Goodreads Malaysia discussion

51 views
Arkib II > Buku menghebohkan di Singapura

Comments Showing 1-14 of 14 (14 new)    post a comment »
dateDown arrow    newest »

message 1: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2430 comments Mod
Ada sesiapa yg pernah baca buku alan shadrake ini? Tengok judul menarik juga, tapi bimbang kalau-kalau buku ini menimbulkan kehebohan lebih kerana dasar singapura yang ketat daripada karyanya sendiri.

SINGAPURA: Seorang penulis Britain yang berdepan hukuman penjara berhubung bukunya yang mengkritik hukuman mati di republik ini, terus berdegil mempertahankan perbuatannya ketika sebutan pertama kesnya itu di mahkamah semalam.

Alan Shadrake hadir di mahkamah penuh sesak untuk mendengar tuduhan menghina mahkamah ke atasnya dikemukakan Peguam Negara selepas pelancaran bukunya di republik ini, `Once a Jolly Hangman: Singapore Justice in the Dock'.

Seorang hakim Mahkamah Tinggi meluluskan penangguhan, memberi peguam Shadrake tambahan dua minggu menyediakan kes itu dan seminggu lagi untuk pendakwa raya memberi maklum balas.

Dengan pasportnya ditahan mahkamah bagi mengelakkannya meninggalkan negara ini, wartawan bebas berusia 75 tahun itu masih bertegas mempertahankan perbuatannya walaupun berdepan hukuman penjara.

"Apa saja yang mereka lakukan kepada saya, ia akan membuktikan apa yang ditulis dalam buku saya," katanya kepada media di luar mahkamah selepas sebutan kes itu.

"Saya bukan lemah dan pengecut," tambah Shadrake. "Saya mahu hadir di mahkamah, saya bukan melarikan diri. Jika saya lari, ia bermaksud saya bersalah."

Buku Shadrake memaparkan perbualan yang dirakam dengan seorang pesara Jabatan penjara yang melaksanakan hukuman mati, Darshan Singh, yang dikatakan penulis menggantung kirakira 1,000 penjenayah tempatan dan asing dalam kerjaya yang sudah wujud sejak setengah kurun lalu.

Berpusat di Malaysia dan Britain, Shadrake dibebaskan dengan jaminan atas dakwaan menghina dan kini menjalani siasatan berasingan untuk jenayah memfitnah.

Memfitnah membawa hukuman penjara dua tahun atau denda atau keduaduanya, sementara menghina mahkamah "dihukum penjara atau denda, tanpa had untuk kedua-duanya," kata satu kenyataan dari pejabat Peguam Negara.

Amnesty International dan kumpulan hak asasi manusia lain menggesa Singapura memansuhkan hukuman mati.

Amnesty berkata dengan penduduk berjumlah lima juta orang, Singapura memiliki kadar hukuman mati per kapita tertinggi di dunia. Ia menggantung 420 orang di antara 1991 dan 2004.

Bagaimanapun, pihak berkuasa Singapura mengekalkan hukuman mati bagi mengurangkan pengedar dadah daripada beroperasi di negara ini dan menyelamatkan ribuan nyawa golongan muda.

Hukuman mati adalah mandatori bagi sesiapa yang tertangkap bersama lebih 15 gram heroin, 30 gram kokain atau 500 gram ganja. Shadrake berkata penahanannya tidak produktif untuk pihak berkuasa Singapura.

"Mereka memasukkan saya ke dalam dunia selebriti," katanya menambah bahawa jualan bukunya "laris seperti pisang goreng panas" di Malaysia. - AFP



message 2: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (last edited Aug 01, 2010 09:13PM) (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Ada terbaca cerita ni di blog Sharon Bakar tapi belum sempat membaca buku En. Shadrake. Buku di ban di Msia, boleh beli di S'pura. Ban di sana, boleh beli di sini. Ini macam boleh buat bisnes....mana-mana org S'pura nak baca buku ni, org M'sia boleh tolong seludupkan. Dan sebaliknya.

Pendapat saya sendiri, saya anti-hukum bunuh sebab sistem penguatkuasaan, perundangan dan sistem kehakiman kita yg tidak telus, tidak lurus dan tidak sahih. Banyak kecacatan.

Lagipun sudah terbukti tidak efektif dalam kes penyeludupan dadah. Yg kena tangkap, mat despatch je. Tauke dadah selamat. Ada pula pendapat bahwa hukuman gantung untuk dadah tidak sejajar dgn ajaran Islam.

Islam pun bagi peluang bayar 'duit darah' sebagai ganti dari hukuman bunuh. Kita ni pulak yg lebeh-lebeh.


message 3: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2430 comments Mod
bincang pasal hukum bunuh, panjang lebar jadinya.. kih kih kih. tapi hukum bunuh (selain bunuh balas/hudud) lebih kpd hukum takzir - yg diserahkan pd pemerintah.

sama ada kita melebih2 utk hukum bunuh, dibincangkan dlm konteks apakah hukum takzir boleh melebihi atau menyamai hukum hudud atau tak. bagi mereka yg berpegang kpd had hukum takzir tak boleh melebihi had hukum hudud, maka hukum bunuh utk dadah/pemilikan senjata dianggap bercanggah. tapi bg mereka yg berpegang kpd pandangan hukum takzir boleh menyamai atau melebih hukum had, hukum bunuh boleh diterima.

tapi masalahnya apakah penguatkuasaan, perundangan dan sistem kehakiman mengikut lunas ketetapan dan batasan yg diletakkan dlm islam atau tak, itu adalah persoalan besar yg perlu diatasi dengan baik.

saya pernah terbaca dlm sebuah cerpen sebelum dekad 80-an ttg org nak buat khianat pada org lain dgn letakkan dadah atau pistol di rumah atau kenderaan orang lain.


message 4: by Fairy (new)

Fairy Fairuz (fairyfairuz) | 25 comments I've read the book.One of my boss is an activist & he got the book before it was banned in Spore.He even got Alan Shadrake's signature.It's an interesting read.No wonder the book is banned, the book shows how twisted & cruel the system is.Some people would say Mr Shadrake exaggerated at some point but I say,the government are made up of a bunch of cold blooded human being.

I don't deny most Sporean are naturally coward & ignorant, there are a minority who are brave & kind.Despite nationalities,colors,economic background they fought for the innocent who totally don't deserve to meet the famous Mr Hangman.I take that most of you heard of the famous case right now, the Sabahan boy who was convicted of drug trafficking when he was barely 18 years old.Now 22, he's still waiting in Changi prison while some Sporean/Msian activist are fighting for his freedom.The case was brought up to Msia a couple of months back.If the Msian government will not threaten Spore using whatever economic relation..we'll just have to pray for a miracle to save the boy's life.

As for me death sentence will not make the drug addiction problem solved.Some Singaporean are just too stupid & too ignorant to care.They believe the system works.Since most of them are kiasu anyway, they only care about themselves & not care for the innocent waiting for their last day in Changi.

Khairul H. wrote: "Ada terbaca cerita ni di blog Sharon Bakar tapi belum sempat membaca buku En. Shadrake. Buku di ban di Msia, boleh beli di S'pura. Ban di sana, boleh beli di sini. Ini macam boleh buat bisnes....ma..."

Hahah!very true.Dah belikan kawan-kawan buku tu masa balik KL.Marked up sikit harga hehe :p


message 5: by Isma (new)

Isma | 682 comments Sepuluh tahun dari sekarang, puak anti-hukuman bunuh akan lebih popular dan dianggap bertamadun.



"Saya mahu hadir di mahkamah, saya bukan melarikan diri. Jika saya lari, ia bermaksud saya bersalah."

Saya suka kenyataan ini!


message 6: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2430 comments Mod
Isma wrote: "Sepuluh tahun dari sekarang, puak anti-hukuman bunuh akan lebih popular dan dianggap bertamadun.



"Saya mahu hadir di mahkamah, saya bukan melarikan diri. Jika saya lari, ia bermaksud saya b..."


tentang hukum bunuh, tapi adilkah pada si mati dan keluarga si mati - kalau pembunuh kpd ahli keluarga mereka dibenarkan hidup (walaupun dipenjara).


message 7: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (last edited Sep 26, 2010 05:27PM) (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Alasan kumpulan anti-hukum bunuh ialah, memenjarakan si pembunuh lebih 'kejam' yakni lebih perit. Solitary confinement, 23 jam dalam sel setiap hari, tak boleh bergaul dgn banduan lain.

Oleh itu mereka kata lebih baik penjara, baru padan muka dia. Kalau hukum bunuh, dia sakit kejap je lepas tu 'tidur' (kumpulan anti-bunuh terutama di Barat secara amnya terdiri dari golongan tidak percaya Tuhan dan hari pembalasan).

Tapi saya pun anti-hukum bunuh tapi di atas sebab2 lain.


message 8: by Isma (new)

Isma | 682 comments Hujah kawan-kawan saya di Thai, '' Kalau dia perangai macam binatang dok bunuh orang, takkan kita nak jadi binatang juga,jadi pembunuh. Ini hukum rimba! Ini tak bertamadun!Cukuplah tangannya saja yang berdarah!"

Orang macam ni, kalau mak bapak dia kena bunuh baru tahu!


message 9: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Kalau mak bapak saya kena bunuh pun saya tak mahu pembunuh dihukum bunuh. Hukum mmg hukum, tapi bukan bunuh.

Kalau Islam, ada alternatif, bayar denda. Apa namanya? Kalau dlm BI, "blood money".


message 10: by Isma (new)

Isma | 682 comments Dengar-dengar di Arab Saudi baru ni,keluarga mangsa dapat juta-juta.

Ni boleh beli buku banyak..hahaha


message 11: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2430 comments Mod
Khairul H. wrote: "Kalau mak bapak saya kena bunuh pun saya tak mahu pembunuh dihukum bunuh. Hukum mmg hukum, tapi bukan bunuh.

Kalau Islam, ada alternatif, bayar denda. Apa namanya? Kalau dlm BI, "blood money"."


ya, ada alternatif. bayar diat. tapi bergantung kpd waris. kalau semua waris mahu pembunuh bayar diat, tapi ada seorang waris mahu hukum bunuh, hukum bayar diat terbatal.


message 12: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2430 comments Mod
Isma wrote: "Hujah kawan-kawan saya di Thai, '' Kalau dia perangai macam binatang dok bunuh orang, takkan kita nak jadi binatang juga,jadi pembunuh. Ini hukum rimba! Ini tak bertamadun!Cukuplah tangannya saja y..."

isma, hukum qisas bukan boleh dilaksanakan sebarangan. mesti ada mahkamah. mahkamah akan arahkan algojo laksanakan bila terbukti bersalah.


message 13: by Isma (new)

Isma | 682 comments Khairul H. wrote: "Alasan kumpulan anti-hukum bunuh ialah, memenjarakan si pembunuh lebih 'kejam' yakni lebih perit. Solitary confinement, 23 jam dalam sel setiap hari, tak boleh bergaul dgn banduan lain.

Oleh itu m..."


Patutlah, mengikut buku kisah komunis, komunis suka seksa tahanan dari terus dibunuh.


message 14: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2430 comments Mod
akhirnya shadrake dihukum penjara:-

Mahkamah Singapura menjatuhkan hukuman penjara enam minggu ke atas penulis Britain, Alan Shadrake, 75 tahun berhubung bukunya yang membidas hukuman bunuh di negara itu.

Selain dihukum penjara, Shadrake juga didenda S$20,000 (RM48,350) kerana menghina mahkamah berhubung bukunya yang turut memuatkan wawancara dengan bekas ketua algojo atau tukang bunuh.

Once a jolly hangman Singapore justice in the dock by Alan Shadrake

http://malaysiakini.com/news/148340


back to top