1472 comments Nazmi wrote: "Khairul H. wrote: "Sebab tu lah saya tak kisah sangat senarai bestseller ni. Ia hanya digunkan sebagai bahan marketing oleh penerbit. Bila org ramai tengok buku tu top, mereka pun rasa nak baca seb..."

chek takdak beli buku tu... kih,kih,kih


message 21: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2414 comments Mod
Aidura wrote: "Nazmi wrote: "Khairul H. wrote: "Sebab tu lah saya tak kisah sangat senarai bestseller ni. Ia hanya digunkan sebagai bahan marketing oleh penerbit. Bila org ramai tengok buku tu top, mereka pun ras..."

utk hiburkan hati, boleh baca. banyak lawak buku tu.. hehehe


message 22: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Dia buat buku baru: The Power. Jgn confuse dgn The 48 Laws of Power. Tu buku lain.


message 23: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2414 comments Mod
Khairul H. wrote: "Dia buat buku baru: The Power. Jgn confuse dgn The 48 Laws of Power. Tu buku lain."

camner nak dapatkan power tu? yakin sungguh2 dlm hati, ulang selalu dlm hati, supaya power datang?


message 24: by cikyah75 (new)

cikyah75 | 232 comments Hmm..teringat pulak masa zaman matric dulu. Tak suka sungguh baca The Good Terrorist by Doris Lessing tapi kena baca sebab ada dalam syllabus. Reason ni leh pakai ke? Tak suka tapi kena habiskan sebab nak guna untuk exam.


message 25: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2414 comments Mod
cikyah75 wrote: "Hmm..teringat pulak masa zaman matric dulu. Tak suka sungguh baca The Good Terrorist by Doris Lessing tapi kena baca sebab ada dalam syllabus. Reason ni leh pakai ke? Tak suka tapi kena habiskan se..."

boleh.. boleh.


message 26: by Hilman (new)

Hilman | 492 comments sbb disiplin


message 27: by Isma (new)

Isma | 682 comments Saya sedang baca sebuah buku yang lama dibeli tahun 2008 tapi tak habis-habis, kerana saya kehabisan buku baru...


message 28: by Nor, dari khutubkhanah USIM (new)

Nor (norazzahmomin) | 1540 comments Mod
Khairul H. wrote: "Nazmi (atau sesapa) tau tak berapa naskah perlu dijual untuk membuat buku tu dikira bestseller di M'sia? Saya tau di US, kalau jual sekurang-kurang 10,000 boleh kira laris dah tu. Di Msia pula?"

Seingat saya buku bestseller terbitan PTS tahun lepas, yang duduk di carta teratas laku sebanyak 25 ribu, kalau tak silap yang nombor 50 best seller pun masih lebih tinggi dari 2 ribu.


message 29: by Laili (new)

Laili (stnrll) | 132 comments sebab buku tu masuk exam.


message 30: by iramahati (new)

iramahati melody | 75 comments Sebab peperiksaan tentunya, tapi setakat ni kalau buku untuk komsas, tak pernah lagi saya terasa terpaksa membacanya. Hehehe. Kalau subjek lain mungkin ada.


message 31: by Jack (new)

Jack (echoicglory) | 295 comments Sebab dah abis duit beli buku tu hahah...

Or sebab kawan bagi... Tak sampai hati nak cakap yang saya tak minat dekat buku tu...


message 32: by Norain (last edited Mar 24, 2011 05:02PM) (new)

Norain | 687 comments 'When one starts something one has to finish it. One has been trained like that.' (Borrowing a phrase spoken by the Queen in Alan Bennett's The Uncommon Reader)


message 33: by Norain (last edited Mar 24, 2011 05:04PM) (new)

Norain | 687 comments Jack wrote: " sebab kawan bagi... Tak sampai hati nak cakap yang saya tak minat dekat buku tu...


Kan? Kalau dia tanya seronok tak terpaksa cakap seronok walaupun sebenarnya Ya Allah, seksanya baca baik aku makan biskut. Tapi tak komen panjang-panjang la, takut terlepas cakap.



message 34: by Siti (new)

Siti Rahmah | 174 comments sebab dah tak ada buku lain nak baca(ni kes main beli je buku tanpa review). lagi satu sebab kalau saya dah baca buku tu memang jenis saya akan habiskan juga walaupun ambil masa yang lama. ( dalam hati akan cakap setiap buku mesti ada pelajaran yang ingin diberi...hehehe)


message 35: by Faizah Roslaini (new)

Faizah Roslaini | 825 comments Mod
1 - Sebab kalau tak baca macam mana nak review.

2 - Dah ada. Dah beli. Baca aja lah. Kalau kaya tak apalah. Boleh bakar terus.

3 - Dah baca. Try lah sampai habis. Harapnya adalah yang menarik sebelum akhir bacaan.


message 36: by Fariza (new)

Fariza | 736 comments Faizah Roslaini wrote: "1 - Sebab kalau tak baca macam mana nak review.

2 - Dah ada. Dah beli. Baca aja lah. Kalau kaya tak apalah. Boleh bakar terus.

3 - Dah baca. Try lah sampai habis. Harapnya adalah yang menarik..."


LIKE!


message 37: by Nor, dari khutubkhanah USIM (new)

Nor (norazzahmomin) | 1540 comments Mod
Saya baca buku Biarawati Qaseh Puteri & memang terasa seksa nak menghabiskannya. Baca sampai habis, kot terjumpa di mana2 sebab kenapa saya perlu terima buku tu. Serik saya membaca buku yang penulisnya saya tak kenal.


message 38: by Clerk Can (new)

Clerk Can | 146 comments Buku yang saya beli dengan duit saya sendiri memang akan saya habiskan walaupun tak suka. Nak buat macam mana, rasa membazir pula bila tak baca.

Wind-up bird chronicle memang menguji kesabaran saya. Seolah-olah sedang mendengar orang gila yang bercerita kepada saya tanpa henti tanpa henti tanpa henti.


message 39: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2414 comments Mod
"terpaksa baca buku lagi!" wah, mcm dialog masa di bangku sekolah pula. minggu lepas terpaksa baca novel yg sarat dgn khutbah, propaganda dan idealisme muluk2 pengarangnya. minggu ni terpaksa pula baca kumpulan puisi tiap-tiap-hari-tulis-puisi oleh leo aws.

penatlah baca buku bila terpaksa!


message 40: by Juliana Es (new)

Juliana Es (julianaes) | 857 comments Mod
encik_kerani menulis: "Buku yang saya beli dengan duit saya sendiri memang akan saya habiskan walaupun tak suka. Nak buat macam mana, rasa membazir pula bila tak baca. "

Sekarang ni, kalau saya, buku yang saya beli sendiri lagilah saya tak kisah kalau tak habis baca (kerana tak suka). Buku yang orang hadiahkan, saya akan telaah sebagai penghargaan kepada pemberi hadiah.


message 41: by Mobyskine (new)

Mobyskine | 3 comments Walau tak suka tetap nak tahu ending. Lagipun rasa puas hati bila dapat habiskan bacaan. Kalau tidak, rasa macam buat kerja sekerat jalan.


message 42: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2414 comments Mod
Bunnybaby wrote: "encik_kerani menulis: "Buku yang saya beli dengan duit saya sendiri memang akan saya habiskan walaupun tak suka. Nak buat macam mana, rasa membazir pula bila tak baca. "

Sekarang ni, kalau saya,..."


bunny, aci tak kalau baca 10 halaman pertama dan 5 halaman terakhir banding telaah dari kulit ke kulit sbg penghargaan tu? :)


message 43: by Juliana Es (last edited Jun 06, 2011 10:09PM) (new)

Juliana Es (julianaes) | 857 comments Mod
Mohd Nazmi menulis: "bunny, aci tak kalau baca 10 halaman pertama dan 5 halaman terakhir banding telaah dari kulit ke kulit sbg penghargaan tu? :)"

Haha! Ini perkara yang subjektif. Ada yang berpendapat telaah 1/3 buku saja pun dah dikira aci, mungkin ada yang mengatakan sekurang-kurangnya 1/2 buku. Bagi saya, baca awalan buku sikit, pertengahan sikit, dan akhirannya sikit. Barulah aci. Sikit.

Tapi, ia juga bergantung pada isi kandungan buku tersebut. Contohnya, kalau novel klasik yang meleret-leret tapi plotnya mudah saja dan boleh skip sana sini, mungkin senang kita nak ulas buku tu kalau tetiba je di"spot-check" oleh si pemberi hadiah. Tapi, kalau jalan ceritanya complicated dan ada perincian yang kita mesti ikuti betul-betul, mungkin jadi tak acilah kalau kita skip banyak sangat.

Oh ya, kebetulan menyebut hal skipping the pages ni, saya ingin sarankan buku How To Talk About Books You Haven't Read. It's like a survival guide for us book lovers, who, despite our best effort to read as many books as we could, we can still miss out on great works by so many great authors.


message 44: by Aidura (new)

Aidura (sofira) | 1472 comments Bunnybaby wrote: "Mohd Nazmi menulis: "bunny, aci tak kalau baca 10 halaman pertama dan 5 halaman terakhir banding telaah dari kulit ke kulit sbg penghargaan tu? :)"

Haha! Ini perkara yang subjektif. Ada yang ber..."


@BunnyBB, kat mana nak beli buku tu?


message 45: by Juliana Es (new)

Juliana Es (julianaes) | 857 comments Mod
@Aidura
Kinokuniya. Saya beli online. Tak tahulah sekarang ni ada stok lagi ke tak.


message 46: by Norain (new)

Norain | 687 comments Saya dah baca sikit. Rasa tersinggung sebab contoh-contoh yang dia bagi tu bunyinya seolah-olah membaca ni quite pointless.


message 47: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2414 comments Mod
Norain MT wrote: "Saya dah baca sikit. Rasa tersinggung sebab contoh-contoh yang dia bagi tu bunyinya seolah-olah membaca ni quite pointless."

pd kita mungkin gitu, tapi pd pandangan kelompok tertentu - cth politician nak tunjukkan mereka membaca krn sbb kepentingan tertentu - waah, itu ibarat bg kunci kpd dorang :)


message 48: by Juliana Es (new)

Juliana Es (julianaes) | 857 comments Mod
Norain MT menulis: "Saya dah baca sikit. Rasa tersinggung sebab contoh-contoh yang dia bagi tu bunyinya seolah-olah membaca ni quite pointless."

Kena baca lagi sampai habis, baru dapat gambaran menyeluruh. Tapi memang penulis adakala seperti menyindir, jadi terpulang kepada kita nak pilih sudut pandangan yang mana.


message 49: by Syahira (new)

Syahira  | 752 comments Apa yang menyebabkan kamu baca satu buku itu walaupun kamu tak suka?

Plot meleret, character bosan dan bulat sgt, tak ada flow from beginning to ending, climax bosan, anticlimax yg pointless... byk juga la

some malay books : byk sgt penggunaan bahasa daerah (confusing(
some english books : caucasians trying hard to write stuff about asians theme stuff (white guy writing chinese/japanese characters but failing)
some english for-local books : manglish/singlish usage in writing


message 50: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Syahira wrote: "Apa yang menyebabkan kamu baca satu buku itu walaupun kamu tak suka?

Plot meleret, character bosan dan bulat sgt, tak ada flow from beginning to ending, climax bosan, anticlimax yg pointless... by..."


Soalannya mengapa kita baca sesuatu buku itu walaupun kita tak suka buku tersebut.

Alasan-alasan yg syahira bagi nampak seperti mengapa syahira tak suka buku tersebut.


« previous 1
back to top