Goodreads Malaysia discussion

65 views
Arkib (Ganding Baca @ GRMY) > Pencalonan untuk Ganding Baca September 2010

Comments Showing 1-50 of 67 (67 new)    post a comment »
« previous 1

message 1: by Haryati (last edited Aug 15, 2010 08:07PM) (new)

Haryati Abd. Halim | 754 comments Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang.

Saya dengan rendah hati mencalonkan buku-buku ini untuk sama-sama kita cari gali mutiara-mutiara berharga di dasarnya.

1. Alexander adalah Zulqarnain
Pengarang: Muhammad Alexander
penerbit: PTS Islamika
Cetakan: 2010

2. Natrah- Cinta, Rusuhan dan Airmata
Pengarang: Fatini Yaacob
Penerbit: Penerbit UTM
Cetakan: 2010

3. Langit Ilahi2: Kembara Hamba Mencari Cahaya
Pengarang: Hilal Asyraf
Penerbit: Galeri Ilmu
Cetakan: 2010

4. Lembutkanlah Hatimu
Pengarang: Amaluddin Mohd Napiah
Penerbit: Galeri Ilmu
Cetakan: 2010

p/s- Minta tolong rakan-rakan GR yang arif naikkan gambar dan peti undi untuk buku-buku ini. Maaf, masih belum reti sebenarnya untuk masukkan perkara berkenaan. Terima kasih.


message 2: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (last edited Aug 15, 2010 08:51PM) (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2842 comments Mod
Haryati, terima kasih sudi mencalon buku-buku September.

Saya sudah naikkan undian di Poll, supaya lebih mudah :)

Pautan ke poll: http://www.goodreads.com/poll/show/37...

Tarikh mengundi bermula hari ini dan berakhir 31 Ogos, jadi usahlah menanti-nanti :)


message 3: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2842 comments Mod
Saya undi Natrah, sempena bulan kemerdekaan :)


message 4: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2414 comments Mod
Najibah wrote: "Saya undi Natrah, sempena bulan kemerdekaan :)"

ooo najibah berkempen.. kih kih kih.. sebenarnya bulan pembentukan malaysia. bulan kemerdekaan (secara formaliti) dah lepas.


message 5: by Haryati (new)

Haryati Abd. Halim | 754 comments Najibah,

Sangat cantik. Sangat menghargainya. Terima kasih.


message 6: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2842 comments Mod
Alamak, tersilaplah. Mengundi di bulan Ogos, jadi dirasuk semangat kemerdekaan pulak.


message 7: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2414 comments Mod
Najibah wrote: "Alamak, tersilaplah. Mengundi di bulan Ogos, jadi dirasuk semangat kemerdekaan pulak."

dirasuk? lepas kemerdekaan diculik oleh politikus dan korporatikus, saya dah tak lagi dirasuk sebarang hantu patriotikus.


message 8: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (last edited Aug 15, 2010 08:12PM) (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2842 comments Mod
He he he, saya tak dirasuk kemerdekaan versi politikus dan korporatikus, tapi dirasuk kemerdekaan versi yang digali daripada buku-buku sejarah yang jujur (mudah-mudahan, atau sekurang-kurangnya bagi saya :)).


message 9: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2414 comments Mod
errrr.... boleh tarik balik tak? baru teringat, buku alexander adalah zulkarnain dah ada bukunya! hehehe.. kalau tak boleh tarik balik, kira undi rosak, boleh tak? hehehe


message 10: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Kempen Khairul H:

Mungkin ramai yg tidak tahu di homepage GR-MY ni ada tempat mengundi buku-buku untuk bulan September. Tidak tahu sebab jarang scroll sampai ke bawah skrin.

Saya berkempen untuk buku Alexander adalah Zulqarnain sebab ini mungkin akan memberi semangat kpd saya untuk membacanya. Dah lama atas rak buku, tak belek lagi.

Tak perlu baca buku Natrah sebab saya boleh ceritakan di sini: gadis Belanda, diasuh oleh keluarga Melayu, masuk Islam, kahwin lelaki Melayu, mak bapaknya nak ambil balik, masuk court, keluar court, rusuhan di S'pore, court menyebelahi mak bapak si gadis, gadis masuk Kristian, cerai laki, balik Belanda, kahwin lelaki lain, pernah dijemput untuk ditemuramah di studio oleh Selamat Pagi Msia (kalau tak silap), ada orang telefon Selamat Pagi Msia nak cakap dgn Natrah, memanggil dia murtad dan menyuruh dia balik negara sendiri, Natrah pulang ke Belanda, mati pada 2009. The end.

Maka, lebih baik buku Alexander adalah Zulqarnain dicalonkan sebagai buku Ganding Baca bulan September kerana ramai yg belum baca dan ini boleh memberi alasan mereka untuk mula membaca buku itu. Juga kerana buku kontroversial ini akan menimbulkan beberapa soalan yg menarik.

Undilah buku Alexander adalah Zulqarnain.

Undilah buku Alexander adalah Zulqarnain.

Undilah buku Alexander adalah Zulqarnain.

Undilah buku Alexander adalah Zulqarnain.

Undilah buku Alexander adalah Zulqarnain.

Jika tuan puan, adik kakak mencalonkan Alexander adalah Zulqarnain, saya insyallah akan menghadiahkan satu buku seorang yg bernilai tidak lebih RM10 di BookXcess pada 26 September kelak (selepas 'gathering' ahli-ahli GR-MY di Taman Jaya). Undi Alexander adalah Zulqarnain, dapat buku free. Tak undi, tak dapat.


message 11: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2414 comments Mod
Khairul H. wrote: "Kempen Khairul H:

Mungkin ramai yg tidak tahu di homepage GR-MY ni ada tempat mengundi buku-buku untuk bulan September. Tidak tahu sebab jarang scroll sampai ke bawah skrin.

Saya berkempen untuk ..."


betul pepatah cina, ikan busuk bermula dari kepala. kita semua ni duk kat ekor dah.. hehehe


message 12: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (last edited Aug 17, 2010 04:27PM) (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Undilah Alexander adalah Zulqarnain. Undi, minyak turun. Tak undi, minyak naik.


message 13: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2842 comments Mod
Wah, hebat betul kempen Khairul H. Sampai ada hadiah buku. Macam luar biasa sikit lah pencalonan buku di Malaysia ni :) (er, ini tak kira rasuah ke?)

Nazmi, boleh saja nak menukar undi, selagi sesi mengundi masih terbuka.

PS: Kenapa ramai orang mahu cari siapa Iskandar Zulkarnain atau Alexander ni ya? Kalau kita tahu siapa dia yang sebenarnya, maka... ?


message 14: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2414 comments Mod
Khairul H. wrote: "Undilah Alexander adalah Zulqarnain. Undi, minyak turun. Tak undi, minyak naik."

klau dapat buku saya percaya, kalau minyak turun, temberang :)


message 15: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2414 comments Mod
Najibah wrote: "Wah, hebat betul kempen Khairul H. Sampai ada hadiah buku. Macam luar biasa sikit lah pencalonan buku di Malaysia ni :) (er, ini tak kira rasuah ke?)

Nazmi, boleh saja nak menukar undi, selagi ses..."


mcm mana nak tukar undi?


message 16: by Nor, dari khutubkhanah USIM (new)

Nor (norazzahmomin) | 1540 comments Mod
Saya undi untuk buku Alexander adalah Zulqarnain juga. Bukan sebab nak buku free, tapi sebab rasanya kisah Natrah tu dah tau, baca dalam akhbar dan disiarkan dalam media.
Buku AAZ dah dibeli beberapa bulan, tapi baru intai2 saja isinya, mungkin dengan adanya ganding baca, adalah sebab kenapa ianya perlu didahulukan daripada senarai yang lain.


message 17: by Nor, dari khutubkhanah USIM (new)

Nor (norazzahmomin) | 1540 comments Mod
Kenapa ya? Kita baca dulu then kita jawab soalan Najibah..bila kita tahu..maka..


message 18: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (last edited Aug 17, 2010 05:28PM) (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2842 comments Mod
Nazmi wrote: "Najibah wrote: "Wah, hebat betul kempen Khairul H. Sampai ada hadiah buku. Macam luar biasa sikit lah pencalonan buku di Malaysia ni :) (er, ini tak kira rasuah ke?)

Nazmi, boleh saja nak menukar ..."


Kembali semula ke poll yang berkenaan, di hujung bawah sebelah kiri senarai calon, ada 'change your vote' (kalau mengundi negara pun macam ini, beri tempoh masa tukar undi, baru seronok - kalau lepas tiga bulan / berapa2 bulan parti tertentu menang dan mereka tak tunaikan janji itu ini, bolehlah rakyat gulingkan mereka secara sah)


message 19: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Yay! Azzah dapat buku free asalkan harga tak lebih RM10. Err...jadi ke mai gathering nanti??

NAJIBAH, bukan rasuah...tu namanya strategi kempen (tak sia-sia belajar politik kat Uni. dulu, putar belit nombor satu)


message 20: by Haryati (new)

Haryati Abd. Halim | 754 comments Khairul,

Kalau lebih dari RM10, kena top-up sendiri ke?


message 21: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Ya. Kalau lebih, saya bagi RM10 je. Baki top up sendiri.


message 22: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2414 comments Mod
Khairul H. wrote: "Yay! Azzah dapat buku free asalkan harga tak lebih RM10. Err...jadi ke mai gathering nanti??

NAJIBAH, bukan rasuah...tu namanya strategi kempen (tak sia-sia belajar politik kat Uni. dulu, putar be..."


kalau ada satu saja aspek dalam teori evolusi tu betul, maka ia betul dari aspek bahasa politik

rasuah => tumbuk rusuk => politik wang => strategi politik => ???

hehehehe


message 23: by Nor, dari khutubkhanah USIM (new)

Nor (norazzahmomin) | 1540 comments Mod
Gathering 26 Sept tu..? Insyaallah akan diusahakan..ready dulu duitnya ya..duit raya anak2, en Khairul kebas..bagi kat pengundi..he..he..


message 24: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Nazmi juga layak dapat RM10 sebab undi buku "Alex adalah Zul" (bila dipendekkan nama-nama mereka, lain pulak bunyinya).

Kempen saya nampak macam rasuah tapi bukan sebab belum tentu lagi menang tapi org yg undi tetap dapat duit. Tu bukan rasuah.


message 25: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2414 comments Mod
Khairul H. wrote: "Nazmi juga layak dapat RM10 sebab undi buku "Alex adalah Zul" (bila dipendekkan nama-nama mereka, lain pulak bunyinya).

Kempen saya nampak macam rasuah tapi bukan sebab belum tentu lagi menang tap..."


err.. kalau dapat cari pengundi yg lain, dapat lagi tak? kih kih kih


message 26: by Aidura (new)

Aidura (sofira) | 1472 comments Nazmi wrote: "Khairul H. wrote: "Nazmi juga layak dapat RM10 sebab undi buku "Alex adalah Zul" (bila dipendekkan nama-nama mereka, lain pulak bunyinya).

Kempen saya nampak macam rasuah tapi bukan sebab belum te..."


@nazmi, ni pakat2 undi buku ke ataupun skim cari duit tambahan untuk raya? :D


message 27: by Aidura (new)

Aidura (sofira) | 1472 comments Saya menjangkakan buku #1 (Alexander adalah Zulqarnain) akan menang dgn undi majoriti berikutan kempen besar-besaran oleh pakatan KH.


message 28: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
tempoh mengundi belum habis. Majoriti hanya satu undi saja takat ni. Kalau kem pro-Natrah bagi janji lagi manis (undi Natrah, dapat RM20 misalannya) mampus kem pro-Alexander bukan Zulkarnain.


message 29: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2414 comments Mod
Khairul H. wrote: "tempoh mengundi belum habis. Majoriti hanya satu undi saja takat ni. Kalau kem pro-Natrah bagi janji lagi manis (undi Natrah, dapat RM20 misalannya) mampus kem pro-Alexander bukan Zulkarnain."

mcm dlm pilihan raya (kadang2) tabur duit belum tentu menang... opssss... kih kih kih


message 30: by Hilman (new)

Hilman | 492 comments wah, hangat betul berkempen...

Memandangkan buku Natrah dah habis baca, buku Alax adalah Zul dah beli tetapi belum baca... Saya dengan ini mengishtiharkan bahawa undi adalah rahsia...


message 31: by Isma (new)

Isma | 682 comments Saya ikut saja. Tak kisah buku apa menang.Tak akan mengundi.


message 32: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Orang-orang neutral ni lah yg menjejaskan sistem demokrasi.

Cewah!!


message 33: by Isma (new)

Isma | 682 comments Khairul H. wrote: "Orang-orang neutral ni lah yg menjejaskan sistem demokrasi.

Cewah!!"


Pengalaman minoriti di Thai.

Undi Demokrat atau PRO-Thaksin, semuanya sama!Baik tak payah undi.

Dan saya terbawa ke sini.Semua sama. Buku juga. :)

(Minoriti di Malaysia, lain)


message 34: by Fariza (new)

Fariza | 736 comments Khairul H. wrote: "Orang-orang neutral ni lah yg menjejaskan sistem demokrasi.

Cewah!!"


Bukan menjejaskan.. perlu di jelaskan tentang demokrasi.. baru betul! Undi anda penting.. hehe macam kempen lak..


message 35: by Aidura (new)

Aidura (sofira) | 1472 comments Isma wrote: "Khairul H. wrote: "Orang-orang neutral ni lah yg menjejaskan sistem demokrasi.

Cewah!!"

Pengalaman minoriti di Thai.

Undi Demokrat atau PRO-Thaksin, semuanya sama!Baik tak payah undi.

Dan saya..."


Biarpun sekadar minoriti sahaja tetapi undi anda adalah HAK ANDA! :)


message 36: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2414 comments Mod
Fariza wrote: "Khairul H. wrote: "Orang-orang neutral ni lah yg menjejaskan sistem demokrasi.

Cewah!!"

Bukan menjejaskan.. perlu di jelaskan tentang demokrasi.. baru betul! Undi anda penting.. hehe macam kempe..."


mengundi adalah hak demokratik. tidak mengundi pun adalah hak demokratik. teringat novel Seeing bila semua orang tak mengundi sampai terpaksa buat sekali lagi pilihan raya dan bila ramai orang tak nak mengundi lagi, kerajaan pun buat sekatan ekonomi politik ke atas etmpat tu


message 37: by Nor, dari khutubkhanah USIM (new)

Nor (norazzahmomin) | 1540 comments Mod
Teringat semasa Tingkatan 4 di asrama..untuk pencalonan Ketua Asrama, dibuat undi rahsia, semua pelajar masuk ke bilik warden untuk mengundi..rupa2nya warden nak pastikan yang Ketua Asrama pilihannya dilantik, tapi ternyata pilihan warden dan pilihan pelajar..citarasanya sama..

Undi di sini rahsia, tapi kita tahu keputusannya kan..


message 38: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (last edited Aug 19, 2010 09:18PM) (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Undi di sini tak rahsia. Boleh klik di poll untuk tengok siapa undi buku 'Alex' dan siapa undi buku 'Natrah'.

Teringat semasa Tingkatan 4 di asrama..untuk pencalonan Ketua Asrama, dibuat undi rahsia, semua pelajar masuk ke bilik warden untuk mengundi..rupa2nya warden nak pastikan yang Ketua Asrama pilihannya dilantik,

Macam Perhimpunan UMNO le pulak. Warden ketua bahagian mana?


message 39: by Nor, dari khutubkhanah USIM (new)

Nor (norazzahmomin) | 1540 comments Mod
Bukanle orang UMNO..dia just nak pastikan anak2 didiknya ada pemimpin yang bagus..dah arwah pun warden saya tu..al Fatihah..


message 40: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
I was being sarcastic :p

Sarcasm is so hard to convey in writing, I admit.


message 41: by Nor, dari khutubkhanah USIM (new)

Nor (norazzahmomin) | 1540 comments Mod
It's ok..saya perhatikan en Khairul memang agak kritikal..eloklah..hasil banyak membaca..


message 42: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Hilman layak dapat RM10 (kalau dia datang gathering nanti) sebab memilih Alexander Bukan Zulkarnain. :)


message 43: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Saniah dan Nisa' pun layak dapat RM10 sorang. Tapi kena hadir le hari gathering nanti.


message 44: by Naimisa (new)

Naimisa | 72 comments saya tolong tambah 1 Undi untuk buku Alaxander.

:D


message 45: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (last edited Aug 25, 2010 05:18AM) (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Naimisa layak juga!

EDIT: Naimisa, sila undi secara rasmi di poll. Pergi homepage GR-MY dan scroll hingga ke bawah skrin.


message 46: by Saniah (new)

Saniah Mat | 163 comments Terima kasih Encik Khairul.Jumpa nanti.Buku tu tak habis baca lagi,sebab tu la undi.


message 47: by Hilman (new)

Hilman | 492 comments Saniah wrote: "Terima kasih Encik Khairul.Jumpa nanti.Buku tu tak habis baca lagi,sebab tu la undi."

dah baca brapa lama???


message 48: by Bsplayer (new)

Bsplayer | 121 comments dah letak satu undi..XD


message 49: by Saniah (new)

Saniah Mat | 163 comments Hilman,buku tu beli masa cuti sekolah yg lepas.dah dua bulan juga lah cuba habiskan.


message 50: by Hilman (new)

Hilman | 492 comments Saniah wrote: "Hilman,buku tu beli masa cuti sekolah yg lepas.dah dua bulan juga lah cuba habiskan."

2 bulan ok lagi....saya beli masa pesta buku bulan March tempoh hari pun tak baca lagi...Sanggup xg konvo semata mata nak g pesta buku....Diskaun 30%...hehehe


« previous 1
back to top