Goodreads Malaysia discussion

84 views
Makan Buku, Minum Buku... > Klasik kita mahal, klasik orang murah

Comments Showing 1-16 of 16 (16 new)    post a comment »
dateDown arrow    newest »

message 1: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (last edited Aug 07, 2010 02:05AM) (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2843 comments Mod
Thread ini diilhamkan oleh thread Mizzle yang sedang mencari buku-buku sastera lama Malaysia, termasuk hikayat.

Kalau kita perasan, satu kecenderungan di negara kita, hikayat-hikayat lama selalu diterbitkan dengan harga mahal, edisi eksklusif yang mencecah ratusan ringgit.

Sebaliknya kalau kita lihat sastera klasik Inggeris, boleh didapati melalui Penguin Classics dan Collins Classics dalam harga antara RM5-10 sahaja.

Sedangkan saya lihat pasaran hikayat ini tidaklah terlalu teruk, ramai yang mencari, ramai yang mahu meneroka asal usul mereka. Kalau lihat di laman web Dawama pun, hikayat-hikayat selalu habis stok. Bererti orang beli, tapi tak pula dicetak-cetak ulang walaupun setiap tahun kita melawat laman itu mencari buku sama. Sayang seribu kali.

Setakat ini ada usaha untuk menghasilkan edisi yang murah pun, hanyalah oleh PTS, itupun sudah diringkaskan dan bukan yang asli lagi.

Apa pendapat rakan-rakan mengenai hal ini? Apa yang boleh dibuat untuk mengatasi keadaan ini? Bagaimana setiap kita dapat membantu?


message 2: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Tak tau hal sebenar mengapa karya-karya ini tidak diulang cetak jadi susah nak komen.

PENGUIN memang sebuah penerbit yg diwujudkan untuk mengulang cetak karya-karya di dalam bentuk paperback dengan harga murah. 1 pound (RM5-RM7) harga buku mereka. Sebabnya buku-buku klasik yg mereka ulang cetak adalah buku-buku yg dah 100-200 tahun malah ada dari zaman Yunani purba. Maksudnya mereka tidak perlu membayar royalti kpd pengarang mahupun warisnya. Kalau tak silap, undang-undang UK/Eropah, lepas 50 tahun atau 100 tahun, jika tiada siapa memperbaharui hakcipta sebuah karya itu, ia dikira 'public domain'. Siapa-siapa boleh cetak, tak salah.

Tak tahu undang-undang Malaysia.

Mungkin juga kurang minat? Hanya setakat ulat buku dan pelajar sejarah peringkat universiti? Berapa kerat sangat? Jumlah yg berminat nak beli vs. jumlah kos = mungkin tak berbaloi. Ini hanya anggapan saya.

Sebab dari pengalaman saya di UK, mereka memang minat (boleh dikatakan obses) dgn asal usul mereka. Bahan sejarah dlm bentuk apa pun, samada buku, perkakas antik, foto, lukisan, apa sajalah, memang mereka suka kumpul. Kalau tidak, takkanlah siri TV "Antiques Roadshow" boleh bertahan lebih 30 tahun dan masih lagi disiarkan di kaca tv.

Adakah bangsa Melayu se-obses itu dgn sejarah mereka? Tidak ramai saya rasa.

Saya masih ingat beberapa tahun dahulu apabila sekumpulan pakar arkeologi menjumpai tamadun Hindu di Johor yg lebih awal dari tamadun Islam...Fuh, bukan main melatah segolongan nasionalis Melayu terutama dari sebuah parti politik...apa nama mereka? Ala, yg suka hulur keris, suka menangis tu...kununnya itu fakta salah la, pengkaji tu tak pandai la dan bermacam-macam lagi. Entah apa jadi dgn tapak sejarah tu. Dipulangkan kembali ke hutan atau pun S'pore dah beli. Tak tau.

Bukankah Farish Noor pernah tulis, jika kita baca Hikayat Hang Tuah sampai habis kita akan dapati si Tuah mengakhiri hidupnya sebagai seorang pasifis. Tapi kita sering disuapkan cerita yg Tuah setia pada Sultan dan sanggup membunuh rakannya sendiri demi keagungan Sultan. Dan selalunya disitulah tamatnya cerita Hang Tuah sedangkan di dalam 'Hikayat'nya masih panjang lagi cerita.

Mungkin sebab itulah sejarah Tanah Melayu tidak diketengahkan sangat. Ia boleh menukar persepsi rakyat yg selama ni terima je fakta sejarah dalam buku sekolah.


message 3: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2843 comments Mod
Ya, sedikit sebanyak saya rasa sejarah kita dalam hikayat2 lama tu, seperti sengaja disembunyikan dan tidak dipromosikan kerana ia mampu jadi gelombang perubahan rakyat.

Misalnya satu "recurring themes" yang saya jumpa dalam sastera klasik kita, walaupun saya baca ulang belum banyak, iaitu "Sejarah Melayu" dan "Hikayat Abdullah" (Hikayat Hang Tuah dan beberapa lagi saya pernah baca semasa kanak-kanak, tapi saya abaikan di sini sebab sudah terlalu lama dan waktu itu cernaan fikiran masih kanak-kanak), adalah teguran mengenai pemerintahan. Berulang-ulang. Tegas. Dengan penjelasan rapi mengenai sikap pemimpin semasa. Terlalu membuka mata. Menjolok minda. Cubalah baca. Saya yakin dalam hikayat-hikayat lain juga akan diselitkan juga.

Adakah recurring themes dalam kesusasteraan klasik kita ini yang ditonjolkan dalam sukatan Bahasa Malaysia prosa klasik di sekolah menengah? Entahlah, setakat saya pernah mengajar tuisyen BM beberapa tahun lepas, tidak pula. Salah satu soalan contoh yang pernah saya lihat, ambil excerpt yang mengenai orang bermukah (lupa dari hikayat apa).

Saya rasa inilah salah satu sebabnya. Inilah yang menakutkan segelintir 'pencipta' sejarah.

Saya rasa kita patut mulakan gelombang itu di Goodreads Malaysia. Gelombang Baca Hikayat. Kembali menyiasat susur galur bangsa semula, dengan mata pembaca abad 20-an.

Di PNM, ada kira-kira 4000 manuskrip Melayu, sebahagian besar masih belum pernah diselidiki. Di seluruh dunia, ada kira-kira 10,000 naskhah. Juga masih banyak belum dikaji mendalam. Semua menunggu kita, mungkin?


message 4: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Saya baru mula Hikayat Abdullah versi English tapi tergendala sebentar kerana sedang khusyuk dengan karya terbaru Amir Muhammad, 120 Malay Movies. Di dalam buku ini, Amir mengupas filem-filem Melayu abad 40an hingga 70an dan dia dapati filem zaman dulu banyak menyindir pemerintah. Samada penjajah British, Sultan-sultan Melayu mahupun parti UMNO yg baru berkuasa ketika itu ("Alif, Mim, Nun, Wau...Sarkas!" ~ S. Shamsuddin, Pendekar Bujang Lapok 1959).

Saya belum habis baca buku tu, tapi saya berpendapat 'pemutihan' sejarah Tanah Melayu dan sifat totok setia kepada pemimpin mula disemai selepas 13 Mei 1969. Baik dalam filem mahupun hikayat-hikayat Melayu.


message 5: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2430 comments Mod
undang2 hak cipta sama ada kat luar atau di malaysia sama saja, selepas 50 tahun kematian pengarang, memang akan jadi public domain.

buku hikayat kita mahal kerana dijual dlm edisi mewah terbitan yayasan karyawan. sesiapa saja pun boleh terbitkan hikayat kita. tapi jgn ambik yg edisi mewah sedia ada tu, kita terbitkan balik.

dewan bahasa dulu ada terbitkan sejarah melayu, hikayat hang tuah dlm terbitan yg jauh lebih murah. tapi syang, tak diulang cetak.

kalau di mesir, wanita pertama yang juga isteri presiden mesir, suzan mubarak, menaungi projek "pesta buku" atau "pesta membaca". tapi jangan salah faham istilah pesta - pesta tu maksudnya penerbitan karya2 agung, besar dan penting sama ada dlm bahasa arab atau terjemahan ke bahasa arab dalam harga yg sangat2 murah. dari rm1 hingga rm50 begitu. ini teks klasik yunani, greek atau karya2 yg lebih moden.

ahhh.. saya tunggu kalau isteri pm pula terfikir utk naungi projek seumpama itu - hikayat hang tuah dijual dgn harga rm10!


message 6: by Johnny (last edited Aug 08, 2010 11:32AM) (new)

Johnny B. Rempit (johnnyrempit) | 287 comments Kalau nak cari buku hikayat murah, di Amcorp Mall flea market ada. Hari Sabtu dan Ahad. Ada satu abang ni jual buku Melayu. Yang jenis hikayat-hikayat ni banyak dia jual. Meja dia di tingkat bawah, selalunya di hadapan restoran tomyam. Banyak juga buku DBP yang tak di ulang cetak di jual sekali. Hikayat Pendawa Lima semalam di jual dengan harga RM20. Baru dan berkulit keras. Belum tawar lagi tu.

Di situ juga ada beberapa penjual buku terpakai juga. Ikut selera masing-masing. Buku klasik, majalah lama, buku teks zaman dulu dll.


message 7: by Kataklicik (new)

Kataklicik | 714 comments Ini terpesong sikit, tapi nak tambah jugak kata Johnny -

Kat Amcorp flea market saya paling suka kaunter abang yang jual cd (tepi escalator) lagu-lagu melayu lama, tahun 30an, 40an. Rasanya lagu tahun 70an pun dia ada jual. Tapi saya paling syok lagu-lagu rentak lama Nona Asiah :D


Faizah Roslaini | 825 comments Mod
Kataklicik wrote: "Ini terpesong sikit, tapi nak tambah jugak kata Johnny -

Kat Amcorp flea market saya paling suka kaunter abang yang jual cd (tepi escalator) lagu-lagu melayu lama, tahun 30an, 40an. Rasanya lag..."


Saya PON suka gerai tuh. Suka dengar Sanisah Huri dan lain lain lagu lama.

Hah. Kali terakhir saya ke Amcorp Mall, dua tiga bulan lepas, tak sempat pun ke kedai yang di bawah tu. Saya akan cuba lagi lain kali tapi memandangkan sekarang suami makin sibuk, saya susah hendak ke mana-mana.

Nak heret budak2 bertiga tu pergi flea market Amcorp Mall? Tak cukup tali nanti..


Faizah Roslaini | 825 comments Mod
Khairul H. wrote: "Saya baru mula Hikayat Abdullah versi English tapi tergendala sebentar kerana sedang khusyuk dengan karya terbaru Amir Muhammad, 120 Malay Movies. Di dalam buku ini, Amir mengupas fi..."

Riviu the Malaysian Reader membuatkan saya rasa nak baca buku tersebut. Nak confirmkan sekali lagi, RM60 memang berbaloi, ya?


message 10: by Faizah Roslaini (new)

Faizah Roslaini | 825 comments Mod
Najibah wrote: Saya rasa kita patut mulakan gelombang itu di Goodreads Malaysia. Gelombang Baca Hikayat. Kembali menyiasat susur galur bangsa semula, dengan mata pembaca abad 20-an.

uuhh..I likee..


message 11: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (last edited Aug 09, 2010 04:32AM) (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Faizah, ya, saya rasa RM60 untuk sebuah buku yg padat amat berbaloi. Dan duit tu terus ke Amir. Takde org tengah punya. Kalau nak beli, tengok entri blognya di sini: How to get remaining copies of first edition of 120 Malay movies. Hanya tinggal 73 naskah je.

Atau beli dari Kino atau Silverfish.


message 12: by Hilman (new)

Hilman | 492 comments Setelah melayari sesawang "Yayasan Karyawan", terbantut niat nak beli buku2 hikayat versi bangsawan ni. Semua harga atas RM100...

memang mahal!!!


message 13: by Isma (new)

Isma | 682 comments Saya sedang cari Hikayat Patani...terbitan DBP lama dulu.


message 14: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2430 comments Mod
Hilman wrote: "Setelah melayari sesawang "Yayasan Karyawan", terbantut niat nak beli buku2 hikayat versi bangsawan ni. Semua harga atas RM100...

memang mahal!!!"


dlm hati mmg tergoda2 utk beli hikayat jenaka yayasan karyawan.. tapi apakan daya rm100 plus plus


message 15: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (last edited Jan 06, 2011 11:04PM) (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2843 comments Mod
Berita terbaru mengenai sukarnya mencari hikayat Melayu di kedai-kedai buku, dari Utusan Malaysia (12/10/2010):

Mencari Hikayat Si Miskin

Oleh Aznan Bakar
Aznan.bakar@utusan.com.my

DUA tiga hari lalu, ketika menjenguk-jenguk ke kedai-kedai buku sekitar ibu negara, hati terdetik untuk mencari naskhah hikayat Melayu lama.

Namun, hasrat itu tidak menjadi kenyataan kerana yang ada hanya novel-novel moden yang kebanyakan berkisar tentang kisah remaja dan cinta.

Ada kawan mencadang supaya di teroka kedai-kedai buku biasa yang terdapat di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Namun, selepas satu kedai demi satu kedai dilawati. Bahan yang dihajati tidak juga ditemui.

Malah, ketika ditanya jurujual yang rata-ratanya masih mudah itu, mereka tidak tahu. Malah tidak pernah dengar pun akan cerita hikayat tersebut.

Antara yang menjadi nostalgia ialah Hikayat Si Miskin, mengenai kisah Maharaja Marakarma di negeri Antah Berantah.

Apa yang menghairankan, ke mana hilang naskhah-naskhah cerita hikayat ini yang 20 atau 30 tahun dahulu merupakan antara bahan bacaan wajib di sekolah.

Hikayat Malim Deman, Hikayat Merong Mahawangsa, Hikayat Awang Sulung Merah Muda, Hikayat Anggun Cik Tunggal dan sebagainya merupakan antara sebahagian daripada peninggalan zaman ketamadunan Melayu.

Naskhah-naskhah mungkin tersebut boleh diperolehi di perpustakaan-perpustakaan awam dan institusi pengajian tinggi (IPT). Tetapi ia sepatutnya juga boleh diperolehi di pasaran sama seperti naskhah-naskhah klasik barat yang bersepah di kedai-kedai buku kita.

Hikayat Si Miskin Misalnya ditulis sekitar tahun 1844 atau 1848 yang mempunyai nilai sejarah tersendiri.

Hikayat merupakan sastera prosa Melayu yang memaparkan dongeng cinta yang penuh dengan kehebatan dan ketakjuban.

Biasanya ia mengenai kehebatan seseorang individu atau pahlawan yang memiliki kuasa sakti dalam menentang kuasa-kuasa jahat.

Walaupun ia bersifat hikayat yang penuh dengan mitos, namun sedikit sebanyak ia memaparkan budaya dan cara hidup masyarakat Melayu zaman dahulu.

Daripada cerita-cerita hikayat tersebut kita boleh mendapatkan gambaran mengenai tamadun Seri Wijaya, Gangga Negara dan Kedah Tua.

Malah ia turut memaparkan perkembangan kesusasteraan Melayu yang satu ketika dahulu banyak pengaruh Hindu sebelum sedikit demi sedikit di serap kesusasteraan Islam.

Yang menjadi persoalan sekarang, apakah tidak ada usaha oleh pihak yang terbabit untuk memulihara cerita-cerita hikayat ini?

Kalau kita boleh berbangga dengan karya-karya klasik barat, kenapa karya-karya klasik kita seolah-olah terbiar pupus di telan zaman?

Kalau benarlah semua karya ini sudah pupus, maka sudah tentu ia satu kerugian kepada dunia kesusasteraan kita.

Semua kisah hikayat tersebut pada asalnya diceritakan secara lisan. Ia berpindah dari mulut ke mulut sebelum dibukukan.

Ini adalah warisan kita. Sepatutnya ia menjadi rujukan umum yang boleh didapati di kedai-kedai buku pada bila-bila masa.

Pada masa ini, naskhah-naskhah tersebut jika ada pun, ia tidak lebih daripada rujukan-rujukan eksklusif yang terdapat di IPT.

Sedangkan, jika ia dipromosi betul-betul, mungkin segala kisah hikayat itu boleh menjadi bahan bacaan umum terutama di kalangan generasi muda. Sampai bila kita mahu melihat anak-anak kita membesar dengan buku seperti Diary of a Wimpy Kid atau kisah dongeng barat yang langsung tidak masuk akal seperti Harry Potter?

Sekurang-kurangnya dedahkan juga mereka dengan kisah-kiah hikayat tempatan yang sudah pasti mempunyai nilai budaya dan sejarahnya yang tersendiri. Jika kita berusaha mengangkat martabat kesusasteraan tradisi ini, maka satu hari nanti ia pasti akan hilang dan dilupakan begitu sahaja.



message 16: by Juliana Es (last edited Jan 07, 2011 01:08AM) (new)

Juliana Es (julianaes) | 857 comments Mod
Dulu (lebih kurang 3 tahun lalu) semasa bersembang dengan Encik Arief PTS, dia kata PTS memang bercadang untuk terbitkan semula karya klasik tempatan edisi murah macam yang dilakukan oleh Penguin. Tak pasti sekarang perkembangannya bagaimana.


back to top