Goodreads Malaysia discussion

115 views
Acara Buku/Aktiviti Kelab Buku > Beli Buku dan Buka (B3) - sempena sambutan tiga tahun BookXcess

Comments Showing 1-50 of 58 (58 new)    post a comment »
« previous 1

message 1: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2430 comments Mod
Saya cadangkan kita beli buku ramai-ramai di BookXcess sempena jualan sambutan tiga tahunnya, 13 hingga 15 Ogos ini. Lepas beli buku, kita boleh buka puasa sama-sama dan kemudian bertebaran sama ada pulang ke rumah atau solat terawih.

Tawaran yang disediakan BookXcess:-
1. Ratusan judul buu dijual bermula RM3 senaskhah
2. 30 peratu diskaun terhadap 100 judul terpilih
3. Baucer RM20 untuk belian RM200 dalam satu resit (sah sehingga 15 September 2010)
4. Keahlian tiga tahun percuma dengan belian RM50 dalam satu resit

Saya sudah buat page khas di Goodreads di link ini http://www.goodreads.com/event/show/9...


message 2: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Saya undi 'no' sebab time puasa malas keluar kalau tak penting. Mungkin boleh tapi daripada menghampakan org lain, lebih baik saya jawab tak boleh awal-awal lagi.


message 3: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2430 comments Mod
Khairul H. wrote: "Saya undi 'no' sebab time puasa malas keluar kalau tak penting. Mungkin boleh tapi daripada menghampakan org lain, lebih baik saya jawab tak boleh awal-awal lagi."

tak apa. sama ada, ada org atau tak, saya mmg akan ke sana. elaun buku setiap bulan mesti dihabiskan juga :)


message 4: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2843 comments Mod
Dua hari jatuh hari minggu rasanya, 14 dan 15hb. Kalau pergi membeli sahaja masih boleh, tapi untuk buka puasa beramai-ramai kemungkinan besar saya tak boleh. Selalunya suami saya akan kerja juga hari minggu, termasuk waktu malam, jadi prioriti harus ke rumah dulu.


message 5: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2430 comments Mod
Najibah wrote: "Dua hari jatuh hari minggu rasanya, 14 dan 15hb. Kalau pergi membeli sahaja masih boleh, tapi untuk buka puasa beramai-ramai kemungkinan besar saya tak boleh. Selalunya suami saya akan kerja juga h..."

yg penting beli buku dan dapat keahlian utk belian rm50. kurang yakin akan dapat buku2 yg bagus utk harga rm3.

sengaja saya pilih sabtu. ahad kalau dah petang dan malam, penatnya sampai ke hari isnin, hari kerja.

saya akan ke sana. dan seperti biasa, akan hantar serapah jampi kepada ali bukhari amir, spy dia pun ke sana juga. yg lain, saya hantar serapah jampi kelas kedua, so sapa yg ada pertahanan tinggi, dapat tangkis jampi serapah saya tu.. kih kih kih


message 6: by Nor, dari khutubkhanah USIM (new)

Nor (norazzahmomin) | 1546 comments Mod
BookXcess ni ada laman webnya ke? Cuba cari tapi tak jumpalah.


message 7: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Nor Azzah wrote: "BookXcess ni ada laman webnya ke? Cuba cari tapi tak jumpalah."


http://www.bookxcess.com/


message 8: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Nazmi wrote: "yg penting beli buku dan dapat keahlian utk belian rm50."

Saya mmg dah jadi ahli BookXcess sejak mereka buka pintu 3 tahun lepas. Tu le tak kisah sangat tak pergi. Bulan puasa 'lak tu.

Insyaallah akan pi BookXcess pada hari gathering GR-MY pada 26/9 nanti.


message 9: by Nor, dari khutubkhanah USIM (new)

Nor (norazzahmomin) | 1546 comments Mod
Terima kasih En. Khairul..


message 10: by Faizah Roslaini (last edited Aug 09, 2010 02:37AM) (new)

Faizah Roslaini | 825 comments Mod
Nazmi wrote: "Khairul H. wrote: "Saya undi 'no' sebab time puasa malas keluar kalau tak penting. Mungkin boleh tapi daripada menghampakan org lain, lebih baik saya jawab tak boleh awal-awal lagi."

tak apa. sama..."


woi ada elaun buku. best woo

saya ada hari ahad saja kalau mahu ke mana-mana.
kalau terlebih rajin, why not.


message 11: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2430 comments Mod
Faizah Roslaini wrote: "Nazmi wrote: "Khairul H. wrote: "Saya undi 'no' sebab time puasa malas keluar kalau tak penting. Mungkin boleh tapi daripada menghampakan org lain, lebih baik saya jawab tak boleh awal-awal lagi."
..."


hehehe.. ada lah elaun sikit


message 12: by Jiwa (new)

Jiwa Rasa (jiwarasa) | 51 comments Nazmi wrote: "Faizah Roslaini wrote: "Nazmi wrote: "Khairul H. wrote: "Saya undi 'no' sebab time puasa malas keluar kalau tak penting. Mungkin boleh tapi daripada menghampakan org lain, lebih baik saya jawab tak..."

Nazmi,

Elaun untuk hadiahkan buku pada kawan-kawan ada tak? ;)


message 13: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2430 comments Mod
jiwa wrote: "Nazmi wrote: "Faizah Roslaini wrote: "Nazmi wrote: "Khairul H. wrote: "Saya undi 'no' sebab time puasa malas keluar kalau tak penting. Mungkin boleh tapi daripada menghampakan org lain, lebih baik ..."

tu bukan namanya tax exemption?


message 14: by Faizah Roslaini (new)

Faizah Roslaini | 825 comments Mod
Khairul H. wrote: "Saya undi 'no' sebab time puasa malas keluar kalau tak penting. Mungkin boleh tapi daripada menghampakan org lain, lebih baik saya jawab tak boleh awal-awal lagi."

Siapalah orang yang hampa tuh? he he he


message 15: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2843 comments Mod
Belum pasti dapat turut serta turun ke BookXcess hujung minggu ni, kakak saya akan berpindah rumah, jadi mungkin perlu menghulur tangan bantuan kepadanya.


message 16: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2430 comments Mod
Najibah wrote: "Belum pasti dapat turut serta turun ke BookXcess hujung minggu ni, kakak saya akan berpindah rumah, jadi mungkin perlu menghulur tangan bantuan kepadanya."

tak apa. ada tiga jejaka (dua orang not single but still available dan seorang single and available) akan mencari buku2 yg available, tapi mungkin bukan single).. kah kah kah


message 17: by Ummu Auni (new)

Ummu Auni (ummuauni) | 539 comments Aduh, banyak betul plan walaupun duduk di rumah. Saya beli 34 buah buku di UK!! Penuh lagi longgokan bukunya yang belum dibaca, haha!


message 18: by Hilman (new)

Hilman | 492 comments Kenapa musim ni(Julai + Ogos) banyak sangat jualan murah???

Elaun buku saya untuk tahun ni dah habis...huhuhuhu


message 19: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Ummu Auni wrote: "Saya beli 34 buah buku di UK!!"

Sikit je tu.


message 20: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2430 comments Mod
Ummu Auni wrote: "Aduh, banyak betul plan walaupun duduk di rumah. Saya beli 34 buah buku di UK!! Penuh lagi longgokan bukunya yang belum dibaca, haha!"

@ummu auni

tak apa beli buku banyak2 waktu muda, nanti waktu tua, insya-Allah, boleh membaca terus-menerus :)... ni alasan yg saya pakai bila satu side dlm diri saya mempersoalkan buku2 kat rumah tu belum baca habis lagii..

Hilman wrote: "Kenapa musim ni(Julai + Ogos) banyak sangat jualan murah???

Elaun buku saya untuk tahun ni dah habis...huhuhuhu"


@hilman

alangkan state federal dan state government pun boleh luluskan bujek tambahan.. kih kih kih


message 21: by Ummu Auni (new)

Ummu Auni (ummuauni) | 539 comments Khairul, memang sedikit pun. Masa pergi UK, luggage seberat 80 kilo. Balik 80 kilo lebih sedikit. Rugi tak beli banyak lagi sebab MAS bagi sampai 100 kilo (25 kilo seorang), hahaha! Tak apa, I'll start bidding @ E-bay :P

Nazmi, masalahnya saya rasa dah lebih 50 buah buku (atau 100?) yang belum dibaca!


message 22: by Aidura (new)

Aidura (sofira) | 1472 comments tak apa beli buku banyak2 waktu muda, nanti waktu tua, insya-Allah, boleh membaca terus-menerus :)... ni alasan yg saya pakai bila satu side dlm diri saya mempersoalkan buku2 kat rumah tu belum baca habis lagii..

@Nazmi, solid plan hang ni cuma nak kena masukkan jugak dlm senarai - kanta pembesar (yg tebal) utk memudahkan perlaksanaan ketika di usia emas kelak.

almaklum la masa tu, mata dah mulai rabun dan kurang berfungsi. kalau tak, kesian kat cucu nak kena tolong baca buku utk atuk depa nanti. :)


message 23: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2430 comments Mod
Aidura wrote: "tak apa beli buku banyak2 waktu muda, nanti waktu tua, insya-Allah, boleh membaca terus-menerus :)... ni alasan yg saya pakai bila satu side dlm diri saya mempersoalkan buku2 kat rumah tu belum bac..."

errr... bukan masa tu kita dah pakai robot utk tolong bacakan? atau pun masukkan saja buku tu dlm satu mesin yg terus scan ke dlm retina mata kita.. kih kih kih


message 24: by Hilman (new)

Hilman | 492 comments Nazmi wrote: "errr... bukan masa tu kita dah pakai robot utk tolong bacakan? atau pun masukkan saja buku tu dlm satu mesin yg terus scan ke dlm retina mata kita.. kih kih kih "

tu sebahagian projek PSM(final year project) rakan saya dulu...

ni combine image processing dgn speech recognition...


message 25: by Ummu Auni (new)

Ummu Auni (ummuauni) | 539 comments kak aidura, hahaha! sebab tu asyik terlebih budget :P


message 26: by Aidura (new)

Aidura (sofira) | 1472 comments Ummu Auni wrote: "kak aidura, hahaha! sebab tu asyik terlebih budget :P"

@ummu auni, sememangnya benar belaka. akakpun seringkali terbabas budget buku sehingga mencecah rm400 sebulan. :lol:


message 27: by Hilman (new)

Hilman | 492 comments semalam baru je pergi melawat BookXcess....

disebabkan berpuasa, maka hanya habis RM3.00...


message 28: by Aidura (new)

Aidura (sofira) | 1472 comments Hilman wrote: "semalam baru je pergi melawat BookXcess....

disebabkan berpuasa, maka hanya habis RM3.00..."


sebab bawa duit rm5 jek kot...


message 29: by Hilman (new)

Hilman | 492 comments Aidura wrote: "sebab bawa duit rm5 jek kot... "

1)dtg KL dgn bus je...
2)lagipun tart gulung nenas byk sgt nak kena bawak...
3)sebab tak nak beratkan lagi beg...
4)duit dah byk habis beli buku kat jln TAR n Kinokuniya...


message 30: by Aidura (new)

Aidura (sofira) | 1472 comments Hilman wrote: "Aidura wrote: "sebab bawa duit rm5 jek kot... "

1)dtg KL dgn bus je...
2)lagipun tart gulung nenas byk sgt nak kena bawak...
3)sebab tak nak beratkan lagi beg...
4)duit dah byk habis beli buku kat..."


5)takdak buku yg betul2 berkenan di hati...


message 31: by Suhaimi (new)

Suhaimi Adanan (_suhaimi) | 13 comments Dah lama saya dengar tentang bookxcess, tapi masih belum berpeluang untuk ke sana, dan sehingga hari ini saya masih mengharap supaya mereka dapat buat jualan melalui pos.


message 32: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2430 comments Mod
Suhaimi wrote: "Dah lama saya dengar tentang bookxcess, tapi masih belum berpeluang untuk ke sana, dan sehingga hari ini saya masih mengharap supaya mereka dapat buat jualan melalui pos."

sedara duk kat mana?


message 33: by Clerk Can (new)

Clerk Can | 146 comments Salam perkenalan.
jadi mereka tidak membuat jualan melalaui pos.
Sangat mendukacitakan bagi orang seperti saya
yang duduk jauh di terengganu.


message 34: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2430 comments Mod
seorang_kerani wrote: "Salam perkenalan.
jadi mereka tidak membuat jualan melalaui pos.
Sangat mendukacitakan bagi orang seperti saya
yang duduk jauh di terengganu."


salam perkenalan kembali. sesekali datang ke KL, borong sajalah :)


message 35: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
seorang_kerani wrote: "Salam perkenalan.
jadi mereka tidak membuat jualan melalaui pos.
Sangat mendukacitakan bagi orang seperti saya
yang duduk jauh di terengganu."


Tidak kos efektif saya rasa memandangkan buku-buku mereka dijual dgn harga murah.


message 36: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2430 comments Mod
Khairul H. wrote: "seorang_kerani wrote: "Salam perkenalan.
jadi mereka tidak membuat jualan melalaui pos.
Sangat mendukacitakan bagi orang seperti saya
yang duduk jauh di terengganu."

Tidak kos efektif saya rasa me..."


elok juga sesekali datang KL seperti pelancong buku atau pengembara buku.


message 37: by Abdul Hakim (new)

Abdul Hakim Abdul Basir (mxypltk) | 13 comments Dah lama hamba jadi pengembara dek kerna buku. KLIBF setiap tahun. Payless awal tahun. Big Bad akhir tahun. Kalau DBP ada jualan gudang lagi tahun ni, tengoklah mungkin turun KL lagi ni.

Tapi tak seronok jalan Gua Musang-Merapoh, rosak teruk. Time lalu jalan tu mesti takleh tidur. Terhenjut-henjut bas.


message 38: by Afiq (new)

Afiq Asyran (afiqasyran) | 69 comments Tu salah satu sbb saya taknak kerja di UMK. access kepada buku kurang. Kalau Kelantan ok lagi ada Popular Bookstore, ada buku import.

Kalau Terengganu, minta maaf ya kalau ada sesiapa orang Terengganu, tak berniat menyinggung, ini kebenaran hakiki. KT memang takde kedai buku yang jual buku import. saya tahu sebab saya pernah beljar kat sana. kalau saya silap, minta perbetulkan.

Kalau kat KL, senang nak capai, rasa nak beli buku apa2 pun ada. Bookxcess, The Borders (3branches), Kino, Times, BBW, etc.

Kesimpulannya: kerajaan buat lah "bullet train" macam kat Jepun. Orang Kelantan, Tganu nak datang beli buku kt KL 3jam je. haha


message 39: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Afiq wrote: "
Kalau Terengganu, minta maaf ya kalau ada sesiapa orang Teren..."


Takkan T'ganu takde MPH?


message 40: by Afiq (new)

Afiq Asyran (afiqasyran) | 69 comments Saya baru tanya kawan saya orang Terengganu.

Dia kata "yirlek, Ahmad Said dok bace buku oghang putih" katanya.

minta maaf ye orang terengganu, saya tak berniat menyinggung. kawan saya bgtau, saya cuma menyampaikan. don't shoot the messenger

tapi saya google2 ada la pulak tapi kt Kemaman, Popular Bookstore. mmg jauh la sgt2 dgn bandar KT. kt Mesra Mall. baru siap. Demografik area Kemaman pun mmg kawasan orang berada, pekerja2 loji penapisan minyak. so sesuai la lokasi nya


message 41: by Hilman (new)

Hilman | 492 comments ooo...kat Mesra Mall tu....tp kat KT kan ada perpustakaan yg besar mcm Istana...

ambo lalu jah, dok rajin masuk lagi...


message 42: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Tapi muzium KT best. Ada Batu Bersurat yg original. Tapi takleh tangkap gambar.

Apalak melalut cakap pasal muzium ni??? heh.


message 43: by Afiq (new)

Afiq Asyran (afiqasyran) | 69 comments library besar, tapi kalau buku takde macam mane ya?


message 44: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Afiq wrote: "library besar, tapi kalau buku takde macam mane ya?"

Mesti ada buku. Mana bley perpustakaan takde buku. Mungkin tak banyak buku english, tapi adalah buku.


message 45: by Hilman (new)

Hilman | 492 comments xde buku ke???kakak saya duk kat Paka, die selalu g library kat Paka...die ckp banyak jugak la buku yg ada...xtau la klu yg besar xde buku...budget habis kat buat bangunan kot....


message 46: by Clerk Can (last edited Dec 14, 2010 10:44AM) (new)

Clerk Can | 146 comments Terpanggil pula untuk memberi komen di sini. Ya di terengganu memang tiada MPH mahupun Popular. Oh maafkan saya, popular sudah ada di kerteh dengan keluasan kedai seluas 6 langkah persegi dan didominasikan oleh alat tulis dan majalah.

Kedai buku yang kecil-kecil juga semakin banyak yang tutup mungkin kerana pembaca buku di terengganu sudah ramai berhijrah ke KL yang access kepada buku lebih mudah dan yang tinggal di sini hanyalah penagih pil kuda dan pekerja kerajaan yang lebih suka spend duit untuk modifikasi kereta berbanding beli buku.

Setakat ini yang menjadi kunjungan saya ialah Pustaka Seri Intan di Kuala Terengganu dan Dungun. Dahulu kedainya kecil sahaja. Tetapi sekarang sudah mulai membesar dan walaupun koleksi bukunya masih berlegar sekitar bad romance novel dan worse teen lit, tetapi kadang-kadang ada juga terselit karya classic seperti christy dan dickens. Rak untuk bestseller juga telah diwujudkan walaupun saya tidak faham kenapa twilight mesti dibuat sequal sedangkan yang pertama sudah cukup teruk. Buku kanak-kanak juga semakin banyak (mostly kowai and young) membuatkan saya sudah tidak risau untuk membesarkan anak saya di sini.

Tuan khairul, ya perpustakaan terengganu memang besar. Tetapi sebagaimana sebuah gereja yang besar, gah dan cantik, begitu jugalah nasib perpustakaan tadi. Menakutkan orang ramai untuk mendampinginya dan tiada kesan intimasi apabila hadir di dalamnya. Untuk membawa anak-anak jantan saya ke sana adalah seperti satu taboo. Lebih seronok melepaskan mereka di kedai-kedai buku.

Berbalik kepada topik asal iaitu bookaxess sale, saya terlepas lagi untuk kembara buku pada tahun ini dan semoga tahun depan membawa sinar harapan. Sangat cemburu apabila membaca blog Puan Nisah ada buku yang dibeli serendah RM8 dan kebanyakan buku yang dibeli adalah JAUH lebih rendah dari harga asal.


message 47: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
encik_kerani wrote: " saya tidak faham kenapa twilight mesti dibuat sequal sedangkan yang pertama sudah cukup teruk."

Twilight memang buku bersiri. Tambah pula buku pertama 'meletup'. Apa lagi? Sequel lah!!

Ingin mencelah sedikit mengenai buku-buku remaja seperti Twilight ini. Jika kita fikir ia teruk, cuba baca novel-novel remaja yg lain di rak-rak (mungkin T'ganu takde). Lebih teruk jalan ceritanya!!

Twilight tidak sehebat mana tapi bandingkan dengan novel-novel remaja lain dari US & UK, ia seperti bunga mawar di atas timbunan baja tahi lembu.


message 48: by Kataklicik (new)

Kataklicik | 714 comments Oyyyyyy! I loved the Twilight series!!!


message 49: by Afiq (new)

Afiq Asyran (afiqasyran) | 69 comments Pindah dari T'ganu atau pakai kad kredit, beli buku secara online.

Twilight kalau tak keluar movie lelaki sasa berbadan sasa, tidak pakai baju, berbulu2 mungkin akan dipandang lain bukunya oleh kaum lelaki. mungkin encik khairul sendiri akan baca. kahkahkah


message 50: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (last edited Dec 22, 2010 06:04AM) (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Mungkin. Tak tau. Tapi kritikan utama saya (malah bagi semua kaum anti-twilight) adalah karekter Bella yg sepatutnya digugurkan ketika dalam kandungan! Rasa nak tampar je budak tu. Mungkin saya tak suka baca karekter perempuan lemah kut?


« previous 1
back to top